Friday, May 27, 2011

Doa Qolbu

Bismillahirrahmanirrahim.....

Allah selalu punya rencana indah untuk kita umatNya
Sesekali langsung membahagiakan hati…
Terkadang sejenak bertentangan dengan HARAP
Dirimu hanya perlu mensyukuri dan merenungi

Usah dikau terus mempertanyakan, buang semua LOGIKnya
BerDOAah senantiasa
dan syukuri baik buruk yang dikau rasa di kala ini
Saat dikau berniat baik dan meminta yang terbaik, itulah yang kan Dia BERI
Terkadang seketika…
seringkali harus lalui hari yang "menguji" HATI

Selalu ada rencana TERINDAH buatmu kelak
Walau seringkali dikau melupakanNya
Selalu ada rencana TERINDAH bagimu
Jika dikau terus 'meminta' padaNya

Amin Allahumma amiin insyaAllah

Wallahua'lam..





Tuesday, May 24, 2011

✿ღ♥░M░e░r░i░n░d░u░k░a░n░░s░u░a░m░i░░y░g░░S░O░L░E░H░♥ღ✿ღ


ʚįɞSeorang suami yg SOLEH akan selalu MAMPU menjadi teladan terpuji buat isteri dan anak-anaknya,mampu menumbuhkan kebiasaan-kebiasaan yg baik & mendidik diri,isteri juga anak-anaknya untuk sama2 menapak ke jalan-jalan yg menuju KEREDHAAN Allah.ʚįɞ



ʚįɞSeorang suami yg SOLEH adalah seorang suami yg mampu membuat dirinya,isterinya bahkan anak-anaknya MENCINTAI ilmu,MENGUASAI ilmu & mampu MENGAMALKANnya,menjadikan ILMU yg di perolehinya itu bermanfaat bagi bangsa,Negara & agamanya.ʚįɞ



ʚįɞSeorang suami yg SOLEH adalah suami yg mampu membuat isterinya & anak-anaknya tumbuh dan berkembang menjadi peribadi yg LUAR BIASA serta menapak ke tangga-tangga SUKSES di dunia dan di akhirat kelak.ʚįɞ



ʚįɞSeorang suami yg SOLEH adalah suami yg mampu MEMBIMBING isteri & anak-anaknya di dlm sebuah AKIDAH syariat Islam menuju NUR JANNAH {CAHAYA SYURGA},seorang suami yg soleh adalah suami yg akan selalu MENJAGA isteri & anak-anaknya dari API NERAKA.ʚįɞ

Wallahua'lam

By: Kak Iza Cyg

Tuesday, May 17, 2011

~~Kasih,Cinta,Rindu dan Sayang.... ~~

Kasihku hanya pada yang satu
Cintaku hanya pada yang satu
Rinduku hanya pada yang satu
Sayangku hanya pada yang satu.
Kasihku satu ... hanya padaNya
Cintaku satu ... hanya padaNYA
Rinduku satu ... hanya padaNya
Sayangku satu ... hanya padaNya.
Kasihku satu, tiada dua
Cintaku satu, tiada dua
Rinduku satu, tiada dua
Sayangku satu, tiada dua.
Kasihku hanya pada Mu
Cintaku hanya pada Mu
Rinduku hanya pada Mu
Sayangku hanya pada MU.
Hanya pada MU Ya'ALLAH
Hanya pada MU Ya'RAHMAN
Hanya pada MU Ya'RAHIM
Hanya pada MU, kaulah penciptaku.

Saturday, May 14, 2011

~Indahnya Cinta Kerana Allah SWT~ ^_^



CINTA itu adalah ketika timbul perasaan 'aneh' disekujur tubuhmu baik ketika dikau 'melihat'nya, 'mendengar'nya, ataupun ketika dikau merasakan 'kehadiran'nya di dekatnya. Adakalanya dikau selalu ingin 'dekat' dengannya, namun yakinlah, bahawa JARAK yang jauh terkadang justeru mampu MENDEKATkan hati kalian. Dan juga sebaliknya, DEKAT tanpa ikatan pernikahan seringkali MERENGGANGkan hati kalian.

