Monday, December 3, 2012

Coretan seorang Hamba

Assalamualaikum wbt
Bismillahirahmanirahim...

Sedar tak sedar dah sampai penghujung tahun 2012 rupanya... hari ini dah 3 Disember 2012... Tak lama lagi hari lahir Ammar... 10.disember... :P (saje nk oyak). Hari lahir boleh lah kita hitung... Hari kematian?? Setiap saat kena bersedia.. Malaikat Maut menjenguk kita 70kali sehari... Bila KUN FAYAKUN dilaungkan.. maka tiada apa yang mampu menahannya...

KEMATIAN , terdiam seketika.. Lidah kelu.. Allahu Rabb
Semoga ALLAH akhirkan nafas ini dengan Husnul Khatimah..Ameen YA Rabb.

Kita merancang.. Allah merancang dan perancangan Allah itu yang terbaik..

Kami merancang sebuah pernikahan... Tapi perkara itu tidak diizinkan.. Ajal menjemput tunang kakak pergi terlebih dahulu tanpa melafazkan akad.. Andai itu takdirkan, Kakak Redha...

Namun manusia biasa, pasti sahaja jiwa sedikit terasa akan sebuah kehilangan di kala impian hampir manjadi kenyataan.. Namun hadiah terindah adalah apabila hati disentuh dengan kasih sayang Allah.. Diri semakin dekat denganNya... Allah itu Maha Adil.. Maha Penyanyang... Pasti sahaja DIA tidak menguji diluar kemampuan hambaNya...

Di kala kakak di uji... Ammar jauh berada meraihkan sebuah pernikahan sahabat  tersayang... diri berada dipersimpangan... Di kala ada yang bersedih.. ada juga yang perlu diraih.. Namun pasti sahaja semua itu harus ditempuhi... ^^

Ingin sahaja terbang bersama kakak... tapi sayap tiada ditakdirkan untuk hamba yang bernama manusia... Allah ingin mengajarku erti menghargai.. bersama keluarga juga bersama sahabat...

Terlalu banyak undangan walimah.. hati sedikit terasa.. bila kah waktunya.. Tapi, Allah ingin mendidik diri untuk istiqomah menanti... ^^ Sabar...

Anak sedara sendiri boleh berkata " Dah takdirkan makcik Izah (kakak) tak jadi nikah" seperti yang kami rancangkan... Pasti sahaja takdir ku juga sudah tertulis.. bila waktunya... ^^

Banyak peristiwa yang terukir menjadi kenangan..
Jauh perjalanan.. luas pemandangan..
Pengalaman sering dijadikan panduan..
untuk menghadapi masa hadapan.. In shaa Allah..

Semoga kita sentiasa dalam lembayung hidayah Allah.. ^^


Semakin jauh perjalanan
Semakin dekat dengan kematian
Semakin bertambah bebanan
Semakin kurang keupayaan
Hanya Iman dan Keyakinan yang mampu
mengayuh bahtera kehidupan.... 

Tuesday, November 20, 2012

Kisah sebuah kehidupan... ^^

Assalamualaikum wbt..
Bismillahirahmanirahim...

Biar kepahitan itu pergi, agar kemanisan mengisi..
Biarkan kekecewaan berlalu, agar kegembiraan mewarnai..
Biarkan kegelisahan lenyap, jangan kita hilang semangat...
Biar penderitaan itu menyapa, agar kekuatan kita jana semula..
Biarkan diri ini derita, agar aku tahu keperitan derita ini..
agar aku sedar kesengsaraan ini..
Tidak sama bahkan hanya secebis
daripada penderitaan Rasulullah SAW.

Tuhan sesekali tidak menzalimi hamba-Nya..
Tapi manusia yang menzalimi diri mereka sendiri..
Cahaya kelam pahala dosa...
Berupaya memilihnya
Walau kadang kala tersasar lantaran
pautan nafsu..

Namun peluang dari-Nya sentiasa ada..
namun kasih dari-Nya sentiasa memayungi..
diturunkan ad-din memperhalusi akal..
Dianugerahi aqal memperhalusi akhlak..
dikurniakan akhlak mencantikkan pekerti
Menjadi sebaik-baik ummat, tunduk sebagai hamba
berjalan sebagai khalifah..

