Saturday, April 9, 2011

Alam Baru Untukmu... ^_^


Dalam ranjau kehidupan kita sering berhadapan dengan "JALAN BUNTU".. Seolah-olah dunia ini akan kiamat. Kita di asak ke hujung jalan sehingga tiada ruang untuk kita menapak walau selangkah. Kita di himpit ke dinding hingga tiada ruang untuk bernafas.

Tapi sebenarnya hidup kita belum berakhir. Nyawa kita belum sampai ke tenggorokan. Lihatlah ke arah utara, selatan, timut mahupun barat, lihatlah setiap inci ruang di sekeliling kita.

Pasti ada sahaja RUANG dan PELUANG untuk kita meneruskan kehidupan. Mungkin untuk meneroka ke alam yang lebih luas, lebih laju, dan lebih maju. Penamat hidup kita hanya satu, iaitu ketika Malaikat Maut memisahkan nyawa kita dari jasad, pada ketika itu kita masih berharap untuk di iringi ke alam yang satu lagi iaitu alam akhirat yang lebih luas dan kekal abadi.

~~Seringkali penghujung jalan di anggap penamat, namun penghujung itulah yang membawa ke jalan baru yang lebih luas~~

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...