Saturday, December 31, 2011

Catatan Akhir 2011

Assalamualaikum wbt..
Bismillahirahmanirahim....

“ketika wajah ini penat memikirkan dunia,maka berwuduklah..
ketika tangan ini letih menggapai cita-cita,maka berdoalah..
ketika bahu tak kuasa memikul amanah,maka bersujudlah.
ikhlaskan semuanya dan dekatlah Allah s.w.t.
agar tunduk disaat yang lain angkuh.
agar teguh disaat yang lain runtuh.
agar tegar disaat yang lain terlempar.
agar tenang disaat yang lain risau memikirkannya..”


Yang penting kita dengan Tuhan ada hubungan senantiasa, takut dan cinta. Terasa bahagia dengan Tuhan, rasa senang dengan-Nya yang lain tidak ada arti apa-apa. Apakah mudah hati kita menahan derita bila mendapat bala bencana? Tidak mudah, biasanya hati kita derita dibuatnya. Kita rasa kecewa, kita rasa orang yang malang hidup di dunia. Kita tidak dapat hubungkaitkan dengan hikmah dan didikan Tuhan kepada kita. Bahkan biasanya selalu saja buruk sangka dengan Tuhan yang melakukannya. Hati kita rasa bahwa tidak semestinya Tuhan menyusahkan kita. 

Kata-kata semangat untuk diri sendiri... kerana sepanjang perjalanan 2011 ini ada banyak perkara yang berlaku.. Allah menguji dengan pelbagai cara yang Allah taw diri ini mampu menghadapinya..  ^^ Kerana berpegang pada ayat-ayat cintaNya.. ^^

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." 
~Surah Al-Baqarah ayat 286~

Dah namanya manusia.. kita sentiasa diuji....
Keimanan dan ketaqwaan dihati kita ini... 
adakah dengan mengaku kita beriman.. kita tak perlu melalui ujian??
Tidak!!! wahai sahabatku.. 

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." 
~Surah Al-Ankabut ayat 2-3~

Dah nak masuk tahun baru pun 2012 is coming.... Ada satu permulaan baru disitu.. buat diriku.. ^^ 
Apa-apa pun.. berpegang terus pada Kalam Suci.. bertunjangkan sunnah .. TEruskan hidup dengan syariat.. ibadat diperkuat.. istiqomah dalam mencari keredhaan Ilahi.. InsyaAllah ^^ 

Terus berjuang meraih redha Ilahi.... ^^


"Aku mendengar Rasulullah Saw menceritakan daripada Allah Swt berfirman: "CintaKu berhak untuk orang yang bercinta keranaKu, CintaKu berhak untuk orang yang saling tolong-menolong keranaKu dan Cintaku berhak untung orang yang saling berkunjung keranaKu. Orang Yang bercinta kerana Allah berada di atas mimbar daripada cahaya dalam naungan Arasy pada hari yang tiada naungan kecuali naunganNya" 
(Riwayat Ahmad)

**** 2011 banyak kisah sedih ea... Salam terakhir buat 2011.. :P 

Sunday, December 25, 2011

"Bertekad Cemerlang"

Assalamualaikum Wbt
Bismillahirahmanirahim... 


Alhamdulillah.. kembali ke bumi borneo untuk meneruskan perjuangan yang akan baru bermula.. fasa yang kedua dalam kehidupan sebagai seorang hambaNya... ^^ Ya.. terus memengang slogan "Bertekad Cemerlang" hhihi. Adoyai.. Ammar wajidah dah mula senget sikit ni... 

Lamanya tak update blog ni.. Rindu nak meluah rasa, menukilan kata dan menyesakkan jiwa pembaca... ^^ (xde sape pun yang sudi bace... ).. 

Misi utama diteruskan... Jangan biar gagal di sepanjang perjalanan ini, sungguh perjalanan ini masih terlalu jauh buatmu duhai diri.. kekuatanmu perlu dipertingkatkan lagi bahawa ujian yang ada bukan untuk meyiksa dirimu tapi untuk menguji keimanan dalam hatimu.. ^^

Misi mencari redha Ilahi.. Teruskan perjuangan.. mendidik anak bangsa, menjadi hambaNya yang berjaya membentuk nusa bangsa yang ada.. Itulah yang sebaiknya pencerah jiwa buat mereka yang memengang jiwa seorang hamba... 




Ingatlah Ammar.... 

