Wednesday, September 8, 2010

Diperlukan seorang awek.... !!!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Beberapa hari yang lalu, ammar telah pergi ke bandar Tawau dengan niat nak beli kelengkapan berhari raya pada hari Jumaat ni.. Dijadikan cerita, semasa ammar nak beli KFC sebagai juadah untuk berbuka puasa kami sekeluarga pada petang itu, ammar telah ternampak seorang lelaki yang menarik perhatian. Yang menarik perhatian itu adalah menjurus kepada T'shirt yang dipakai oleh lelaki tersebut. Ammar jadi tertarik nak baca.. Perkataan yang tertera pada pakainnya lelaki itu. Di bahagian hadapan berbunyi "DIPERLUKAN SEORANG AWEK" dan ciri-ciri yang diperlukan sila beralih ke belakang.. Kebetulannya semasa beratur di kaunter lelaki tersebut berada beberapa langkah di hadapan ammar, maka ammar pun terbaca apa yang tertera di belakang T;Shirt tersebut. Antara ciri-ciri "AWEK" yang diperlukan itu adalah seperti :

1. Pandai Memasak
2. Pandai Mengemas
3. Bekerjaya
5. Boleh menyara saya
6. Mebekalkan duit untuk saya..

dan ada banyak lagi yang perlu yang ammar x ingat. Ammar baca..dan terfikir orang cm ni nak awek ke nak "Sugar Mummy", Nak isteri ke nak Orang Gaji????? Entahlah... rasanya ramai manusia pada hari ini sedemikian rupa.. walhal lelaki mahupun wanita.. Umat akhir zaman yang suka mengambil kesempatan daripada orang lain..demi kepentingan sendiri..

Namun isunya disini, kenapa tiada yang meletakkan syarat calon "Awek" Isteri, Suri rumah atau wanita secara amnya yang mereka perlukan berlandaskan syariat islam?? SEdangkan ianya cukup mudah, hanya ada emppat perkara sahaja yang perlu kita pertimbangkan...

“Dikahwini wanita itu (untuk dijadikan isteri) kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya,
keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka utamakanlah (dalam
pemilihanmu itu) wanita yang kuat beragama, nescaya sejahtera hidupmu”
(Riwayat Bukhari dan Muslim).

Secara umumnya hadith ini menyenaraikan tentang ciri-ciri wanita yang biasanya menarik perhatian lelaki untuk dijadikan calon isteri. Wanita yang kaya, berharta, berdarjat tinggi dan cantik jelita adalah pakej lengkap yang meruntun hati kaum lelaki untuk menyuntingnya. Namun yang lebih penting hadith di atas menyarankan kepada kaum lelaki agar memilih bakal isteri yang memiliki ciri “kuat penghayatan agamanya”. Ini disebabkan wanita yang melaksanakan segala ajaran agama akan memberikan pengaruh serta kesan yang besar terhadap kebahagiaan hidup berumahtangga.

Bagaimana pula ciri-ciri lelaki yang baik untuk dijadikan suami? Jika hadith di atas memberi panduan kepada kaum lelaki dalam memilih bakal isteri mereka, maka di samping itu Islam juga memberi panduan kepada kaum wanita dalam memilih bakal suami mereka. Hal ini disebabkan aspek memilih jodoh bukanlah perkara yang boleh
dipandang mudah. Ia tidak boleh dilakukan dengan terburu-buru atau tanpa penilitian yang mendalam. Ini disebabkan perkahwinan melibatkan soal kehidupan, zuriat, hak, tanggungjawab dan kasih sayang yang bakal kita jalani besama dengan pasangan. Lebih-lebih lagi bagi seorang wanita, ia perlu menyelidik terlebih dahulu
latar belakang bakal suaminya dari segi akhlak serta penghayatan agamanya. Ini kerana menurut kajian, kaum wanitalah yang paling teruk menerima kesan buruk apabila suami mengabaikan hak isteri, tidak mempergauli isteri dengan baik, curang, tidak melaksanakan tanggungjawab terhadap keluarga dan sebagainya. Adalah menjadi kewajipan ibu bapa memberikan panduan yang baik bagi anak-anak perempuan mereka mencari bakal suami dari kalangan lelaki yang berakhlak tinggi dan taat pada ajaran agama. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Jika seorang lelaki datang untuk meminang anak perempuan kamu dan kamu redha (berpuas hati) tentang agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia (dengan anak perempuan kamu). Jika hal itu tidak kamu lakukan, akan berlakulah fitnah di muka bumi dan kerosakan yang besar”. Sesungguhnya sifat-sifat inilah (baik akhlak dan agama) yang mesti dijadikan kriteria utama di dalam memilih bakal suami sebelum dilihat atau dipilih pada sudut harta, pangkat dan kedudukan lelaki tersebut. Lelaki yang sederhana kehidupannnya tetapi berakhlak mulia serta taat melaksanakan segala perintah Allah SWT dan rasul-Nya itulah sebenarnya seorang yang kaya, sebaliknya lelaki fasik (ingkar kepada suruhan Allah SWT ) walaupun hidup kaya raya, hakikatnya ia adalah miskin. Mengapa demikian? Kerana kefasikan hidup akan melesapkan harta kekayaan melalui aktiviti perujudian, minuman keras, berkunjung ke tempat tempat maksiat, berfoya-foya dan sebagainya. Hak-hak isteri dengan sendirinya hilang dan terabai. Isteri hidup dalam tekanan perasaan kerana tanggungjawab terhadap keluarga dan anak-anak dilupakan. Inilah yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW dalam hadis di atas sebagai “fitnah di muka bumi dan kerosakan yang besar”. Suami yang hidup dalam kefasikan bermakna mengundang murka Allah SWT. Jika Allah SWT sudah murka, bagaimanakah rahmat dan keberkatan hidup berumahtangga akan dapat dinikmati?'

