Sunday, November 13, 2011

Sebuah Pertemuan...


Assalamualaikum wbt..
Bismillahirahmanirahim....

"Kawan sejati bagimu adalah orang yang setiap kali bersua denganmu, selalu menasihatimu kerana Allah... Serta mengingatkan nasib dirimu di hadapan Allah. Kawan seperti itu, jauh lebih baik bagimu daripada kawan yang setiap kali bertemu denganmu. diameletakkan dinar di tanganmu.."

Satu kata-kata yang membuat diri ini berfikir sama ada diri ini temah menemui sahabat seperti ini atau adakah diri ini telah menjadi kawan seperti itu... 

Sebuah pertemuan... dari sebuah ukhwah yang bermulanya di "muka buku" dan akhirnya sebuah pertemuan berjaya di realisasikan.. Mengenali walau tidak bertentang mata, ukhwah tetap hangat terasa indah... Sebuah kerinduan tercipta bersama ukhwah yang disemai dengan rasa cinta antara sahabat.. alhamdulillah. Allah mendengar rintihan kerinduan hambaNya yang berukhwah kerana DIA.. Allah permudahkan segalanya... 

Ruuhul Hubbi Laila Wa Ammar Wajidah Halimah


Ammar Wajidah Wa Wardah El-Mahfuzah

"Pengubat jerih manusia adalah dua keutamaan,pertama iman kepada Allah,kedua percaya kepada sahabat."

Pertemuan yang pertama dengan Ain... Terasa bahagia, dan rindu pun terungkai berkat kasihnya DIA kepada hambaNya..
Alhamdulillah... ^_^



Mencipta kenangan 

"saling mencintailah hanya kerana ALLAH..
saling menyayangilah hanya kerana ALLAH..
saling membahagiakanlah hanya kerana ALLAH..
kerana hanya ALLAH-lah yang dapat menimbulkan rasa cinta, kasih sayang dan kebahagiaan tersebut.. "




Keindahan Ukhwah
Ya Allah...
Sungguh diriku sangat "menyayangi" semua SAHABATku...
Namun diriku TAK MAMPU untuk merengkuh mereka dalam DAKAPAN nyata...
Maka izinkanlah diriku MENDO'AKAN mereka (saudara/i)ku seiman...

Ya Rabb...
Benahilah pengetahuan dan pengamalan agama kami yang akan menjadi penjaga urusanku.Benahilah DUNIA kami tempat kami mencari PENGHIDUPAN.
Benahilah kehidupan AKHIRAT kami tempat kami kembali.
Jadikanlah HIDUP kami sbg tempat MELAKSANAKAN segala KEBAJIKAN dan jadikan mati kami sbg PEMUTUS segala keburukan..

Ya Mujiib...
Pastikanlah kami memperoleh Rahmat_MU,meraih ampunan_Mu terbebas dari dosa,mendapat manfaat dari segala kebaikan,meraup keuntungan berupa Syurga dan terlepas dari siksa NERAKA...

Ya Muhaimin...
Jadikanlah sebaik-baik umur kami agar menjadi amal yang terbaik di akhir usia kami.Hari kami yang terbaik adalah hari di saat kami bertemu dengan_Mu kelak..
Aamiin allahumma aamiin...


Menanti Pertemuan seterusnya...... 
*** Semoga dipermudahkan segalanya... Yana, nurul, shima, aznie, ateh, nayli, hasnur, naurah, azza... Kak Iza.... dan para sahabat sekalian yang ammar kenali.. InsyaAllah..

6 comments:

mujaheedah said...

sangat indah bila berukhwah krn Allah ^^

شاح اندرني said...

Alhamdulillah.. Jaga diri..

ناديه خيري said...

nurul selalu doakan aagar ukhwah yang telah lama terjalin walaupun hanya dalam 'muka buku' akan menjadi suatu kenyataan...
nurul tetap menanti kehadiranmu wahai sahabat n akkngkatku walaupun hanya dalam mimpi...T_T(jatuh air mata....)

Ammar Wajidah said...

Ateh...

Betol.. indah ukhwah kerana Allah.. SEmoga berkekalan hingga ke syurga..

Terma kasih hadiah niqob untuk akak.. jauh dari mesir tu.. ^_^ Terharu sgt..
InsyaAllah.. ada pertemuan buat kita...

Ammar Wajidah said...

Shah....

Alhamdulillah.. Ma Kaseh.. InsyaAllah.. diri ini akan jaga diri seperti yang di ajarkan sebelum ini.. Shah pun jaga diri.. Pertemuan di muka buku.. tak bermakna hanya berakhir di situ..

Ammar Wajidah said...

Nurul...

Kita merancang.. Allah juga merancang.. Dan perancangan Allah lah yang terbaik...
InsyaAllah.. saling bertaut dalam doa.. ukhwah ini akan berpanjangan hingga ke syurga..

Air mata kerinduan tu... :)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...