Saturday, July 9, 2011

Mungkin Ini Cara Terbaik....


Bismillahirahmanirahim..

Asalamualaikum wbt..

Pada ketika ini, mungkin inilah nasihat terbaik buat diri ini untuk ketika ini.. ada ketikanya diri ini merasa jatuh sangat-sangat.. namun Alhamdulillah.. berusaha juga untuk bangun semua.. menghadapi trauma yang dihadapi.. Allahu Ya Rabb yang membarikan aku seribu kekuatan untuk menghadapi segalanya...

Apakah cara kita harus lakukan jika kita dibelenggu dengan ketraumaan yang boleh juga dikatakan agak "hyperbola"??


yang dapat mengatasi atau membantu mengatasi trauma berat ini hanyalah diri sendiri dengan kesedaran tinggi dan jiwa yang besar.. :(


> sedarlah bahawa apa yang telah terjadi adalah nyata dan harus sedikit demi sedikit diterima sebagai kenyataan dalam hidup ..


> mula berfikir untuk diri sendiri, bahawa kita harus bergerak hidup kedepan dan bukannya berhenti di tengah jalan


> juga sedar bahawa apa yg telah terjadi itu bukan hak kita, kita tidak mampu memaksakannya. kita harus melepaskan dengan jiwa besar..


> mula mengerti bahawa kita mempunyai tanggungjawab selanjutnya dalam hidup


> melupakan apa yg telah menyakiti hati kita itu tidak mudah, oleh kerana itu kita memerlukan teman-teman atau dorongan keluarga untuk kembali bangun dan bersemangat. jangan mengunci diri, lakukanlah muamalah dengan teman-teman baru disekeliling kita. jangan menyalahkan diri, tetapi tariklah kejadian ini sebagai suatu pelajaran hidup yang sangat berguna.InshaAllah.. Wallahua'lam

Walau tak pulih sepenuhnya.. kongsikanlah rasa... kongsikanlah cara moga ia dapat membantu sebahagian daripada kita... InshaAllah

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...