Tuesday, June 28, 2011

~CANTEQnya menjadi WANITA PILIHAN~✿


BIsmillahirahmanirahim....
Assalamulaikum Wbt..

Sabda Rasulullah SAW dalam hadis Riwayat Muslim, "Harta yang paling BERHARGA di dunia adalah wanita yang SOLEHAH."~

Duhai wanita,
Jangan dikau berasa BANGGA dengan KECANTIKANmu sehingga dikau dikejar ramai lelaki. Itu bukan sebenar-benarnya KEMULIAAN bagimu.


Jika kau berasa bangga, kau MENYAMAKAN dirimu dengan pepasir di pantai, yang boleh DIPIJAK & DIMILIKI sesiapa sahaja.

Muliakanlah dirimu dengan TAQWA, setanding mutiara "Zabarjad", yang hanya MAMPU dimiliki penghuni 'syurga..

Itulah WANITA

LEMBUT wanita kerana SENYUMANnya,Kekalnya wanita kerana BERANInya,
SABAR wanita kerana IMANnya,Kasih wanita kerana BELAIANnya,Lemah wanita kerana AIRMATAnya,Ikhlas wanita kerana SIMPATInya,Pendam wanita kerana CEMBURUnya & SAYANG wanita kerana sikap KEIBUANnya..


Wanita dambaan SYURGA

✿Muslimah SOLEHAH Sejati selalu membawa maslahat SELEMBUT Khadijah SECERDAS Aisyah SEMULIA Ummu Salamah SECEMERLANG Fatimah SESANTUN Zainab SETEGAR Asma SEGAGAH Nasibah✿

~Duhai Hati...~


Bismillahirahmannirahim..

Assalamualaikum wbt..

Suka untuk berkongsi rasa, suka untuk berkongsi duka... Namun cukuplh hanya dibaca, yang merasainya biar diri ini sahaja.... ^_^

Sesekali hati mengeluh dengan kesusahan dan kepayahan hidup. Terasa pedih dan rapuh, sakitnya seperti tiada hati lain yang mampu mengerti.

Namun adakah kita sedar bahawa ia adalah ujian dari Allah?

Kepayahan itu sesungguhnya adalah satu bentuk tarbiyah-Nya kepada hati.

Pernah hati bersyukur kerana mendapat perhatian yang sedemikian dari Tuhannya?

Terlebih banyak mengadu dari bertahmid rasanya.

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." (Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

"...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Surah Yusuf ayat 87)

Tak tersedarkah hati bahawa segala yang diberinya itu adalah nikmat; kebahagiaan adalah nikmat, sakit adalah nikmat, perit itu adalah nikmat.

Duhai hati, sedarlah, bukannya Tuhanmu tidak mendengar segala jerit perih, betapa pedih peritnya derita apa yang dialami, betapa segala yang hati ingin, tidak semua kan hati perolehi. Bukankah Dia sudah terang-terang berfirman:

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah Al-Baqarah ayat 216)

Nah, Allah sendiri telah siap mengatur segala rencana perjalanan hidupnya hati. Mengapa harus merungut lagi dengan jalan yang ditempuhi?

Duri-duri dan halangan itu adalah rahmat. Redha dan pasrah lah, wahai hati.

Tidak sedarkah kita bahawa setiap langkah, setiap kudrat, setiap butir bicara, kerlip mata dan denyut jantung selama ini semuanya nikmat yang Allah beri dan pinjamkan lepada kita?

Selama ini, adakah setiap langkah dan kudrat digunakan untuk ke jalan kebaikan? Adakah setiap butir bicara hanya yang baik dan berhikmah sahaja?

Adakah kerlip mata dan sisa denyut jantung yang masih ada dimanfaatkan dengan amal ibadah?

Allah berhak mutlak ke atas hati kita. Kenapa hati kita masih perlu persoalkan mengapa ujian diturunkan kepada kita? Layakkah hati-hati ini mendapat syurga milik Allah SWT?

"Hai kaumku, sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan sementara dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal. Barangsiapa mengerjakan perbuatan jahat, maka dia tidak akan dibalasi melainkan sebanding dengan kejahatan itu. Dan barangsiapa mengerjakan amalan yang saleh baik laki-laki maupun perempuan sedang ia dalam keadaan beriman, maka mereka akan masuk syurga, mereka diberi rezeki di dalamnya tanpa dihisab." (Surah Al Mu'min ; ayat 39-40)

Duhai hati, janganlah terkorban dengan dunia... sesungguhnya hidup hati sebenarnya untuk mencari mati yang sempurna...

Alhamdulillah.. bertemu dengan hamba Allah yang mempu membuat diri ini rasa terlalu terleka.. Dia menyedarkan diri ini bahawa hati ini perlu diperbaiki.. Dan akhirnya diri ini membiarkan dirinya tertutup.. Bukan untuk dia, tapi untuk DIA juga buat dirinya sendiri..

Friday, June 24, 2011

~Diriku akan 'pergi' jua kelak..TERSENYUMlah duhai hati~


Bismillahirahmanirahim...
Assalamualaikum wbt

Mak....
Maafkan diri ini kerana tidak mampu menjadi anak yang solehah buatmu.... sungguh hati ini terlalu payah untuk diubati.. Walau rasa ingin lama bersamamu namun hakikat masa itu semakin berlalu untukku.. Ya Allah.. ingin kutarik kata-kataku semula.. Aku ingin menjadi anak yang menyempurnakannya untuk ibuku.... namun ku lihat takdir menunjukkan aku pergi dulu sebelum dia......

Sahabat...
Maafkan diri ini kerana tidak mampu menjadi sandaran diri.. maafkan diri ini kerana jalanku hanya sampai di sini... Maafkan keterlanjuran kata.. terkasarnya bahasa.. Moga akan ada pertemuan buat kita di sana..

Duhai hati...
Tersenyumlah.. deritamu hanya sampai di sini... kerana jasad ini sudah lemah untuk berada disini.. Bahagiakanlah dirimu di akhir waktu ini..

Tuesday, June 21, 2011

~Kerana Kau Yang Kusayang ~



‘Seorang wanita Bani Israil yang buta sebelah matanya sangat ikhlas berkhidmat kepada suaminya. Ketika ia menghidang dan melayani suaminya makan, ia sendiri yang memegang pelita untuk menerangi suaminya makan. Pada suatu malam, pelitanya kehabisan sumbu dan tidak ada benda untuk digantikan. Lalu ia mengambil rambutnya sendiri dan dijadikan sebagai sumbu pelita tersebut, demi untuk melayani suaminya yang sedang makan. Melihatkan keikhlasan hatinya memuliakan suami sehingga ia sanggup mengorbankan rambutnya sendiri, maka Allah dengan kasih sayangNya telah menyembuhkan matanya yang buta itu, menjadi normal. Keesokan wanita itu mendapati matanya dapat melihat semula dengan terang’.

Alangkah indahnya jika aku bisa menjadi perhiasan dunia seperti wanita itu. Setiap patah kandungan ayat itu kubaca dengan penuh penghayatan. Namun aku akur dengan ketentuan Sang Pencipta yang Maha Agung bahawa setiap hambanya punyai kelemahan. Ku renungi nasib diri ini adakah aku mampu menjadi seorang yang mulia kepada suamiku ternyata aku punyai kelemahan?

“Assalamualaikum…”, satu suara menyapaku menyebabkan aku gugup seketika.

“Waalaikumusssalam…”, jawabku sepatah. Dengan telekung yang masih tersarung ditubuhku aku berpaling melontarkan senyuman yang paling manis buat suami yang amat kukasihi, Ikhwan Iskandar. Dengan perlahan aku bangun melangkah menghampirinya lalu mengucup kedua belah tangannya.

“Bila abang balik? Tak dengar bunyi kereta pun..”

“Laa macam mana nak dengar kalau orang tu asyik mengelamun, tu nasib baik abang yang datang. Nak dibuatnya pencuri masuk ke ape ke, macam mana?… Erm betul tak?”

Aku tersenyum sendiri tatkala mendengar ucapan suamiku yang seakan mengerti aku bahawa aku sedang berperang dengan perasaan sendiri. Memang ku akui suamiku sangat memahamiku dari dulu hingga kini dan kerana itu jualah aku bahagia bersamanya.

“Haa tengok tu..kita kat depan dia pun sempat lagi berangan ek?”.

‘Astaghfirullahal‘azim…’, aku beristigfar didalam hati setelah menyedari kealpaanku.

“Apa abang cakap tadi? Berangan ek? Eh, tak adalah…”,aku cuba menafikan gelodak dijiwa. “Abang dah makan? Nanti saya siapkan ek…”. belum pun sempat dia menjawab aku terus melangkah keluar ke dapur untuk menghidangkan makan malam kami bersama.

Setelah 5 tahun aku hidup bersamanya, tidak pernah sekalipun dia mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami. Semakin hari kurasakan kasih dan cinta diantara kami semakin mendalam. Namun disebalik kebahagiaan ini aku tahu bahawa dia juga sepertiku yang dahagakan hilai tawa anak-anak agar dapat memecahkan kesunyian rumah dua tingkat ini. Meskipun dia tidak pernah mempersoalkan tentang anak dihadapanku, aku tahu dia agak tertekan dengan permintaan ibunya yang mendesak agar memberikannya keturunan baru.