Jikalau kau berasa kau bersendirian, ketahuilah bahawa kau tidak bersendirian… Masih ada yang sentiasa mendengar keluh kesahmu… Janganlah dikau takut dan bersedih hati, kerana DIA sentiasa bersamamu…

“Dan mohonlah pertolongan (kepada ALLAH) dengan sabar dan solat. Dan (solat) itu sungguh berat, kecuali bagi orang yang khusuk” – al-Baqarah : 45

Gambatee... ^^ 
Salam sayang buat DIA, dia dan dia.... 

Sunday, December 11, 2011

Mendidik Emosi Diri ^^

Assalamualaikum wbt...
Bismillahirahmanirahim.... 

La Tahzan Ummi

"Kunci untuk bahagia ialah mengawal emosi dan menentukan sikap yang baik dalam semua situasi. Mereka yang dapat mengawal fikiran dan emosi iaitu dunia dalaman mereka akan megawal hasil kehidupan mereka dengan izin Allah. Jangan izinkan apa berlaku diluar mempengaruhi kita. Henti menyalahkan orang lain atas apa yang berlaku pada kita. Ibu bapa bersyukur punyai anak dan beri sepenuh kasih sayang. ~ Prof Dr Muhaya~ "

Diri ini terkesan dengan kata-kata Prof Dr Muhaya ini... Sangat-sangat terkesan.. Kerana diri ini terlalu mudah dikuasai emosi.. apatah lagi diri ini adalah yang bernama 'wanita'. Hamba Allah bernama wanita ini diberikan kelebihan dari segi emosi dan perasaan... sehingga kita mampu bersabar dengan karenah anak-anak yang pelbagai ragam.. menahan sakitnya ketika melahirkan... juga mampu tersenyum walau dalam kedukaan untuk dilemparkan kepada anak-anak yang tersayang.... 

Namun adakalanya, emosi ini menjadi pemusnah segalanya.... mengheret kita ke lembah kedukaan, kesengsaraan dan kekesalan yang ingin kita lupakan.... Kecemburuan yang melulu.. ketidakpuasanhati seorang wanita... caring yang berlebihan...perasaan iri yang menggunung mencipta satu ledakan amarah yang mengundang pelbagai sengsara sehingga menghilangkan rasa cinta di dalam hati mereka yang bernama manusia.. sesiapa pun dia sama ada adam mahupun hawa.. Syaitan bersuka ria kerana cucu adam tertewas dengan amarah mereka.... bila emosi menguasi diri.. akal tidak lagi akan berfungsi.... tindakan yang di ambil pasti akan disesali... ^^

Dan pada ketika itu.. air mata menjadi peneman setia menangisi segalanya... Dan emosi dan perasaan itu tidak lagi kelihatan istimewa pada pandangan mata.... kerana ia telah manjadi pemusnah segalanya.... 

Pesanan seorang sahabat yang ammar hormati... Matanglah dari segi emosi, dan sungguh jika tiada kematangan dalam membuat pengawalan emosi itu, kita pasti tidak akan pernah merasa bahagia.. Hidup dengan penuh kecurigaan... penuh dengan ketidak puas hatian... iri dengan kebahagian orang lain dan amarah menjadi sebati dalam diri kita... walhal kehidupan di dunia ini terlalu singat untuk kita menangisi apa yang telah berlaku.. menyesali segala perbuatan tanpa memikirkan masa hadapan... Ya... manusia sentiasa melakukan kesilapan, teguran diberikan untuk memberi peringatan.. dan ujian daripadaNya itulah tanda teguran daripada Yang Esa. 

Buat diriku.... 

Diuji bukan dibenci...
tetapi kerana kasih..
Menangis cukuplah sekali...
esok ada lagi untuk diharungi...
Hidup hanya sekali..
jangan sia-siakan dengan melayan emosi..
Hiduplah untuk memberi..
kelak disana dirimu mengecapi syurgawi... 
InsyaAllah... 


**** Semoga tidak terleka dalam perjalanan ini... Perlunya kita bijaksana mengawal emosi untuk mengemudi diri. Hati jangan dibiar mati kerana hidupmua pasti tidak akan bereti lagi.. Cintailah DIA seagungnya pasti hatimu penuh dengan cintaNYa.. kasih kekasihNya pasti ada buat kita... ^^

Perstiwa hari ini :

Air mata gugur lagi... T_T
Salam Muhasabah..... 

Saturday, December 10, 2011

Sanah Helwah Ammar Wajidah Halimah ^^

Assalammualaikum wbt....
Bismillahirahmanirahim....

