Saturday, December 31, 2011

Catatan Akhir 2011

Assalamualaikum wbt..
Bismillahirahmanirahim....

“ketika wajah ini penat memikirkan dunia,maka berwuduklah..
ketika tangan ini letih menggapai cita-cita,maka berdoalah..
ketika bahu tak kuasa memikul amanah,maka bersujudlah.
ikhlaskan semuanya dan dekatlah Allah s.w.t.
agar tunduk disaat yang lain angkuh.
agar teguh disaat yang lain runtuh.
agar tegar disaat yang lain terlempar.
agar tenang disaat yang lain risau memikirkannya..”


Yang penting kita dengan Tuhan ada hubungan senantiasa, takut dan cinta. Terasa bahagia dengan Tuhan, rasa senang dengan-Nya yang lain tidak ada arti apa-apa. Apakah mudah hati kita menahan derita bila mendapat bala bencana? Tidak mudah, biasanya hati kita derita dibuatnya. Kita rasa kecewa, kita rasa orang yang malang hidup di dunia. Kita tidak dapat hubungkaitkan dengan hikmah dan didikan Tuhan kepada kita. Bahkan biasanya selalu saja buruk sangka dengan Tuhan yang melakukannya. Hati kita rasa bahwa tidak semestinya Tuhan menyusahkan kita. 

Kata-kata semangat untuk diri sendiri... kerana sepanjang perjalanan 2011 ini ada banyak perkara yang berlaku.. Allah menguji dengan pelbagai cara yang Allah taw diri ini mampu menghadapinya..  ^^ Kerana berpegang pada ayat-ayat cintaNya.. ^^

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." 
~Surah Al-Baqarah ayat 286~

Dah namanya manusia.. kita sentiasa diuji....
Keimanan dan ketaqwaan dihati kita ini... 
adakah dengan mengaku kita beriman.. kita tak perlu melalui ujian??
Tidak!!! wahai sahabatku.. 

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." 
~Surah Al-Ankabut ayat 2-3~

Dah nak masuk tahun baru pun 2012 is coming.... Ada satu permulaan baru disitu.. buat diriku.. ^^ 
Apa-apa pun.. berpegang terus pada Kalam Suci.. bertunjangkan sunnah .. TEruskan hidup dengan syariat.. ibadat diperkuat.. istiqomah dalam mencari keredhaan Ilahi.. InsyaAllah ^^ 

Terus berjuang meraih redha Ilahi.... ^^


"Aku mendengar Rasulullah Saw menceritakan daripada Allah Swt berfirman: "CintaKu berhak untuk orang yang bercinta keranaKu, CintaKu berhak untuk orang yang saling tolong-menolong keranaKu dan Cintaku berhak untung orang yang saling berkunjung keranaKu. Orang Yang bercinta kerana Allah berada di atas mimbar daripada cahaya dalam naungan Arasy pada hari yang tiada naungan kecuali naunganNya" 
(Riwayat Ahmad)

**** 2011 banyak kisah sedih ea... Salam terakhir buat 2011.. :P 

Sunday, December 25, 2011

"Bertekad Cemerlang"

Assalamualaikum Wbt
Bismillahirahmanirahim... 


Alhamdulillah.. kembali ke bumi borneo untuk meneruskan perjuangan yang akan baru bermula.. fasa yang kedua dalam kehidupan sebagai seorang hambaNya... ^^ Ya.. terus memengang slogan "Bertekad Cemerlang" hhihi. Adoyai.. Ammar wajidah dah mula senget sikit ni... 

Lamanya tak update blog ni.. Rindu nak meluah rasa, menukilan kata dan menyesakkan jiwa pembaca... ^^ (xde sape pun yang sudi bace... ).. 

Misi utama diteruskan... Jangan biar gagal di sepanjang perjalanan ini, sungguh perjalanan ini masih terlalu jauh buatmu duhai diri.. kekuatanmu perlu dipertingkatkan lagi bahawa ujian yang ada bukan untuk meyiksa dirimu tapi untuk menguji keimanan dalam hatimu.. ^^

Misi mencari redha Ilahi.. Teruskan perjuangan.. mendidik anak bangsa, menjadi hambaNya yang berjaya membentuk nusa bangsa yang ada.. Itulah yang sebaiknya pencerah jiwa buat mereka yang memengang jiwa seorang hamba... 




Ingatlah Ammar.... 

Jikalau kau berasa kau bersendirian, ketahuilah bahawa kau tidak bersendirian… Masih ada yang sentiasa mendengar keluh kesahmu… Janganlah dikau takut dan bersedih hati, kerana DIA sentiasa bersamamu…

“Dan mohonlah pertolongan (kepada ALLAH) dengan sabar dan solat. Dan (solat) itu sungguh berat, kecuali bagi orang yang khusuk” – al-Baqarah : 45

Gambatee... ^^ 
Salam sayang buat DIA, dia dan dia.... 

Sunday, December 11, 2011

Mendidik Emosi Diri ^^

Assalamualaikum wbt...
Bismillahirahmanirahim.... 

La Tahzan Ummi

"Kunci untuk bahagia ialah mengawal emosi dan menentukan sikap yang baik dalam semua situasi. Mereka yang dapat mengawal fikiran dan emosi iaitu dunia dalaman mereka akan megawal hasil kehidupan mereka dengan izin Allah. Jangan izinkan apa berlaku diluar mempengaruhi kita. Henti menyalahkan orang lain atas apa yang berlaku pada kita. Ibu bapa bersyukur punyai anak dan beri sepenuh kasih sayang. ~ Prof Dr Muhaya~ "

Diri ini terkesan dengan kata-kata Prof Dr Muhaya ini... Sangat-sangat terkesan.. Kerana diri ini terlalu mudah dikuasai emosi.. apatah lagi diri ini adalah yang bernama 'wanita'. Hamba Allah bernama wanita ini diberikan kelebihan dari segi emosi dan perasaan... sehingga kita mampu bersabar dengan karenah anak-anak yang pelbagai ragam.. menahan sakitnya ketika melahirkan... juga mampu tersenyum walau dalam kedukaan untuk dilemparkan kepada anak-anak yang tersayang.... 

Namun adakalanya, emosi ini menjadi pemusnah segalanya.... mengheret kita ke lembah kedukaan, kesengsaraan dan kekesalan yang ingin kita lupakan.... Kecemburuan yang melulu.. ketidakpuasanhati seorang wanita... caring yang berlebihan...perasaan iri yang menggunung mencipta satu ledakan amarah yang mengundang pelbagai sengsara sehingga menghilangkan rasa cinta di dalam hati mereka yang bernama manusia.. sesiapa pun dia sama ada adam mahupun hawa.. Syaitan bersuka ria kerana cucu adam tertewas dengan amarah mereka.... bila emosi menguasi diri.. akal tidak lagi akan berfungsi.... tindakan yang di ambil pasti akan disesali... ^^

Dan pada ketika itu.. air mata menjadi peneman setia menangisi segalanya... Dan emosi dan perasaan itu tidak lagi kelihatan istimewa pada pandangan mata.... kerana ia telah manjadi pemusnah segalanya.... 