Menyesuri kehidupan mencari sebutir permata "Iman"
Menyemai sepohon "Taqwa"
Agar dapat berteduh dari kepanasan "Nafsu"
Agar dapat berlindung dari angin hasutan "Syaitan"
dalam mencari "KEREDHAAN ALLAH SWT"









Friday, November 16, 2012

Pray 4 GAZA


Assalamualaikum wbt..
Bismillahirahamanirahim...


Tentera Zionis Israel sedang mengganas di Gaza, Palestin ketika umat Islam mensyukuri nikmat menyambut kedatangan tahun baru 1434 H. 

Jom tingkatkan kecaknaan kita dan berdoalah selalu supaya Allah SWT memberikan kemenangan dan kejayaan kepada pejuang Islam di Gaza, insya-Allah...

"Tiada beriman seorang kamu hingga ia mencintai untuk saudaranya apa yang ia cintai untuk dirinya." 
...
- Hadis Nabi Muhammad SAW diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim -




DOA....DOA.....DOA...dan terus BERDOA......



Saturday, November 3, 2012

Kisah Untuk Dikongsi... ^^



Assalamualaikum wbt..
Bismillahirahmanirahim...




Duk tengah marah2 kerana entah apa hal pg tdi...
Seorang hamba Allah kata.... "Nak dengar kisah tembikai tak?? "
Saya : Nak.. bagaimanakah kisahnya??

" Ada sepasang suami isteri dan isteri dia suka sangat makan tembikai.. Pada suatu hari..Sang suami telah membeli tembikai untuk isteri yang dicintainya.. Kerana mengetahui kegemaran sang isteri yang suka makan tembikai itu...

Sampai kat umah... sang isteri pun sukalh apa yang suami bawa untuk dia.. Dan dia pun memotong buah tembikai tersebut.. Tapi, tembikai itu sangatlah tawar dan tidak menepati cita rasanya... Mulalah dia merungut tentang tembikai tersebut...

"Tembikai ni tawarlah...
"Penjual tu tak tahu ke nk bagi yang manis..
"Abang ni tak reti pilih yang manis??
"Lain kali x payah lh beli kat gerai tu lagi...
(lebih kurang lh kot mcm ni rungutannya...)

Si isteri membebel sambil menghidangkan kepada sang suami..

Sang suami yang mendengar bebelan sang isteri memilih untuk berdiam diri sebelum menegur sang isteri....

"Sayang.... Nak marah dengan sape ni??
Nak marah pada abang ke yang beli tembikai ni??
Atau pada penjual yang jual tembikai ni..
Ke yang tanam tembikai ni...
Atau.. yang MENCIPTA tembikai ni... "

Si isteri tergamam dan beristighfar... Allah.. T_T

Saya : Allah... semua perkara yang Allah hadirkan adalah ujian tadi Allah menguji untuk mengajarku bersabar... T_T
Kenapa saya nak marah pada Pencipta ujian itu.....
Allah... Allah... Allah....

Thursday, November 1, 2012

Menuju ke Pelabuhan.....

Assalamualaikum wbt... 
BIsmillahirahamanirahim... 




Semakian jauh perjalanan... semakin banyak pengalaman...
Semakin menuju ke pengakhiran.. semakin matang kita dalam membuat keputusan...

Jauh lagikah perjalanan?? Wallhua'lam..
Apa yang boleh kita lakukan...
Bersedialah menghadapi kematian...
Kerana itu adalah perjanjian kita dengan Tuhan...

Allah...
Mengingati kematian itu adalah perkara bijak...
1 November... Akan ada lagikah masa??
InsyaAllah.. andai itu takdirnya..
Akhirnya... Kita hanya mampu bermuhasabah..
Esok jangan mengulangi kesilapan yang sama...
Semoga terus istiqomah...

Pelabuhan akhirat
Destinasi kita sebagai hamba.. 

Ingin berjumpa dengan kekasih Allah..
Ingin melihat Allah...
Ingin sekali mengecapi Syurga..
Neraka... NAUZUBILLAH...
Semoga Keampunan adalah milik kita...

Allah...
Hadirkan hidayahMu
Hadirkan cintaMu
Hadirkan RedhaMu
Lemparkan RahmatMu...
Sesungguhnya diri kehausan semua itu...

Terima kasih Ya Allah...
Ku damba redhaMu... ^^


Friday, October 26, 2012

Mungkin Ini Cara Terbaik....



