Monday, April 18, 2011

Tentukan Matlamatmu.... ^_^

Assalamualaikum WBT MySpace

Bahtera mana yang tidak pernah di pukul ombak??? Kehidupan adalah seperti sebuah bahtera di lautan yang sentiasa dipukul dengan ombak dan badai.. Andai nahkoda tidak reti mengemudi bahtera maka karamlah ia.. Jika sebaliknya, selamatlah dia dengan seluruh tanggunganya.... Kesibukan dalam kehidupan seharian khususnya ke arah urusan duniawi sering kali melalaikan.. Memenuhi keperluan harian dengan mengimbangi tuntutan "spiritual" dengan menjaga pohon tauhid tumbuh subur dengan cabang iman yang merimbun...

Kehidupan sebagai seorang hambaNya yang menjadi pelbagai karekter.. Pelajar, anak, isteri, suami, ibu, ayah, cucu dan sewaktu denganya... ^_^ menjadikan kehidupan kita diwarnai dengan kesibukan bagi menjalankan tanggungjawab, membina karekter yang kita ada.. Begitulah kehidupan kita sebagai manusia, hambaNya juga umat kekasihNya...

Namun bersabarlah wahai diri, wahai sahabatku.. sesungguhnya kita akan sentiasa sibuk sehinggalah kita menemui Allah SWT, Pencipta Yang Maha Agung Pentadbir sekalian alam..Ingatlah akan janjinya "Wahai manusia! Sesungguhnya kamu telah bekerja keras menuju Tuhanmu, maka pasti kamu akan menemuiNya" (84:6). Tanpa kita menyedarinya bahawa sekarang kita menuju untuk menemuiNya. Sering kali kita di sajikan dengan sambutan hari kelahiran, namun kita sering terlupa untuk menghitung hari kematian, sedangkan apabila bertambahnya usia, semakin dekatlah kita dengan hari perpisahan ruh dan jasadnya...

Oleh yang demikian, sibukkanlah diri kita dengan urusan akhirat kerana itulah kehidupan kita yang abadi. Jika kita tidak menyibukkan diri kita dengan kehidupan akhirat, pastinya bekalan untuk sebuah perjalanan ini tidak mencukupi lantaran sibuk menguruskan kehidupan di dunia yang fana ini.. seperti yang kita lakukan pada hari ini, semalam dan mungkin sahaja pada esok hari..........???

Sampai bila harus berada di zon yang selesa? Berada di dalam khayalan dunia semata-mata yang keindahannya hanya sementara??? adakah kita mahu hidup atau sekadar hidup-hidup?? Apa bezanya "Hidup dan apa pula Hidup-hidup"????? Satu soalan mudah, Apa perbezaan antara 'makan' dengan 'makan-makan'.... Beza di antara 'main' dengan 'main-main', 'buat' dan 'buat-buat'??? Satu perbezaan yang paling ketara walaupun istilahnya sama tapi apabila berganda, bezanya pada "MATLAMAT"

Jika kita makan bermaksud kita makan dengan matlamat mengengkan untuk meningkatkan tenaga dalam tubuh kita untuk meneruskan kehidupan seharian. Begitu juga halnya dengan bermain bola, bermain untuk menang. Namun, jika sekadar bermain-main, buat-buat, jalan-jalan dan sebagainya seolah-olah aktiviti itu dilakukan sekadar "harus" perkara yang boleh dilakukan dan boleh ditinggalkan.. tiada kesungguhan dan tiada matlamat dan sekadar mengisi ruang kekosongan juga kesepian.. (ala.. jalan-jalan je.. main-main jak bah... saja-saja buat ni....)

Sebahagian manusia hidup tanpa tujuan, sebahagian lagi hidup dengan tujuan-tujuan yang pendek dan kesenangan yang sementara. Seorang muslim yang sejati itu mengetahui makna dirinya seorang muslim, di mana Allah SWT tidak reda dengan tujuan ini dan itu. Namun menjalani kehidupan ini untuk tujuan yang pasti iaitu kebahagian dunia dan akhirat. Inilah tujuan dan keinginan yang mesti diraih, kerana itu merupakan tujuan yang Allah SWT Redhai..
MySpace "Katakanlah: Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan seluruh alam, tiada sekutu bagi-Nya: dan demikian itulah yang diperinahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama menyerahkan diri (kepada allah)" (QS: Al-An'am 162-163).

Bagaimana dengan hidup kita??? Adakah hidup atau hidup-hidupan? adakah hidup kita terarah kepada sesuuatu matlamat yang jelas lagi bersuluh ataupun sekadar mengikut rentak semasa dan rutin harian kebiasaan???? Jawapannya semua ada pada kita.. Mari kita tepuk dada dan tanya iman masing-masing... Belajarlah dan berfikirlah dengan hati yang tulus kerana Allah SWT.. Kerana disitulah kebahagian yang abadi yang kita hanya perolehi dariNya.. Waallahua'lam... ^_^
MySpace
Salam sayang ^_^

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...