Diriwayatkan dalam sebuah kisah, seorang lelaki datang menemui Hasan bin Ali RA (cucu Rasulullah SAW) untuk meminta nasihat. Katanya, “Anak perempuanku dipinang oleh beberapa orang lelaki. Dengan lelaki yang
bagaimanakah yang layak dikahwinkan dengan puteriku?” Hasan menjawab, “Kahwinkanlah dia dengan lelaki yang bertakwa kepada Allah, kerana jika ia menyukai isterinya ia pasti mengasihinya, teteapi jika ia tidak menyukai isterinya pasti ia tidak akan berlaku zalim terhadapnya (tetap menghormati isterinya)”. Prof. Dr. Miqdad Yaljan dalam bukunya bertajuk “al-Bayt al-Islami Kama Yanbaghi An Yakun” menulis: Soal perkahwinan adalah persoalan hidup keseluruhannya. Lebih-lebih lagi kaum wanita dalam membuat penelitian
terhadap bakal suami. Ini kerana kuasa talak terletak di tangan suami mereka. Menurut beliau lagi, sekiranya perceraian berlaku, ia akan lebih mendatangkan kemudaratan kepada wanita berbanding lelaki sama ada dari
sudut sosial, psikologi dan ekonomi. Tambahan lagi pandangan negatif sesetengah masyarakat kepada wanita bergelar janda menambahkan lagi tekanan perasaan mereka. Malah perasaan malu akibat perceraian lebih dirasai
oleh golongan wanita berbanding lelaki. Rasulullah SAW juga amat benci kepada mana-mana bapa (atau wali)
yang mengahwinkan anak perempuan mereka dengan lelaki yang fasik. Baginda mengingatkan dalam sabdanya yang bermaksud: “Sesiapa yang menikahkan anak perempuannya dengan lelaki fasiq bererti ia telah memutuskan hubungan silaturrahim dengan anaknya sendiri”.

Lihatlah betapa tegasnya Rasulullah SAW dalam menggesa para ibu bapa agar mengahwinkan anak perempuan mereka dengan lelaki yang beriman dan menjauhi dari mengahwinkannya dengan lelaki yang fasik. Apakah fitnah atau malapetaka yang lebih besar selain daripada menikahkan anak-anak yang berjiwa bersih, berperibadi mulia dan taat menjalankan suruhan agama dengan lelaki yang tidak menghiraukan perintah Allah SWT dan bergelumang pula dengan maksiat? Kita melihat bahawa berapa ramai anak-anak perempuan yang ketika berada di bawah naungan keluarganya tidak pernah melakukan maksiat, tetapi apabila berkahwin dengan lelaki fasik, mereka terus hanyut dalam arus maksiat yang diterajui oleh suami mereka sendiri. Gadis yang pada mulanya berperibadi mulia, akhirnya terseret jauh oleh kesesatan suaminya. Memakai pakaian yang mendedahkan aurat, meninggalkan solat dan bentuk-bentuk ibadah lainnya. Semua ini jelas merupakan kerugian yang nyata sekali bagi dirinya. Oleh sebab itu, amat wajarlah Rasulullah SAW menghukum mana-mana bapa atau wali yang mengahwinkan anak perempuan mereka dengan lelaki yang fasik, yang seolah-olah dia memutuskan hubungan silaturrahim dengan anak perempuannya sendiri.