Kreng…krenggggg…

Bunyi jam menghentikan buaian anganku. Setelah sepanjang malam aku tidak dapat melelapkan mata, akhirnya aku bingkas bangun menutup bunyi jam itu dan lantas menuju ke bilik air. Selesai mandi dan menunaikan solat subuh, aku mengejutkan suamiku yang masih lagi nyenyak tidur.

“Abang, bangunlah… solat subuh. Waktu dah nak habis dah ni…”

Sementara menunggu suaminya mandi dan bersiap solat subuh, Ammar Wajidah pun bingkas bangun ke dapur untuk menyiapkan sarapan mereka bersama.

Menjadi seorang isteri… kepada insan yang disayangi… menjadi idaman setiap wanita. Alhamdulillah, ku panjatkan kesyukuran kepada Ilahi diatas kurniaanNya padaku.

“Mama tak kira, apa-apa alasan yang Wan nak bagi kat mama pun.. yang mama tahu mama perlukan cucu! Penyambung generasi mama.. dah bertahun Wan kahwin, tapi sampai sekarang pun masih lagi tak ada anak. Jangan-jangan bini kau tu mandul tak…”.

“Mama..tak baik mama cakap macam tu. Kami dah usahakan tapi Tuhan belum mengizinkan kami untuk punyai zuriat, ma..”.

“Ah, kau memang sengaja nak menangkan bini kau tu kan? Tu la kalau kau kahwin dengan pilihan mama si Zahlia tu dulu, mungkin kau tak jadi macam ni. Tapi kau tu degil. Entah apa la yang ada pada bini kau tu sangat sampaikan kau tergila-gilakan dia …”. Terngiang-ngiang di telingaku kata-kata ibu mertuaku pada hari kami berkunjung kerumahnya minggu lalu. Tanpa sedar, airmataku mengalir keluar.

“Kenapa ni sayang? Kenapa nangis?”..aku terkejut lalu terus berlari ke bilik air. Tidakku duga akhirnya air mataku jatuh jua dihadapannya.

‘Abang, Ammar minta maaf kerana tidak dapat memberikan abang keturunan… Ya Allah, kuatkanlah hati hambaMu ini dalam menghadapi liku kehidupan ini, bantulah aku tatkala aku dalam kesusahan dan jadikanlah aku seorang isteri yang solehah’,rintih Ammar seorang diri.

Aku membuka pintu bilik air dan melangkah keluar perlahan-lahan. Aku mendapatkan suamiku yang sedia menungguku di meja makan. Pandangannya menyebabkan aku sedikit gugup. “Kenapa ni sayang?ada apa-apa masalah ke? Ceritalah dengan abang, atau abang ada buat apa-apa yang tidak menyenangkan?..”. aku dihujani dengan pelbagai persoalan.

“Rumah ni sunyi kan bang? Betul kata mama, kalau la kita ada anak mesti hidup kita lebih bahagia dan kalau abang dengar cakap mama supaya kahwin dengan Zahlia dulu, tentu mama dah dapat cucu kan bang?”, aku menahan sebak yang sekian lama meruntun jiwa wanitaku.

“Sayang…dengar sini, zuriat itu adalah amanah Allah kepada pasangan suami isteri. Mungkin Allah belum mengizinkan kita untuk bertanggungjawab menjaga amanah kurniaanNya itu. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya,sayang…dan walaupun kita tak dikurniakan zuriat sekalipun,sayang harus tahu bahawa kasih abang pada sayang tak pernah berubah”, tutur Ikhwan kepadaku.

Tanpa diundang airmataku gugur kembali. ‘terima kasih ya Allah diatas segala nikmat yang Engkau berikan padaku’.

“Tapi saya rasa bersalah bang, bersalah pada abang dan mama… abang sendiri tahu kan yang mama tak pernah menerima saya sebagai menantunya? Kini, saya telah menambah kelukaan dihati mama..apa yang harus saya lakukan,bang?”

“Syy..sudahlah, jangan nangis-nangis lagi. Usahlah dirisaukan sangat tentang mama tu..walaupun dia macam tu, tapi hatinya baik. Insyaallah suatu hari nanti mama mesti mengerti. Sabar yer sayang…”,bicara suamiku membuatkan aku sedikit tenang walaupun aku tahu, disebalik kata-katanya terselit jua kebimbangan dihatinya.

Malam itu,sekali lagi aku tidak dapat melelapkan mata. Ku tatap wajah suamiku yang nyenyak tidur dengan penuh rasa sayang. Adakah benar dia benar-benar bahagia hidup bersamaku? adakah tidak ada sedikit pun perasaan kecewa dihatinya diatas kekuranganku? inginku suarakan apa yang sering bermain di fikiranku kepadanya. Tapi, adakah aku benar-benar merelakannya?… ‘ya Allah,ku mohon padaMu agar berilah aku kekuatan dalam menghadapi dugaanMu dan berikanlah aku petunjukMu sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik tujuan memohon’,… rintihnya sendirian.

Dalam kegelapan malam, aku bangkit sujud menyembahNya, mohon petunjuk dariNya. Aku mengkoreksi kembali matlamat hidupku. Untuk apa segala pengorbananku selama ini untuk suamiku? Untuk mengejar cintanya atau untuk mengejar redha Allah? Ya Allah, seandainya ujian ini Kau timpakan keatasku untuk menguji keimananku, aku rela ya Allah… aku rela.

Bunyi loceng yang ditekan bertalu-talu mengganggu ketenteraman di pagi minggu itu. Aku bergegas menuruni anak tangga untuk membukakan pintu untuk tetamuku.

“Apa yang kau buat kat rumah ni sampai dah nak naik bengkak tangan aku ni tekan loceng..! ni tak lain tak bukan duk membuta lagi la tu”

“Maaf mama, tadi saya kat bilik air sebab tu tak dengar bunyi loceng tadi..abang pulak keluar tergesa-gesa ada panggilan penting katanya…jemputlah masuk”, aku sedikit kaget.

“Kau tak jemput pun memang aku nak masuk.. lagipun ni kan rumah anak aku jugak”

Meskipun mama merupakan ibu mertuaku, namun setiap kali bersua dengannya aku merasa bagaikan sesak nafas. Apatah lagi kehadirannya kali ini bersama wanita yang sepatutnya menjadi menantunya iaitu Zahlia..

“Sunyi je rumah kau ni kan? Kau tak rasa nak ada anak ke? Atau kau ni memang mandul?.. alahai apalah malang sangat nasib anak aku tu kahwin dengan kau ni, dah la tanpa restu mak bapak..kahwin tak dapat anak pulak tu..kau tak rasa bersalah ke pada suami kau tu? Entah la, aku pun tak tahu apalah istimewanya kau ni hinggakan anak aku tergila-gilakan kau sangat…”

Bagaikan diguris sembilu hatiku tatkala mendengar ungkapan demi ungkapan daripada ibu mertuaku itu. Andainya bisa aku berbicara, mahu sahaja aku berteriak mengatakan bahawa aku kecewa dengan apa yang telah berlaku, namun apakah dayaku untuk melawan takdir dan menderhaka pada ibu mertuaku? Apa-apa pun yang terjadi, aku harus merelakannya.

“Isteri mana yang tak inginkan anak dalam rumahtangga mereka, mama..sedangkan mereka tahu bahawa anak adalah penyeri dalam rumahtangga. Mungkin ada hikmah di sebalik semua ni, mama…apa-apa pun yang terjadi, saya redha jika inilah suratan hidup saya..”

“Pandai pulak kau menjawab ek? Kau senang la cakap macam tu sebab kau tu mandul dan kau tu tak rasa susah apa-apa pun sebab mak bapak kau sendiri pun dah tak mengaku kau ni anak dia.. Eee cakap dengan kau ni betul-betul menyakitkan hati aku la”

“Maafkan saya, mama.. seandainya kata-kata saya tadi menjadikan saya seorang anak yang biadab.. maafkan saya kerana membuatkan mama kecewa..”, aku berlagak tenang walaupun hatiku merintih pedih sendirian.

“Memandangkan kau dah ada depan mata aku sekarang ni.. biarlah aku berterus terang hajat aku ke sini.. jika benar kau tak berniat menyakitkan hati aku dan sayangkan laki kau, kau izinkanlah laki kau tu kahwin dengan si Zahlia ni..”, terang mama tanpa mempedulikan sedikit pun perasaanku. Zahlia memandangku tajam sambil tersenyum sinis.

Aku memejamkan mata rapat-rapat cuba mencari sedikit kekuatan sebelum meneruskan kata.. “Kalau itu yang membuatkan mama dan abang bahagia, saya relakan untuk abang kahwin lain”.

“Fuyyooo.. hebatnya you. Betul you tak kisah kalau abang Wan kahwin dengan I? you benar-benar sanggup diri you tu dimadukan dengan I? Jangan kata nanti you merungut menyesal dah la..”, akhirnya wanita yang berkulit kuning langsat itu bersuara.

“Usahlah awak risaukan tentang hati dan perasaan saya… anggaplah kerelaan saya ini sebagai tanda terima kasih saya pada mama, abang dan awak kerana memberi keizinan pada saya untuk muncul dalam kamus hidup awak semua, hanya itu yang dapat saya lakukan. Selebihnya, biarlah Allah yang tentukan..”

