Saturday, July 10, 2010


Pesan kepada muslimah itu dirinya ibarat kaca; disentuh terguris, dihantuk serpih, dihempap berkecai.

Pesan kepada muslimah itu jaga tutur kata; cakap tinggi nanti dibenci, terlalu rendah dipijak pula, cakap sombong mengundang lawan, hati-hati meluah kata, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.
Pesan kepada muslimah itu jaga tingkah laku; harga diri letaknya di situ, jangan meluru ikut telunjuk nafsu, sesekali tersilap langkah, akan dihukum selamanya, keturunan dicerca payah, menyesal kemudian bukan faedah.

Pesan kepada muslimah itu jaga pakaian; ia cermin peribadi, juga lambang bangsa, di mana dan dalam keadaan macam manapun, biar orang kenal…Dia orang ISLAM.

Pesan kepada muslimah itu simpan secebis malu; kerana malu itu, sebahagian daripada iman..

Muslimah itu adalah aku..Dan aku bersyukur dan berterima kasih atas pesanan ini... Syukran Jazilan kepada sahabatku...
Ammar.. Pesan itu pada dirimu agar engkau menjadi mujahidah solehah.InsyaAllah..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...