Saturday, May 6, 2017

Selamat Kembali



Assalamualaikum wbt
Dengan Nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih


Alhamdulillah.. moga 2017 menjanjikan sinar yang lebih indah buuat kita
Walau terlewat untuk membicarakannya di bulan Mei ini :)

Segala sesuatu yang Allah hadirkan, yang Allah ilhamkan inshaAllah akan di kongsikan semula di sini. Sungguh aku rindu berbicara dengan mata keyboard laptop purple ku.. :)


by : AhliaMohdHanis

Friday, December 26, 2014

Musibah penuh hikmah

Pesanan abi beberapa bulan lepas.. 
Saat kami bertanya perihal musibah.. 

Pesan Guru Mursyid ku....

Sibukkan diri dlm amal...
Biar kita tak tau bencana yg akan datang kerna bila ianya datang Alloh pasti selamatkan kita dari bencana tersebut....

Tapi....

Jika kita tiada amal maka walaupun kita tahu dan boleh jangka setiap bencana yg akan datang namun Alloh takkan selamatkan kita dari bencana tersebut!!!

Kusampaikanwaluayah

Wednesday, December 18, 2013

Apa yang kau harapkan....




Usah cari tempat di hati manusia... 
Carilah kedudukan Allah dalam hati kita... 

Sayang manusia hanya sementara wahai sahabatku... 
Kasih Allah selama2nya... 

Berteriaklah kepada semua manusia... Mengharap kasih.. 
Tapi tenang itu takkn smpai sehingga engkau kenal cinta Tuhanmu...

Berteriak pun semua manusia di seklilingmu.. Keseorangan pasti engkau rasai.. 
Kerana lahirnya kita begitu.. Perginya juga kita begitu...

Wednesday, October 30, 2013

SAAD BIN ABI WAQAS



BIODATA SAAD BIN ABI WAQAS, 
PEMANAH PERTAMA YG BERJIHAD DI JALAN ALLAH SWT


Nama lengkapnya Saad bin Malik bin Uhaid bin Abd Manaf Az-Zuhri, biasa dipanggil Abu Ishaq dan digelari Faris Al-Islam. Dilahirkan di Mekkah pada tahun 23 sebelum hijrah. Ia termasuk orang yang mula-mula masuk islam. Ketika itu ia baru berusia 17 tahun.

Setelah masuk islam, ibunya mogok makan agar Saad murtad dari islam. Saad berkata, “perlu diketahui wahai ibuku, sekiranya ibu memiliki 100 nyawa dan nyawa ibu dicabut oleh malaikat satu persatu, maka aku tidak akan murtad dari agama baruku ini”.

Daripada peristiwa ini, lalu turunlah firman Allah SWT yang bermaksud, “dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan DAKU (dalam ibadatmu) dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, maka janganlah engkau taat kepada mereka. kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan. (Al-Ankabut: 

Saad adalah 'ORANG YG PERTAMA MEMANAH' dalam perang di jalan Allah. Saad adalah salah seorang antara 10 sahabat yang dijamin syurga oleh Rasulullah SAW.

Tak kala sampai berita tentang serangan Pasukan Persia terhadap kaum muslimin dan gugurnya 4000 tentera muslimin dalam pertempuran Al Jisr dan penduduk Iraq mengingkari janji mereka, Khalifah Umar bin Al Khattab telah memutuskan untuk mengepalai sendiri angkatan tentera Muslimin. Akan tetapi kaum muslimin tidak bersetuju. Abdurrahman bin Aus mengusulkan untuk mengutuskan Saad bin Abi Waqas sebagai panglima perang. Pasukan Saad telah berjaya memerangi pasukan Persia sampai ke wilayah Nahrawand kemudian ke wilayah Al-Madain.

Dalam perang Al-Madain, pasukan yang dipimpinnya menyeberangi sungai Eufrat. Ketika mereka turun ke sungai dengan kenderaan tunggangan mereka, Saad menyuruh mereka mengucapkan, “Kami meminta pertolongan kepada Allah dan bertawakkal kepadanya. Cukuplah bagi kami Allah sebagai wakil. Tidak ada daya dan kekuatan selain daya dan kekuatan dari Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung”. Setelah itu mereka berjalan atas sungai seperti mereka berjalan di darat.

Saad adalah salah satu diantara enam orang yang ditunjukkan oleh Umar sebagai calon untuk menggantikannya sebagai Khalifah selepas peninggalannya. Saidina Uthman bin Affan dipilih sebagai pengganti Umar.

Saad menghindarkan diri dari pergolakan politik antara Saidina Ali (khalifah ke4) dengan Saidina Muawiyah.

Ia kehilangan penglihatannya di akhir hayatnya. Ia meninggal dunia di istananya di daerah Al-‘Aqiq yang berjarak 5 batu dari Kota Madinah. Ia meninggal pada tahun 55 H dalam usia 80 tahun.



Wednesday, September 11, 2013

Sekadar perkongsian pengalaman..

Assalamualaikum wbt..
Bismillahirahmanirahim... 

Sekadar perkongsian pengalaman..
Berpakaian serba hitam ataupun yang berwarna.

