Monday, April 18, 2011

Kisah Dia dan Dia ^_^


Angin berhembus membawa salam..
Dari awan mencatat jadual kehidupan..
Angin hembusan berjanji menghulurkan cinta..
Ketika ombak di lautan menjadi taufan..

Salam disambut dengan harapan..
Moga impian menjadi kenytaan..
Cinta disulam dengan kesungguhan..
Walau ombak bertukar menjadi taufan..

Agar bertautnya angin dan awan..
terlaksana pautan dalam aqad
Agar bertaut dua hati menguntum dekat...
Terlaksana ikatan dalam redha dan berkat...

Menyatu dua jiwa dalam redhaNya..
Mencapai sakinah dengan mawaddah dan Rahmah...
Mendidik jiwa umat kekasihNya..
Moga menjadi insan-insan soleha...

Tentukan Matlamatmu.... ^_^

Assalamualaikum WBT MySpace

Bahtera mana yang tidak pernah di pukul ombak??? Kehidupan adalah seperti sebuah bahtera di lautan yang sentiasa dipukul dengan ombak dan badai.. Andai nahkoda tidak reti mengemudi bahtera maka karamlah ia.. Jika sebaliknya, selamatlah dia dengan seluruh tanggunganya.... Kesibukan dalam kehidupan seharian khususnya ke arah urusan duniawi sering kali melalaikan.. Memenuhi keperluan harian dengan mengimbangi tuntutan "spiritual" dengan menjaga pohon tauhid tumbuh subur dengan cabang iman yang merimbun...

Kehidupan sebagai seorang hambaNya yang menjadi pelbagai karekter.. Pelajar, anak, isteri, suami, ibu, ayah, cucu dan sewaktu denganya... ^_^ menjadikan kehidupan kita diwarnai dengan kesibukan bagi menjalankan tanggungjawab, membina karekter yang kita ada.. Begitulah kehidupan kita sebagai manusia, hambaNya juga umat kekasihNya...

Namun bersabarlah wahai diri, wahai sahabatku.. sesungguhnya kita akan sentiasa sibuk sehinggalah kita menemui Allah SWT, Pencipta Yang Maha Agung Pentadbir sekalian alam..Ingatlah akan janjinya "Wahai manusia! Sesungguhnya kamu telah bekerja keras menuju Tuhanmu, maka pasti kamu akan menemuiNya" (84:6). Tanpa kita menyedarinya bahawa sekarang kita menuju untuk menemuiNya. Sering kali kita di sajikan dengan sambutan hari kelahiran, namun kita sering terlupa untuk menghitung hari kematian, sedangkan apabila bertambahnya usia, semakin dekatlah kita dengan hari perpisahan ruh dan jasadnya...

Oleh yang demikian, sibukkanlah diri kita dengan urusan akhirat kerana itulah kehidupan kita yang abadi. Jika kita tidak menyibukkan diri kita dengan kehidupan akhirat, pastinya bekalan untuk sebuah perjalanan ini tidak mencukupi lantaran sibuk menguruskan kehidupan di dunia yang fana ini.. seperti yang kita lakukan pada hari ini, semalam dan mungkin sahaja pada esok hari..........???

Sampai bila harus berada di zon yang selesa? Berada di dalam khayalan dunia semata-mata yang keindahannya hanya sementara??? adakah kita mahu hidup atau sekadar hidup-hidup?? Apa bezanya "Hidup dan apa pula Hidup-hidup"????? Satu soalan mudah, Apa perbezaan antara 'makan' dengan 'makan-makan'.... Beza di antara 'main' dengan 'main-main', 'buat' dan 'buat-buat'??? Satu perbezaan yang paling ketara walaupun istilahnya sama tapi apabila berganda, bezanya pada "MATLAMAT"

Jika kita makan bermaksud kita makan dengan matlamat mengengkan untuk meningkatkan tenaga dalam tubuh kita untuk meneruskan kehidupan seharian. Begitu juga halnya dengan bermain bola, bermain untuk menang. Namun, jika sekadar bermain-main, buat-buat, jalan-jalan dan sebagainya seolah-olah aktiviti itu dilakukan sekadar "harus" perkara yang boleh dilakukan dan boleh ditinggalkan.. tiada kesungguhan dan tiada matlamat dan sekadar mengisi ruang kekosongan juga kesepian.. (ala.. jalan-jalan je.. main-main jak bah... saja-saja buat ni....)

