Tuesday, March 15, 2011

Secantik-cantik Wanita..



Ahmad, an-Nasaie dan al-hakim meriwatkan daripada Abu hurairah bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud; "Sebaik-baik wanita ialah yang menyenangkan seorang lelaki apabila ia melihatnya, yang taat kepadanya apabila ia menyuruhnya dan ia tidak menyalahi suaminya dengan sesuatu yang tidak menyukakannya pada dirinya dan hartanya.." (Riwayat Muslim)

Suami (lelaki) mana yang tidak bahagia melihat isterinya rapi, cantik dan punya tingkah laku yang menyenangkan? Demikianlah Rasulullah meletakkan isteri yang baik itu sebagai faktor kebahagian seseorang suami. Dengan perkataan lain isteri yang soleha akan menjadikan rumah ibarat syurga yang menenangkan hati sesiapa sahaja yang bernaung di bawahnya.

Kata Allah mengenai sifat-sifat isteri yang solehah, "Maka perempuan-perempuan yang baik (solehah) itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipeliharanya) ketika suami tidak hadir bersama,dengan pemeliharaan Allah dan pertolongan-Nya" (Surah an-Nisa': 34)

Cantik bukan sekadar pada pandangan berdasarkan penampilan zahiriah semata-mata. Tetapi juga merangkumi budi dan amal ibadat. Tetapi jika canti paras rupa, ditambah dengan cantik budi pekerti, tentulah ia jadi bonus lumayan kepada sesiapa sahaja.... bukankah begitu??? ^_^


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...