Thursday, August 11, 2011

~Catatan akhir~

Ku ingin layaknya matahari di siang hari dan rembulan di malam hari.

Ada kerana ketaatannya kepada Illahi.

Keberadaannya terkadang menjadi sesuatu hal yang tidak bererti.

Namun ketiadaannya akan menjadi sesuatu hal yang sangat dinanti.

IKHLAS memberi tanpa mengharap ada sesuatu yang didapati.

Kebaikannya tidak akan terhenti kerana tidak mendapat pengakuan dari manusia di bumi ini.

Ia benar-benar ada hanya kerana ingin mendapat REDHA Illahi.



Yaa RABB,

Tanamkan ikhlas dalam setiap langkah kebaikan yang sedang hamba pijaki.

Jauhkan hamba dari sikap ingin DIPUJI dan DIHARGAI.

Kerana KEBAHAGIAAN bukanlah saat manusia lain mengakui.

Namun ketika Allah MEREDHAI.



Yaa Muqollibal Qulub,

Andai ikhlas masih sukar tertanam dalam diri.

Maka balikkanlah HATI ini.

Jeratlah diri ini agar hanya redhaMu yang ku harap untuk didapatkan.



Yaa Shobur,

Silih bergantinya kedatangan dugaan ini.

Semoga dapat lebih memurnikan CINTA di dalam hati.

Agar tetap tulus ikhlas MEMBERI,

TANPA mengharap balasan yang bererti,

Kecuali dariMu, Yaa Illahi Robbi.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...