Saturday, March 19, 2011

Perihal Cinta... ^_^


" Konsep cinta dalam Islam sangat unik, iaitu mencintai sesuatu atau seseoarang hendaklah kerana mencintai keredhaan ALLAH SWT dan menurut peraturan syarak. Islam mengejar kita bahawa perkahwinan adalah ikatan yang suci, tepat dan satu-satunya cara yang dibenarkan oleh syarak dalam menghalalkan hubungan antara adam dan hawa.."

"Hati-hati dengan cinta, kerana cinta boleh membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin... Jika cintanya itu disambut oleh para pencinta PALSU"

"Sesiapa pun boleh menghayati cinta, tetapi tiasa seorangpun pandai menilai cinta kerana cinta bukanlah suatu objek yang boleh dilihat oleh mata kasar, sebaliknya cinta hanya boleh dirasakan melalui hati dan perasaan.."

"Cinta sebenarnya adalah membiarkan orang yang kita cintai menjadi dirinya sendiri dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kita impikan. Jika tidak, kita hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kita temukan ke dalam dirinya.."

"Jika kita tiba-tiba jatuh cinta dengan sahabat kita sendiri, perasaan itu jangan kita tunjukkan kerana cinta itu akan merosakkan nilai sebuah persahabatan yang merupakan satu anugerah terindah"

"Cinta lahir dalam hati dan bukannya dalam bicara, cinta itu tidak perlu diucapkan hanya perlu dirasakan..."

"Cinta boleh melukakan sekeping hati yang tidak berdosa, cinta kepada Allah SWT cinta yang abadi"

"Cinta itu indah, namun apabila cinta disertai dengan dusta dan pembohongan maka keindahan cinta itu akan hilang"

"Cinta tak boleh dipaksa. Nantikan kehadirannya dengan sabar, Cinta datang pada saat yang tak terduga.. Jangan lari dari cinta kerana cinta itu indah"

"Cinta bukan dari kata-kata, tapi dari segumpal keinginan yang diberi kepada hati yang memerlukan"

P/s : Ntah pape je sal cinta ni....^_^

Tuesday, March 15, 2011

Secantik-cantik Wanita..



Ahmad, an-Nasaie dan al-hakim meriwatkan daripada Abu hurairah bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud; "Sebaik-baik wanita ialah yang menyenangkan seorang lelaki apabila ia melihatnya, yang taat kepadanya apabila ia menyuruhnya dan ia tidak menyalahi suaminya dengan sesuatu yang tidak menyukakannya pada dirinya dan hartanya.." (Riwayat Muslim)

Suami (lelaki) mana yang tidak bahagia melihat isterinya rapi, cantik dan punya tingkah laku yang menyenangkan? Demikianlah Rasulullah meletakkan isteri yang baik itu sebagai faktor kebahagian seseorang suami. Dengan perkataan lain isteri yang soleha akan menjadikan rumah ibarat syurga yang menenangkan hati sesiapa sahaja yang bernaung di bawahnya.

Kata Allah mengenai sifat-sifat isteri yang solehah, "Maka perempuan-perempuan yang baik (solehah) itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipeliharanya) ketika suami tidak hadir bersama,dengan pemeliharaan Allah dan pertolongan-Nya" (Surah an-Nisa': 34)

Cantik bukan sekadar pada pandangan berdasarkan penampilan zahiriah semata-mata. Tetapi juga merangkumi budi dan amal ibadat. Tetapi jika canti paras rupa, ditambah dengan cantik budi pekerti, tentulah ia jadi bonus lumayan kepada sesiapa sahaja.... bukankah begitu??? ^_^


Sunday, March 13, 2011

Pilihlah......


Usah didambakan isteri sehebat KHADIJAH

jika diri tidak semulia RASULLLAH SAW..

Tidak perlu isteri secantik BALQIS

andai diri tidak sehebat SULAIMAN

Usah mengharapkan suami setampan YUSUF

Jika kasih tidak setulus ZULAIKHA

Tidak perlu mencari suami seteguh IBRAHIM

Jika diri tidak sekuat HAJAR dan SARAH..

Usah bermimpi mendapat lelaki seperti ALI

Jika diri tidak sehebat FATIMAH


ATAU


Aku dambakan isteri sehebat KHADIJAH

Aku cuba mengikut akhlak semulia RASULULLAH SAW

JIka aku ingin isteri secantik BALQIS

Aku pelajari dan hayati kehebatan SULAIMAN

Jika aku mengharapkan suami setampan YUSUF

Kasih setulus ZULAIKHA aku usahakan

Aku mencari suami seteguh IBRAHIM

Lalu aku harus sekuat HAJAR dan SARAH

Aku bermimpi mendapat lelaki seperti ALI

Maka aku mengikuti hebatnya FATIMAH....

Thursday, March 10, 2011

♥●•٠Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ·٠•●♥ I Miss You ♥●•٠Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ·٠•●♥


‎"Sesungguhnya jika rindu itu dirasai, rindulah pada seseorang yang merindui syahid dijalanNya. Jika rindu seseorang…moga lebih bertambah kekuatan untuk menyintai Allah…Jangan biarkan rindu melampaui batas hingga lupa pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaNya…

Rindu itu.. ku labuhkan buat Dia.. Allah Azza Wa jalla...
Rindu itu.. ku labuhkan buat Rasulullah Saw..
Rindu itu.. ku labuhkan buat Ibu.
Rindu itu.. ku labuhkan buat Ayah..
Rindu itu.. ku labuhkan buat Kakak..
Rindu itu.. ku labuhkan buat Abang..
Rindu itu.. ku labuhkan buat Adik..
Rindu itu.. kulabuhkan buat sahabat-sahabat...


♥●•٠Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ·٠•●♥..Rabitah Hati, buat rakan2 seperjuanganku.. ♥●•٠Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ·٠•●♥

Hati ini telah bersatu berkumpul di perut bumiMU,
Hati ini telah berpadu memikul beban dakwahMU,
Hati ini telah mengikat setia untuk mendaulat,
Untuk mendokong syariatMU,
Maka, Ya Allah eratkanlah ikatan yang ada..
Kekalkan kemesraan yang ada,
Tunjukanlah jalan yang benar,
Tunjukanlah dengan cahayaMU,
Tiada malam terangi alamMU,
Hidup suburkanlah dengan ma'rifatMU,
Tapi jika ingin mematikannya,
Matikanlah sebagai syuhada'.
Dalam perjuangan menegakkan,
Agama yang tercinta... :')
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...