Pesanan seorang sahabat yang ammar hormati... Matanglah dari segi emosi, dan sungguh jika tiada kematangan dalam membuat pengawalan emosi itu, kita pasti tidak akan pernah merasa bahagia.. Hidup dengan penuh kecurigaan... penuh dengan ketidak puas hatian... iri dengan kebahagian orang lain dan amarah menjadi sebati dalam diri kita... walhal kehidupan di dunia ini terlalu singat untuk kita menangisi apa yang telah berlaku.. menyesali segala perbuatan tanpa memikirkan masa hadapan... Ya... manusia sentiasa melakukan kesilapan, teguran diberikan untuk memberi peringatan.. dan ujian daripadaNya itulah tanda teguran daripada Yang Esa. 

Buat diriku.... 

Diuji bukan dibenci...
tetapi kerana kasih..
Menangis cukuplah sekali...
esok ada lagi untuk diharungi...
Hidup hanya sekali..
jangan sia-siakan dengan melayan emosi..
Hiduplah untuk memberi..
kelak disana dirimu mengecapi syurgawi... 
InsyaAllah... 


**** Semoga tidak terleka dalam perjalanan ini... Perlunya kita bijaksana mengawal emosi untuk mengemudi diri. Hati jangan dibiar mati kerana hidupmua pasti tidak akan bereti lagi.. Cintailah DIA seagungnya pasti hatimu penuh dengan cintaNYa.. kasih kekasihNya pasti ada buat kita... ^^

Perstiwa hari ini :

Air mata gugur lagi... T_T
Salam Muhasabah..... 

Saturday, December 10, 2011

Sanah Helwah Ammar Wajidah Halimah ^^

Assalammualaikum wbt....
Bismillahirahmanirahim....

10. Disember 2011 genap berusia 2.... Hihi.. Alhamdulillah Allah memberi peluang pada ammar untuk meneruskan kehidupan sebagai hambaNya di muka bumi ini dan terus memperjuangkan sunnah perjuangan Rasulullah saw sebagai khalifah di bumi Tuhan... :) 

Happay Birthday Ummi...


Tarikh Lahir 10 disember.. tapi post ni lambat lak.. huhu.. Kenapa ea?? Kerana semalam dan seharian ammar berendam air mata sehingga menjadi perbualan kawan-kawan di sekeliling.... Cukuplah hanya Allah yang tahu betapa terasa tersisihnya diri ini di hari lahir sendiri... Betapa sedihnya diri ini membaca sebuah catatan di lembaran menuju sebuah perjuangan...  Betapa terharunya diri ini kotak kiriman yang penuh dengan kasih sayang... Betapa kecewanya diri ini pada diri sendiri kerana membiarkan asbab perkara yang berlaku pada hari ini... Terasa semua perkara itu membeban di jiwa.. Hilang seketika semangat perjuangan... T_T

Ya Allah.. 
Aku terduga dengan setiap perkara..
Namun aku pasrah bahawa itu tanda Cinta..
Aku terkadang rasa dipersia..
Namun aku yakin pasti ada hikmanya...

Ya Allah..
Hidup yang tersisa dipinjam seketika..
Semoga diri ini terus teguh mengharungi 
Setiap rintangan yang telah dibentangkan..
untuk menguji sebuah kesungguhan
hambaMu ini dalam sebuah perjuangan... 

Ya Allah...
Jika diri ini semakin rapuh..
bantu aku dengan rahmatMu
bantu aku dengan cintaMu..
bantu aku terus berada di jalanMu..
bantu aku untuk terus mencintaiMu... 

Sebuah catatan lembaran kedukaan terbentang.. apa yang ku coretkan adalah sebuah kisah yang dikisahkan oleh hati yang hanya mampu berbicara dengan hati yang mengenalinya.... Hati yang hanya mampu membuka kata kepadaNya.... 

Ada yang sudah mengerti... ada juga yang masih bertatih memahaminya... Bukan mudah menongkah rasa seketul daging milik manusia.... Kelihatan bahagia namun sebenarnya penuh dengan rasa duka... Kelihatan dhoif dengan cinta manusia namun penuh dengan cinta Allah SWT... Kelihatan dirinya ceria tak terkata namun pasti ada tercalit duka dihatinya... Begitulah manusia... adakalanya dia di duga di hari bahagianya.. ada kalanya dia di duga dengan orang yang dikasihinya...adakalanya duka itu melahirkan bahagia... 

Bersabarlah diatas setiap dugaan.. semoga tidak terleka di dalam perjalanan ini... 

Buat Ammar :

~ Semoga semakin tabah dari hari ke hari...
~ Semoga menjadi hambaNya yang lebih baik dari semalam..
~ Lengkapkan diray sunnahmu.. ( buat kita)
~ Semoga berjaya mencapai cita-cita..
~ Azam untuk menjadi yang terbaik buatnya...
~ Tambahkan kecintaanmu padaNya... Rindu buat Rasulullah saw.. 
~ Menjadi anak, dan isteri soleha kelak... InsyaAllah.. (usaha tak pernah berakhir...)
~ Jadilah mujahidah yang indah buatnya....
~ Istiqomah dalam setiap ibadahmu ya Ammar.. :)

~Sabarlah srikandi, kuatkan diri, tabahkan dirimu... dan jagalah dirimu ^^ Terima Kasih Cinta (Hubbi)


**** Salam kasih sayang penuh rindu buat DIA, dia dan dia....... ^_^


Terima kasih Hubbi

Catatan untukmu.... 

Wa'alaikumsalam wbt....

Assalamualaikum wbt...
Bismillahirahmanirahim.... 



Diri ini sungguh rapuh kerana diri ini tidak pernah sempurna... Terasa perlu orang lain menyokong perjalanan ini, andai Hubbi hilang maka hilang rasa terus berjuang pada diriku.... Hubbi adalah iradah daripadaNya buat kita yang bernama manusia.. Sungguh suci, dan corakkan lah dia dengan cara yang sebetulnya... 

Dalam meniti perjalanan ini, tak pernah hilang pun Hubbi di hati ini... Andai hilang Ya Allah, sungguh kasihan pada hati itu kerana tiada rasa lagi.. Biarkan ia terus mekar dengan kepercayaan dan kejujuran juga kesetiaan.. Yang pasti kesetiaan ini adalah milik Hubbi... ^^ HIlanglah kemana pun.. pasti ada diriku hadir di situ... Berpalinglah ke mana pun.. pasti ada sinar diri ini di situ.. Kerana Hubbi itu adalah rahmat dariNya buat ku.. ^^

Hubbi..Pemilik catatan ini setelah lembaran pertama, kedua, dan ketiga... ^^
Jagalah diriku di lingkaran hubbi.. dengan rasa  suci yang diberi... :)

**** Walau pelbagai dugaan melanda.. jiwa kental untuk bersama... 



Friday, December 9, 2011

Cemburunya diriku...

Assalamualaikum wbt..
Bismillahirahmanirahim.... 