Bismillahirahmanirahim..
Asalamualaikum wbt... 


Walau siapa pun saya.. Saya tetap manusia biasa yang ada kalanya tewas dengan em0si sendiri. Dan saya yakin,tiada se0rang pun yang terkecuali daripada mengalami situasi ini...

Apakah cara kita harus lakukan jika kita dibelenggu dengan ketraumaan yang boleh juga dikatakan agak "hyperbola"??

yang dapat mengatasi atau membantu mengatasi trauma berat ini hanyalah diri sendiri dengan kesedaran tinggi dan jiwa yang besar.. :(

sedarlah bahawa apa yang telah terjadi adalah nyata dan harus sedikit demi sedikit diterima sebagai kenyataan dalam hidup ..

mula berfikir untuk diri sendiri, bahawa kita harus bergerak hidup kedepan dan bukannya berhenti di tengah jalan

juga sedar bahawa apa yg telah terjadi itu bukan hak kita, kita tidak mampu memaksakannya. kita harus melepaskan dengan jiwa besar..

mula mengerti bahawa kita mempunyai tanggungjawab selanjutnya dalam hidup 

tidak mudah, oleh kerana itu kita memerlukan sahabat atau dorongan keluarga untuk kembali bangun dan bersemangat. jangan mengunci diri, lakukanlah muamalah dengan teman-teman baru disekeliling kita. jangan menyalahkan diri, tetapi tariklah kejadian ini sebagai suatu pelajaran hidup yang sangat berguna.InshaAllah.. Wallahua'lam














Tuesday, October 9, 2012

Hati kata... Inilah Rasa..


Bismillahirahmanirahim....


Ya Allah...
Jauh lagi ke nak sampai
jiwa merintih kerinduan
bukan kepada sesiapa
hati ingin bertemu Dia..
kekasih pemilik cinta...

Ya Rasulullah...
Ingin sungguh diri ini bertemu..
namun terdiri diri kerdil disisimu
bukan kerana kekurangan diri
tapi kerana amalan selama ini...

Ya Allah..
Izinkan aku mencintaiMu
Ya Rasulullah...
Berikan aku syafaatmu...

Subahanallah... Alhamdulillah... AllahuAkhbar...
Sollu Ala nabi... Allahumma solli ala saidina Muhammad... Wa ala ali muhammad...





Monday, October 8, 2012

Kisah 09.10.10 ~Konvo Saya~

Assalamualaikum wbt..

Bismillahirahamnirahim... 

09.10.2012 mengimbau kenangan indah 2 thn lalu.. iaitu pada tarikh yang sama 09.10.2010 adalah tarikh konvokasyen saya di Universiti Malaysia Sabah "Sarjana muda sains sosial (Geografi)". 

Tengok update sahabat-sahabat kat Fb yang tengah konvo dan bergembira meraihkan kejayaan mereka selama beberpara tahun bergelumang dengan buku, kajian, jurnal dan sebagainya bagi mendapatkan Ijazah yang diidamkan... Mengimbau kembali kenangan semasa situasi itu berlaku ke atas diri ini... ^^ 

Semasa di universiti, ammar tak berniqab lagi... ketika itu baru nak mengenal niqab.. mencari kekuatan untuk menjadikannya kenyataan.. dan terus menambahkan ilmu demi sebuah tujuan iatu NIQAB. Ammar berniqab sepenuhnya semasa Syawal 1431H. Ammar mulakan langkah penghijrahan berniqab bermula pada 1 Syawal dan alhamdulillah sahabat2 mengetahui dan menyokong... Walaupun pada ketika itu fmly tidak bersetuju dengan tindakan yang dilakukan... Namun, cuba juga untuk memberi kefahaman kepada mereka untuk menerima.. dan akhirnya alhamdulillah... sehingga hari ini Niqab itu menjadi pakaianku... :) 

Seminggu sebelum Konvo... 

Fmly tanya : Adik, nt pakai purdah juga ke konvo.. 

Adik : InsyaAllah.... (nak sangat dalam hati...) Sedangkan dalam otak ligat memikirkan cmne nk pakai masa konvo tu nt... Boleh ke tak?? Siap tnya kawan-kawan lagi... dan minta kawan2 semua doakan moga dapat pakai masa tu... 

