Thursday, August 11, 2011

~Catatan akhir~

Ku ingin layaknya matahari di siang hari dan rembulan di malam hari.

Ada kerana ketaatannya kepada Illahi.

Keberadaannya terkadang menjadi sesuatu hal yang tidak bererti.

Namun ketiadaannya akan menjadi sesuatu hal yang sangat dinanti.

IKHLAS memberi tanpa mengharap ada sesuatu yang didapati.

Kebaikannya tidak akan terhenti kerana tidak mendapat pengakuan dari manusia di bumi ini.

Ia benar-benar ada hanya kerana ingin mendapat REDHA Illahi.



Yaa RABB,

Tanamkan ikhlas dalam setiap langkah kebaikan yang sedang hamba pijaki.

Jauhkan hamba dari sikap ingin DIPUJI dan DIHARGAI.

Kerana KEBAHAGIAAN bukanlah saat manusia lain mengakui.

Namun ketika Allah MEREDHAI.



Yaa Muqollibal Qulub,

Andai ikhlas masih sukar tertanam dalam diri.

Maka balikkanlah HATI ini.

Jeratlah diri ini agar hanya redhaMu yang ku harap untuk didapatkan.



Yaa Shobur,

Silih bergantinya kedatangan dugaan ini.

Semoga dapat lebih memurnikan CINTA di dalam hati.

Agar tetap tulus ikhlas MEMBERI,

TANPA mengharap balasan yang bererti,

Kecuali dariMu, Yaa Illahi Robbi.


~Sisa-sisa Waktumu~


Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum wbt...

Di saat waktu terasa terhenti..
jiwa meronta untuk keluar dari kotak masa..
andai sahaja biasa di minta..
ingin sungguh melupakan semuanya..

Namun, bila kita bersama DIA
ketenangan jiwa terasa
dan rasa ingin berada diruang masa yang sama
tanpa perlu berganjak walau sesaat pun..

Membaca surat-surat cinta
mengenal dan mengingati setiap ayat cintaNya..
menjadikan diri ini hilang dari dunia fana seketika
terasa ingin terus sahaja ke sana....

Namun, jiwa tersentak..
bila kotak masa itu pecah..
kerana dirimu tidak lagi mampu berhadapan
denganNya... kekuatan mu tidak cukup
untuk menjawab setiap soalan dariNya

Di waktu yang tersisa..
tidak ingin menyusahkan sesiapa..
biarlah diri ini yang merasainya
bersama DIA....

Maaf kerana tidak mampu bertetus terang..
mungkin akan ada lagi jiwa terluka..
mungkin akan ada lagi yang marah..
Namun, biarlah kerana aku tidak mahu kamu kecewa
bukan simpati yang ku pinta
kerana aku bukan selemah mereka..
pelayaran yang ada tidak lama lagi sampai ke pelabuhanNya
semoga apa yang dibwa mampu membantu aku hidup di sana.... InsyaAllah..



Wednesday, August 3, 2011

~Cinta~

Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum wbt..
Align Center
Kata-kata ini boleh diibaratkan pusi dan buka dari kata hati Ammar.. Mujahidah Syaabah akk Kak LOng (yang adik dari ammar) :P yang post kat wall MFB ammar... :)

Cinta.. tatkala ianya hadir.. sungguh bahagia!
tapi bila ia pergi.. resah... gundah.. semua menyelubungi..
terkadang aku bersyukur.. kerana orang yang ku cintai meninggalkan aku..
terkadang aku menangis..
entah apa yang sedih..
perasaan.. selalu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata..
cuma hati yang dapat merasa..
tidak semena2.. manik jernih berguguran..
kerana hilangnya cinta..
ku harap cinta itu datang lagi..
tapi kali ini harapku bukan lagi seperti ini..
ku harap cinta itu hadir..
dengan cara terhormat..
mengangkatku sebagai zaujah..
mengambilku sebagai sayap kiri perjuangan..
sebagai pelengkap hidup..
sebagai ISTERI CERDIK YANG SOLEHAH~~



~Buatmu Yang Bernama Muslimah~

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt...

Duhai Muslimahku yg dikasihi, jadilah PERHIASAN dunia, yg dihiasi dgn bunga "KETAQWAAN".Siramilah jiwamu dgn titisan haruman IMAN, maka terpeliharalah dirimu dari fitnah dunia semata. Semaikanlah AKHLAKmu dgn benih "mahmudah", menjadikan dirimu disenangi segala makhluk & juga Al-Khaliq.. Perkayakanlah dirimu dengan coretan ilmu yang bermanfaat, sebagai "petunjuk" jln dalam berbahtera melayari kehidupan duniawi, destinasinya menuju ke akhirat HAKIKI.

Amin Allahumma amiin insyaALLAH


~Kata Hati~


Bismillahirahmanirahim....
Assalamualaikum wbt...

Walau diduga dengan pelbagai perkara
masih mampu tersenyum..
walau tidak setenang DIA
namun masih percaya akan kehadirannya..

Hidup ini indah dengan masalah
masalah dihadirkan untuk menguji kita...
memohon diteguhkan hati..
DIA menduga keutuhan hati itu..

Memohon diberikan yang terbaik..
diuji dengan sedikit kesukaran untuk mendapatkannya
Namun Yakin akan janjinya..
itulah pengubat duka..

Hadirnya "Tetamu Istimewa"
diri merasa bahagia..
berusaha memanfaatkan masa yang tersisa
moga bahagia di akhir waktu yang Ada
InsyaAllah...

P/s ~Salam Ramadhan~
Semoga Allah memberimu senyum dalam tiap air mata.. Sinar dalam tiap penglihatan, Jawapan dalam tiap masalah dan kekuatan dalam menghadapi segala sesuatu.. ♥



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...