10. Disember 2011 genap berusia 2.... Hihi.. Alhamdulillah Allah memberi peluang pada ammar untuk meneruskan kehidupan sebagai hambaNya di muka bumi ini dan terus memperjuangkan sunnah perjuangan Rasulullah saw sebagai khalifah di bumi Tuhan... :) 

Happay Birthday Ummi...


Tarikh Lahir 10 disember.. tapi post ni lambat lak.. huhu.. Kenapa ea?? Kerana semalam dan seharian ammar berendam air mata sehingga menjadi perbualan kawan-kawan di sekeliling.... Cukuplah hanya Allah yang tahu betapa terasa tersisihnya diri ini di hari lahir sendiri... Betapa sedihnya diri ini membaca sebuah catatan di lembaran menuju sebuah perjuangan...  Betapa terharunya diri ini kotak kiriman yang penuh dengan kasih sayang... Betapa kecewanya diri ini pada diri sendiri kerana membiarkan asbab perkara yang berlaku pada hari ini... Terasa semua perkara itu membeban di jiwa.. Hilang seketika semangat perjuangan... T_T

Ya Allah.. 
Aku terduga dengan setiap perkara..
Namun aku pasrah bahawa itu tanda Cinta..
Aku terkadang rasa dipersia..
Namun aku yakin pasti ada hikmanya...

Ya Allah..
Hidup yang tersisa dipinjam seketika..
Semoga diri ini terus teguh mengharungi 
Setiap rintangan yang telah dibentangkan..
untuk menguji sebuah kesungguhan
hambaMu ini dalam sebuah perjuangan... 

Ya Allah...
Jika diri ini semakin rapuh..
bantu aku dengan rahmatMu
bantu aku dengan cintaMu..
bantu aku terus berada di jalanMu..
bantu aku untuk terus mencintaiMu... 

Sebuah catatan lembaran kedukaan terbentang.. apa yang ku coretkan adalah sebuah kisah yang dikisahkan oleh hati yang hanya mampu berbicara dengan hati yang mengenalinya.... Hati yang hanya mampu membuka kata kepadaNya.... 

Ada yang sudah mengerti... ada juga yang masih bertatih memahaminya... Bukan mudah menongkah rasa seketul daging milik manusia.... Kelihatan bahagia namun sebenarnya penuh dengan rasa duka... Kelihatan dhoif dengan cinta manusia namun penuh dengan cinta Allah SWT... Kelihatan dirinya ceria tak terkata namun pasti ada tercalit duka dihatinya... Begitulah manusia... adakalanya dia di duga di hari bahagianya.. ada kalanya dia di duga dengan orang yang dikasihinya...adakalanya duka itu melahirkan bahagia... 

Bersabarlah diatas setiap dugaan.. semoga tidak terleka di dalam perjalanan ini... 

Buat Ammar :

~ Semoga semakin tabah dari hari ke hari...
~ Semoga menjadi hambaNya yang lebih baik dari semalam..
~ Lengkapkan diray sunnahmu.. ( buat kita)
~ Semoga berjaya mencapai cita-cita..
~ Azam untuk menjadi yang terbaik buatnya...
~ Tambahkan kecintaanmu padaNya... Rindu buat Rasulullah saw.. 
~ Menjadi anak, dan isteri soleha kelak... InsyaAllah.. (usaha tak pernah berakhir...)
~ Jadilah mujahidah yang indah buatnya....
~ Istiqomah dalam setiap ibadahmu ya Ammar.. :)

~Sabarlah srikandi, kuatkan diri, tabahkan dirimu... dan jagalah dirimu ^^ Terima Kasih Cinta (Hubbi)


**** Salam kasih sayang penuh rindu buat DIA, dia dan dia....... ^_^


Terima kasih Hubbi

Catatan untukmu.... 

Wa'alaikumsalam wbt....

Assalamualaikum wbt...
Bismillahirahmanirahim.... 



Diri ini sungguh rapuh kerana diri ini tidak pernah sempurna... Terasa perlu orang lain menyokong perjalanan ini, andai Hubbi hilang maka hilang rasa terus berjuang pada diriku.... Hubbi adalah iradah daripadaNya buat kita yang bernama manusia.. Sungguh suci, dan corakkan lah dia dengan cara yang sebetulnya... 

