Sunday, July 24, 2011

~Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan~



Assalamualaikum Wbt
BIsmillahirahmanirahim....

Ya Allah kurniakanlah kami aqal yang sedar..
prasaan yang jernih,
hati yang suci,
kefahaman yang mendalam dan
mujahadah yang tak kenal jemu.

Ikatkanlah hati kami dengan IMAN dan
UKHWAH atas cinta kami kepadaMU.

Ya Allah, hindarilah hati kami dari sebarang buruk sangka terhadap saudara-saudara kami dan jadikanlah kami harapan UMMAT. semoga Allah pilih kita untuk merasai dan melalui Madrasah Ramadhan pada tahun ini seperi Rasulullah saw dan para sahabat merinduinya...

~Salam Mujahadah melalui sya'ban wa Ramadhan~

Wednesday, July 13, 2011

~Warna Pilihan Anda~

Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum wbt...

Warna pilihan anda.. hihi.. Lawak lak.. ni ammar copy dari Fb seorang sahabat.. untuk tujuan suka2 je.. Jangan percaya pulak.. huhu.. :) Pensyarah ammar dulu selalu pesan, warna akan mempengaruhi peribadi kita juga mempengaruhi hari kita.. Pernah sekali, dia berpesan untuk kitorang pakai baju warna oren setiap ari isnin.. (al maklumlah kelas dia....) ^_^



BIRU

-setia pada pasangan
-senang pegang wang
-terus terang & jujur
-tegas & mudah memaafkan
...-berfikiran jauh

UNGU
-murah hati
-tak suka diperintah
-penuh inisiatif
-dingin
-kehendak meluap-luap

PUTIH:
-sifat sabar
-sopan santun
-rendah diri
...-Suka menolong
-gemar berjenaka
-mudah dipujuk apabila merajuk
-Juga mempunyai fikiran yang bersih iaitu tidak banyak prasangka terhadap orang lain.
Perasaan hati sentiasa tenteram dan hidup bertawakal..

COKLAT:
-menitikberatkan soal kecantikan
-peramah
-mpnyai ramai teman
...-bercitarasa tggi lam memilih pasangan

MERAH
-berani
-emosional & tegas
-tamak & gelojoh
...-suka bekawa
-suka hidup senang lenang
-mudah dsyangi & myayangi
-mdh diajak bbincang
-ceria tp bleh brubh jd pmarah

KUNING:
-dipercayai
-suka romantik
-wat kputusan yg tepat
-jiwang
-tenang & sopan..

HITAM
-prihatin
-kuat hadapi cabaran
-tidak mudah terpengaruh
...-setia
-baik hati
-pantang dcabar
-sukar bertolak ansur

PINK
- Positif : Seorang yang tegas dan jujur. Anda juga suka membantu dan orang lain serta begitu teliti dalam semua
perkara.
...
-Negatif: Tidak suka dibantah dan suka mendesak bagi memenuhi kehendak.

OREN
-berani tanggung risiko
-bijak mengambil hati
-sanggup bersaing utk brjaya
-susah utk mmpercayai seseorang.

Yang berwarna tu.. Tu warna pilihan ammar... :) Banyaklh yang kena.. Tak suka di perintah tulah saya..., juga sedikit dingin.. :) Peramah (banyak kot) hoho.. Ramai Kawan.. Alhamdulillah.. ramai sgt.. Ukhwah Fillah kan.. InsyaAllah.. ^_^

P/s bace je.. Jgn percaya... :P

Saturday, July 9, 2011

Mungkin Ini Cara Terbaik....


Bismillahirahmanirahim..

Asalamualaikum wbt..

Pada ketika ini, mungkin inilah nasihat terbaik buat diri ini untuk ketika ini.. ada ketikanya diri ini merasa jatuh sangat-sangat.. namun Alhamdulillah.. berusaha juga untuk bangun semua.. menghadapi trauma yang dihadapi.. Allahu Ya Rabb yang membarikan aku seribu kekuatan untuk menghadapi segalanya...

Apakah cara kita harus lakukan jika kita dibelenggu dengan ketraumaan yang boleh juga dikatakan agak "hyperbola"??


yang dapat mengatasi atau membantu mengatasi trauma berat ini hanyalah diri sendiri dengan kesedaran tinggi dan jiwa yang besar.. :(


> sedarlah bahawa apa yang telah terjadi adalah nyata dan harus sedikit demi sedikit diterima sebagai kenyataan dalam hidup ..