“Baguslah kalau kau sedar diri yang kau tu cuma menumpang kasih kami.. Aku harap kau boleh pujuk laki kau tu nanti untuk kahwin dengan Zahlia ni nanti. Satu je aku nak pesan, kau jangan ngadu kami yang ajar kau pulak pasal ni.. katakana ini adalah kehendak kau sendiri..”, ibu mertuaku menutur kata.

“Insyaallah, mama… saya akan pujuk abang nanti. Terima kasih atas segalanya…”

“…Baguslah kalau macam tu. Aku balik dulu.. jom Lia, mama dah tak sabar nak tengok korang berdua kahwin nanti…”, aku bingkas bangun lalu menyalami tangan ibu mertuaku. Belum pun sempat aku menciumnya, dia segera menarik tangannya dari peganganku.

Dapatku lihat jelas betapa bencinya mama padaku dan gembiranya mama untuk bermenantukan Zahlia, seorang gadis moden yang menjadi pilihannya sejak dari dulu. Sebaik sahaja mereka melangkah keluar dari rumahku, tanpa sedar air mataku menitis laju. Adakah ini yang ku dambakan dalam hidup ini? Ya Tuhanku, berikanlah aku kekuatan..

Malam itu, selepas makan malam.. aku mengajak suamiku berbual-bual di bangku luar rumah. Dalam kesuraman malam, aku sampaikan segala permintaan ibu mertuaku padaku siang tadi. Namun seperti yang ku duga, suamiku menolak keras permintaanku itu.

“Apa yang awak merepek ni! Awak sedar tak apa yang awak cakapkan ni?? Jangan kata sebab kita tak punyai anak, awak dah hilang kewarasan sampai macam ni sekali..!!”, merah padam wajah suamiku menutur kata.

“Saya tak kisah kalau abang nak kata saya dah gila sekalipun.. Saya tahu apa yang saya pinta dan saya sedar saya sedang menuturkannya. Saya jugak tahu abang tak ingin mendengarnya. Namun, apa lagi pilihan yang saya ada untuk membuktikan sayang saya pada abang sekeluarga? Hanya ini permintaan saya pada abang, dan saya amat berharap abang dapat memenuhinya..”, aku berkata dalam sendu yang merundung jiwa. Bukan niatku untuk menyakitinya dan bukanku sendiri tak punyai perasaan, namun aku harus merelakannya.

“Ammar isteriku sayang..berkali-kali sudah abang katakan, abang tak pernah kecewa dengan apa yang terjadi. Abang tak pernah terlintas pun untuk menduakan sayang… Jadi mana mungkin untuk abang memenuhi permintaanmu ini. Percayalah sayang..abang tak mampu untuk lakukannya…”, dengan erat menarikku kedalam pelukannya.

Aku cuba menolak dan menjauhkan diri darinya.. “Jika benar abang sayangkan saya, saya yakin abang mampu melakukannya.. Anggaplah sebagai bukti cinta abang pada saya. Tapi saya jugak mohon janganlah anggap ini satu paksaan dari saya, sebaliknya anggaplah ini satu pengorbanan saya untuk abang. Bahagiakanlah mama sesungguhnya hanya dia yang benar-benar berhak ke atas abang..”

“…Terlalu besar pengorbananmu sayang…”, tuturnya lagi sambil mengusap lembut rambutku.

“..Tapi tak setanding pengorbanan abang dalam mendidik saya menjadi seorang islam dan isteri yang baik. Saya sayang abang dan terima kasih diatas segalanya..”

“Boleh bagi abang sedikit masa untuk fikirkannya?”, kata-kata suamiku memberi sedikit kelegaan kepadaku.

“Baiklah kalau itu yang abang pinta, tapi janganlah terlalu lama untuk fikirkannya..kerana masa takkan menunggu kita. Kebahagiaan mama adalah kebahagiaan kita”.

“InsyaAllah…”, jawabnya ringkas.

Setelah seminggu lamanya aku menunggu namun jawapan yang ku tunggu tak jua kunjung tiba. Ingin aku suarakan persoalan itu, tetapi seakan-akan dia mengerti dan akan berpura-pura menyibukkan diri. Bukanku tak mengerti perasaannya kerana aku jua turut merasainya. Tetapi aku redha dengan ketentuanNya seandainya ini telah tercipta untukku.

“Abang.. boleh saya tanya sikit?”, sambil menyiapkan sarapan pagi untuknya, aku memberanikan diri untuk bertanya.

“Erm…tanyalah, apa dia? Tentu sayang nak tahu tentang keputusan aritu kan?”

“Haa.. tau pun. Jadi macam mana dengan keputusannya?abang setuju tak?”, aku berlagak tenang meskipun jauh di sudut hatiku terselit satu perasaan sayu. Mungkin kerana aku tahu aku bakal berkongsi kasihnya dengan orang lain. Tetapi apa yang harus aku lakukan? Siapalah aku untuk melawan ketentuan Sang Pencipta. Aku pasrah.

“Kalau abang kata setuju? Macamana?”, sambil tersenyum dia bertanya kembali.

Tertelan liur aku mendengarnya. Apatah lagi setelah melihat wajahnya yang tersenyum manis. Seakan-akan dia tidak sabar menunggu untuk berkahwin lagi. Hatiku sedikit terusik.

“Hmm.. baguslah kalau macam tu. Nanti saya bagitau mama tentang ni”, dengan selamba aku berkata.serentak dengan itu, mimik muka Ikhwan pun berubah.

“Awak dah tak sayang saya ke? Awak langsung tak kisah bila saya cakap setuju kahwin lain. Awak tahu tak betapa sayangnya saya pada awak? Tapi kenapa awak jadi macam ni?..”,merah padam mukanyan menahan marah menyebabkan aku kelu untuk berkata. Apakah salah jika aku cuba membantunya dalam membahagiakan orang tuanya?aku buntu Ya Allah, aku buntu.

“Apa yang abang cakapkan ni? Saya lakukan ni semua sebab sayang sangat kat abang. Saya sanggup bermadu demi menggembirakan abang sekeluarga. Sampai hati abang cakap saya macam tu..”, tanpa diundang airmataku menitis laju. Isteri mana yang benar-benar sanggup berkongsi kasih suaminya dengan wanita lain? Namun akanku lakukan jua demi melihat mama bahagia. Aku tidak sanggup melihat suamiku jua dipulaukan dari keluarga sepertiku.

“Maafkan abang, sayang.. bukan niat abang untuk menyakitkan hati sayang. Tapi abang tak sanggup memenuhi permintaan sayang yang satu ini. Biarlah apa jua yang berlaku, abang tak akan tinggalkan sayang sendirian”, selepas menuturkan kata, suamiku melangkah keluar meninggalkanku dan terus ke pejabat.

Pagi itu entah mengapa aku rasakan betapa sakitnya perutku. Seingatku ini bukanlah untuk kali yang pertama semenjak seminggu yang lalu. Peluh mula menular dan aku bagaikan hendak pitam. Namun ku gagahi jua langkah menaiki anak tangga masuk ke bilik.

“Sayang..bangun sayang, bangun dah lewat dah ni. Dah solat asar ke belum? Ammar, bangunlah..”

Aku perlahan-lahan membuka mata tatkala mendengar suara yang memanggil-manggil mengejutkanku dari lena. ‘Ya

Allah, tertidur rupanya aku’, desis hatiku sendirian.

“Puas abang cari, tidur rupanya ya? Ingatkan dah lari merajuk tadi..”, kata Ikhwan sambil tersenyum mesra.

Aku mendongak melihat jam di dinding. “Ammar nak solat asar dulu yer..”, aku bingkas bangun menuju ke bilik air untuk mengambiil wuduk.

Malam itu sekali lagi perutku sakit kembali. Aku cuba menahan kesakitan yang ku alami agar tidak mengganggu lena suamiku. Namun semakin ku tahan, sakitnya semakin menjadi-jadi. dengan sendirinya airmataku mengalir perlahan. Aku mengambil keputusan untuk ke hospital keesokan hari. siangnya, selepas suamiku meninggalkan rumah untuk ke pejabat, tepat 9.00 pagi aku bersiap-siap untuk ke hospital. Namun, belum sempat aku meninggalkan rumah, sebuah kereta proton Perdana masuk ke halaman rumahku.

“Assalamualaikum, mama.. dari mana lagi ni?”, aku mendahulukan salam sebaik sahaja melihat sekujur tubuh milik ibu mertuaku melangkah keluar dari kereta. Di pintu pemandunya pula muncul Zahlia, merangkap bakal menantu barunya.

“Aii.. mentang-mentang la laki keluar pergi kerja, kau pulak nak merayap ek?”, sinis kata-katanya menikam kalbuku.

Aku mendekatinya dan menghulurkan tangan untukmenyalami tangannya. Namun seperti yang ku duga, huluran tanganku tetap tidak bersambut. Di wajahnya jelas terpancar riak bencinya kepadaku.

“Tak adalah mama, saya cadang nak ke pasar sekejap. Barang-barang dapur pun banyak yang dah habis.. tapi tak apelah, jemputlah masuk dulu”, dalih Ammar di hadapan ibu mertuanya.