Dating wa Hubbi

SEDANGKAN lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri’ adalah bidalan Melayu yang membawa pengertian dalam mengharungi hidup berumah tangga, khususnya dalam hubungan antara suami dan isteri, perselisihan adalah satu kemestian.

Perselisihan adalah satu perkara yang tidak dapat dielakkan. Namun, ia boleh diperbaiki, dengan menggunakan cara yang bijaksana dan bertoleransi.

Banyak sebab yang menjadi punca perselisihan. Antaranya kerana mentua, jiran, teman-teman, anak-anak, malah perkara asas dalam kehidupan juga mampu mencetuskan pergaduhan dalam rumah tangga sehingga lauk yang terlupa dimasukkan garam, atau air kopi yang terlupa ditambah gula.

Paling meruncing ialah apabila masing-masing mula cemburu terhadap satu sama lain, sama ada mereka mempunyai bukti nyata atau hanya berupa prasangka sahaja.

Perkara sedemikian jika dibiarkan berterusan akan melarat sehingga tercipta penceraian dalam rumahtangga.

Ada di kalangan masyarakat yang menganggap perselisihan rumah tangga sebagai garam di dalam lauk. Tanpa perselisihan, rumah tangga hambar dan tawar, umpama lauk tidak bergaram.

Namun, garam itu hendaklah diletak secara berpada-pada supaya tidak terlalu banyak sehingga boleh merosakkan lauk sebelanga.

Perkara inilah yang harus diperhatikan oleh setiap insan yang bertekad mahu mendirikan rumah tangga. Ia juga perlu menjadi renungan pasangan suami dan isteri yang menerajui bahtera hidup berumah tangga.

Sesungguhnya, perkahwinan adalah satu cabaran yang harus dihadapi oleh setiap kaum lelaki. Dalam perkahwinan, suami akan berkongsi hidup dengan isteri.

Biarpun seburuk mana isteri namun seharusnya terimalah seadanya seperti yang terungkap semasa akad.

Kata pujangga, perempuan bagaikan angin, lembutnya melenakan, ributnya pula mampu menggusarkan.

Adakalanya mereka seperti ibu menyaji kasih, menghidang sayang malah adakalanya mereka seperti anak yang ingin dibelai, minta dimanjakan seperti anak kecil namun adakalanya mereka seperti nenek yang sering berleter seadanya, merungut semahunya.

Namun, bahagia dan derita hanya kita yang mencorakkan sendiri

Mendirikan sebuah rumah tangga biarpun untuk ke sekian kali namun memerlukan kematangan dan kedewasaan fikiran dan perasaan.

Kematangan bererti kemampuan seseorang menahan marah dalam suasana krisis dan perselisihan serta dapat menyelesaikan masalah tanpa menggunakan kekerasan dan menjauhi segala cara yang boleh membawa kepada keruntuhan perkahwinan itu.

Sebagai bukti kepada kematangannya, seseorang itu sanggup mengaku salah apabila benar-benar bersalah dan tidak cuba menyalahkan orang lain apabila berpeluang berbuat demikian.

Bagi Islam, rumah tangga perlu ditegakkan atas asas cinta dan kasih sayang.

Perkara ini jelas dalam firman Allah yang bermaksud: “Dan di antara keterangannya juga, bahawa ia menjadikan isteri bagimu yang sebangsa dengan kamu, supaya kamu boleh diam bersama-sama dengan dia, serta berkasih sayang dan cinta menyintai.” (Surah Ar Rum, ayat 21).

Cinta dan kasih sayang yang dimaksudkan bukanlah hasil daripada cinta pandang pertama tetapi ia lahir daripada rasa tanggungjawab mengikut amanah dan kepercayaan, serta tidak dipengaruhi oleh kehendak kebendaan atau nafsu.

Rasa cinta sebegini boleh membawa suami sentiasa bersikap matang dan sihat dalam segala layanannya terhadap isteri dan di kala menghadapi krisis rumah tangga yang tidak dapat dielakkan.

Suasana rumah tangga akan menjadi lebih mesra dan ceria apabila suami mengenali diri isterinya sebagai manusia yang mudah tersinggung dan mudah terasa.

Suami jangan sekali-kali cuai dan lupa memberi penghargaan kepada peranan isteri sebagai suri rumah tangga yang benar-benar bertanggungjawab.

Sebenarnya, tidak susah bagi suami membisikkan kata-kata pujian ke telinga isterinya setiap kali menikmati masakan atau melihatnya berpakaian baru. Berilah hadiah, walaupun kecil, sebagai tanda penghargaan suami terhadap isteri apabila menyambut hari jadinya.

Termasuk dalam penghargaan juga ialah memberi sangkaan baik terhadap tingkah laku isteri, tidak memperlihatkan apa-apa kecurigaan terhadap kejujuran dan keikhlasan isteri, tidak cuba mengintip gerak- gerinya kerana didorong rasa cemburu yang melulu.

Sesungguhnya, rumah tangga yang bahagia dapat diwujudkan hasil kerja keras, saling mengerti, tolong menolong dan persefahaman antara suami dan isteri.

Dalam mengemudi bahtera sebuah rumah tangga, suami berperanan sebagai nakhoda kapal yang bertanggungjawab mengendali dan menjaga keselamatan seisi anak kapal.

Manakala isteri pula berperanan sebagai jurumudi yang mengawal haluan bahtera. Paduan erat antara keduanya mampu menyelamatkan bahtera dan seluruh isinya daripada tenggelam dilanda badai dan gelora.

Dapat ni kat sini..... ^_^ Bace Kat Sini...

**** Saya memang orang yang kuat cemburu.. Kadang-kadang rasa x mampu  nak menahan rasa... T_T
Buat DIA... Maafkan kekuranganku.... 

Tuesday, December 6, 2011

10 Muharram 1433H

Assalamualaikum wbt..
Bismillahirahmanirahim..


Alhamdulillah dah 10 Muharram 1433h pun kita pada hari ini 6.Disember.2011... Hari Asyura buat kita yang digalakkan untuk kita berpuasa sebagaimana yang di riwayatkan dalam hadis nabi.. Dan banyak kebaikan yang kita akan perolehi daripada ibadah ini.. InsyaAllah...


Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya:
Sewaktu Rasulullah s.a.w tiba di Madinah, baginda mendapati orang-orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura. Ketika ditanya tentang puasa mereka itu, mereka menjawab: Hari ini adalah hari kemenangan yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa a.s dan kaum Bani Israel dari Firaun. Kami merasa perlu untuk berpuasa pada hari ini sebagai suatu pengagungan kami padaNya. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Kami lebih berhak daripada kamu dan Nabi Musa dalam hal ini. Kemudian baginda memerintahkan para Sahabat supaya berpuasa pada hari tersebut. – Hadis diriwayatkan Bukhari, Muslim, Abu Daud, Ibnu Majah dan Tirmizi. 