> mula berfikir untuk diri sendiri, bahawa kita harus bergerak hidup kedepan dan bukannya berhenti di tengah jalan


> juga sedar bahawa apa yg telah terjadi itu bukan hak kita, kita tidak mampu memaksakannya. kita harus melepaskan dengan jiwa besar..


> mula mengerti bahawa kita mempunyai tanggungjawab selanjutnya dalam hidup


> melupakan apa yg telah menyakiti hati kita itu tidak mudah, oleh kerana itu kita memerlukan teman-teman atau dorongan keluarga untuk kembali bangun dan bersemangat. jangan mengunci diri, lakukanlah muamalah dengan teman-teman baru disekeliling kita. jangan menyalahkan diri, tetapi tariklah kejadian ini sebagai suatu pelajaran hidup yang sangat berguna.InshaAllah.. Wallahua'lam

Walau tak pulih sepenuhnya.. kongsikanlah rasa... kongsikanlah cara moga ia dapat membantu sebahagian daripada kita... InshaAllah

Thursday, July 7, 2011

~Pesanan Cinta~


Bismillahirahmanirahim...
Assalamualaikum wbt...Align Center
Pesanan Cinta

Di sana, ada cita dan tujuan
Yang membuatmu menatap jauh ke depan
Di kala malam begitu pekat
Dan mata sebaiknya dipejam sahaja
Cintamu masih lincah 'meliar'
Jauh melampaui ruang dan masa
Kelananya menjejakkan mimpi-mimpi
Lalu di sepertiga malam terakhir
Dirimu terjaga, sedar dan memilih menyalakan lampu
Melanjutkan mimpi indah yang belum selesai
Dengan cita yang besar, tinggi dan bening
Dengan ghairah untuk menerjemahkan CINTA sebagai 'amanah'
Dengan nurani, tempatmu berkaca setiap kali
Dan cinta yang selalu mendengarkan suara HATI
Teruslah melangkah di jalan 'cinta' para pejuang
Menebar kebajikan, menghentikan kebiadaban, menyeru pada IMAN
Walau duri 'menerkam' kaki, walau kerikil mencacah telapak
Sampai dirimu lelah, sampai dikau payah
Sampai keringat dan darah tumpah
Tetapi yakinlah, bidadarimu akan tetap tersenyum di jalan cinta para pejuang


♥ Pengorbanan Cinta Salman ♥



Salman Al Farisi memang sudah waktunya menikah. Seorang wanita Anshar yang dikenalinya sebagai wanita mukminah lagi solehah juga telah mengambil tempat di 'hati'nya. Tentu sahaja bukan sebagai KEKASIH. Tetapi sebagai sebuah 'pilihan' dan pilihan yang dirasakan TEPAT. Pilihan menurut akal sihat. Dan pilihan menurut perasaan yang halus, juga roh yang suci.



Tapi bagaimanapun, ia merasa asing di sini. Madinah bukanlah tempat kelahirannya. Madinah bukanlah tempatnya tumbuh dewasa. Madinah memiliki adat, rasa bahasa, dan rupa-rupa yang belum begitu dikenalinya. Ia berfikir, melamar seorang gadis peribumi tentu menjadi sebuah urusan yang pelik bagi seorang pendatang. Harus ada seorang yang akrab dengan tradisi Madinah berbicara untuknya dalam khithbah. Maka disampaikannyalah gelegak hati itu kepada sahabat Anshar yang dipersaudarakan dengannya, Abu Darda’.



”Subhanallaah. . wal hamdulillaah. .”, girang Abu Darda’ mendengarnya. Mereka tersenyum bahagia dan berpelukan. Maka setelah persiapan dirasa cukup, beriringanlah kedua shahabat itu menuju sebuah rumah di penjuru tengah kota Madinah. Rumah dari seorang wanita yang solehah lagi bertaqwa.



”Saya adalah Abu Darda’, dan ini adalah saudara saya Salman seorang Persia. Allah telah memuliakannya dengan Islam dan dia juga telah memuliakan Islam dengan amal dan jihadnya. Dia memiliki kedudukan yang utama di sisi Rasulullah Shallallaahu ’Alaihi wa Sallam, sampai-sampai beliau menyebutnya sebagai ahli bait-nya. Saya datang untuk mewakili saudara saya ini melamar puteri Anda untuk dipersuntingnya.”, fasih Abud Darda’ bicara dalam loghat Bani Najjar yang paling murni.