“Emm… tak payahlah, aku datang ni pun bukannya nak duduk lama. Aku Cuma nak tahu, macamana keputusannya? Ikhwan setuju tak nak kahwin dengan si Zahlia ni?”.

“InsyaAllah, mama. Setakat ni dia cuma buat tak tahu je. Tapi mama tak payahlah risau, saya akan berusaha memujuknya”. Meskipun sakit bagiku, aku rela menghadapinya dan dengan ini aku berharap menghilangkan kebencian mama padaku jua.

“Oh,jadi sampai bila you nak I tunggu lagi? You ni betul-betul pujuk suruh nikah dengan I ke atau sebaliknya?”, celah Zahlia yang sejak tadi menjadi pemerhati antara kami dua beranak.

“Apa-apa pun aku nak kau pujuk dia sampai dia setuju. Kalau tak, jangan harap kau dapat hidup bahagia tanpa restu mama..ingat tu tau!”, kata-kata mama itu bagaikan satu ugutan di pendengaranku. Sampai hati mama berkata sedemikian. Adakah aku terlalu jahat sehinggakan tidak terdetik sekelumit pun rasa kasih dia padaku?

“InsyaAllah, mama.. saya akan usahakan untuk pujuk abang nanti. Usahlah mama risaukan tentang tu. Lagipun saya tak sanggup lihat suami saya di gelar anak yang derhaka. Cukuplah saya yang kehilangan keluarga”.

“Haa baguslah kalau kau sedar diri.. aku balik dulu, aku harap kedatangan aku nanti dapat mendengar berita baik! Jom Lia, kita balik..lama-lama duk sini buang masa aku je..”. belum sempat aku berkata apa-apa, mama dan Lia melangkah masuk ke dalam perut kereta. Sepepas itu, kereta it uterus meluncur laju membelah jalan meninggalkan halaman rumahku.

‘Apalagi yang aku lakukan Ya Allah, berikanlah hambaMu ini untuk terus tabah menghadapi dugaan-dugaan yang Engkau sediakan.Hanya padaMu tempatku mengadu’. Dalam sebak Ammar melangkah keluar ke hospital.

“Tahniah Puan, Puan positif mengandung dua minggu..”, terpana aku seketika mendengar berita ini. Hatiku melonjak kegembiraan yang teramat sangat. Sesungguhnya inilah yang ku tunggu-tunggu selama 5 tahun berumahtangga. Tapi adakah ini suatu mimpi atau aku sebenarnya sedang bermimpi. Aku diam tak terkata.

“Puan?.. Puan Ammar Wajidah? puan okey ke?”, Tanya doktor kehairanan.

“Oh, yer saya…maaf doktor. Emm..saya okey. Tapi betul ke doktor apa yang berlaku sekarang ni? Betul ke saya bakal bergelar ibu? atau saya sekadar bermimpi?”, soalan demi persoalan aku lontarkan bagi menjawab apa yang bermain-main di mindaku. Seandainya inilah kenyataannya, aku bersyukur padaMu Ya Ilahi.

Doktor itu memandangku sambil tersenyum manis. “Betul puan, puan mengandung dua minggu. Tapi…”, wajah doktor itu berubah menjadi suram serta-merta seolah-olah ada sesuatu yang tidak diingini terjadi. Aku mula gementar.

“Tapi apa doktor? Adakah saya mengalami masalah?”, soalku yang mula takut.

“Saya minta maaf seandainya apa yang ingin saya sampaikan ini mengecewakan puan. Tapi saya amat berharap agar puan dapat menerimanya dengan tenang. Anggaplah ini sebagai dugaan dan ujian ke atas hambaNya. Sebenarnya puan jua mengalami ketumbuhan dalam perut, dan keadaan ini membahayakan nyawa puan sekiranya puan mengandung..”

Di saat aku mendengar kata-kata doktor tadi, lidahku kelu tak terkata. Hatiku mula resah. Adakah perlu aku korbankan nyawa baru yang wujud dalam rahimku ini demi menyelamatkan nyawaku sendiri?

” Jadi apa perlu saya lakukan doktor? Apakah saya harus gugurkan kandungan ini?”, dalam sebak dan keresahan aku memberanikan diri untuk bertanya.

“Itulah yang sebaik-baiknya yang dapat kami sarankan demi keselamatan nyawa puan. Ketumbuhan yang puan alami akan membesar dan begitu juga dengan kandungan puan..”

“Tapi ini adalah kandungan pertama saya doktor, baru kini saya berasa sudah lengkap tanggungjawab sebagai seorang isteri setelah 5 tahun kami menikah. Jadi, amatlah sukar untuk saya korbankan nyawa yang baru saja wujud dalam rahim saya. Apa-apa pun yang terjadi saya sanggup korbankan demi keselamatan anak saya. Tolonglah saya, doktor..”, akhirnya gugur jua airmataku yang ku tahan sejak dari tadi.

“Sabar puan Ammar, saebagai seorang isteri.. saya juga mengerti perasaan puan. Tapi sepertimana yang saya katakana tadi, risikonya amat tinggi seandainya puan teruskan kandungan ini. Saat ini nyawa puan lebih bermakna bagi kami.”

“Kandungan ni penting bagi saya, doktor. Inilah bukti sayangnya saya pada suami dan keluarganya..”, sendu mula mengiringi tangisanku. Terlalu hebat ujianMu padaku, Ya Allah.

“Beginilah Puan, saya sarankan puan pulang berbincang dengan suami dan keluarga puan terlebih dahulu. Apa-apa keputusan biarlah mendapat persetujuan dari suamu puan dulu kerana dia yang berhak ke atas puan.”, saran doktor Fathiah kepadaku.

Akhirnya aku akur dengan cadangan yang di berikan doktor Fathiah kepadaku. Aku buntu dan keliru kerana apakah berita gembira atau duka yang akanku sampaikan pada suamiku nanti? Apakah dia sanggup kehilangan kandungan ini sesudah bertahun-tahun lamanya kami menanti kehadirannya? persoalan demi persoalan mula timbul di benakku menyebabkan aku semakin bingung.

Petang itu, aku segera ke dapur untuk menyediakan makan malam yang istimewa buat suamiku di samping menyampaikan berita gembira ini. Aku menanti suamiku pulang dari pejabat dengan penuh sabar. Dapatku bayangkan betapa gembiranya dia tatkala mendegarkan berita bahawa dia bakal bergelar papa. Namun bagaimana pula reaksinya tatkala mendengar aku harus menggugurkannya? Seusai solat Isyak, aku menantinya di meja makan.

“Hai sayang, jauh menung nampak? Ada apa-apa masalah ke ni?”, Ikhwan menyapa dengan mesra.

Aku membalas senyumannya ikhlas. “tak adalah apa-apalah, bang. Jom makan? Hari ni saya masak istimewa tau”.

“Wow, masak istimewa ni ada apa-apa ke?”

“Emm mestilah..tapi sebelum tu, kita makan dulu ek? Lapar laa..”, kata Ammar sambil tersenyum bahagia.

Selepas makan malam, dia membantuku mengemas meja meja di dapur. Kemudian, kami beriringan ke laman rumah untuk mengambil udara segar di waktu malam.

“Haa.. tadi Ammar kata ada sesuatu yang nak di perkatakan pada abang, apa dia?cakaplah, abang dah tak sabar dah ni..”, dia mengalihkan pandangannya padaku untuk memberikan tumpuan terhadap apa yang ingin aku perkatakan padanya.

“Sebenarnya, saya ada berita gembira buat abang dan mama…saya harap berita ini mampu mengubah tanggapan mama terhadap saya. Sebenarnya, saya mengandung dua minggu”, Ammar berkata sambil tersenyum manis.

Bagaikan terkena renjatan elektrik suamiku Ikwan Iskandar memusingkan badannya menghadap kearahku. Membuat matanya seolah percaya dan tidak percaya.

“Sayang main-mainkan abang ke ni? Atau abang yang berada di alam mimpi?’’, soal suamiku tatkala mendengarkan berita yang ku sampaikan tadi. Dari awal lagi aku menjangkakan reaksinya. Namun jauh di sudut hati, aku tahu dia juga bersyukur sepertiku.

“Abang tengok saya macam main-main ke? Tidak,kan? Haa.. jadi maknanya saya serius la ni. Perkara ni bukan main-main lagi. Saya tahu abang tentu susah nak percaya kan? Sama la dengan saya sebaik sahaja mendengar pengesahan dari doktor pagi tadi tau..”, aku berkata sambil tersenyum member keyakinan kepadanya bahawa aku bukan lagi main-main.

“Syukur Alhamdulillah, ya Allah… aku bersyukur kepadaMu. Akhirnya doa kita di makbulkan Tuhan, sayang..”, kata Ikhwan lalu memelukku erat. Aku bahagia dengan keadaan ini. Terima kasih ya Allah.

Alangkah bahagianya aku melihat senyuman kegembiraan suamiku. namun,apakah kegembiraan ini akan selalu milik kami bertiga sedangkan aku tahu jika aku teruskan kandungan ini, nyawaku dalam keadaan terancam.