Dari Abu Qatadah al-Anshari r.a. katanya:”Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari Arafah (9 Zulhijjah). Jawab baginda, “Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang”. Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura (10 Muharram). Jawab baginda, “Semoga dapat menghapuskan dosa tahun yang lalu. -Riwayat Muslim-

Di antara ibadat puasa yang disunatkan kepada umat Islam ialah berpuasa pada 9 dan 10 Muharram. Ini kerana tarikh 10 Muharram (atau dinamakan hari ‘asyura yang bermaksud sepuluh) mempunyai nilai sejarahnya yang tersendiri di dalam sejarah manusia khususnya umat Islam. Manakala disunatkan juga berpuasa pada 9 Muharram sebagai mukhalafah (membezakan) di antara kaum Yahudi yang turut berpuasa pada 10 Muharram. 

Alhamdulillah, kita berjaya melaksanakannya seperti Rasulullah Saw.. semoga ia menjadi ibadah tahunan kita bersama keluarga..^^ Walaupun aktiviti luar di pantai pada hari ini sangat mencabar dan satu dugaan besar buat diri ini,. namun Allah sentiasa melapangkan hamba yang dikasihiNya... Alhamdulillah.. Bertuah rasa bila diri rasa dikasihiNya... :) 

**** Ibadah tahunan kita bersama.. Nt anak-anak ummi pun akan dididik sama yer... :) 

Thursday, November 24, 2011

Salam Maal Hijrah 1433H

Assalamualaikum wbt...
Bismillahirahmanirahim....

Alhamdulillah, kita sudah berada dipenghujung tahun 1432H.. Apa yang telah berlaku pada tahun lepas membina pelbagai memori yang indah untuk dikenang.. yang sedih untuk di imbas dan yang terasa ingin di lupakan... ^^ Pelbagai perkara yang berlaku di dalam kehidupan kita seharian menjadi satu kenangan semalam.. Kita hanya mampu mengenang dan tidak mempu mengulang... ^^ Bersetuju kah anda?? Namun, sejarah itu boleh berulang tanpa kita mampu menghalangnya.. Siapa kita menolak takdir Allah SWT. Terima, Redha dan Tenang.. Itulah yang terbaik harus kita lakukan... ^^

Tahun 1432H merupakan tahun yang penuh dengan cabaran buat diri ini.. Alhamdulillah, masih mampu tersenyum menghadapi segalanya.. Walau kekadang rapuh dalam berdiri. terasa bersendirian dalam berjuang.. Terasa diri tidak diperlukan.. terasa jiwa penuh kekosongan.. dan pelbagai mainan perasaan yang dihadirkan mewarnai hidup wanita bernama "Ammar". Siapa pun dia.... dia hanya hamba Allah yang menata hatinya.. yang cuba untuk meningkatkan nilai solehah pada dirinya.. hanya seorang wanita yang menyembunyikan kedukaan didalam tawanya... Sungguh, pernah jatuh, namun diri ini bangkit bangun melawan.. walhal di buang ke mana.. cuba juga untuk bertahan... Percaya janji Allah, setiap perkara yang hadir... pasti ada hikmah tersedia untuk kita.. Setelah hujan, ada pelangi yang indah.. sesudah gelap pasti ada cahaya... InsyaAllah.. ^_^

Salam Maal Hijrah 1433H buat semua.. Semoga apa yang kita lakukan diredhaiNya.. kerana Matlamat hidup kita adalah sama iaitu "Redha Ilahi" walaupun cara kita berbeza namun matlamat yang sama... ^_^

Siapa pemegang kunci syurgaku???

Kita pasti akan terus..
melakar perjalanan, 
mencanting duka..
mewarnai kehidupan, 
membasuh sisa..
berbatiklah cabarannya

Teruskan Perjuangan
selagi diri mampu berdiri..
selagi hati tidak mati..
selagi nafas tidak berhenti..
selagi jasad belum dikebumi.... 
^^

**** Salam kasih sayang penuh cinta... Selawat buat Rasulullah kekasih Allah SWT... Buat Pemilik cinta semoga RedhaNya sentiasa ada buat kita... ^_^

Terima Kasih HUBBI.. 

Tuesday, November 22, 2011

Istiqomahkah Diriku Berniqob..??

Doakan ammar istiqomah ^_^
Assalamualaikum wbt... 
Bismillahirahmanirahim....

Kalam bermula dengan lafaz Bismillah.. moga apa yang dikongsikan menjadi panduan semua... 

ISTIQOMAHKAH DIRIKU DALAM BERNIQOB???? 

Persoalan yang baru sahaja diajukan oleh seoarang sahabat di laman "muka buku"... Persoalan yang sering kali diungkapakan oleh segelintir masyarakat...  Dan saya menilaikannya pada diri saya sendiri.. Istiqomah kah saya?? Soalan itu hanya diri ini yang mampu menjawabnya dan hanya ALLAH SWT yang mampu menilai 'keistiqomahan" diri ini juga para niqobis yang lain... ^^ 

Duhai sahabatku... golongan yang berniqob ini bukannlah satu perkara yang baru.. namun kadang kala ia menjadi suatu permasalahan yang besar dalam sesebuuah masyarakat.. Terdapat sebahagian kawasan yang memandang dengan penuh kekaguman.. ada sebahagian yang memandang dengan penuh kebencian.. juga ada yang memandang dengan penuh kecurigaan.. Walhal, niqob bukanlah satu kesalahan yang harus dipersoalkan pemakaiananya... Bukan menjadi masalh bagi mereka yang memahaminya.. Namun menjadi masalah bagi yang tidak mengenalnya..... 

Berbalik kepada isu ISTIQOMAH....dalam pemakaian... sebenarnya tidak timbul isu istiqomah atau tidak kerana dalam permasalahan hukum boleh berubah mengikut keadaan kepada wajib, sunat, harus mahupun haram. Contohnya, seorang wanita yang mempunyai paras rupa yang sangat cantik sehingga menyebabkan perhatian kaum adam dikawasan tersebut hanya tertumpu kepadanya maka adalah wajib kepadanya untuk menutup wajah. Manakala yang biasa2 sahaja seperti kita adalah sunat sahaja bagi mengikuti pakaian para sahabiah.... 

Ammar
"Ini adalah perkara yang khilaf di kalangan ulama, dan kita harus terbuka dalam masalah ini."

Ramai sahabat-sahabat yang berniqob merasa diri mereka tidak istiqomah kerana sering membuka niqob mereka semasa belajar (masuk ke dewan kulia) di mana niqob tidak dibenarkan digunakan.. Ada juga yang semasa hari bekerja kerana tidak dibenarkan oleh majikan.. Terdapat lagi permasalahan yang kita terlepas pandang dalam hal ini. Namun, bukanlah sewenangnya kita mengata mereka ini "HIPOKRIT" kerana tidak memakai niqob setiap masa.