Malam sebelum hari konvo, jahit jubah saiz M (coz saya saiz S) bagi dia kecik sikit... 
Fmly : Adik... esok pakai juga purdah ni?? 
Adik : InsyaAllah... Boleh kan... 
Fmly : Ermm... boleh ke pakai... Rasanya x boleh pakai.. 
Adik : InsyaAllah.. boleh jak tu... Doa jak... 

Sebelum masuk dewan 


Jumpa kawan-kawan sekuliah dulu 
Mereka : Alhamdulillah.. sahabatku dah berniqab.. Moga istiqomah yer.. 
Mereka : Eh..eh... aku dah ada kawan ninja lah... hehe... (gurau je..) 
Mereka : Ya Allah... hidayah dah sampai padamu.. moga akan hadir buat diriku juga... 

Aku : Terharu sangat-sangat dengan mereka.. InsyaAllah.. 

Dah masuk dewan.. Dengan berdebarnya, hope xde yang minta saya buka niqab... Doa banyak2... Dan alhamulillah... semuanya dimudahkan... Tiada permintaan dan arahan yang dikeluarkan... Yang pastinya.. Saya menjadi perhatian.. (kerana itu adalah kali pertama orang konvo kat UMS pakai niqab). 

Saat paling melucukan masa naik pentas... Ammar naik je... Semua Pensyarah, sanetor2 yang ada kat pentas  meninggikan kepala melihat saya... (semuanya boleh tengok dalam  gambar yang dirakamkan semasa penerimaan skroll) Allah... Bersyukurnya saya... semuanya dipermudahkan... Sebelumnya.. takdelah takot sangat.. diri seakan yakin, bahawa niqab itu dibolehkan digunakan semasa acara konvokasyen.. dan Alhamdulillah saya telah membuktiknnya... 


Jubah saya sangat besar....
Dapat banyak bunga dan patung Katak daripada anak sedara...
Alhamdulillah.... Impian tercapai...
Syukran Ya Allah...

***Pernah post  kat Fb... tapi dah padam... Banyak inbox soal hal ni... dan alhamdulillah ramai yang terinspirasi... :)



Monday, September 24, 2012

Kotak Masa

Assalamualaikum wbt
Bismillahirahamnirahim..

::::::::::::: Kotak Masa :::::::::::

Meronta ingin keluar dari kotak masa..
Ingin mencipta sebuah ceritera cinta..
Terus kekal pada garis masa yang sama
Ingin mengubah segala rasa yang ada...

Jiwa meronta untuk dibaca..
Hati berkata aku ini berbicara
Namun tiada siapa yang ingin meluangkan masa
Kerana akal terus terdiam tanpa sebarang kata..

Andai mampu kupecahkan waktu..
Ingin aku terbang ke mana yang aku mahu...
Kerana kebebasan itu yang aku mahu...
Mereka tidak pernah mengerti..
Jiwa terasa terkongkong dengan kemahuan diri..
Siapkah yang mampu melerasikan besi
Yang memegang merantai hati..

Akhirnya...
Terus kaku disini..
Bukan redha.. bukan juga pasrah..
Tapi semuanya kerana terpaksa...

Izinkan aku memecahkan kotak masa.... !!





*** Tak faham.... Senyum jelah.. :P

Monday, September 17, 2012

Kriteria Wanita SOLEHAH


Assalamualaikum wbt... 
Bismillahirahmanirahim.. 



Apa yang sering diangankan oleh kebanyakkan lelaki tentang wanita yang bakal menjadi pendamping hidupnya?? Cantik, kaya, mempunyai kedudukan yang bagus, serta taat pada suami. Inilah keinginan yang banyak muncul pada kotak fikiran orang lelaki, dan satu keinginan yang lebih tepat disebut angan-angan. Hal ini kerana, jarang ada wanita yang memiliki sifat sedemikian. 

Seorang muslim yang soleh ketika membangun mahligai rumahtangga maka yang menjadi dambaan dan cita-citanya adalah agar rumah tangganya kelak berjalan dengan baik, dipenuhi dengan mawaddah wa rahmah. Sarat dengan kebahagian, dan adanya saling ta'awun (tolong menolong), saling memahami dan saling mengerti. Pasti sahaja mereka mendambakan isteri yang pandai meletakkan diri untuk menjadi naungan suami dan tempat beristirehat daripada sukarnya kehidupan diluar. Seterusnya berharap anak-anaknya kelak menjadi soleh dan penyejuk mata kepadanya. 