Dalam meniti perjalanan ini, tak pernah hilang pun Hubbi di hati ini... Andai hilang Ya Allah, sungguh kasihan pada hati itu kerana tiada rasa lagi.. Biarkan ia terus mekar dengan kepercayaan dan kejujuran juga kesetiaan.. Yang pasti kesetiaan ini adalah milik Hubbi... ^^ HIlanglah kemana pun.. pasti ada diriku hadir di situ... Berpalinglah ke mana pun.. pasti ada sinar diri ini di situ.. Kerana Hubbi itu adalah rahmat dariNya buat ku.. ^^

Hubbi..Pemilik catatan ini setelah lembaran pertama, kedua, dan ketiga... ^^
Jagalah diriku di lingkaran hubbi.. dengan rasa  suci yang diberi... :)

**** Walau pelbagai dugaan melanda.. jiwa kental untuk bersama... 



Friday, December 9, 2011

Cemburunya diriku...

Assalamualaikum wbt..
Bismillahirahmanirahim.... 

Dating wa Hubbi

SEDANGKAN lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri’ adalah bidalan Melayu yang membawa pengertian dalam mengharungi hidup berumah tangga, khususnya dalam hubungan antara suami dan isteri, perselisihan adalah satu kemestian.

Perselisihan adalah satu perkara yang tidak dapat dielakkan. Namun, ia boleh diperbaiki, dengan menggunakan cara yang bijaksana dan bertoleransi.

Banyak sebab yang menjadi punca perselisihan. Antaranya kerana mentua, jiran, teman-teman, anak-anak, malah perkara asas dalam kehidupan juga mampu mencetuskan pergaduhan dalam rumah tangga sehingga lauk yang terlupa dimasukkan garam, atau air kopi yang terlupa ditambah gula.

Paling meruncing ialah apabila masing-masing mula cemburu terhadap satu sama lain, sama ada mereka mempunyai bukti nyata atau hanya berupa prasangka sahaja.

Perkara sedemikian jika dibiarkan berterusan akan melarat sehingga tercipta penceraian dalam rumahtangga.

Ada di kalangan masyarakat yang menganggap perselisihan rumah tangga sebagai garam di dalam lauk. Tanpa perselisihan, rumah tangga hambar dan tawar, umpama lauk tidak bergaram.

Namun, garam itu hendaklah diletak secara berpada-pada supaya tidak terlalu banyak sehingga boleh merosakkan lauk sebelanga.

Perkara inilah yang harus diperhatikan oleh setiap insan yang bertekad mahu mendirikan rumah tangga. Ia juga perlu menjadi renungan pasangan suami dan isteri yang menerajui bahtera hidup berumah tangga.

Sesungguhnya, perkahwinan adalah satu cabaran yang harus dihadapi oleh setiap kaum lelaki. Dalam perkahwinan, suami akan berkongsi hidup dengan isteri.

Biarpun seburuk mana isteri namun seharusnya terimalah seadanya seperti yang terungkap semasa akad.

Kata pujangga, perempuan bagaikan angin, lembutnya melenakan, ributnya pula mampu menggusarkan.

Adakalanya mereka seperti ibu menyaji kasih, menghidang sayang malah adakalanya mereka seperti anak yang ingin dibelai, minta dimanjakan seperti anak kecil namun adakalanya mereka seperti nenek yang sering berleter seadanya, merungut semahunya.

Namun, bahagia dan derita hanya kita yang mencorakkan sendiri

Mendirikan sebuah rumah tangga biarpun untuk ke sekian kali namun memerlukan kematangan dan kedewasaan fikiran dan perasaan.

Kematangan bererti kemampuan seseorang menahan marah dalam suasana krisis dan perselisihan serta dapat menyelesaikan masalah tanpa menggunakan kekerasan dan menjauhi segala cara yang boleh membawa kepada keruntuhan perkahwinan itu.

Sebagai bukti kepada kematangannya, seseorang itu sanggup mengaku salah apabila benar-benar bersalah dan tidak cuba menyalahkan orang lain apabila berpeluang berbuat demikian.

Bagi Islam, rumah tangga perlu ditegakkan atas asas cinta dan kasih sayang.

Perkara ini jelas dalam firman Allah yang bermaksud: “Dan di antara keterangannya juga, bahawa ia menjadikan isteri bagimu yang sebangsa dengan kamu, supaya kamu boleh diam bersama-sama dengan dia, serta berkasih sayang dan cinta menyintai.” (Surah Ar Rum, ayat 21).

Cinta dan kasih sayang yang dimaksudkan bukanlah hasil daripada cinta pandang pertama tetapi ia lahir daripada rasa tanggungjawab mengikut amanah dan kepercayaan, serta tidak dipengaruhi oleh kehendak kebendaan atau nafsu.