“Aku dengar kau mengandung, betul ke? atau kau sengaja menggagalkan rancangan aku untuk bermenantukan si Zahlia tu! Bukan aku tak tahu yang kamu tu tak suka Zahlia nak kahwin ngan laki kau kan? Kau jangan macam-macam, kalau la aku tahu kau sengaja menggagalkan rancangan aku dengan mengatakan bahawa kau ni mengandung.. nahas kau aku kerjakan!..”. kata-kata yang di ucapkan oleh ibu mertuaku sewaktu datang kerumahku minggu lalu merupakan suatu ugutan bagiku. Apa-apa pun yang terjadi, aku bertekad akan teruskan jua kandungan ini. Kandungan inilah penyelamat dan penyeri hidupku. Oleh itu aku jua bertekad tidak akan sesekali memberitahu suamiku mahupun ibu mertuaku bahawa aku harus mempertaruhkan nyawaku demi kandunganku.

“Assalamualaikum, boleh saya bercakap dengan Puan Ammar Wajidah?”, sapa seseorang yang tidak aku kenali suaranya di hujung talian.

“Waalaikumussalam.. yer saya di sini. Boleh saya tahu, siapa ni?

“Oh maaf puan, saya terlupa nak memperkenalkan diri saya tadi. Saya doktor Fathiah,doktor yang merawat puan minggu lepas. Puan masih ingat saya lagi?”

“Oh ya, ya saya masih ingat lagi.. ada apa doktor?”, soalku sedikit gugup. Waktu itu, hatiku sedikit bimbang sekiranya ada apa-apa yang tidak kena dengan kandunganku.

“Sekali lagi saya minta maaf puan kerana mengganggu masa puan. Sebenarnya tujuan saya telefon ni sekadar ingin bertanyakan khabar puan dengan kandungan puan. Macamana sekarang, puan sihat? baby sihat?”, jawab doktor itu seusai dia ketawa.

“Emm.. terima kasih la doktor, buat masa ni saya dan kandungan sihat Alhamdulillah.. tapi tu lah, saya tetap risau dengan keadaan saya sekarang. Apa-apa pun, doktor tak perlu risau kerana InsyaAllah saya dan kandungan ni tak apa-apa.” Aku berbicara dalam getar hebat di dada.

“Baguslah kalau macam tu, saya harap puan di beri kekuatan untuk menghadapi ini semua. Anggaplah ini adalah ujian dari Tuhan untuk puan sekeluarga, tapi apa-apa pun saya harap esok puan dapat ke hospital untuk membuat pemeriksaan selanjutnya di samping memberi rawatan susulan pada puan nanti..”

“Baiklah, doktor,. Esok saya datang.. terima kasih doktor, atas perhatian yang di berikan.”

Sekali lagi kedengaran doktor itu ketawa mesra. ” tak usahlah puan berterima kasih dengan saya, saya lakukan ini semua kerana ini adalah tanggungjawab saya sebagai seorang doktor. Okeylah puan, saya minta diri dulu. Apa-apa pun InsyaAllah kita jumpa esok. Assalamualaikum”, selepas itu talian terus di matikan. Kemudian, aku bangkit dari kerusi untuk menjalankan tugasanku sebagai seorang suri rumahtangga.

Hari demi hari, bulan berganti bulan.. tanpa sedar dirasakan seperti baru semalam aku mendapat khabar aku bakal bergelar seorang ibu. Kini, genap 4 bulan usia kandunganku. Suamiku banyak menghabiskan masa lapangnya bersama kami. Aku bersykur sesungguhnya betapa gembiranya aku kala ini. Hubunganku dengan ibu mertuaku pula bertambah baik semenjak aku mengandung. Meskipun layanannya padaku tidak seperti ibu-ibu yang lain, namun aku tahu dia juga mula menyayangiku. Dia tidak lagi mendesakku agar memujuk abang Ikhwan supaya berkahwin dengan Zahlia. Mungkin di sebabkan kasihnya dia pada kandunganku.

Pagi itu, seusai menunaikan solat subuh, perutku terasa sakit yang teramat sangat. Aku bagaikan hendak pitam sekali lagi. Aku merebahkan diri di katil agar aku dapat merehatkan diri dan mengurangkan kesakitan yang aku alami. Peluh mula membasahi dahiku.

“Ya Allah, sayang…!! kenapa ni?? Kenapa jadi macam ni?”, Ikhwan mula cemas melihatkan aku yang pucat seperti menahan kesakitan. Semenjak aku mengandung, inilah kali pertama penyakitku menyerang kembali dan inilah kali pertama Ikhwan melihat aku kesakitan.

Aku cuba untuk tersenyum agar dapat menghilangkan sedikit sebanyak perasaan bimbang di hati suamiku itu.. ” tak ada apa-apalah abang, mungkin semalam salah makan kot.. itu sebab sakit perut, abang jangan risau ek? Saya tak apa-apa..”, dalihku.

“Betul ni tak ada apa-apa? Nak abang letakkan ubat?”, Ikhwan seakan keliru sama ada hendak percaya atau tidak akan kata-kata isterinya itu. Masakan sakit perut biasa sahaja menyebabkan peluh menular seluruh tubuh isterinya itu. Namun, dia sembunyikan kegusaran di hati itu.

“Tak apalah, bang.. nanti baiklah ni. Abang jangan la risau ek? Saya dan baby ni tak apa-apa. Abang pergilah bersiap, kejap lagi dah nak kena pergi kerja kan? saya nak rehat kejap. Nanti kejut ek?”

“Abang tak payah masuk kerja la hari ni.. Ammar kan tak sihat tu, nanti kalau ada apa-apa nanti macamana?..”, dalih Ikhwan lagi.

“Tak apalah, abang pergi kerja ek? Kan tadi saya dah kata sakit perut biasa saja.. nanti lepas ni baiklah tu”, aku tersenyum hambar. Di sudut hatiku, terselit perasaan sayu dan terharu dengan perhatian yang suamiku berikan. Adakah kebahagiaan milikku selamanya? Aku memejamkan mata rapat-rapat agar suami meninggalkan aku sendirian di kala itu.

“Ammar, ketumbuhan yang awak alami keadaannya semakin membesar.. saya risau dengan keadaan awak. Awak pasti ke nak rahsiakan penyakit awak ni dari suami dan keluarga awak yang lain?”, kata doktor Fathiah yang merupakan sahabat baikku kini. Dialah yang merawatku dan padanya jualah tempatku meluah rasa kini. Malah, dia menganggapku seperti saudaranya sendiri.

” Ya, Fathiah.. saya pasti jika abang Ikhwan tahu kandungan bakal mengancam nyawa saya, sudah tentu dia akan haling saya dari meneruskan kandungan ini. Jadi biarlah takdir yang menentikan segala-galanya. Saya cukup bahagia dengan apa yang saya alami kini, meskipun hubungan saya dan mama belum pulih.. tapi saya tahu dia cuba untuk menerima saya sebagai menantunya. Saya amat berharap dengan kehadiran baby ini akan mengubah segala kepahitan yang saya alami sebelum ini.. Fathiah, boleh awak janji dengan saya?…”

Tanpa bersuara,Fathiah mengangguk tanda setuju akan berpegang janji denganku. Aku tahu Fathiah bukan sahaja seorang doktor yang merawatku, malah dia juga berperanan sebagai seorang sahabat yang baik dan aku bersyukur dapat mengenalinya.

“Saya nak awak janji, seandainya terjadi apa-apa pada saya suatu hari nanti.. saya nak awak tolong bagi tahu suami dan anak saya bahawa saya amat menyayangi mereka.. dan seandainya suatu hari nanti saya tidak sempat melihat anak ini, tolonglah tengok-tengokkan dia bagi pihak saya.. katakanlah bahawa mamanya amat bangga dapat melahirkannya ke dunia..”, belum sempat aku menghabiskan kata-kata, Fathiah menarik dan memelukku dengan erat. Aku membalas pelukannya seolah-olah aku dapat rasakan bahawa aku bakal meninggalkannya buat selama-lamanya.

“Sudahlah Ammar, saya tak nak awak fikir dan cakap yang bukan-bukan. Awak seorang isteri dan ibu yang tabah. Saya pasti awak mampu melawan penyakit tu.. awak mesti kuat Ammar demi suami dan anak dalam kandungan tu..”, dalam sendu Fathiah berkata. Akhirnya tangisan membasahi pipi kami berdua.

Kandunganku semakin hari semakin membesar dan kini genaplah 9 bulan usianya. Segala kelengkapan bayi sudah kami sediakan. Apa yang tinggal hanyalah menanti hari kelahiran sahaja. Apa yang menghantuiku kini adalah berkaitan penyakit yang ku alami. Kebelakangan ini sering sahaja aku mengalami kesakitan yang teramat sangat. Setiap kali aku memikirkannya, hatiku menjadi sayu. Apakah aku masih sempat melihat dunia ini selepas ini? Semenjak kandunganku berusia 8 bulan lagi, boleh di katakan setiap pagi Fathiah singgah kerumah untuk menjenguk keadaanku sebelum meneruskan tanggungjawabnya di hospital. Katanya, aku adalah sebahagian daripada tanggungjawabnya.Mama pula semakin kerap menghabiskan masanya di rumahku. Ada sahaja yang hendak dilakukannya. Jika aku ingin membantu, dia pasti akan membantah dan menyuruhku berehat.

Pagi itu, Ammar mula sakit perut.. kali ini dia rasakan sakit yang berbeza dari sebelumnya dan dia pasti ini adalah kesakitan ingin bersalin. Dia memanggil-manggil suaminya yang berada di luar rumah.