Sebahagian manusia hidup tanpa tujuan, sebahagian lagi hidup dengan tujuan-tujuan yang pendek dan kesenangan yang sementara. Seorang muslim yang sejati itu mengetahui makna dirinya seorang muslim, di mana Allah SWT tidak reda dengan tujuan ini dan itu. Namun menjalani kehidupan ini untuk tujuan yang pasti iaitu kebahagian dunia dan akhirat. Inilah tujuan dan keinginan yang mesti diraih, kerana itu merupakan tujuan yang Allah SWT Redhai..
MySpace "Katakanlah: Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan seluruh alam, tiada sekutu bagi-Nya: dan demikian itulah yang diperinahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama menyerahkan diri (kepada allah)" (QS: Al-An'am 162-163).

Bagaimana dengan hidup kita??? Adakah hidup atau hidup-hidupan? adakah hidup kita terarah kepada sesuuatu matlamat yang jelas lagi bersuluh ataupun sekadar mengikut rentak semasa dan rutin harian kebiasaan???? Jawapannya semua ada pada kita.. Mari kita tepuk dada dan tanya iman masing-masing... Belajarlah dan berfikirlah dengan hati yang tulus kerana Allah SWT.. Kerana disitulah kebahagian yang abadi yang kita hanya perolehi dariNya.. Waallahua'lam... ^_^
MySpace
Salam sayang ^_^

Ketenangan Yang Hilang... T_T


Assalamualaikum WBT...

Ketenangan terganggu seketika dengan pelbagai perkara yang lebih merujuk kepada urusan dunia.. Terasa diri semakin lalai dengan perkara-perkara yang tidak sepatutnya.. Merasa diri sering dipersalahkan dengan semua permasalahan sehingga tidak mencari jalan penyelesaian.. Ah... terleka di situ melayan amarah.. menurut emosi yang sedia menghancurkan diri..

Sering kali kita ingin tersenyum lebar pada semua... melimpahkan kebahagiaan yang kita rasai.. agar merekabiasa merasa bahagia. Namun bila kita sahaja yang bergelak suka namun mereka yang ada disekeliling kita bermasam muka.. kebahagian terbang melayang begitu sahaja. Sering kali kita ingin di fahami, kita di hormati namun yang sebaliknya kita perolehi.. Jiwa meronta menyatakan ini adalah "perkara yang tidak patut" namun kehidupan di dunia yang serba"Tidak Patut" inilah yang memerangkap kita.. Terlalu banyak perkara yang "Patut" dan "Tidak Patut" menjadi persoalan dan menjadi titik perbalahan...

Hilangnya ketenangan itu... sungguh menyedihkan jiwa, Namun keyakinan pada DIA, kebergantungan hidup hanya padaNya itulah penguat jiwa pengukuh Iman di dada. Alhamdulillah berjaya mengawal amarah, ketenangan berjaya ditemui semula kerana kealpaan seketika.... T_T


Tuesday, April 12, 2011

My Bestfriend ^_^


Walau jauh di mata...
dekat di hati..
walau beza agama..
persahabatn kukuh buat kita..

Mengenalimu sungguh indah..
bahagia walau seketika..
moga ikatan yang ada
selamanya.. ^_^

Wary.. Miss u so much..

Sunday, April 10, 2011

Asal 4 Buah Sungai Di Syurga ^_^


Bersabda Nabi s.a.w.: "Semasa aku isra' dan naik ke langit yang tinggi, malaikat Jibril a.s telah memberi kesempatan kepada aku untuk melihat ke dalam semua Syurga Allah. Aku lihat di dalamnya terdapat empat buah sungai yang besar-besar dan airnya bermacam-macam. Ada air susu, ada airnya arak tetapi tidak memabukkan, ada air madu dan ada air yang tidak masin."