Kesimpulannya, kaum wanita perlu lebih teliti dan berhati-hati dalam soal pemilihan jodoh. Ini kerana perkahwinan bukanlah kontrak perniagaan yang berorientasikan keuntungan semata-mata, tetapi ia merupakan “ikatan sosial” yang merangkumi pelbagai aspek kemanusiaan seperti pertalian jiwa, kasih sayang, ketenangan hati, tuntutan biologi, nasab keturunan, hak, tanggungjawab, toleransi dan sebagainya. Hayatilah firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan kahwinkanlah orang orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki mahupun perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dengan limpah kurniaan-Nya, kerana Allah Maha Luas rahmat-Nya lagi Maha Mengetahui”. (an-Nur: 32)

Saturday, September 4, 2010

Kisah si pohon Epal....

Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat
besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di
sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut,
memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya
dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki
tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga
menyukai budak tersebut.
Masa berlalu... budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang
remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di
sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang
kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih. "Marilah
bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.
"Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan
engkau," jawab budak remaja itu.
"Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya,"
tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih. Lalu pokok epal itu
berkata, "Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku.
Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli
permainan yang kau inginkan."
Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok
itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal
itu merasa sedih.
Masa berlalu... Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin
dewasa. Pokok epal itu merasa gembira. "Marilah bermain-mainlah di
sekitarku," ajak pokok epal itu. "Aku tiada masa untuk bermain. Aku
terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina
rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau
menolongku?" Tanya budak itu. "Maafkan aku. Aku tidak mempunyai
rumah.
Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau
buatlah rumah daripadanya." Pokok epal itu memberikan cadangan.
Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan
pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun
tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu
tidak kembali lagi selepas itu.
Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok
epal itu. Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermainmain
dengan pokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa."Marilah
bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu. "Maafkan aku,
tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main di
sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk
belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau
menolongku?" tanya lelaki itu. "Aku tidak mempunyai bot untuk
diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pokok ini
untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira," cadang
pokok epal itu.Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang
pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya
dan tidak kembali lagi selepas itu.
Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin
dimamah usia, datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki
yang pernah bermain di sekitar pokok epal itu. "Maafkan aku. Aku
tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku sudah
memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah,
batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar
yang hampir mati..." kata pokok epal itu dengan nada pilu.
"Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk
memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk
memotongnya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku berupaya
untuk belayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat," jawab lelaki
tua itu. "Jika begitu, berehatlah di perduku," cadang pokok epal itu.
Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat.
Mereka berdua menangis kegembiraan.


Fahami apa yang ingin di samaikan dalm kisah ini...

Thursday, September 2, 2010

Menghampiri perpisahan

Ramadhan telah masuk hari ke 23 dan kepergiannya semakin di rasai dengan kemalapan sang rembulan.. Walau ada sang bintang namun ia tidak dapat menandingi cahaya sang rembulan di awal kemunculannya...
betapa besar kekuasanMu Ya Rabbi..bulan kecintaan kekasihmu Engkau kurniakan dengan pelbagai manfaat.. Pahala yang berganda-ganda Engkau sediakan untuk umat kekasihMu di akhir zaman... Tiada kata yang boleh mengungkapkkan betapa kasihNya Engkau kepada kami Ya Allah..

Dan Engkau telah menyediakan kami satu malam yang menjadi malam kerinduan dan malam pencarian seluruh umat Rasulullah.. Dimana Engkau telah menjadikan ia sebagai Malam lebih baik daripada seribu bulan.
Malam Lailatul-Qadar adalah sebaik-baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat. Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Al-Qadr 97: Ayat 3
Maksudnya:
" Malam Lailatul - Qadar lebih baik daripada seribu malam "


Ertinya menghidupkan malam Lailatul-Qadardengan mengerjakan ibadah adalah lebih baik daripada beribadah pada seribu bulan yang tidak ada Lailatul-Qadar seperti sabda Nabi s.a.w.:
Maksudnya:
" Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta
mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada
dosa-dosa yang telah lalu "
Diriwayatkan daripada Saiyidatina Aisyah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. apabila tiba 10 hari terakhir bulan ramadhan, Baginda menghidupkan malam-malamnya dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada isteri-isterinya. Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan:
Maksudnya:
" Rasulullah s.a.w. berusaha sedaya upaya dalam malam-malam sepuluh
akhir Ramadhan melebihi usahanya daripada malam-malam lain. "
Malam Lailatul-Qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil bulan Ramadhan. Rasulullah s.a.w. bersabda:
Maksudnya:
" Carilah malam Lailatul-Qadar pada sepuluh akhir bulan Ramadhan
dalam malam ganjil. "

Pendapat yang terkuat mengikut para ulama' bahawa malam Lailatul Qadar terkena pada malam 27 Ramadhan. Menurut Abu Ka'ab katanya, "Demi Allah sesungguhnya ibn Mas'ud telah meyakinkan bahawa malam Lailatul-Qadar jatuh dalam bulan Ramadhan manakala Lailatul-Qadar pula terjatuh pada malam 27, akan tetapi dia enggan memberitahu kepada kami (malam yang tepat) kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha mencarinya." Daripada Riwayat Mu'awiyah:

Maksudnya:
" Bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda dalam malam lailatul-qadar
iaitu malam ke-27. "
Riwayat ini disokong oleh pendapat Ibn Abbas yang mengatakan bahawa surah Al-Qadr mempunyai 30 perkataan. Perkataan yang ke-27 bagi surah itu terjatuh kepada dhamir(hia) yang kembalinya kepada Lailatul-Qadar.
Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah Hadith daripada Ibn Umar r.a yang berbunyi:
Maksudnya:
" Sesiapa yang mencari Lailatul-Qadar , dia hendaklah mencarinya pada malam
yang ke-27, carilah kamu malam Lailatul-Qadar pada malam yang ke-27. "
Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah, katanya, "Ya Rasulullah s.a.w. andainya aku mendapati
malam Lailatul-Qadar, apakah doa yang patut aku bacakan? Rasulullah s.a.w. berdoa dengan doa:
Maksudnya:
" Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, oleh itu berilah
keampunan-Mu untukku. "



Petikan dari :
FIQH & Perundangan Islam Jilid II
Wahbah al-Zuhaili
Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.
www.jais.gov.my




Tuesday, August 3, 2010

iLuvislam.com | Discover the Beauty of Islam

iLuvislam.com | Discover the Beauty of Islam

Saturday, July 10, 2010


Pesan kepada muslimah itu dirinya ibarat kaca; disentuh terguris, dihantuk serpih, dihempap berkecai.

Pesan kepada muslimah itu jaga tutur kata; cakap tinggi nanti dibenci, terlalu rendah dipijak pula, cakap sombong mengundang lawan, hati-hati meluah kata, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.
Pesan kepada muslimah itu jaga tingkah laku; harga diri letaknya di situ, jangan meluru ikut telunjuk nafsu, sesekali tersilap langkah, akan dihukum selamanya, keturunan dicerca payah, menyesal kemudian bukan faedah.

Pesan kepada muslimah itu jaga pakaian; ia cermin peribadi, juga lambang bangsa, di mana dan dalam keadaan macam manapun, biar orang kenal…Dia orang ISLAM.

Pesan kepada muslimah itu simpan secebis malu; kerana malu itu, sebahagian daripada iman..

Muslimah itu adalah aku..Dan aku bersyukur dan berterima kasih atas pesanan ini... Syukran Jazilan kepada sahabatku...
Ammar.. Pesan itu pada dirimu agar engkau menjadi mujahidah solehah.InsyaAllah..

Friday, July 9, 2010

Nape Semua Orang Kata Saya Sombong????


awk ni sombonglah.....

sombongnya orang tu...

Ini adalah antara sindiran yang aku terima hanya kerana aku tidak memandang dan melayan mereka... Mungkin bukan aku sahaja yang menghadapi keadaan seperti ini namun terdapat ramai lagi ramai manusia diluar sana yang menghadapi situasi ini hanya kerana menjaga batasan dalam perhubungan, menjaga pandangan...untuk mendapatkan keredhaan Allah dan menghindar diri daripada perkara yang sepatutnya... Puas juga kita menyatakan kepada mereka yang bertanya... namun tidak semua yang menerima.. Mungkin sahaja semakin ramai yang mencebik dibelakang hanya kerana ketidakpuashatian mereka dlam penjelasan tersebut. Biarkan mereka.. hanya itu yang mampu aku lakukan....

Biarlah mereka mengata aku sombong daripada aku dikata "Gedik" "Getek" dan perkataan yang seumpamanya......Aku mungkin bukan orang yang mempunyai ilmu agama yang tinggi namun kehidupanku akan sentiasa aku atur berlandaskan syariat kehidupan yang sebenar yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW dan kehidupaan dambaanNya untuk hambaNya...

RedhaNya menjadi dambaanku...RahmatNya adalah kejayaanku.... KalamNya adalah peganganku.. InsyaAllah... Redhailah aku Ya Rabb

Leave Me Again.....


mempunyai seorang sahabat yang baik menjadi dambaan setiap insan... mereka menjadi sebahagian manusia yang penting dalam hidup seseorang individu khususnya aku... namun sekali lagi aku berasa kehilangan seorang sahabat yang baik kerana apa pun aku tidak pasti..
mungkin kerana aku bukanlah seorang sahabat yang baik untuk dia... Maafkan aku teman kerana tidak berjaya menjadi pendampingmu yang setia namun iringan doaku untukmu tidak akan putus,
berbahagialah dengan keputusan yang telah engkau pilih dalam perjalanan hubungan persahabatan kita ini. Cinta Allah adalah sesungguhnya... InsyaAllah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...