“Ya Allah, Ammar…!! sabar yer abang bawakan ke hospital.”, Ihwan berkata sambil mencepungku menuju ke kereta.Di sepanjang perjalanan itu, suamiku tidak putus-putus mengajarku bersabar dan beristighfar kepada Allah.

“Abang..”,panggil Ammar sayu. “Saya mohon maaf seandainya saya pernah menyakiti hati abang selam kita hidup bersama. Saya juga mohon, halalkanlah segala makan dan minum saya selama ini.. dan seandainya umur sya tidak panjang, sayangilah dan jagalah anak kita baik-baik. Didiklah dia sepertimana abang mendidik saya menjadi seprang muslim yang baik.. saya sayang abang..”, Ammar berkata sambil air matanya menitis laju.

“Sayang, bertahan sayang! Jangan cakap lagi.. abang tak nak dengar sayang cakap yang bukan-bukan, kita akan bersama-sama menbesarkan anak ini..tolonglah jangan cakap yang bukan-bukan!”, pita Ikhwan kepada isteri kesayangannya itu sambil menahan sebak dan bertarung dengan rasa takut yang menyelubungi hati. Takut akan kehilangan seorang isteri!

Sebaik sahaja sampai di hospital, Ammar di kejarkan ke wad bersalin. Doktor Fathiah segera masuk ke wad bersama-sama Ammar.Ikhwan pula setia menunggu di ruang menunggu bersama-sama mamanya. Setelah dua jam menunggu, bilik itu di buka dari dalam. Sebaik sahaja melihat doktor Fathiah, Ikhwan terus bangun mendapatkannya.

“Bagaiman dengan isteri dan anak saya, doktor?’’, pantas Ikhwan bertanya.

“Tahniah En.Ikhwan, awak selamat mendapat seorang bayi perempuan..”, mendengarkan itu, Ikhwan sedikit lega.

“..tapi saya minta maaf, Ammar tidak dapat di selamatkan..pihak kami talah pun cuba sedaya-upaya menyelamatkannya. Namun, memandangkan ketumbuhan yang di alaminya berada di tahap kritikal, dia gagal di selamatkan. Saya harap En,Ikhwan redha dengan kepergiannya”. seusai mendengar berita itu, Ikhwan jatuh terjelopok ke lantai. Dia meraung sekuat hati memanggil nama isterinya. Doktor Fathiah terus berlalu kerana tidak sanggup melihat situasi itu. Sebagai seorang sahabat baik, dia juga turut merasai kehilangannya.

Seminggu kemudian, Ikhwan sering mengelamun mengimbau kenangannya dengan arwah isterinya. Bertahun hidup bersama dan akhirnya pergi buat selam-lamanya di saat kebahagiaan mula menjengah keluarga mereka.

“Abang, bila anak kita lahir nanti.. boleh tak kalau kita bagi dia nama sama dengan saya, Ammar Wajidah? Itupun kalau baby kita ni perempuan. Tapi kalau baby kita ni lelaki, saya nak abang yang namakan dia nanti.. tapi biarlah nama yang elok-elok tau..”

“Kenapa mesti Ammar Wajidah jugak sedangkan itu nama sayang sendiri?”, tanya Ikhwan kepada isteri kesayangannya itu. Namun, pertanyaannya hanya dibalas dengan satu senyuman.

Itulah kata-kata isterinya dua minggu sebelum pergi buat selama-lamanya. Kini, barulah Ikhwan faham tujuan isterinya mohon agar anak mereka diberi nama Ammar Wajidah jua,agar nama itu mampu menjadi penawar tatkala merinduinya. Tiba-tiba Ikhwan di kejutkan dengan panggilan telefon dari doktor Fathiah yang memintanya segera ke hospital. Sebaik sampai di hospital, Ikhwan terus melangkah menuju ke bilik doktor Fathiah.

“Assalamualaikum..”,sapa Ikhwan.

“Waalaikumussalam.. hai En.Ikhwan, sikan masuk.. duduklah dulu. Apa khabar sekarang? Baby sihat?”,Tanya doktor wanita itu.

Ikhwan tersenyum. ” Alhamdulillah, semuanya dalam keadaan baik. Emm.. apa tujuan doktor memanggil saya datang ke mari ni?”, Ikhwan langsung bertanya. Selepas itu, kelihatan doktor Fathiah mengeluarkan sepucuk surat dari laci mejanya dan menghulurkannya kepada Ikhwan. Surat bertukar tangan.

“Sebelum arwah meninggal, dia ada titipkan amanah kepada saya supaya sampaikan surat ini kepada En.Ikhwan, dia ingin En.Ikhwan membacanya.. dan hari ini saya telah laksanakan amanah itu. Bacalah.. saya minta diri dulu kerana ada pesakit perlukan rawatan segera..Assalamualaikum.”

Doktor Fathiah berlalu meninggalkan Ikhwan sendirian. Ikhwan membuka dan membacanya perlahan-lahan..

“Assalamualaikum.. kehadapan suamiku tercinta, Ikhwan Iskandar.. saya ingin memohon maaf diatas segala kata-kata atau kelakuan yang kurang menyenangkan hati abang dp sepanjang hayat saya. Saya juga mohon maaf kerana menyembunyikan penyakit yang saya alami. Bukan niat saya untuk melakukan itu, tapi saya tidak sanggup menggugurkan nyawa baru yang ingin hidup dalam rahim saya. Jadi saya mohon, relakanlah kepemergian saya ini dan jagalah anak ini dengan limpahan kasih sayang dari abang dan mama. Anggaplah ini hadiah dari saya untuk abang sekeluarga.. Bisikkanlah di telinga anak kita nanti bahawa mamanya sentiasa menyanyaginya walaupun saya tiada di sisi. Saya sayang abang…

Isterimu,

Ammar Wajidah Abdullah.”

-TAMAT-

Oleh : sunflower-maa (Kasma )


Sunday, June 19, 2011

~Bahtera~


♥ Pedoman menjalani kehidupan yang semakin mengharungi zaman ini. ♥

KETIKA MENCARI CALON
*Janganlah mencari isteri, tapi carilah IBU bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah AYAH bagi anak-anak kita.

KETIKA MELAMAR
*Anda bukan sedang meminta kepada orang tua atau wali si gadis, tetapi MEMINTA kepada Allah melalui orang tua atau wali si gadis.

KETIKA AKAD NIKAH
* Anda berdua bukan menikah di hadapan kadi, tetapi MENIKAH di hadapan Allah.

KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
*Catat dan kira semua bilangan tetamu yang HADIR untuk mendoakan dirimu, kerana dirimu harus berfikir untuk mengundang mereka semua & meminta maaf apabila dirmu berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan DOA mereka.

KETIKA MALAM PERTAMA
*BERSYUKUR & BERSABARlah. Dirimu adalah sepasang anak manusia & bukan sepasang 'malaikat'.

SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
*Sedarilah bahawa JALAN yang akan dilalui tidak melalui jalan bertaburan dengan bunga, tetapi juga 'semak belukar' yang penuh ONAK & DURI.

KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
*Jangan saling menuding jari & berlepas tangan, tetapi sebaliknya lantas semakin ERAT berpegangan tangan.

KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
* Cintailah isteri atau suamimu 100% KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK*JANGAN bagi cinta anda kepada (suami) isteri & anakmu, tetapi CINTAIah isteri atau suami anda 100% & cintai anak-anak kalian masing-masing 100%*

KETIKA EKONOMI KELUARGA BERMASALAH
*Yakinlah sentiasa bahawa pintu REZEKI akan terbuka lebar seiring lurusnya dengan tingkat KETAATAN suami isteri.

KETIKA EKONOMI KELUARGA BERHASIL
*Jangan pernah sesekali LUPA akan jasa pasangan hidup yang SETIA mendampingi kita tatkala 'menderita'.

KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
*Boleh 'bermanja-manja' kepada isteri TETAPI jangan pernah LUPA untuk bangun secara BERTANGGUNGJAWAB apabila isteri memerlukan pertolongan darimu.

KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
*TETAPlah berjalan dengan gemalai & lemah lembut dan sentiasa tersenyum mesra & ceria, tetapi ingat pada dirimu agar selalu BERJAYA menyelesaikan semua AMANAH yg dipertanggungjawabkan ke atasmu.

KETIKA MENDIDIK ANAK
*Jangan pernah berfikir bahawa ibubapa yang BAIK adalah mereka yang tidak pernah MARAH kepada anak, kerana ibubapa yang BAIK adalah mereka yang JUJUR kepada anak.

KETIKA ANAK BERMASALAH
*YAKINlah bahawa tiada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan ibubapa, yang ada adalah anak yang merasa TIDAK didengar oleh orang tuanya.

KETIKA INGIN BAHAGIA DAN HARMONI
*Gunakanlah: "KETAQWAAN, KASIH SAYANG, KESETIAAN,KOMUNIKASI MESRA,KETERBUKAAN,KEJUJURAN,KESABARAN, SALING PERCAYA & AMANAH.Titik tolak dari semua perkara tersebut adalah KEIKHLASAN & KETULUSAN HATI....

Friday, June 17, 2011

~Rumah Bahagia~ ^_^

Bismillahirahmanirahim...
Assalamualaikum Wbt...