”Adalah kehormatan bagi kami”, ucap tuan rumah, ”Menerima Anda berdua, sahabat Rasulullah yang mulia. Dan adalah kehormatan bagi keluarga ini bermenantukan seorang shahabat Rasulullah yang utama. Akan tetapi hak jawab ini sepenuhnya saya serahkan pada puteri kami.” Tuan rumah memberi isyarat ke arah hijab yang di belakangnya sang puteri menanti dengan segala debar hati.



”Maafkan kami di atas terus-terang ini”, kata suara lembut itu. Ternyata sang ibu yang bicara mewakili puterinya. ”Tetapi kerana Anda berdua yang datang, maka dengan mengharap redha Allah saya menjawab bahawa puteri kami menolak pinangan Salman. Namun jika Abu Darda’ kemudian juga memiliki urusan yang sama, maka puteri kami telah menyiapkan jawapan mengiyakan.”



Jelas sudah. Keterusterangan yang mengejutkan, ironis, sekaligus indah. Sang puteri lebih tertarik kepada penghantar daripada pelamarnya! Itu mengejutkan dan ironis. Tapi saya juga mengatakan indah kerana satu alasan; reaksi Salman. Bayangkan sebuah perasaan, di mana cinta & persaudaraan bergejolak berebut tempat dalam HATI. Bayangkanlah sebentuk MALU yang menerpa dan bertemu dengan gelombang kesedaran; bahawa dia memang belum punya HAK apapun atas orang yang di'cintai'nya. Mari kita dengar ia bicara.



”Allahu Akbar!”, seru Salman, ”Semua mahar & nafkah yang kupersiapkan ini akan aku serahkan pada Abu Darda’, dan aku akan menjadi saksi pernikahan kalian!” ???



"Cinta tak harus MEMILIKI". Dan sejatinya kita memang tak pernah memiliki apapun dalam kehidupan ini. Salman 'mengajar'kan kita untuk meraih kesedaran tinggi itu di tengah perasaan yang berkecamuk rumit; malu, kecewa, sedih, merasa salah memilih penghantar –untuk tidak mengatakan ’merasa dikhianati’-, merasa berada di tempat yang keliru, di negeri yang salah, dan seterusnya. Ini tak MUDAH. Dan kita yang sering merasa memiliki orang yang kita cintai, mari belajar pada Salman. Tentang sebuah KESEDARAN yang kadangkala harus kita munculkan dalam 'situasi' yang tak mudah.



Kekuatan rasa ingin memiliki terkadang sangat MELEMASKAN.. Rasa memiliki seringkali membawa kita semua kpd KELALAIAN. Maka menjadi seorang manusia yang hakikatnya sebagai seorang hamba adalah BELAJAR untuk menikmati sesuatu yang bukan milik kita, sekaligus mempertahankan kesedaran bahwa kita hanya dipinjamkan. Inilah sukarnya. Tak seperti seorang tukang parkir yang hanya dititipi, kita diberi 'bekal' oleh Allah untuk mengkayakan nilai guna kurniaNya. Maka rasa memiliki terkadang menjadi sulit untuk ditepis..

Wallahu'alam

Monday, July 4, 2011

~Muhasabah Dengan Alam~


Bismillahirahmanirahim....
Assalamualaikum wbt..

Pandanglah ke mana sahaja pasti KEBESARAN-NYA terlihat oleh matamu....
Muhasabahkan dirimu, dengan merasa kerdilnya kamu....
Allahu Akhbar...
Pemilik sekalian alam..
Allah Azza Wajjallah..



Cintailah AKU...pasti AKU mencintaimu....


Senja berlabuh...


Berjalanlah dengan penuh harapan........



Senja di Kuching (Water Front)





Friday, July 1, 2011

~Setiap Kali~


Setiap kali ada hari pasti ada yang menanti..

Setiap kali ada minggu pasti ada yang menunggu..

Setiap kali ada bulan pasti ada yang akan berdepan..

Setiap kali ada tahun pasti ada yang berpohon..

..yang pasti itu..

Adalah janji Ilahi yang tidak siapa ketahui isinya..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...