Tuesday, October 18, 2011

Meraih RedhaNya


Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt...

"Kehidupan itu hanya tinggal sebagai sebuah perkataan andai tiada tujuan..." Satu kata-kata yang akan membawa anda untuk berfikir makna kehidupan anda selama ini... adakah anda, kamu, saya, awak dan mereka telah memaknakan kehidupan kita ini tanpa menjadikan ia hanya sebuah perkataan...

Hidup ini adalah ladang akhirat, tempat kita menuai pahala untuk kehidupan yang abadi setelah kita mati.. Kita bercucuk tanam, menyemai benih iman dan taqwa kita kepada yang mencipta kita Rabbul' Alamin, Tuhan Sekelian Alam....

Kita berusaha sehabis dan semaksima mungkin kerana tujuan hidup ini adalah untuk meraih redhaNya, cinta agung dan cintaNya yang tidak bertepi... Untuk mencapai tujuan itu, matlamat itu perlulah panduan bagi memudahkan kita mencapainya dengan sempurna. Al Quran dan Sunnah yang ditinggalkan oleh kekasih Allah SWT itulah sebaik-baik panduan dalam kehidupan.

Islam itu adalah panduan kehidupan kita, bersyukurlah kita yang lahirnya islam kerana agama islam adalah agama yang cukup sempurna, indah dan mencakupi semua perkara. Islam adalah agam ilmu yang memelihara maruah, aqal, harta dan keturunan. Jika kita tidak patuh pada ajarannya, pincanglah dunia, rosaklah keturunan dan hancurlah maruah. Kenalilah islam itu dengan ilmu kerana muslim yang berpegang teguh pada ajaran islam adalah muslim yang tahu dan berilmu. Manfaatkan agama kita islam sebagai agama ilmu dan ambillah sebanyak mana pun ilmu yang engkau mahu selagi engkau tidak mendusttai Tuhanmu, Allah SWT...

Lahirku sebagai islam itulah yang kubanggakan kerana islam telah mengajar diri ini menjadi hamba yang taat pada perintahNya, taat pada kedua ibubapanya dan menjadi wanita yang bermaruah. Juga mendidik kita meningkatkan nilai kesolehan pada diri kita sendiri. Islam juga mengajar diri ini untuk menjadi insan yang memberi manfaat kepada orang lain.. Sungguh diri ini ingin menjadi orang yang bermanfaat kepada orang lain dan akan terus berusaha manjadi hambaNya yang lebih baik daripada semalam..... InsyaAllah...

Sungguh islam itu penuh dengan hikmah, sedarilah bahawa setiap perintah laranganNyapasti ada hikmahnya dan segala suruhanNya itulh yang menjamin syurga buat kita di akhirat kelak.. Terlalu luas untuk dibicarakan.. diri ini tidak cukup ilmu lagi untuk mengupas dengan lebih lanjut.. Namun coretan ini adalah satu kesyukuran atas nikmat yang telah diberikNya ke atas diri ini yang lahirnya sebagai Islam... Islam itu indah, sejahtera dan kasih sayang. Sempurna buat kita... ^_^

****Lahirnya kita sebagai islam , hiduplah dengan cara islam, Al Quran sebagai pegangan dan sunnahnya menjadi ikutan.... InsyaAllah sejahtera kehidupan dengan penuh makna..


Salam Mujahadah buat diriku dan dirimu... Semoga hidayahNya menjadi milik kita... ^_^

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...