CINTA itu tumbuh secara tak TERDUGA. Terkadang dikau berfikir bahawa dikau LEBIH BAIK mencintai orang tersebut. Namun ketika HATImu menolaknya dirimu tak akan mampu berbuat apa-apa. Biarlah perlahan-lahan hatimu, bersama dengan MASA yang akan 'menghapus'nya dari fikiranmu.Namun ketika HATImu membenarkan dirimu justeru akan dibuat kebingungan kerananya. Dirimu lantas akan berfikir berulangkali sebelum dirimu benar-benar YAKIN bahawa dialah cintamu yg 'sebenar'nya.

CINTA kerana Allah adalah ketika dirimu MENGERTI, bkn hanya kelebihan dari orang itu yang dirimu lihat, namun juga MEMAHAMI & MENERIMA kekurangan-kekurangan yang dimilikinya. Sungguh pun dirimu baru boleh mengatakan bahawa "aku mencintainya" setelah dirimu benar-benar mengenalinya dgn sebenar-benarnya, yaitu (baik dan buruknya).

CINTA kerana Allah itu tidak akan pernah sebatas pada PENAMPILAN & KECANTIKAN. Adakalanya dirimu akan lebih MENCINTAI sebongkah arang hitam daripada sebutir 'intan' yang berkilauan. Kerana sesungguhnya dirimu sedar bahawa dirimu MEMERLUKAN sebuah 'kehangatan' yang mampu mengusir rasa dingin dari jiwamu. Lebih daripada sekadar KEINDAHAN yang ternyata membuatmu BEKU kedinginan.

CINTA kerana Allah itu TIDAK akan tumbuh dari kecantikan seseorang. Namun KECANTIKAN seseorang lantas akan tampak ketika dirimu mencintainya. Adalah bagaimana dirimu blh mencintainya kerana AKHLAK & AGAMAnya, bukan pada RUPA, HARTA, ataupun NASABnya. kerana dengan inilah dirimu blh menepis kefakiran, kehinaan, ketidak bahagiaaan, dan kemudian menggantinya dengan KEMULIAAN yang diredhai oleh Allah Subhanallau Wa Ta'ala.

CINTA kerana Allah bukanlah tentang bagaimana kalian saling MEMANDANG, namun bagaimana tentang kalian MELIHAT ke ARAH yang sama, dan BERJALAN ke arah yang sama. Kalian sedar bahawa kalian tidak akan mampu menghadapi perjalanan tersebut SENDIRIAN melainkan dirimu PERLU seseorang untuk berjalan disisimu, yang saling membantu, saling meringankan & saling mengarahkan dalam perjalanan menggapai Redha-Nya.

CINTA kerana Allah akan membuatmu merasa tidak perlu MEMILIKI meskipun dalam hatimu, dirimu sangat INGINkan...... Adalah bagaimana dirimu blh IKHLAS ketika dia ternyata LEBIH MENCINTAI orang lain bahkan dirimu pun blh berdoa agar mereka sentiasa BAHAGIA.

CINTA kerana Allah tidak akan menggiringmu pada jurang KEMAKSIATAN. Ketika dirimu melihat dia & mencintainya, hal itu akan membuatmu semakin berbenah diri, dirimu menjadi MAMPU melihat kekurangan-kekurangan dirimu untuk terus memperbaikinya.

CINTA kerana Allah tidak akan membuatmu berfikir sempit, lantas dirimu akan berfkir lebih JAUH ke hadapan, lebih matang, lebih dewasa & ke arah yang lebih serius. Dirimu tidak akan berfikir & membayangkan apabila kalian sudah pacaran/berkasihan, namun dirimu sudah berfikir ke arah pernikahan. Kerana dirimu sedar bahawa ia jauh lebih KUKUH, SUCI, BERERTI & BERMAKNA di hadapan Allah.