Rasa cinta sebegini boleh membawa suami sentiasa bersikap matang dan sihat dalam segala layanannya terhadap isteri dan di kala menghadapi krisis rumah tangga yang tidak dapat dielakkan.

Suasana rumah tangga akan menjadi lebih mesra dan ceria apabila suami mengenali diri isterinya sebagai manusia yang mudah tersinggung dan mudah terasa.

Suami jangan sekali-kali cuai dan lupa memberi penghargaan kepada peranan isteri sebagai suri rumah tangga yang benar-benar bertanggungjawab.

Sebenarnya, tidak susah bagi suami membisikkan kata-kata pujian ke telinga isterinya setiap kali menikmati masakan atau melihatnya berpakaian baru. Berilah hadiah, walaupun kecil, sebagai tanda penghargaan suami terhadap isteri apabila menyambut hari jadinya.

Termasuk dalam penghargaan juga ialah memberi sangkaan baik terhadap tingkah laku isteri, tidak memperlihatkan apa-apa kecurigaan terhadap kejujuran dan keikhlasan isteri, tidak cuba mengintip gerak- gerinya kerana didorong rasa cemburu yang melulu.

Sesungguhnya, rumah tangga yang bahagia dapat diwujudkan hasil kerja keras, saling mengerti, tolong menolong dan persefahaman antara suami dan isteri.

Dalam mengemudi bahtera sebuah rumah tangga, suami berperanan sebagai nakhoda kapal yang bertanggungjawab mengendali dan menjaga keselamatan seisi anak kapal.

Manakala isteri pula berperanan sebagai jurumudi yang mengawal haluan bahtera. Paduan erat antara keduanya mampu menyelamatkan bahtera dan seluruh isinya daripada tenggelam dilanda badai dan gelora.

Dapat ni kat sini..... ^_^ Bace Kat Sini...

**** Saya memang orang yang kuat cemburu.. Kadang-kadang rasa x mampu  nak menahan rasa... T_T
Buat DIA... Maafkan kekuranganku.... 

Tuesday, December 6, 2011

10 Muharram 1433H

Assalamualaikum wbt..
Bismillahirahmanirahim..


Alhamdulillah dah 10 Muharram 1433h pun kita pada hari ini 6.Disember.2011... Hari Asyura buat kita yang digalakkan untuk kita berpuasa sebagaimana yang di riwayatkan dalam hadis nabi.. Dan banyak kebaikan yang kita akan perolehi daripada ibadah ini.. InsyaAllah...


Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya:
Sewaktu Rasulullah s.a.w tiba di Madinah, baginda mendapati orang-orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura. Ketika ditanya tentang puasa mereka itu, mereka menjawab: Hari ini adalah hari kemenangan yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa a.s dan kaum Bani Israel dari Firaun. Kami merasa perlu untuk berpuasa pada hari ini sebagai suatu pengagungan kami padaNya. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Kami lebih berhak daripada kamu dan Nabi Musa dalam hal ini. Kemudian baginda memerintahkan para Sahabat supaya berpuasa pada hari tersebut. – Hadis diriwayatkan Bukhari, Muslim, Abu Daud, Ibnu Majah dan Tirmizi. 


Dari Abu Qatadah al-Anshari r.a. katanya:”Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari Arafah (9 Zulhijjah). Jawab baginda, “Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang”. Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura (10 Muharram). Jawab baginda, “Semoga dapat menghapuskan dosa tahun yang lalu. -Riwayat Muslim-

Di antara ibadat puasa yang disunatkan kepada umat Islam ialah berpuasa pada 9 dan 10 Muharram. Ini kerana tarikh 10 Muharram (atau dinamakan hari ‘asyura yang bermaksud sepuluh) mempunyai nilai sejarahnya yang tersendiri di dalam sejarah manusia khususnya umat Islam. Manakala disunatkan juga berpuasa pada 9 Muharram sebagai mukhalafah (membezakan) di antara kaum Yahudi yang turut berpuasa pada 10 Muharram. 

Alhamdulillah, kita berjaya melaksanakannya seperti Rasulullah Saw.. semoga ia menjadi ibadah tahunan kita bersama keluarga..^^ Walaupun aktiviti luar di pantai pada hari ini sangat mencabar dan satu dugaan besar buat diri ini,. namun Allah sentiasa melapangkan hamba yang dikasihiNya... Alhamdulillah.. Bertuah rasa bila diri rasa dikasihiNya... :) 

**** Ibadah tahunan kita bersama.. Nt anak-anak ummi pun akan dididik sama yer... :) 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...