Monday, April 18, 2011

Ketenangan Yang Hilang... T_T


Assalamualaikum WBT...

Ketenangan terganggu seketika dengan pelbagai perkara yang lebih merujuk kepada urusan dunia.. Terasa diri semakin lalai dengan perkara-perkara yang tidak sepatutnya.. Merasa diri sering dipersalahkan dengan semua permasalahan sehingga tidak mencari jalan penyelesaian.. Ah... terleka di situ melayan amarah.. menurut emosi yang sedia menghancurkan diri..

Sering kali kita ingin tersenyum lebar pada semua... melimpahkan kebahagiaan yang kita rasai.. agar merekabiasa merasa bahagia. Namun bila kita sahaja yang bergelak suka namun mereka yang ada disekeliling kita bermasam muka.. kebahagian terbang melayang begitu sahaja. Sering kali kita ingin di fahami, kita di hormati namun yang sebaliknya kita perolehi.. Jiwa meronta menyatakan ini adalah "perkara yang tidak patut" namun kehidupan di dunia yang serba"Tidak Patut" inilah yang memerangkap kita.. Terlalu banyak perkara yang "Patut" dan "Tidak Patut" menjadi persoalan dan menjadi titik perbalahan...

Hilangnya ketenangan itu... sungguh menyedihkan jiwa, Namun keyakinan pada DIA, kebergantungan hidup hanya padaNya itulah penguat jiwa pengukuh Iman di dada. Alhamdulillah berjaya mengawal amarah, ketenangan berjaya ditemui semula kerana kealpaan seketika.... T_T


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...