CINTA kerana Allah terkadang tak tumbuh dengan sendirinya. Kita seperti layaknya diberi biji untuk ditanam. Lalu ia bergantung bagaimana kita merawatnya. Jika kita baik, maka baik pulalah perasaan itu, dan juga sebaliknya. Terkadang pula blh jadi ia tumbuh dengan sendirinya. Ada ketika dimana dirimu terkadang ingin MEMBUNUH sahaja perasaan tersebut namun entah mengapa dirimu tak berdaya. Kerana sebenarnya bukanlah kita yang MENUMBUHKAN perasaan cinta tersebut, namun Rabb yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang lah yang berkehendak atas segala perasaan itu.

CINTA kerana Allah tidaklah selalu memerlukan beragam kesamaan diantara kalian. Namun yang terpenting adalah kesamaan PRINSIP & TUJUAN, iaitu menggapai REDHA Allah Subhanallahu Wa Ta'ala. Dalam dirimu,dirimu sendiri ingin agar dirimu merasa LAYAK untuk mencintai & dicintai olehnya.

CINTA akan menumbuhkan sikap ADIL dalam cinta yang membawa hidup sihat & seimbang (tawazun) dan bukan menjadi sumber penyakit sebagaimana Ibnul Qayyim sampaikan bahawa "Cinta bagi roh sama dengan fungsi makanan bagi tubuh. Jika engkau meninggalkannya tentu akan membahayakan dirimu dan jika engkau terlalu banyak menyantapnya serta tidak seimbang tentu akan membinasakanmu".

Kelazatan hidup inilah yang dilukiskan dalam hadis tentang KELAZATAN IMAN:Ada tiga perkara yang siapa pun memilikinya nescaya akan merasakan kelazatan iman; "Barangsiapa yang Allah dan Rasul-Nya lebih ia cintai dari lainnya, barangsiapa yang mencintai seseorang hanya kerana Allah, dan siapa yang benci kembali kepada kekafiran sebagaimana ia benci dicampakkan ke dalam neraka.”~ {HR. Bukhari dan Muslim}

Wallahu a'lam..insyaAllah

I Love U ^_^


☆ * ♥ ¸. • * ¨ `* •.♫. • ° ¸. • * ¨` ☆ * ♥
My love for you is endless
Like an eternal light
That keeps on glowing and shinning,
And is sweet as the sweetest wine
You could ever taste,
As my love for you knows no time.
One thing I know for certain
You are always in my heart and soul and mind,
I will give you that special touch
That you will feel,
My soul rapture as you embrace me
In the heat of our everlasting flames,
And you will capture that beautiful image,
Within your heart that your will treasure for life!
Cause our love is magical beyond belief,
Enchanted and amazingly strong,
What we have built together
As our two hearts has become one,
Is the most precious gift of love,
That will shimmer throughout eternity,
It's a true refection of our love, for everyone to see.
As each night, I find the brightest star,
And I thank God for giving me your love,
And your caring heart and soul,
Cause our love
Is a wonderful world with much imagination,
Knows no bounds in expressing loves and emotions
Just like my love for you; that will never have an ending,
Written with every beat of my HEART.

Author: Lourdes S.

Friday, May 13, 2011

♥•.¸¸.•♥ 16 KRITERIA CALON SUAMI IDAMAN MENURUT ISLAM ♥•¸.•♥


Assalaualaikum WBT..
SETIAP perempuan pasti punya kriteria lelaki idaman. Apakah pasangan Anda memiliki beberapa point dari 15 ciri berikut? Jika ea, bererti dia CALON suami yang BAIK:~

1. Penuh Semangat Dia bangun menjelang solat SUBUH lantas kemudian menunaikan solat subuh, selalu bersemangat menyambut hari baru, bersenandung (meski kecil) saat berlepas ke tempatr kerja.Lelaki yang penuh keriangan di pagi hari bererti sudah siap sedia menghadapi KESUKARAN hidup. Dengan rasa SYUKUR & SEMANGAT hidupnya yang tinggi, segala masalah yang muncul dalam pernikahan nanti pasti dapat diatasi dgn jayanya.

