Tuesday, December 6, 2011

10 Muharram 1433H

Assalamualaikum wbt..
Bismillahirahmanirahim..


Alhamdulillah dah 10 Muharram 1433h pun kita pada hari ini 6.Disember.2011... Hari Asyura buat kita yang digalakkan untuk kita berpuasa sebagaimana yang di riwayatkan dalam hadis nabi.. Dan banyak kebaikan yang kita akan perolehi daripada ibadah ini.. InsyaAllah...


Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya:
Sewaktu Rasulullah s.a.w tiba di Madinah, baginda mendapati orang-orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura. Ketika ditanya tentang puasa mereka itu, mereka menjawab: Hari ini adalah hari kemenangan yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa a.s dan kaum Bani Israel dari Firaun. Kami merasa perlu untuk berpuasa pada hari ini sebagai suatu pengagungan kami padaNya. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Kami lebih berhak daripada kamu dan Nabi Musa dalam hal ini. Kemudian baginda memerintahkan para Sahabat supaya berpuasa pada hari tersebut. – Hadis diriwayatkan Bukhari, Muslim, Abu Daud, Ibnu Majah dan Tirmizi. 


Dari Abu Qatadah al-Anshari r.a. katanya:”Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari Arafah (9 Zulhijjah). Jawab baginda, “Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang”. Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura (10 Muharram). Jawab baginda, “Semoga dapat menghapuskan dosa tahun yang lalu. -Riwayat Muslim-

Di antara ibadat puasa yang disunatkan kepada umat Islam ialah berpuasa pada 9 dan 10 Muharram. Ini kerana tarikh 10 Muharram (atau dinamakan hari ‘asyura yang bermaksud sepuluh) mempunyai nilai sejarahnya yang tersendiri di dalam sejarah manusia khususnya umat Islam. Manakala disunatkan juga berpuasa pada 9 Muharram sebagai mukhalafah (membezakan) di antara kaum Yahudi yang turut berpuasa pada 10 Muharram. 

Alhamdulillah, kita berjaya melaksanakannya seperti Rasulullah Saw.. semoga ia menjadi ibadah tahunan kita bersama keluarga..^^ Walaupun aktiviti luar di pantai pada hari ini sangat mencabar dan satu dugaan besar buat diri ini,. namun Allah sentiasa melapangkan hamba yang dikasihiNya... Alhamdulillah.. Bertuah rasa bila diri rasa dikasihiNya... :) 

**** Ibadah tahunan kita bersama.. Nt anak-anak ummi pun akan dididik sama yer... :) 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...