Meniti perjalanan sebagai hamba Allah SWT juga umat kekasih-Nya Rasulullah SAW. Melangkah lagi ke satu lagi fasa kehidupan.. daripada seorang anak kecil yang mendamba kasih sayang ibu dan ayah.. Hidup dalam kelompok keluarga yang bahgia.. Merasai ikatan kasih sayang dengan beradik yang lain.. Melangkah ke luar dari kepompong penjagaan, bertemu dengan para sahabat yang menjadi sesuatu yang sangat bermakna dalam meniti jambatan kehidupan ini.. Dan akhirnya... melangkah dan terus melangkah menuju ke fasa yang seterusnya iaitu dalm pembinaan keluarga... Sungguh aku mendambakan kehidupan yang bahagia di samping suami tercinta (yang tercipta buatku) anak-anak yang membesar dihadapan mata.. Tidak sanggup untuk membiarkan anak-anak berada di dalam pelukan orang lain.. Ingin ku dakap dan takkn ku lepas.. Biarlah anak2ku membesar atas acuan tanganku.. atas didikan dariku untuk menjadikan mereka umat Rasulullah Saw yang sebenar.. InsyaAllah.. Namun sebelum memulakan fasa kehidupan itu.. persedian menjadi seorang isteri itu perlu utuh.. Melengkapkn diri dengan ilmu fardu ain dan fardu kifayah.. Kerana yang mencorakkan anak-anak itu adalah tanganku... Ya Allah permudahkanlah buatku.. ameen.. ^_^



Aku mendamba "Rumah yang sederhana dengan IMAN, bukan sebuah ISTANA yang dihiasi dengan melampaui batas"

Sesungguhnya wanita yang tinggal di dalam sebuah pondok, beribadah kepada TUhanya, mendirikan solat lima waktu dan berpuasa di bulan Ramadhan, merupakan wanita yang paling bahagia daripada wanita yang hidup dan tinggal di istina dikelilingi dayang-dayang serta dimeriahkan dengan pelbagai jenis hidangan makanan. Sesungguhnya, seorang mukminah yang berada disebuah rumah yang beratap rumbia dengan roti dan air seteko namun bersamanya ada mushhaf dan tasbih adalah lebih bahagia daripada wanita yang hidup di apartment yang indah dihiasi dengan kamar-kamar mewah. Mereka yang tidak mengenal tuhannya, tidak berzikir mengingatiNya dan tidak mengikut sunnahNya adalah yang tergolong dalam kerugian dan tidak berjaya menikmati kebahagian,,

Sesungguhnya fahamilah kita makna kebahagian. Kebahagian bukan dalam definisi sempit dan menyesatkan. Rammai orang yang menyangka bahawa apa yang difikirkannya adalah benar, Mereka mengira bahawa kebahagian adalah terletak pada harta,martabat dan sebagainya namun sebenarnya itu bukanlah defisini yang sebetolnya.. TIDAK!!!

Kebahagian yang hakiki terletak pada kepuasan diri, kesenangan hati, ketenangan jiwa, kegembiraan rohani, kelapangan dada, budi pekerti yang baik dan akhlak mulia yang dirringi dengan sifat menerima dan merasa cukup dengan anugerah yang diberikan... ^_^

Wednesday, June 15, 2011

~Diary Si Gadis Purdah~ ^_^


Bismillahirahmanirahim...
Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah.. diberikan kekuatan untuk menghadapi
segala cabaran yang berada di hadapan...
Berusaha untuk menjadi seteguh karang di lautan..
dan sungguh diri ini tidak ingin menjadi lalang..
Walau dicerca kerana berbeza kutempuhi jua...
Biarkan mereka meneka..
Biarkan mereka menilai apa yang mereka inginkan..
Itu bukan yang akan aku pertimbangkan..
Cukuplah aku menjaga kehormatan diriku..
cukuplah aku ingin meninggikan martabatku di pandanganNya...
"selfish" kah diriku.. huhu Tidak!!!
Payah kah untuk dimengerti tindakan ini??
Payahkah untuk mereka menerima pakaian ini??
Allah.. sungguh aku ingin sokongan semua..
aku tidak ingin bersendirin memperjuangkan nilainya..
Tapi tidak semua yang menerima...
Moga diberikan lebih kekuatan untuk
meneruskan meniti jambatan kehidupan.. InsyaAllah...

Friday, June 10, 2011

~Nikmat MATA~ ^_^


Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum wbt...

Di antara kewajipan kita sebagai orang mukmin ialah menjaga anggota lahiriah kita daripada terjerumus kepada perkara-perkara yang dilarang dan ditegah oleh Allah Taala. Makanya kita haruslah mengarahkan seluruh anggota lahir kita untuk berbakti hanya kepada Allah semata-mata. Hal ini kerana anggota-anggota lahir kita seperti mata, telinga, hidung, mulut, tangan,kaki dan lainnya adalah amanah dariNya.. Seperti yang kita ketahui, ia merupakan amanah buat kita maka dengan mengabaikan dan mencuaikan amanah tersebut kita telah melakukan kesalahan yang sangat besar kepada Allah Taala... Ingatlah akan janjiNya dalam kalam-Nya :

"Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan ditanya mengenainya" (Al Isra: 36)

Kesemua anggota lahir yang dikurniakan adalah sebesar-besar kurniah oleh Allah SWT buat kita dan nikmat yang patut kita syukuri. Mensyukuri nikmat itu adalah kewajipan keatas diri kita. Mensyukuuri nikmat itu bukan hanya sekadar mengucapkan "ALHAMDULILLAH" sahaja. namun setiiap kesyukuran itu mestilah dibuktikan dengan perbuatan kita. Kita hanya dikira telah mensyukuri nikmat Allah, apabila kita telah menggunakan nikmat tadi kepada mentaati Allah SWT. Sebaliknya jika kita menggunakannya kepada perkara-perkara yang dilaranag dan ditegah oleh Allah SWT, itu telah menunjukkan bahawa kita belum lagi mensyukuri nikmat Allah Taala!!

Orang yang tahu mensyukuri nikmat yang dikurniakan oleh Allah akan mendapat balasan pahala dari Allah manakala orang-orang yang cuai menjaga nikmat Allah akan mendapat balasan siksa daripadaNya. Di akhhirat nantti anggota kita akan menjadi saksi kepada kita di hari penghisaban kelak..: Firman Allah yang bermaksud:

"Pada hari ketika lidah, tangan dan kaki menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan" (An Nur; 24)

"Pada hari ini, Kami tutup mulut mereka dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksianlah kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan" (Yassin: 65)

Nikmat MATA ~
Mata merupakan satu nikmat yang terbesar daripada-Nya buat kita yang patut disyukuri dan dijaga oleh kita semua dengan sebaiknya.. Allah menjadikan mata untuk kita dengan pelbagai tujuan dan kegunaan antaranya adalah untuk:
~ Melihat keajaiban kejadian Allah di bumi dan di langit sehingga kita berjaya mengenali Allah Yang Maha Agung lalu terdetik ketaqwaan di hati ~
~Mendatangkan keyakinan terhadap kekuasaan Allah seterusnya mendorong kita untuk memperhambakan diri kepada-Nya
~Agar kita mendapat petunjuk di dalam kegelapan dan dapat menoloang orang lain menunaikan hajat mereka~
~Dengan mata, mudah buat kita untuk beribadah kepada Allah SWT~

Mata yang Allah anugerahkan kepada kita hendaklah kita gunakan sebaik-baiknya.. Hendaklah kita arahkan mataa kita itu kearah kebaikan dan ketaatan kepada perintah Allah. Jangan sesekali kita jadikan mata kitta penyebab untuk Allah mencampakkan kita ke lembah kebinasaan.. Kawallah mata kita dari melihat kemaksiatan, perkara-perkara yang mungkar dan sebagainya di medan informasi masa kini.. Usah biarkan mata kita dilaburkan pada perkara-perkara yang boleh mendorongg kita melakukan kemaksiatan dan merasai kelazatan dunia semata-mata. Allah juga mengharamkan kita mata kita daripada memandang lelaki yang bukan mahram dalam firmaNya :

"Katakanlah kepada wanita yang beriman; Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak daripadanya.." (An Nur: 31)

Mengapa Allah hanya memerintahkan hal ini kepada wanita yang beriman sahaja?? Kenapa Allah tidak menyatakan "Wahai wanita-wanita Islam???" Hal ini kerana wanita yang beragam islam tetapi tidak beriman belum tentu lagi sanggup melaksanakan perintah Allah ini. Manakala wanita yang beriman dia sanggup sahaja melakukan apa saja perintah Allah walaupun mengorbankan kepentingan dirinya sendiri..

Begitu juga mata yang dianugerhkan oleh Allah.. Jangan sesekali kita gunakan untuk mengintip dan mengintai keaiban dan kecacatan orang lain.. Tidak dinafikan lagi bahawa kerosakan yang besar melanda masyarakat manusia pada hari ini adalah berpunca daripada mata. Ketahuilah bahawa mata adalah yang pertama sekali dijamah oleh ulat-ulat kubur sekiranya kita tidak menjaganya dengan baik ketika berada di dunia ini...