Aku bertanya kepada Jibril a.s: "Wahai JIbril a.s, dari manakah asal sungai-sungai ini dan kemanakah akhirnya?" JIbril a.s menjawab, "Ya Rasulullah s.a.w., aku hanya tahu ia mengalir ke dalam Telaga al-kausar, asalnya tidak aku ketahui." Aku pun memohon petunjuk Allah lalu muncullah seorang malaikat dengan memberi salam. Setelah aku menjawab salamnya, dia menyuruh aku memejamkan mataku. lalu, aku pejamkan. Apabila aku bukakan mataku semula, aku berada dekat sepohon pokok yang besar diperbuat daripada permata yang putih berkilauan manakala pintu2nya daripada takut hijau dan kunci2nyya daripada emas.

Dan, aku melihat mengalir empat batang sungai dari bawahnya. Aku mahu kembali tetapi ditahan oleh malaikat dengan bertanya, "Tidak kah engkau ingin melihat di dalamnya?" Aku pun bertanya, "Bagaimana dapat aku masuk sedangkan pintunya berkunci? Dimanakah kuncinya?"

jawab malaikat itu, "Kunci di dalam tanganmu" Tanyaku, " Dimana?" Jawabnya, "Cukuplah engkau ucapkan Bismillahirahmanirrahim".

Lalu, aku ucapkan dan pintu itu pun terbuka dengan sendirinya dan aku pun masuk ke dalamnya. Sungguh amat menakjubkan ciptaan Allah azzawajala, sungai-sungai itu memancutkan airnya dari empat buah liang yang besar2.

Melihat aku mahu keluar, Malaikat itu bertanya lagi kepadaku, "Apakah engkau sudah cukup puas melihat pemandangan ini? Sesungguhnya masih ada yang engkau belum lihat. Cubalah engkau perhatikan sekali lagi dengan baik-baik, dari apakah sungai-sungai itu memancutkan airnya,"

lalu, aku perhhatikan sekali lagi. Aku lihat terdapat kalimah BIsmillahirahmanirrahim di antara empat batang tiangnya. Dari huruf mim perkataan BISMILLAH, keluar air sungai tawar. Dari lubang huruf HA' perkataan ALLAH, keluar air sungai susu. dari lubang huruf mim perkataan ARRAHMAN, air sungai madu. dari itu barang siapa daripada umatku membaca bismillahirahmanirrahim., pasti akan dapat minum air sungai ini di akhirat kelak...

Saturday, April 9, 2011

Seuntai Kata ^_^


Kalau ingin dimaafkan,belajarlah untuk memaafkan.
Kalau ingin dihormati,belajarlah untuk menghormati.
Kalau ingin difahami,belajarlah untuk memahami.
Kalau ingin disedari,belajarlah untuk menyedari.
Kalau ingin disayangi,belajarlah untuk menyayangi.
Kalau ingin dikasihi,belajarlah untuk mengasihi.
Kalau ingin diterima,belajarlah untuk menerima.
Kalau ingin dihargai,belajarlah untuk menghargai.
Kalau ingin disenangi,belajarlah untuk menyenangi.

Bukan orang lain yang perlu berubah mengikut kehendak kita tetapi kitalah yang sebenarnya perlu mengubah diri kita.

Memuaskan hati semua orang itu tidak mudah tetapi berubah untuk memuaskan hati semua orang itu tidak mustahil.

Dalam menuntut ilmu ... jadilah seperti lembah, jangan seperti gunung. Kalau kita merendah diri mudah mendapat ilmu, tapi kalau sombong... siapapun tak larat untuk mendaki..

Dalam sempit yang terhimpit, dalam mencapai yang digapai, ku melilit tak membelit, ku melangkah tak memangkah, dan dalam diam yang membingit, ku terus yakini Allah jualah pemberi rezeki.