Harus difahami wahai sahabatku.. bukan itu yang dipinta oleh kami.. Kamu membukanya dengan penuh rasa keberatan demi menjaga hubungan sesama manusia juga mengelakkan pandangan mereka terhadap niqobis.. daripada mereka mengatakan kita taksub dan golongan yang ekstrim.. ^^ (Buka semasa bekerja) 

Ada juga para sahabat niqobis yang tidak dibenarkan memakai niqob.. Jangan salahkan mereka kerana tidak membenarkan.. mugkin mereka hanya tiada kekuatan untuk berhadapan dengan tomahan (sebahagian) masyarakat yang menolak golongan ini... mugkin juga ada ibu bapa yang kurang pengetahuan mengenai pemakaian niqob dan tidak kurang juga yang terpengaruh dengan hal ajaran sesat dahulu "Arqam". Mereka hanya ingin melindungi kita wahai sahabatku... Itulah yang saya fahami selama ini. walau ada kedegilan pada diri ini untuk terus berniqob walau ada yang tidak menyenanginya... :( 

Mentaati ibu bapa adalah lebih wajib bagi kita, dan redha Allah swt ada pada redha ibu bapa... Yang penting taatilah ibu bapa kita dahulu kerana itu adalah wajib buat kita... Menuruti kehendak  ibu bapa adalah lebih wajib kita lakukan daripada perkara sunat seperti niqob... (pesanan buat niqobis yang mendapat halangan ibu-bapa). Namun, usaha, doa dan taawakkal itulah sebaiknya kita lakukan. Sabar dalam ujjian yang dihadirkan melaui keluarga kita.. ^^. InsyaAllah akan dipermudahkan olehNya.. ikhlaslh dalam berniqob.. Niat kita, Allah yang menilainya.. Moga Allah memudahkan segalanya... ^_^


*** Ini hanyalah pendapat sendiri.. Keep Istiqomah yer Ammar.. ^_^
Mendapat soalan.. " Anti istiqomah?? Saya ingin bantu anti istiqomah..... ^^

Saturday, November 19, 2011

Ruang & Peluang

Assalamualaikum wbt...

Memberi ruang dan peluang... Apa yang anda faham mengenai perkara ini..???

Ammar belajar untuk memberi ruang dan peluang.. Tidak suka untuk terus menghukum.. Namun dunia masa kini seakan menutup ruang dan peluang kepada sesiapa pun untuk memberi penjelasan... Walhal ada mahkamah sekali pun.. bukan seindah aturan yang sedia ada dibentangkan.. terlalu banyak birokrasi yang menyusahkan.. Fokusnya bukan untuk bercerita mengenai hal mahkamah... ^^ Cuma hal kita dalam kehidupan seharian.. Terlalu sedikit manusia yang memberi peluang apatah lagi ruang.. 

^_^

Memohon kemaafan. ada lagi yang menagguhkan untuk MEMAAFKAN... 
Membuat kesalahan.. ada lagi yangmengguhkan memohon KEMAAFAN..
Berbuat maksiat ada lagi yang menangguhkan TAUBATNYA..
Walau Pintu TAUBAT sentiasa terbuka.. namun tahukah kamu bila ajal itu tiba???
Tiada siapa yang tahu bila ajalnya menjelma.. Kun Faya Kun.. Tiada siapa yang mampu menghalangnya... Usah bertangguh bila terdetik dihati ingin berubah... Allah itu Maha Pengasih dan Penyanyang... Tidak pernah menutup pintu taubatNya buat kita.. Namun kita yang harus berani berubah... ^_^

Peluang dan ruang daripadaNYA sentiasa terbuka buat kita wahai sahabat... Jangan sampai ruang dan peluang itu tertutup buat kita selamanya baru ingin berubah... Jangan bila talkin sudah dibaca, baru diri meronta-ronta ingin kembali ke alam nyata... Wallahua'lam.. 
ketika itu....... tiada apa lagi yang mampu dilakukan... 


**** Ada peluang buatmu... ^_^ 

Nasihat buat ISTERI


Assalamualaikum Wbt..
Bismillahirahamanirahim..


Sedikit perkongsian bersama daripada seorang sahabat yang Ammar kagumi yang ukhwah bermula di "muka buku" juga... Dia seoarang yang mampu menjadi inspirasi diri ini untuk terus meningkatkan nilai soleha dalam diri.... Terima kasih Kak Iza.. UhibbukiFillah... 

Perkongsian ini buat kita yang bergelar muslimah.. Wanita.. perempuan dan Hawa... Yang bakal memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri... Ustazah buat ustaz kita, Makmum kepada Imam kita.. dan sayap kiri kepada perjuangan seorang khalifah ALLAh SWT di muka bumi ni... Bacalah wahai sahabatku dengan penuh muhasabah.. InsyaAllah, mampu menjadi panduan buat kita.. ^_^

Ummi ^_^

Di manakah KEWAJIPANmu wahai ISTERI

♥ Jadilah seorang isteri yg patuh,taat,menjaga KEWAJIPAN & AMANAHmu dgn sebaik2nya..Layanilah suami & anak2mu dgn KASIH SAYANG & penuh dgn bunga2 CINTA.... ♥ 

♥ Jagalah RUMAHTANGAmu dgn sebaik2nya..Jagalah makan pakai suamimu..Jangan sesekali membenarkan 'orang gaji'mu sbg 'MADU'mu dlm menguruskan setiap kewajipanmu...Sekiranya dirimu ingin diberikan BELAIAN yg MAKSIMA..belailah dgn tanganmu sendiri...♥ 

♥ Masakan seorang isteri blh MENGERATKAN KASIH SAYANG & CINTA suami pd isterinya & jg ikatan kekeluargaan semakin KUKUH..Maka jgnlah selalu 'MEMBENARKAN' suamimu pergi mkn di luar & 'TAPAU' mknn utkmu & anak2mu ea duhai wanita..Di manakah 'peranan'mu sbnrnya????? Walaupun bekerja sepenuh masa..tugas2 di rmh jgn sesekali di SERAHKAN bulat2 kpd orang gajimu..Masa ini dirimu x NAMPAK insyaAllah tatkala anak2mu dh mmbesar & suami mu dh JELAK/MUAK ...baru nk MENYESAL...♥ 

♥ Ingat pesan mak terchinta,setinggi manapun dirimu belajar wpun sampai PHD sklipun..tempat TERBAIK seorang wanita adalah DI RUMAH yakni di 'dapur'nya.Utk memikat suami...ikatlah perutnya dgn masakan2 hasil air tanganmu sendiri..InsyaAllah..akan terus tersemat di hati ini...Amin Ya RABB kata2 nasihat penuh BERHEMAH ... ♥ 

♥ Berhiaslah dgn sederhana & tidak menonjolkan sama sekali lekuk tubuhmu utk "PERHATIAN' orang2 yg BUKAN BERHAK ke atasmu duhai WANITA..Tutuplah AURATmu mengikut syariat..Dirimu akan sentiasa kelihatan CANTIK & MANIS dgn pakaian & tudungmu itu..Jangan sesekali membuka 'aurat'mu..di sana kelak..dirimu telah MENYERET skli suamimu ke NERAKA kerana perbuatanmu itu.....Na'uzubillahi min dzaliq.... ♥ 



