Friday, May 13, 2011

Isteri SOLEHAH


Isteri yang SOLEHAH..
Dialah yang Qona'ah.
Yang tahu hari tak sentiasa 'cerah'.
Tapi ia tak pernah BERUBAH

Isteri SOLEHAH...
Tidak seharusnya kaya,kalaupun KAYA Alhamdulillah...
Dia tak seharusnya cantik..
Kalaupun cantik itu HADIAH.

Isteri SOLEHAH..
Senangnya berada dirumah
Keluarnya pun hanya dengan suaminya
Jika tak ada keperluan yang mendesak dan selalu meminta izin untuk keluar dari rumahnya.
Dia tidak menyusahkan suami dengan menuntut pelbagai macam kemahuan.
urmm.. untukmu duhai Muslimin mungkin dikau bingung bagaimana untuk mendapatkan gelaran WANITA SOLEHAH,yang solehah adalah yang Qona'ah..
Sedangkan Qona'ah tidak 'terlihat' dek mata..

Yang jelas,tidak usah mencari yang CANTIK..
Kerana yang cantik seperti 'bintang' di langit.
Mungkin sudah 'terlihat' bahkan dalam gelap.
Malampun tetapi sedarilah ketika itu dikau melihatnya BERKILAU...
Tetapi ketika siang tiba ia akan "menghilang"...

Tetapi yang SOLEHAH itu...
Bak MUTIARA terindah di dasar lautan.
Tak selalu putih kerana terbungkus dek lumut
Ia sentiasa berada dalam cengkerangnya dengan SEMPURNA
Ia tetap disitu 'menjaga' diri dan tidak mudah 'tergoda'.

Mungkin dirimu harus MENYELAM ke dasar untuk 'menemu'kannya.
Tapi nanti dikau akan tahu juga betapa BERNILAInya dia ketika dikau MENDAPATKANnya...

Amin Allahumma amiin insyaAllah..

Wallahua'lam..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...