Jangan selalu berharap, kerana ia tidak pasti akan menunaikan keinginan.. Tetapi bersabarlah, kerana ia boleh mengajar kita erti kehidupan..

Manusia tak akan tahu semua perkara, justeru tahu banyak perkara lebih baik dari tidak suka mengambil tahu walaupun satu perkara

Masinnya Air laut tak mampu menyerap ke dalam isi Ikan, tapi bila ikan itu telah mati..secubit garam mampu memasinkannya.. Bagitulah hati, hati yang hidup sangat sukar dinodai.. tapi bila hati telah mati mudahnya dipengaruhi.. Moga Allah sentiasa memelihara hati kita.. Hati yang dipilih Allah untuk mendapat hidayahNya sudah tentu hati yang menyesali akan Dosa-Dosanya ..

Bila mata bertemu mata.Akan mula rasa kasih.Bila hati bertemu hati.. Akan mula rasa sayang. Tapi....bila dahi bertemu sejadah.. akan terasa kebesaran Ilahi. Agama menjadi sendi.Pengaruh menjadi penjaga.Kalau tidak bersendi runtuhlah dan kalau tidak berpenjaga maka tidak terserlahlah hayat kita

Seni Mutiara Lahir satu tarikh tidak dapat dipinta, Mati satu tarikh tidak dapat ditunda Sesungguhnya mati jasad kerana roh,Mati roh kerana tiada ilmu, Mati ilmu kerana tiada amal dan mati amal kerana tiada istiqomah.

Biarlah tangan yang mengoncang buaian itu bisa mengoncang dunia dalam mencapai keredhaan Illahi. Jangan sesekali tangan itu juga yang mengoncang keimanan kaum Adam.

kita ada 1 sja hati,jika gembira hati itulh...
jika bertakwa hati itulh....jika beriman hati itu juga..jika bercinta,hati itu jglh...jika terluka hati nan 1 itulh jg...terlalu satu utk banyak perkara...maka...jgalh..hatimudn hati 0rg2 yg menyngimu..


Alam Baru Untukmu... ^_^


Dalam ranjau kehidupan kita sering berhadapan dengan "JALAN BUNTU".. Seolah-olah dunia ini akan kiamat. Kita di asak ke hujung jalan sehingga tiada ruang untuk kita menapak walau selangkah. Kita di himpit ke dinding hingga tiada ruang untuk bernafas.

Tapi sebenarnya hidup kita belum berakhir. Nyawa kita belum sampai ke tenggorokan. Lihatlah ke arah utara, selatan, timut mahupun barat, lihatlah setiap inci ruang di sekeliling kita.

Pasti ada sahaja RUANG dan PELUANG untuk kita meneruskan kehidupan. Mungkin untuk meneroka ke alam yang lebih luas, lebih laju, dan lebih maju. Penamat hidup kita hanya satu, iaitu ketika Malaikat Maut memisahkan nyawa kita dari jasad, pada ketika itu kita masih berharap untuk di iringi ke alam yang satu lagi iaitu alam akhirat yang lebih luas dan kekal abadi.

~~Seringkali penghujung jalan di anggap penamat, namun penghujung itulah yang membawa ke jalan baru yang lebih luas~~

Thursday, April 7, 2011

Pertemuan Pertama ^_^



Melangkah terasa debarnya...
melihat sudah cukup gementar..
cuba mengatur langkah..
juga mengatur bicara..
cuba mengolah rasa..
agar gementar tidak terasa

Namun pertemuan pertama
sangat mengetar rasa..
meninggalkan seribu makna
menjadikan kenangan itu cukup indah

Hubungan yang ada
di sulam dengan rasa cinta
di maknakan dengan kata
disudahi dengan lafaz sakinah

Impian itu impian berdua
segalanya adalah rahsia
hanya Allah yang mengetahuinya..
Moga apa yang direncana akan terlaksana... ^_^

Khas Buatmu Yang Terpilih... InsyaAllah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...