♥ Jangan sesekali melawan kata/bicara dgn 'IMAM'mu..kerana syurgamu di telapak kaki suami..Berbicaralah dgn 'kemanjaan'mu insyaAllah..hati suamimu akan sentiasa utkmu...Jangan terlalu CEMBURU pd suamimu..kerana itulah MUSUHmu duhai wanita...Penuhilah di hatimu dgn IMAN & TAQWA pd ALLAH..insyaAllah dgn itu shj blh 'MEMADAM'kan api2 CEMBURU yg blh MENGGOYAHKAN keharmonian rumahtanggamu kelak...Cegahlah sblm terjadi..sbb API yg marak akan cpt membakar tanpa meninggalkan apa2 kecuali 'ABU" ♥ 

♥ Percayalah duhai WANITA,sekiranya kita menuntun hati sepenuhnya berlandaskan ajaran ALLAH..insyaAllah...amanah2 yg dirasakan "BERAT' itulah yg sungguh RINGAN buat kita sbnrnya...Jangan sesekali MENGELUH sbb ingat 1..
♥ Rasulullah bersabda, "...Apabila seorang wanita menjaga SOLAT lima waktu, BERPUASA sebulan di bulan Ramadan, menjaga KEHORMATANnya dan TAAT kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya: Masuklah kamu ke dalam syurga dari pintu mana saja yang kamu suka".~
{HR Ahmad} ♥

♥ Berilah sentiasa kebaikanmu & kasih sayang serta cintamu....Walaupun kdg2 pasanganmu tidak 'PEDULI' & 'AMBIL ENDAH' INGAT!! ALLAH sentiasa nampak perbuatan & HATImu...insyaAllah Wallahu'alam...
sentiasa tuntun hatimu duhai WANITA spt hadis Rasulullah,

"Sesungguhnya ALLAH TIDAK MELIHAT rupa dan harta kalian,
tetapi IA MELIHAT HATI dan AMAL kalian."~{HR.Muslim} ♥ 

♥ Jangan 'TERBEBAN' dgn amanah2mu..itulah 'kunci' KEBAHAGIAANmu yg sbnrnya wahai wanita... ♥ 

✿ Duhai WANITA, 
walaupun dirimu 'BERKEDUDUKAN' & 'BERPANGKAT TINGGI' sekiranya dirimu masih memegang TITLE 'ISTERI' dirimu tetap WAJIB PATUH dgn suamimu...✿

✿ܓsebagai renungan kita bersama yg bergelar WANITA...insyaAllah..✿ܓ


**** ^_^, Semoga diri ini mencapai cita2 tertinggi ini...

Tuesday, November 15, 2011

Ada apa pada NIQOB itu???

Assalamualaikum wbt
Bismillahirahmanirahim...



Ada apa pada niqob itu?? Kain kecil di wajahmu?? Purdah pada sebutan kebanyakan orang..... 
Sering kali pertanyaan seperti ini diutarakan oleh mereka, kawan-kawan juga para sahabat.. Mugkin ingin menilai apa keperluannya pada kita, juga mungkin untuk menyelidiki niat kita... wahai niqobis.. Wallahua'lam bisawab.. 

Petang semalam, ammar di tanyakan dengan soalan.. "Kenapa memilih untuk berniqob??? " oleh seorang sahabat yang baru di kenali.... Dan mungkin ini adalah satu perkara asing baginya.. Diri ini juga sering di anggap asing di bumi sendiri.. namun itu bukan halangan untuk ammar terus bermujahadah dan istiqomah dalam berniqob.. ^_^ 

Mengambil masa sedikit untuk menjelaskan padanya... "Wahai sahabat... andai kau tahu betapa benilainya diri kita ini.. pasti dirimu juga ingin menghijab dirimu dari padangan ajnabi yang meliar memndang keindahan dan keistimewaan yang terhidang darimu.... Akal berusaha menyusun kata, agar mudah diterjemah bagi memulakan bicara.... 

^_^  : Kenapa saya memilih untuk berniqob.....  (tersenyum....)


~_~ : Yup... Why, Knp, dan mengapa.... 



^_^ : Kerana saya nak menghijab diri saya dari pandangan ajnabi yang boleh menimbulkan fitnah.. Wajah kita  ni boleh menimbulkan fitnah apabila anak adam memndangnya dan menimbulkan rasa syahwat di hatinya... Permulaan saya nak memakai niqob juga dari pandangan adam itu sendiri.. Lama diri ini bermuhasabah apa yang perlu dilakukan.... Sehinggalah perbincangan bermula dengan ustaz dan ustazah yang saya kenali dan rapat masa stdy dulu... Alhamdulilllah.. segalanya dipermudahkan, niat di kukuhkan dan tekad dijelaskan... Namun, tergantung seketika kerana semasa kuliah tidak dibenarkan memakainya.. Lama memndam rasa, niat disemat sepenuh jiwa.. menanti selesainya sesi kuliah di kampus.. ^^ Diri berusaha untuk mencari segalanya tengan niqob.. dari segi hukum dan perlaksanaanya... Alhamdulillah, bukan mudah namun bila diri kita seikhlasnya akan ada jalan yang diperuntukkan bagi kita... 

~_~ : Wajib je berniqob ni??



^_^ : Camne nk cakap ea.... huhu.. Maaf lau berat untuk awak faham... Tapi saya akan cuba untuk jelaskan... InsyaAllah... Sebenarnya.. takdelah wajib.. Tapi lebih menerima ia adalah sunat coz ia adalah pakaian isteri2 nabi... Permasalahan ini telah pun di bahaskan oleh para ulama' dan ia hanyalah salah satu cabang dalam agama.... "Aurat wanita yang disepakati oleh ulama' adalah seluruh tubuh badan wanita kecuali muka dan tapak tangan, hanya sebilangan (minoriti) ulama' sahaja yang menetapkan bahawa muka dan tapak tangan wanita adalah aurat yang wajib untuk ditutup di hadapan ajnabi (lelaki asing - bukan mahram, atau dalam erti kata lain lelaki yang halal untuk dikahwini)." dan 

"Hanya sebilangan minoriti ulama' sahaja mewajibkan wanita memakai niqab bersandarkan kepada dalil "Wanita adalah aurat"
Ia tidak berlaku secara mutlak. Kerana tidak mungkin seseorang boleh menampakkan auratnya di dalam solat. Bagi mereka yang berpendapat bahawa wajah wanita itu aurat adalah minoriti ulama. Sedangkan yang berpendapat bahawa wajah bukan aurat adalah majoriti ulama (jumhur)." 



Suka saya kongsikan yang ini bagi awak faham... Tidak terlalu berat untuk awak terima.. ^_^ Ini juga hasil pendapat para niqobis yang lain yang saya kenal... ^^

~_~ : O0o0o... Terima Kasih.... :) 

^_^ : Sama-sama.. Hati terdetik nak berniqob ke?? :)

~_~ : Doakan saya... :)

^_^ ; Semestinya sahabat... 