Sekiranya kita hendak menjaga hati hendaklah kita menjaga mata kita daripada melihat perkara-perkara yang boleh mengelapkan hati kerana apabila hati sudah tidak lagi diterangi cahaya maka kita sudah tidak dapat membezakan jalan yang terang ataupun yang gelap. Hati yang gelap akan menjadi rumah bagi nafsu dan syaitan. Apabila hati sebagai raja dalam tubuh seseorang ini telah berjaya dipengaruhi oleh dua musuh utama iaitu syaitan dan nafsu, maka dia akan mengarahkan anggota lahir yang lain untuk melakukan maksiat kepada Allah SWT.

Sabda Rasulullah Saw:
"Pandangan mata adalah panah beracun dari panahan-panahan iblis. Sesiapa yang menninggalkannya kerana takutkan Allah, maka Allah akan anugerahkan kepadanya ibdah yang ia perolehi kemanisan di hatinya"

"Pandangan mata ituu dapat menumbuhkan (membangkitkan) nafsu syahwat pada hati dan cukuplah denganya dapat menjadi fitnah tuannya"


P/s= Perbincangan akan diteruskan pada masa akan datang ^_^


Monday, June 6, 2011

~Buat Bakal Imamku~


Bismillahirahmanirahim....
Assalamualaikum wbt

Akan kucuri hatimu dengan izin Allah SWT
Akan kusayangi hati itu dan
akan ku pastikan dalam doaku tidak tertinggal
memohon kepada Allah
agar hati itu sentiasa Zikrullah,
bersih dengan ilmu-ilmu islam
dibajai dengan ukhuwwah fillah dan
disuburi dengan husnuzon kepada orang lain
Moga hati itu akan menghiasimu
dengan peribadi muslim yang unggul
Mahabbah Fillah



~ Siapa pun dia... Moga dia sedia menerima Ammar seadanya... ~ ^_^

Sunday, June 5, 2011

Kisah Dia

Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum Wbt..

Langkah semakin rapuh..
hati semakin jauh.
jiwa semakin hilang
rasa semakin terbang...

Bukan ini yang di pinta..
bukan ini yang di impikan..
fahamilah segalanya..
impian ini impian bersama..

Namun apakan daya..
ia tak sempurna mana..
impian hanya jadi kenangan
kerana sudah tiada pilihan..

Perlukah melepaskan??
perlukan membiarkan??
Ya Allah berilah pertolongan..
HambaMu semakin terhimpit dengan prasaan...

Hanya Dia yang tahu..
Moga ini yang terbaik buatku..
Biarkan ia terbang..
Andai benar ia untukku..
ia akan kembali pulang...

Saturday, June 4, 2011

~ ^__^ ~


Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum wbt...

Mulalah menatap hari dengan penuh keindahan..
sertakanlah niat untuk merasakan
setiap keindahan yang hadir setiap detik…
buka fikiran dan hati..cari keindahan…
yang hadir di setiap peristiwa kita.

Ketika hujan turun,
rasakan kesejukan yang
ditebarkannya di setiap penjuru.
Amati keindahan setiap titisan hujan.

Meski guruh dan kilat bersahutan
…carilah keindahan yang hadir sekejap..
umpama fotografer menangkap senyuman terbaik kita…^^
ketika panas tiba rasakan
kehangatan yg menyelimuti udara.

Carilah sinar matahari
…bagaikan burung kecil yang
mengeringkan bulu sayapnya…
dan ketika hujan dan
panas datang bersama..
carilah keindahannya disana..
hanya kerana hujan dan sinar matahari,
pelangi akan memperlihatkan keindahannya…. ^_^

Solat Luar Biasa Vs Biasa Bersolat


Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum wbt.. (sedikit perkongsian dari Kak Iza Cyg...)

Berapakali kita pernah cuba untuk benar-benar menghadirkan HATI kita mengadap Allah SWT ketika solat sehinggakan kita merasakan MANISnya 'pertemuan' hati kita dengan Allah SWT.

Tentunya solat itu benar-benar meng'INSAF'kan kita tentang hakikat 'kekerdilan' diri kita berdepan dengan KEAGUNGAN Allah SWT. Tentunya kita merasa terhina dan malu untuk 'melanggar' larangan serta 'mengabaikan' perintahNya.

SAYANGnya, kebanyakan solat kita (saya sendiri) berlaku secara rutin. Diri kita seolah-olah robot yang secara automatik akan menjalankan tugas seperti yang diprogramkan. HATI kita hanya mampu merasakan solat sebagai 'ibadah biasa' yang wajib dilaksanakan.Astaghfirullahal'aziim...

Bukankah ketika Rasulullah SAW menerima bebanan DAKWAH yang begitu berat dan berdepan dengan TENTANGAN yang begitu 'hebat', Rasulullah SAW menjadikan SOLAT sebagai sumber KEKUATAN rohaninya. Bahkan sahabat-sahabatpun, yang diseksa dengan seksaan yang begitu hebat namun masih mampu mempertahankan IMAN mereka dan bagaimana dibina kekuatan diri yang begitu 'dahsyat'?. Jawapannya SOLAT.Subhanallah...

Mungkin harus timbul pertanyaan pada diri kita adakah solat kita seperti solat mereka sehinggakan kita memperolehi kekuatan yang LUAR BIASA seperti mereka???? Atau mungkin kita boleh ringkaskan soalannya kepada begini: Adakah iman kita 'hebat' seperti mereka?

Saya rasa jawapan anda semua hampir sama seperti saya. TERLALU JAUH BEZANYA bahkan kita selalu hanya MAMPU kagum dengan keperibadian mereka.

Mungkin juga, kita perlu tanyakan diri kita; Adakah cukup untuk jiwa kita terhenti pada KEKAGUMAN terhadap mereka? Adakah untuk KAGUM sebegitu sirah perjuangan mereka dipelihara dan dibaca?

Bayangkan solat kita seperti yang disarankan oleh Imam Al Ghazali (bukan matan kitab; Saya sebutkan berdasarkan pemahaman dan penghayatan); Kita mulakan dengan wudhu' yang sempurna. Ketika membasuh muka, kita bermunajat memohon ampun dosa-dosa mulut dan mata kita. Sambil membayangkan betapa besarnya nikmat yang Allah berikan itu dan betapa banyaknya salah guna kita dalam mensyukuri nikmatNya itu. Betapa kita lupa bersyukur dan betapa kita kufur(engkar) padaNya. Begitu juga dengan anggota wudhu' yang lain, sambil kita membasuhnya kita BERMUHASABAH diri dan MEMOHON keampunanNya.

Kita bangun untuk solat. Ketika kita takbiratul ihram; Kita lalu meninggalkan segala urusan DUNIA yang remeh temeh. Hati kita tertunduk 'malu' dan sedar betapa kita sedang 'berdepan' dengan Yang Maha Kuasa. Allah yang maha Melihat bahkan mengetahui 'bima fisshudur' (apa yang ada di dalam hati kita).

Ketika kita Qiam, kita terasa seolah-olah berada di padang Mahsyar. Terbayang difikiran kita tentang jeritan2 manusia, mataharinya sebatu diatas kepala dan manusia tenggelam dan kelemasan dalam peluh mereka masing-masing.

Kitapun membacakan al FATIHAH, betapa kita tersentuh kalimah-kalimah memuji Allah SWT, kita terasa semakin kerdil. Kita terhenti ketika menyebut 'Maliki yaumiddin', jiwa kita tidak lagi mampu bertahan, terbayangkan banyaknya dosa-dosa kita, terbayangkan kitab amalan yang akan terbang mencari tuannya, terbayang wajah-wajah yang Allah gambarkan di dalam al Quran; wajah-wajah putih dan wajah-wajah yang hitam (Ali Imran), wajah yang berseri-seri dan wajah yang bermuram durja (Al Qiyamah).

Terbayang kita wajah-wajah yang tertunduk dan tidak mampu mendongakkan kepalanya (As Sajdah) dan wajah-wajah yang ketakutan dengan seribu penyesalan (Al Kahfi) LALU jiwa kita terhenti, lidah kita kaku. Kita mula mengukur dan menimbang amalan kita; ALANGKAH SEDIKIT. Lalu dengan penuh keinsafan kita mengucapkan Ya Allah; kepada Engkaulah kami sembah dan kepada Engkaulah kami pohon pertolongan.

Lalu kita tunduk ruku' dengan penuh kehinaan. Malunya kita pada keengkaran dan kelalaian kita. Malunya kita pada keangkuhan dan kesombongan kita.

Kita sujud dengan penuh khusyuk. Kita panjatkan doa, seolah-olah kita tidak mahu bangun.

Lalu kita duduk antara dua sujud dengan penuh kegembiraan; betapa Allah telah memilih kita untuk menjadi hambaNya. Betapa kita mensyukuri nikmat hidayahNya. Lalu kita bertasbih memuji Allah SWT.

Kita lalui saat-saat tahiyyat akhir dengan tersimpuh penuh KERINDUAN. Betapa selepas ini kita akan kembali lalai. Jiwa kita dipenuhi rasa rindu dan terasa berat untuk memberi SALAM PERPISAHAN. Terbayang kita kalau-kalau inilah saat 'terakhir' kita.

Bayangkan jika inilah solat kita setiap hari dan setiap waktu. Iman yang bagaimana kita akan miliki? Perjuangan bagaimana yang akan kita tempuhi untuk mempertahankannya?

InsyaAllah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...