Saturday, April 9, 2011

Seuntai Kata ^_^


Kalau ingin dimaafkan,belajarlah untuk memaafkan.
Kalau ingin dihormati,belajarlah untuk menghormati.
Kalau ingin difahami,belajarlah untuk memahami.
Kalau ingin disedari,belajarlah untuk menyedari.
Kalau ingin disayangi,belajarlah untuk menyayangi.
Kalau ingin dikasihi,belajarlah untuk mengasihi.
Kalau ingin diterima,belajarlah untuk menerima.
Kalau ingin dihargai,belajarlah untuk menghargai.
Kalau ingin disenangi,belajarlah untuk menyenangi.

Bukan orang lain yang perlu berubah mengikut kehendak kita tetapi kitalah yang sebenarnya perlu mengubah diri kita.

Memuaskan hati semua orang itu tidak mudah tetapi berubah untuk memuaskan hati semua orang itu tidak mustahil.

Dalam menuntut ilmu ... jadilah seperti lembah, jangan seperti gunung. Kalau kita merendah diri mudah mendapat ilmu, tapi kalau sombong... siapapun tak larat untuk mendaki..

Dalam sempit yang terhimpit, dalam mencapai yang digapai, ku melilit tak membelit, ku melangkah tak memangkah, dan dalam diam yang membingit, ku terus yakini Allah jualah pemberi rezeki.

Jangan selalu berharap, kerana ia tidak pasti akan menunaikan keinginan.. Tetapi bersabarlah, kerana ia boleh mengajar kita erti kehidupan..

Manusia tak akan tahu semua perkara, justeru tahu banyak perkara lebih baik dari tidak suka mengambil tahu walaupun satu perkara

Masinnya Air laut tak mampu menyerap ke dalam isi Ikan, tapi bila ikan itu telah mati..secubit garam mampu memasinkannya.. Bagitulah hati, hati yang hidup sangat sukar dinodai.. tapi bila hati telah mati mudahnya dipengaruhi.. Moga Allah sentiasa memelihara hati kita.. Hati yang dipilih Allah untuk mendapat hidayahNya sudah tentu hati yang menyesali akan Dosa-Dosanya ..

Bila mata bertemu mata.Akan mula rasa kasih.Bila hati bertemu hati.. Akan mula rasa sayang. Tapi....bila dahi bertemu sejadah.. akan terasa kebesaran Ilahi. Agama menjadi sendi.Pengaruh menjadi penjaga.Kalau tidak bersendi runtuhlah dan kalau tidak berpenjaga maka tidak terserlahlah hayat kita

Seni Mutiara Lahir satu tarikh tidak dapat dipinta, Mati satu tarikh tidak dapat ditunda Sesungguhnya mati jasad kerana roh,Mati roh kerana tiada ilmu, Mati ilmu kerana tiada amal dan mati amal kerana tiada istiqomah.

Biarlah tangan yang mengoncang buaian itu bisa mengoncang dunia dalam mencapai keredhaan Illahi. Jangan sesekali tangan itu juga yang mengoncang keimanan kaum Adam.

kita ada 1 sja hati,jika gembira hati itulh...
jika bertakwa hati itulh....jika beriman hati itu juga..jika bercinta,hati itu jglh...jika terluka hati nan 1 itulh jg...terlalu satu utk banyak perkara...maka...jgalh..hatimudn hati 0rg2 yg menyngimu..


1 comments:

amy1906 said...

duhai hati, bersabarlah dalam apa jua situasi...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...