2.Mudah berbicara Cinta padamu. Apakah dia selalu mengatakan & menunjukkan rasa SAYANG padamu setiap hari meskipun lewat situasi yg biasa? Menurut penelitian, menyatakan rasa sayang secara TERATUR merupakan hal TERPENTING yang mendatangkan KEPUASAN dalam sebuah perkahwinan. Jika ketika ini dirimu memiliki 'kekasih' seperti itu, dikau sudah mendapat pasangan yang BAIK.

3. Punya Selera Humor pd dirinya. Dia senang tertawa bersama dirimu (tetapi bukan MENTERTAWAKAN dirimu). Dia tahu bahawa mentertawakan orang lain itu tidak KELAKAR. Dia juga tahu bagaimana memandang sisi 'terang' dari sesuatu. Lelaki PERIANG ini baik untukmu.

4. Pandai MENJAGA MENATA HIAS DIRI. Dia tak hanya peduli pada kerapian & keserasian berpakaian. Namun, dia juga peduli pada KESIHATAN dengan menjaga pemakanan, meluangkan waktu bersukan & cukup tidur. Percaya atau tidak, dia akan berada di sisimu untuk WAKTU 'lama'.

5. Sentiasa PEMURAH dgn kata2 MAAF. Dia selalu meminta maaf ketika berbuat kesalahan atau menyakiti perasaanmu, berusaha tak mengulangi kesalahan trsbt, & belajar dari kesalahan sehingga hubunganmu dan dia berkembang baik. Dia juga MENGERTI bahawa dengan mengatakan ‘MAAF' tidak akan mengurangi keJANTANANnya. He’s a gentleman ^^.


6. BERTANGGUNGJAWAB. Dia menikmati pekerjaan & berusaha mengerjakan dengan baik. Dia berbagi semangat kerja dengan dirimu & berusaha mengatasi kejenuhannya. Lelaki seperti ini tidak hanya mencari NAFKAH. Dia senang bekerja & bertanggungjawab itu elemen TERPENTING yg perlu ada.

7. Sentiasa Bekerjasama.Apakah dia peduli bahawa BEBAN dalam sebuah hubungan harus dibagi sama rata atau ADIL? Dia juga mahu menyingsingkan lengan baju tanpa DIMINTA? Kehadirannya di kala diperlukan sentiasa berlapang dada utk membantu tanpa perlu 'memberikan alasan'.

8. 1 VISI. Contohnya dirimu ingin mempunyai perniagaan bahkan dialah sumber inspirasi cita2mu, & sentiasa mmberitahu dirimu ingin mendidik anak2 kalian berlandaskan akidah Islam,Subhanallah. Ertinya dia juga ingin menjalani gaya hidup sepertimu. Meskipun ini masalah kesepakatan, apa pun impian dirimu,berkongsilah dengannya ea. Jika dia punya visi yang sama denganmu, lanjutkan ke rancangan seterusnya.

9. ROMANTIK. Lelaki ini memang agak SUKAR dicari. Setidak2nya jika dia ingat bila ulang tahun dirimu, memilih hadiah ulang tahun yang betul, mengirim SMS berisi puisi INDAH (meski hanya 'forward') & membuat dirimu bahagia sebagai perempuan, dialah PANGERAN pujaanmu.

10. Punya Etika dalam SIKAP. Dia tidak terburu-buru & berusaha mempertimbangkan PERASAAN orang lain. Dia berusaha mematuhi peraturan yang ada & tidak MELANGGARI peraturan main meskipun 'bermain' sendiri. Tidak ada lelaki yang lebih baik dari lelaki spt ini.

11.TEPATI JANJI. Dia berusaha menepati janji, datang ke pertemuan tepat waktu, memenuhi tanggungjawab & kewajipannya dengan senang hati.***klu blh jgn di praktikkan dlm masa perkenalan..cukuplah SELEPAS AKAD NIKAH ea ** Apa yang ia katakan sama dengan yang dimaksudkan. Persiapkan dirimu menjalani kehidupan yang menyenangkan bersama lelaki ini.

12. Selesa dengan KEHIDUPAN.Dia pasti akan menyenangkan jika dilalui bersama lelaki yang TAHU cara melewatkan waktu senggang. Dia tak hanya blh mencari kegiatan selain menonton TV, tetapi juga blh hidup tanpa kawalan jauh di tangan & ber' laptop' ketika bersamamu.

