Friday, June 10, 2011

~Nikmat MATA~ ^_^


Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum wbt...

Di antara kewajipan kita sebagai orang mukmin ialah menjaga anggota lahiriah kita daripada terjerumus kepada perkara-perkara yang dilarang dan ditegah oleh Allah Taala. Makanya kita haruslah mengarahkan seluruh anggota lahir kita untuk berbakti hanya kepada Allah semata-mata. Hal ini kerana anggota-anggota lahir kita seperti mata, telinga, hidung, mulut, tangan,kaki dan lainnya adalah amanah dariNya.. Seperti yang kita ketahui, ia merupakan amanah buat kita maka dengan mengabaikan dan mencuaikan amanah tersebut kita telah melakukan kesalahan yang sangat besar kepada Allah Taala... Ingatlah akan janjiNya dalam kalam-Nya :

"Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan ditanya mengenainya" (Al Isra: 36)

Kesemua anggota lahir yang dikurniakan adalah sebesar-besar kurniah oleh Allah SWT buat kita dan nikmat yang patut kita syukuri. Mensyukuri nikmat itu adalah kewajipan keatas diri kita. Mensyukuuri nikmat itu bukan hanya sekadar mengucapkan "ALHAMDULILLAH" sahaja. namun setiiap kesyukuran itu mestilah dibuktikan dengan perbuatan kita. Kita hanya dikira telah mensyukuri nikmat Allah, apabila kita telah menggunakan nikmat tadi kepada mentaati Allah SWT. Sebaliknya jika kita menggunakannya kepada perkara-perkara yang dilaranag dan ditegah oleh Allah SWT, itu telah menunjukkan bahawa kita belum lagi mensyukuri nikmat Allah Taala!!

Orang yang tahu mensyukuri nikmat yang dikurniakan oleh Allah akan mendapat balasan pahala dari Allah manakala orang-orang yang cuai menjaga nikmat Allah akan mendapat balasan siksa daripadaNya. Di akhhirat nantti anggota kita akan menjadi saksi kepada kita di hari penghisaban kelak..: Firman Allah yang bermaksud:

"Pada hari ketika lidah, tangan dan kaki menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan" (An Nur; 24)

"Pada hari ini, Kami tutup mulut mereka dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksianlah kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan" (Yassin: 65)

Nikmat MATA ~
Mata merupakan satu nikmat yang terbesar daripada-Nya buat kita yang patut disyukuri dan dijaga oleh kita semua dengan sebaiknya.. Allah menjadikan mata untuk kita dengan pelbagai tujuan dan kegunaan antaranya adalah untuk:
~ Melihat keajaiban kejadian Allah di bumi dan di langit sehingga kita berjaya mengenali Allah Yang Maha Agung lalu terdetik ketaqwaan di hati ~
~Mendatangkan keyakinan terhadap kekuasaan Allah seterusnya mendorong kita untuk memperhambakan diri kepada-Nya
~Agar kita mendapat petunjuk di dalam kegelapan dan dapat menoloang orang lain menunaikan hajat mereka~
~Dengan mata, mudah buat kita untuk beribadah kepada Allah SWT~

Mata yang Allah anugerahkan kepada kita hendaklah kita gunakan sebaik-baiknya.. Hendaklah kita arahkan mataa kita itu kearah kebaikan dan ketaatan kepada perintah Allah. Jangan sesekali kita jadikan mata kitta penyebab untuk Allah mencampakkan kita ke lembah kebinasaan.. Kawallah mata kita dari melihat kemaksiatan, perkara-perkara yang mungkar dan sebagainya di medan informasi masa kini.. Usah biarkan mata kita dilaburkan pada perkara-perkara yang boleh mendorongg kita melakukan kemaksiatan dan merasai kelazatan dunia semata-mata. Allah juga mengharamkan kita mata kita daripada memandang lelaki yang bukan mahram dalam firmaNya :

"Katakanlah kepada wanita yang beriman; Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak daripadanya.." (An Nur: 31)

Mengapa Allah hanya memerintahkan hal ini kepada wanita yang beriman sahaja?? Kenapa Allah tidak menyatakan "Wahai wanita-wanita Islam???" Hal ini kerana wanita yang beragam islam tetapi tidak beriman belum tentu lagi sanggup melaksanakan perintah Allah ini. Manakala wanita yang beriman dia sanggup sahaja melakukan apa saja perintah Allah walaupun mengorbankan kepentingan dirinya sendiri..

Begitu juga mata yang dianugerhkan oleh Allah.. Jangan sesekali kita gunakan untuk mengintip dan mengintai keaiban dan kecacatan orang lain.. Tidak dinafikan lagi bahawa kerosakan yang besar melanda masyarakat manusia pada hari ini adalah berpunca daripada mata. Ketahuilah bahawa mata adalah yang pertama sekali dijamah oleh ulat-ulat kubur sekiranya kita tidak menjaganya dengan baik ketika berada di dunia ini...

Sekiranya kita hendak menjaga hati hendaklah kita menjaga mata kita daripada melihat perkara-perkara yang boleh mengelapkan hati kerana apabila hati sudah tidak lagi diterangi cahaya maka kita sudah tidak dapat membezakan jalan yang terang ataupun yang gelap. Hati yang gelap akan menjadi rumah bagi nafsu dan syaitan. Apabila hati sebagai raja dalam tubuh seseorang ini telah berjaya dipengaruhi oleh dua musuh utama iaitu syaitan dan nafsu, maka dia akan mengarahkan anggota lahir yang lain untuk melakukan maksiat kepada Allah SWT.

Sabda Rasulullah Saw:
"Pandangan mata adalah panah beracun dari panahan-panahan iblis. Sesiapa yang menninggalkannya kerana takutkan Allah, maka Allah akan anugerahkan kepadanya ibdah yang ia perolehi kemanisan di hatinya"

"Pandangan mata ituu dapat menumbuhkan (membangkitkan) nafsu syahwat pada hati dan cukuplah denganya dapat menjadi fitnah tuannya"


P/s= Perbincangan akan diteruskan pada masa akan datang ^_^


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...