Saya bekerja sebagai cikgu tadika dan pergaulan saya dengan masyarakat khasnya ibu bapa dan kanak-kanak sangat luas... Masa mula2 mengajar.. saya memang selalu pakai pakaian warna hitam.. tudung hitam.. niqab hitam. Jarang sangat pakai yang berwarna.. Sampaikan kawan sekerja ada yang tanya..

"Ko tiada baju lain kah selain warna hitam?? "
"Hitam lagi... "

Yang ni biasa lagi.. dah macam nyayian usikan sahabat2 ni.. Tapi bila ada ibu bapa yang tanya

"Cikgu ni ajaran sesat ya?? Kata orang yang pakai macam cikgu ni sesat"
"Cikgu.. macam takut pulak anak saya mau datang sekolah ni"
"Cikgu hantu, datang sudah "

Ni adalah pandangan masyarkat luar bandar yang pengetahuan mereka bukan seperti masyrakat yang lain.. Mungkin di kawasan sahabat2 yang lain. Bagi yang memahami mereka tidak persoalkan.. Dan Alhamdulillah ada juga yang menerima walupun mereka sebenarnya banyak persoalan di minda.

Bila ada yang kata macam tu, saya terfikir.. tak sesuai sangat saya pakai serba hitam ni... Nak bg mereka faham pun kena sedikit demi sedikit.. dan saya cuba untuk memakai tudung berwarna dan memakai niqab half hitam.. Selang seli dengan yang sebelumnya.. dan kata2 yang seperti sebelum ini sudah berkurangan dan mereka juga sudah tidak memandang pelik..

Alhamdulillah... Nak bg mereka faham tak semua mampu menerima penjelasan yang berat.. Maka ambillah lankah sedikit demi sedikit..
^^ Moga Allah redha..



Saturday, September 7, 2013

Keseronokan memanah



Assalamualaikum wbt
BIsmillahirahmanirahim..

24.Ogos lepas berpeluang belajar memanah dalam program anjuran sahabat FB di Tawau... Alhamdulillah sangat seronok dengan perkongsian teknik dan ilmu daripada sahabat2 yang baru dikenali.. dan saya menghormati mereka sebagai Jurulatih..

^^

Sedikit perkongsian tentang memanah...  (Copy dari Group Teraju Sabah)

Pengenalan kepada Sunnah memanah
Memanah merupakan salah satu kemahiran purba yang masih kekal sehingga kini. Keutamaan Ilmu memanah telah berubah mengikut zaman dan masa, dari hanya merupakan alatan memburu, kepada sukan riadah di kalangan para bangsawan dan raja di zaman Melayu silam, sehingga menjadi aset penting di dalam era kebangkitan Islam. Rasulullah S.A.W amat mementingkan sukan memanah ini sehingga banyak hadis mengutakan ilmu ini berbanding yang lain. Diantaranya Rasulullah SAW pernah bersabda,

“Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu.” (Riwayat Bazzar, dan Thabarani).

“Nabi SAW melalui satu kawasan di mana sahabat sedang memanah. Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya datuk kamu, Nabi Ismail adalah seorang pemanah. Memanahlah dan aku bersama Bani Fulan (salah satu kumpulan pemanah).” Lalu kumpulan satu lagi berhenti memanah. Rasulullah SAW bertanya: “Kenapa kamu berhenti memanah?” Jawab sahabat: “Bagaimana kami hendak memanah kamu berada bersama kami.” Nabi SAW menjawab: “Memanahlah, aku bersama kamu semua.” (Hadis riwayat Bukhari)

Tidak dapat dinafikan juga kekebihan memiliki ilmu ini di kalangan masyarakat Melayu. Memanah dapat melatih emosi dan fizikal semasa meletakkan focus kepada sasaran. Ia juga menitik- beratkan keseimbangan badan, dan secara tidak langsung, sunnah ini melatih seseorang agar mengawal ketenangan dan kestabilkan emosi. 

Ini merupakan di antara disiplin yang perlu ada pada setiap orang Islam. Perbuatan melenturkan anak panah pada busur, dan melepaskannya kepada sasaran memerlukan kekuatan fizikal yang diselengarakan dengan kekuatan mental yang baik. Secara amnya, sunnah memanah ini memberikan kesan holistik terhadap diri seseorang pelatih. Kekuatan inilah yang ingin dikongsi kepada setiap muslim agar keseimbangan kekuatan mental dan fisikal dapat dinikmati bersama.



Sunday, September 1, 2013

Catatan seorang PENDOSA

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

Catatan seorang PENDOSA

Awan putih yang tebal...
menutupi langit biru..
bergerak memberat ke bumi..
mencecah gunung.. mencecah bukit..
andai mampu kusentuh..
andai mampu ku berlari disana.
mungkin sahaja aku akan terbang bersama bila ada masalah yang memberat di jiwa..

sucinya awan putih..
sebersih jiwa mukmin yang sentiasa mencintai Rabbnya..
tidak seperti jiwaku
yang penuh celaru..
aku hanya manusia yang kekdg terlupa apa matlamatku hidup di dunia..
sang musafir yang mengandaikn dirinya hidup lama..
masih lagi membiarkan dirinya lemas di lautan dosa... 




JumaatMubaraqah|catatan seorang pendosa..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...