Alhamdulillah, perbincangan yang sedikit, mampu buat dia mengerti, niqob adalah pakaian diri ini.. dan sahabat yang lain mula mengerti... ^_^

Terlalu banyak dugaan buat diri ini dalam meneruskan niat ini, namun Allah membantu dan diri ini yakin seikhlasnya bahawa.. pasti ada hikmah disebaliknya... Kedegilan diri mungkin melukakan orang yang di sayangi.. namun, percaya janjiNya.. semuanya dipermudah....  NIQOB membantu diri ini untuk lebih kuat, dan terus berjuang dalam pelayaran ini.. membantu diri ini terlepas dari pandangan liar AJNABI... Menjaga diri ini untuk menjaga perlakuan, perbuatan dan percakapan... Sesungguhnya, Tertutup itu INDAH.. Rasailah wahai sahabat... ^_^



***** Buat Dia... Terima kasih.. sepanjang perjuangan ini, menjadi nadi utama buat diri ini terus berjuang untuk istiqomah dalam badai bergelora... 

Monday, November 14, 2011

Mengikat hati hanya untukNya...

Assalamulaikum wbt..
Bismillahirahmanirahim...



Mengikat hati untukNya...
selayaknya hati kita seharusnya diikat dengan Allah
jangan dibiar jauh daripada mengingatiNya...
zikrullah penenang jiwa
usah hati dibiar resah bila kita dah tahu penawarnya...

Cintailah Allah terlebih dahulu,
agar Allah mencintaimu didunia ini selalu. 
Utamakanlah keredhaan Allah dalam setiap perkara dan masa, 
agar Allah sentiasa meredhai hidup kita di dunia. 
SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahu Akbar~

Ikatlah hati hanya untukNya
usaha anda yang akan dinilaiNya...
Moga kita terus istiqomah dalam pengabdian ini..
jalan yang sukar yang akhirnya adalah kemanisan Iman...
InsyaAllah..

"Barangsiapa yg ingin mengetahui kedudukannya disisi Allah, maka hendaklah dia melihat kedudukan Allah disisinya, kerana sesungguhnya Allah memberikan kedudukan kepada seorang hamba disisiNya sesuai dengan bagaimana hamba itu memberikan kedudukan kepadaNya disisinya."[Riwayat Al-Hakim]

****Hanya satu luahan rasa.. dikala idea mencurah-curah.. Hati tak keruan mana, namun berusaha untuk mengikat hati hanya untukNya... kerana Cintaku hanya untukNya.. Bi'iznilllah... ^_^
~~~Ammar : Di mana ada kemahuan.. di situ ada jalan.. Dia x pernah ajar awak untuk berputus asa... :) Keep smile... 

Sunday, November 13, 2011

Sebuah Pertemuan...


Assalamualaikum wbt..
Bismillahirahmanirahim....

"Kawan sejati bagimu adalah orang yang setiap kali bersua denganmu, selalu menasihatimu kerana Allah... Serta mengingatkan nasib dirimu di hadapan Allah. Kawan seperti itu, jauh lebih baik bagimu daripada kawan yang setiap kali bertemu denganmu. diameletakkan dinar di tanganmu.."

Satu kata-kata yang membuat diri ini berfikir sama ada diri ini temah menemui sahabat seperti ini atau adakah diri ini telah menjadi kawan seperti itu... 

Sebuah pertemuan... dari sebuah ukhwah yang bermulanya di "muka buku" dan akhirnya sebuah pertemuan berjaya di realisasikan.. Mengenali walau tidak bertentang mata, ukhwah tetap hangat terasa indah... Sebuah kerinduan tercipta bersama ukhwah yang disemai dengan rasa cinta antara sahabat.. alhamdulillah. Allah mendengar rintihan kerinduan hambaNya yang berukhwah kerana DIA.. Allah permudahkan segalanya... 

Ruuhul Hubbi Laila Wa Ammar Wajidah Halimah


Ammar Wajidah Wa Wardah El-Mahfuzah

"Pengubat jerih manusia adalah dua keutamaan,pertama iman kepada Allah,kedua percaya kepada sahabat."

Pertemuan yang pertama dengan Ain... Terasa bahagia, dan rindu pun terungkai berkat kasihnya DIA kepada hambaNya..
Alhamdulillah... ^_^



Mencipta kenangan 

"saling mencintailah hanya kerana ALLAH..
saling menyayangilah hanya kerana ALLAH..
saling membahagiakanlah hanya kerana ALLAH..
kerana hanya ALLAH-lah yang dapat menimbulkan rasa cinta, kasih sayang dan kebahagiaan tersebut.. "




Keindahan Ukhwah
Ya Allah...
Sungguh diriku sangat "menyayangi" semua SAHABATku...
Namun diriku TAK MAMPU untuk merengkuh mereka dalam DAKAPAN nyata...
Maka izinkanlah diriku MENDO'AKAN mereka (saudara/i)ku seiman...

Ya Rabb...
Benahilah pengetahuan dan pengamalan agama kami yang akan menjadi penjaga urusanku.Benahilah DUNIA kami tempat kami mencari PENGHIDUPAN.
Benahilah kehidupan AKHIRAT kami tempat kami kembali.
Jadikanlah HIDUP kami sbg tempat MELAKSANAKAN segala KEBAJIKAN dan jadikan mati kami sbg PEMUTUS segala keburukan..

Ya Mujiib...
Pastikanlah kami memperoleh Rahmat_MU,meraih ampunan_Mu terbebas dari dosa,mendapat manfaat dari segala kebaikan,meraup keuntungan berupa Syurga dan terlepas dari siksa NERAKA...

Ya Muhaimin...
Jadikanlah sebaik-baik umur kami agar menjadi amal yang terbaik di akhir usia kami.Hari kami yang terbaik adalah hari di saat kami bertemu dengan_Mu kelak..
Aamiin allahumma aamiin...


Menanti Pertemuan seterusnya...... 
*** Semoga dipermudahkan segalanya... Yana, nurul, shima, aznie, ateh, nayli, hasnur, naurah, azza... Kak Iza.... dan para sahabat sekalian yang ammar kenali.. InsyaAllah..

Thursday, November 3, 2011

Izinkan saya memandang dari kejauhan...

Assalamualaikum wbt..
Bismillahirahmanirahim...


Ya Allah ya tuhanku... Pasrahkanlah aku dengan takdirmu...
Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan... Adalah yang terbaik buat ku.... kerana engkau maha mengetahui... Segala yang terbaik buat hamba Mu ini...

Izinkan saya memndang di kejauhan..
cukuplah sekadar mendoakan
kebahagia insan yang tersayang..

walau diri ini telah berkali-kali di buang
jiwa ini tetap kental untuk bertahan..
hati setia mengiyakan sayang
walau hanya dari kejauhan memandang..

tidak keterlaluan untuk menyatakan
bahawa diri ini yakin akan dia
yang menjadi nadi pembuka syurga
buat diri ini yang memilih dia..

namun takdir Allah mengatasi segalanya..
Allah memberi isyarat bahawa bukan dia..
walau jiwa sedikit tersiksa
cuba mendidik diri untuk pasrah akan segalanya...

Izinkan diri ini memandang dari kejauhan..
walau bukan pendamping di dunia
cukuplah sekadar hamba allah yang bernama manusia
ukhwah yang terbina jangan dipersia
kerana semua ini adalah atas ketentuanNya...

Ya Allah..
hati ini sedikit sakit kerana hambaMu
hati ini semakin lalai kerana hambaMu
maka didiklah diri ini untuk terus mencintaiMu
mencintai hambaMu yang tulus mencintaiMu


~~~~>Siapalh yang memahami kekalutan ini selain DIA dan dia...

