Saturday, March 19, 2011

Perihal Cinta... ^_^


" Konsep cinta dalam Islam sangat unik, iaitu mencintai sesuatu atau seseoarang hendaklah kerana mencintai keredhaan ALLAH SWT dan menurut peraturan syarak. Islam mengejar kita bahawa perkahwinan adalah ikatan yang suci, tepat dan satu-satunya cara yang dibenarkan oleh syarak dalam menghalalkan hubungan antara adam dan hawa.."

"Hati-hati dengan cinta, kerana cinta boleh membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin... Jika cintanya itu disambut oleh para pencinta PALSU"

"Sesiapa pun boleh menghayati cinta, tetapi tiasa seorangpun pandai menilai cinta kerana cinta bukanlah suatu objek yang boleh dilihat oleh mata kasar, sebaliknya cinta hanya boleh dirasakan melalui hati dan perasaan.."

"Cinta sebenarnya adalah membiarkan orang yang kita cintai menjadi dirinya sendiri dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kita impikan. Jika tidak, kita hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kita temukan ke dalam dirinya.."

"Jika kita tiba-tiba jatuh cinta dengan sahabat kita sendiri, perasaan itu jangan kita tunjukkan kerana cinta itu akan merosakkan nilai sebuah persahabatan yang merupakan satu anugerah terindah"

"Cinta lahir dalam hati dan bukannya dalam bicara, cinta itu tidak perlu diucapkan hanya perlu dirasakan..."

"Cinta boleh melukakan sekeping hati yang tidak berdosa, cinta kepada Allah SWT cinta yang abadi"

"Cinta itu indah, namun apabila cinta disertai dengan dusta dan pembohongan maka keindahan cinta itu akan hilang"

"Cinta tak boleh dipaksa. Nantikan kehadirannya dengan sabar, Cinta datang pada saat yang tak terduga.. Jangan lari dari cinta kerana cinta itu indah"

"Cinta bukan dari kata-kata, tapi dari segumpal keinginan yang diberi kepada hati yang memerlukan"

P/s : Ntah pape je sal cinta ni....^_^

2 comments:

Nurqaseh Qhalida said...

cinta Allah itu paling berbaloi nikmatnya..
ingatlah kita sekadar musafir yang singgah sebentar..
di muka bumi Allah yang teramat luas dan dipenuhi dengan ujian agar dapat menguji sejauh mana keimanan dan tahap kecintaan kita pada Allah..

Ammar Wajidah said...

^_^hihi

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...