Thursday, August 11, 2011

~Sisa-sisa Waktumu~


Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum wbt...

Di saat waktu terasa terhenti..
jiwa meronta untuk keluar dari kotak masa..
andai sahaja biasa di minta..
ingin sungguh melupakan semuanya..

Namun, bila kita bersama DIA
ketenangan jiwa terasa
dan rasa ingin berada diruang masa yang sama
tanpa perlu berganjak walau sesaat pun..

Membaca surat-surat cinta
mengenal dan mengingati setiap ayat cintaNya..
menjadikan diri ini hilang dari dunia fana seketika
terasa ingin terus sahaja ke sana....

Namun, jiwa tersentak..
bila kotak masa itu pecah..
kerana dirimu tidak lagi mampu berhadapan
denganNya... kekuatan mu tidak cukup
untuk menjawab setiap soalan dariNya

Di waktu yang tersisa..
tidak ingin menyusahkan sesiapa..
biarlah diri ini yang merasainya
bersama DIA....

Maaf kerana tidak mampu bertetus terang..
mungkin akan ada lagi jiwa terluka..
mungkin akan ada lagi yang marah..
Namun, biarlah kerana aku tidak mahu kamu kecewa
bukan simpati yang ku pinta
kerana aku bukan selemah mereka..
pelayaran yang ada tidak lama lagi sampai ke pelabuhanNya
semoga apa yang dibwa mampu membantu aku hidup di sana.... InsyaAllah..



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...