13. Calon Ayah Yang Baik. Apakah dia punya PERHATIAN besar pada anak-anak? Mahu membantu MENGASUH anak? Dan menurutnya anak-anak perkara yg TERBAIK,lucu & menakjubkan? Bahkan dia sudah berfikir menyiapkan tabungan untuk keperluan anak2nya kelak? Untuk semua jawapan di atas, DIRIMU boleh MENIKAHI lelaki ini.

14. MENGHARGAI PRIVASI.Punya kehidupan sendiri & tidak meminta dirimu sentiasa ADA untuknya. Tidak keberatan ketika dirimu meminta WAKTU untuk bertemu teman-temanmu. Dia juga MENGERTI untuk meninggalkan ruang buatmu berbicara dengan sahabat atau ibu di telefon.

15. PERHATIAN.Memang tak ada panduan pasti untuk mengukur seberapa baik & perhatian seseorang. Namun, jika dirimu merasa DICINTAI, bersamanya dirimu merasa LUARBIASA secara fizik & emosi serta ada rasa DAMAI ketika di sisinya, bererti dirimu sudah menemukan orang yang TEPAT.**sekali lg diri ini ingatkan..sebaik2nya perasaan ini HADIR slps PERNIKAHAN.

16. Ini adalah INTIPATI yg sungguh PENTING skli,SOLEH & Taat agama. Imam yang amanah adalah yang soleh & mentaati semua peraturan agama tanpa TERKECUALI. Kerana sebagai KHALIFAH atau pemimpin dalam keluarga yang berlandaskan ISLAM harus blh menjadi TELADAN terpuji bagi isteri dan anak-anaknya kelak. Jika dia memenuhi syarat sebagai lelaki yang soleh & taat agama bererti dirimu tidak salah memilihnya sebagai CALON suami. Jika belum menemukannya, jangan MENYERAH. Dia pasti "ADA" di suatu tempat di luar sana. insyaAllah...Semoga bermanfaat ea..:) syukran jiddan..

*•ღ *•ღ*•ღWallahu'alam *•ღ*•ღ *•ღ

Isteri SOLEHAH


Isteri yang SOLEHAH..
Dialah yang Qona'ah.
Yang tahu hari tak sentiasa 'cerah'.
Tapi ia tak pernah BERUBAH

Isteri SOLEHAH...
Tidak seharusnya kaya,kalaupun KAYA Alhamdulillah...
Dia tak seharusnya cantik..
Kalaupun cantik itu HADIAH.

Isteri SOLEHAH..
Senangnya berada dirumah
Keluarnya pun hanya dengan suaminya
Jika tak ada keperluan yang mendesak dan selalu meminta izin untuk keluar dari rumahnya.
Dia tidak menyusahkan suami dengan menuntut pelbagai macam kemahuan.
urmm.. untukmu duhai Muslimin mungkin dikau bingung bagaimana untuk mendapatkan gelaran WANITA SOLEHAH,yang solehah adalah yang Qona'ah..
Sedangkan Qona'ah tidak 'terlihat' dek mata..

Yang jelas,tidak usah mencari yang CANTIK..
Kerana yang cantik seperti 'bintang' di langit.
Mungkin sudah 'terlihat' bahkan dalam gelap.
Malampun tetapi sedarilah ketika itu dikau melihatnya BERKILAU...
Tetapi ketika siang tiba ia akan "menghilang"...

Tetapi yang SOLEHAH itu...
Bak MUTIARA terindah di dasar lautan.
Tak selalu putih kerana terbungkus dek lumut
Ia sentiasa berada dalam cengkerangnya dengan SEMPURNA
Ia tetap disitu 'menjaga' diri dan tidak mudah 'tergoda'.

Mungkin dirimu harus MENYELAM ke dasar untuk 'menemu'kannya.
Tapi nanti dikau akan tahu juga betapa BERNILAInya dia ketika dikau MENDAPATKANnya...

Amin Allahumma amiin insyaAllah..

Wallahua'lam..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...