Sunday, February 13, 2011

Awan & Angin


Cinta awan dan angin....
Cinta itu angin, dapat dirasa tetapi tidak nampak...
Kasih sayang itu awan. Jelas kelihatan tetapi tidak dapat dipegang...

Teringat akan satu kisah seorang sahabat....
Rindu awan dan angin...
rindu ana sebanyak awan.. selagi mana ia kelihatan
selagi itu rindu sentiasa ada untuk anti...
Rindu anti buat ana???
Rindu ana sebanyak angin, sebanyak mana angin berhembus di sisi anta..
sebanyak itulah rindu ana buat anta....

Cinta dan kasih sayang bersatu dalam awan dan angin.... ^_^



Saturday, February 12, 2011

Cinta Yang Keciciran


Antara debar dan derap perjuangan, peluh mula mengalir meracik kesabaran.... Masih belum mengertikah sahabatku?? Segala cinta dusta dan buta, kecuali cinta kepada Sang Pencipta.... DariNya kita datang, kepadaNya kita kembali, harapnya tidak dengan cinta yang keciciran dan hilang... Ketika meranduk sungai cinta yang palsu....

Mudah benar kau tertipu wahai sahabat, dengan fatamorgana yang kau kejar dari kejauhan, hilang apabila hampir. Kau ditipu nafsu; lalu kau hamburkan perkataan sia-sia, lupa segala yang kau ucapkan, bakal menjadi saksi di mahkamah Allah SWT yang Maha Adil...

"Kehidupan dunia dijadikan indah dalam pandangan orang-orang kafir, dan mereka memandang hina orang-orang beriman. Padahal orang-orang bertaqwa itu lebih mulia daripada mereka di hari kiamat. Dan Allah memberi rezeki kepada orang-orang yang dikehendakiNya tanpa batasan" (2:212)

Esok mungkin kau dihidupkan lagi, atau mungkin kau sudah tiada....mahukan lagi mencabar Dia??? sedangkan maut sentiasa mengintai, dicelahan Qada dan Qadar. Usahlah terus tertipu, menjadi pengucap kata yang sia-sia atau pelanggar hukum Allah yang sedia... kerana kau ttidak mengetahui, bila maut akan menerkam.

Kau sudah lama benar tertipu duhai sahabat, lupakah kau pada kata-kata Ruhul Qudus, Jibril as kepada Rasulullah, "Cintailah segala yang kau miliki semahumu, akhirnya kau terpaksa berpisah denganya.." Gengamlah tanganku ini, kita lestarikan cinta yang lama terkubur...

Marahkah dikau sahabat? Andaiku cuba mengajar kepada yang makruf?? Mengertilah... aku tidak mampubersabar... bimbang esok bukan lagi hari yang dijanjikan buatmu....

kerana aku benar-benar mencintaimu.. Cinta kerana Si Pencipta Allah Azza Wa Jalla ^_^♥

Semusim Bersama, Seabad Terasa....


Semusim bersama seabad terasa...
Kerinduan itu menerpa kala
musim bunga membuka tirainya...
Hati berbisik...
Ingin memula semula...
Namun kenyataanya musim itu sudah berlalu..
kenangan itu dicipta untuk dikenang..
ingin diulang tidak seindah yang lalu..
Hidup dalam kenangan tidak akan membawa kepada kemenangan
kerana kenyataan itu perlu diterima..
bahawa dialah yang ada...
bukan kenangan itu...
Rindu akan jiwa-jiwa itu..
Rindu akan semusim tu..

Renungi Diri ^_^ ♥♥♥


Kita lahir dengan dua mata didepan wajah kita,
kerana kita tidak boleh selalu melihat kebelakang..
Tapi pandanglah kehadapan dimana adanya masa depan..

Kita dilahirkan dengan dua buah telinga dikanan dan di kiri,
supaya kita dapat mendengarkan semuanya dari dua buah sisi.
Untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih
mana yang benar dan mana yang salah..

Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita.
Sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita, kita tetap kaya..
Kerana tidak akan ada seorang pun yang dapat mencuri otak kita,
fikiran kita dan idea kita.
Dan apa yang anda fikirkan dalam otak anda adalah jauh lebih berharga daripada emas dan permata.. ^_^

Kita lahir dengan dua mata, dan dua telinga, tapi kita hanya diberi satu buah mulut. Kerana mulut adalah senjata yang paling tajam, yang bisa menyakiti, bisa membunuh dan ada banyak lagi perkara yang tidak menyenangkan....
berbicaralah sedikit yang mungkin tapi lihat dan dengarlah sebanyaknya... ^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...