Tuesday, November 1, 2011

Kami sangat memerlukannya.... ^_^


Maka dia (Musa) memberi minuman (ternak) kedua perempuan itu,
kemudian dia kembali ke tempat yang teduh lalu berdoa, "Ya Tuhanku, sesungguhnya aku sangat memerlukan sesuatu kebaikan (makanan) yang Engkau turunkan kepadaku." [al-Qasas: 24]

Dalam kita yakin akan sesuatu yang baik bagi kita... Ia belum tentu baik dipengetahuan-Nya.. Begitu juga halnya akan sesuatu yang buruk bagi kita ia belum tentu tidak baik pada telahan ilmu-Nya. Sesuatu perkara yang kita terasa sukar dan payah di bahu kita, ia sangatlah mudah bagi kekuasaan-Nya..

boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. [Al-Baqarah: 216]

"Ya Allah, andai itu ketentuan untuk kami, redhakanlah hati-hati kami. Andai itu suratan untuk kami, permudahkanlah urusan-urusan kami. Sesungguhnya kami juga sangat memerlukan sesuatu kebaikan menurut pandangan-Mu, sebagaimana termakbulnya kebaikan ke atas doa Nabi Musa a.s."

InsyaAllah... Semoga ada kebaikan yang berterusan buat kita sepanjang pelayaran kita menuju ke pelabuhan akhirat kelak.... Baik sedari daripada awal, pertengahan, mahupun penghujungnya dengan sentiasa mendahului Allah SWT dalam setiap perkara... :)

Amin Allahumma Amin... ^_^



Saturday, October 29, 2011

LOve Is Cinta


Bismillahirahmanirahim....
Assalamualaikum wbt...







Bicara cinta bermula.... Rasa cinta di dalam hati kita kadang kala membuat kita lupa akan segala hal yang ada di kenyataan kita. terkadang kita memaknai cinta sebagai hal yang lumrah dan wajar bagi kita. Walhal pada hakikatnya cinta adalah satu rahmat daripada Allah SWT dan merupakan satu nikmatnya yang paling besar buat kita sebagai hambaNya.. Oleh itu, jagalah cinta jangan sesekali kita menodai cinta yang suci itu dan jangan biarkan ia hilang di telan seumur hidup kita.

Mereka yang sedang hangat bercinta akan merasakan indahnya dunia ini seolah-olah dunia ini hanya milik mereka berdua bersama. Mereka mengisytiharkan bahawa "Dunia ini milik kami berdua". Terasa lucu kata-katanya namun bagi mereka yang sedang bercinta semuanya adalah mungkin.. Tiada perkara mustahil yang mereka tidak boleh lakukan... "Cinta itu buta" sudah cukup sinonim untuk mereka yang membutakan cinta dengan memungkinkan perkara yang tidak mungkin. Hal ini kerena mereka buta, buta kerana cinta....

Namun ada cinta yang celik dan memungkinkan bahawa dunia itu milik kita bersama... MAHABBAH FILLAH... CINTA KERANA ALLAH SWT... Itulah yang dinamakan cinta sebenar, yang kekal, abadi dan kecintaan yang akan membantu kita daripada kengerian di hari akhirat. Mahabbah Fillah adalah salah satu tanda orang yang mendapatkan naungan pada hari kimat ketika tiada naungan selain daripada naungan ALLAH SWT...

Oleh yang demikian, cintailah sesuatu kerana ALLAH SWT, agar cinta kita itu dinilaikan ibadah . Jika cinta sudah disematkan dengan kata-kata "KERANA ALLAH" maka sesungguhnya hamba mana yang tidak akan merasa nikmat dan syahdunya.. Apa lagi jika mencintai makhlukNya yang sudah tentu fana, maka kita pun akan berpisah denganya.. Namun bagi mereka yang telah memahat kata "KERANA ALLAH" usah rasa kecewa, marah mahupun penyesalan tidak akan terkesan pada mereka. Cinta yang diasbabkan pada Allah SWT akan memegang prinsip "Cintailah kekasihmu jangan berlebihan kerana cinta yang hakiki adalah kepadaNya....

Dunia ini milik kita bersama yang menjadi saranan pengumpulan bekalan untuk perjalanan yang panjang...

***Indahnya saat hati melihat dan mengajak bersama-sama menuju ke syurgaNya yang kekal dan abadi.... ^_^

Friday, October 28, 2011

Jauh Dari Cinta



"Semakin jauh aku berlari.... semakin cinta itu menjauh pergi. Lantas tidak lagi kumengejar,

kerana engkau hanya bahagia apabila berhenti... "

Friday, October 21, 2011

Berdoa & Bersyukur ^_^

Bismillahirahmanirahim....
Assalamualaikum wbt....


Hati kita tak gembira kerana kita tak pernah bersyukur dengan apa yang kita ada...

Kita tidak pernah nak menghargai setiap nikmat yang kita dapat. Terlalu asyik memikirkan

benda yang kita tiada sehingga melupakan nikmat yang sedia ada di hadapan mata... ^_^

Kita berdoa, tapi kenapa payah sangat doa kita dimakbulkan oleh Allah SWT???

Hal ini kerana kita asyik meminta kepadaNya, tetapi kita tidak pernah memohon keampunan

daripadaNya... Sedangkan dosa-dosa kita bertimbun kepada Allah SWT...

Alangkah tak malunya kita padaNya..
Kita merintih, merayu kepadaNya agar dimakbulkan doa kita.
Tetapi selepas mendapatnya kita lupa padaNya. Bilaa dah datang kesusahan, barulah sibuk
mencari DIA, serta merta hati terus teringat kepadaNya... walhal sebelumnya tidak terdetik pun
di hati untuk terus berzikir padaNya.. Alangkah tak malunya kita..... Kita mula merintuh,
merayu dan menangis semula kepadaNya... memohon Allah memandang kita semua...
Bagaimana Allah nak makbulkan doa kita andai tiada nilai istiqomah dalam diri kita untuk
berdoa padaNya...???


"Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohanan kamu." (Al-Mu'min: 60)

Doa itu adalah ibadat juga senjata orang mukmin dan dengan berdoa kita dapat meningkatkan rasa kehambaan kita pada Allah SWT dan seterusnya menambahkan kecintaanNya kepada kita.. InsyaAllah...

Sebagai renungan buat diriku.. juga dirimu... Moga hidayahNya menjadi milik kita...

****Menifestasikan rasa syukur kita dengan bersungguh-sungguh dan sehebat-hebatnya... ^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...