Demikian harapan demi harapan disimpulkan sambil memohon kepada Allah agar dimudahkan urusannya. Namun tentunya menjadi dambaan muslim yang soleh itu tidak akan ada melainkan wanita yang dipilihnya itu adalah muslimah yang solehah. Kerana, hanya wanita solehah yang bisa menjadi peneman hidup yang membantu suaminya dalam suka dan duka, saling membantu dan mendorong suami untuk taat kepadaNya.. 

Hanya dalam diri seorang wanita solehah tertanam tauhid, akhlak yang mulia dan budi pekerti yang luhur. Dia akan berupaya ta'awun dengan suaminya untuk menjadikan rumah tangganya bangunan yang kuat lagi berguna untuk menyiapkan generasi Islam yang diredhai Ar-Rahman... ^^ 

Maka dengan itu, wahai muslimah marilah kita mempersiapkan diri kita untuk menjadi pendamping yang solehah buat mereka yang bergelar suami insyaAllah dunia dan akhirat.. Cubalh untuk mengenali sifat-sifat solehah itu, mengkaji dan meneliti.. Seterusnya praktikkan pada diri.. InsyaAllah... Kita akan bernilai solehah.. Wanita acuan al-quran dan sunnah.. :) 


Asif na... PInjam Gmbr...


Kriteria Wanita Solehah 

1. Penuh kasih sayang, selalu kembali kepada suaminya dan mencari maafnya. 

Rasulullah saw bersabda: "Maukah aku beritahukan kepada kalian, isteri-isteri kalian yang menjadi penghuni syurga iatu isteri yang oenuh kasih sayang, ramai anak, selalu kembali kepada suaminya. Di mana jika suaminya marah, dia mendatangi suaminya dan meletakkan tangannya pada tangan suaminya seraya berkata: "Aku tak dapat tidur sebelum engkau redha." (Hadis Riwayat An-Nasai dalam Isyratun Nisa no.257. Sisilah Al-Hadits Ash Shahihah, Asy-Syaikh Albani t, no. 287)


2.  Melayani suaminya (berkhidmat kepada suami) seperti menyiapkan makan-minumnya, tempat tidur, pakaian dan seumpamanya.


3. Menjaga rahsia-rahsia suami, lebih-lebih lagi berkenaan hubungan intim antara dia dan suaminya. 

Asma' bintu Yazid menceritakan dia pernah berada disisi Rasulullah saw. Ketika itu kaum lelaki dan wnaita sedang duduk. Baginda bertanya: " Barangkali ada seorang suami yang menceritakan apa yang diperbuatnya dengan isterinya (semasa berhubungan intim), dan barangkali ada seorang isteri yang mengkhabarkan apa yang diperbuatnya bersama suaminya?" maka mereka semua diam tidak menjawab. Aku (asma) pun menawab: "Demi Allah! Wahai Rasulullah, sesungguhnya mereka (para isteri) benar-benar melakukannya, demikian pula (para suami).  
Baginda bersabda: "Jangan lagi kalian melakukannya, kerana yang demikian itu seperti syaitan-syaitan yang bertemu dengan syaitan betina di jalan, kemudian digaulinya sementara manusia menontonnya. " (Hadis Riwayat Ahmad 6/456, Asy-Syaikh Albani dalam Adabuz Zafaf (ms63) menyatakan ada syawahid (penyokong) yang menjadikan hadis ini sahih )

4. Selalu berpenampilan yang bagus dan menarik dihadapan suaminya sehingga bila suaminya memndang akan menyenanginya.

Rasulullah bersabda : "Mahukah aku beritakan kepada kamu tentang sebaik-baik perbendaharaan seorang lelaki, iaitu isteri solehah yang bila dipandang akan menyenangkannya, apabila diperintah akan mentaatinya dan apabila dia pergi sisiteri akan menjaga dirinya." (Hadis Riwayat Abu Dawud no. 1417. Asy-Syaikh Muqbil berkata dalam Al-Jami'ush Shahih 3/57: "Hadis ini sahih di atas syarat Muslim')

5.  Ketika suaminya sedang berada dirumah , ia tidak menyibukkan dirinya dengan melakukan ibadah sunnah yang menghalanginya melayani suaminya (istimta') kecuali atas keizinanya suaminya.

Rasulullah bersabda: "Tidak halal bagi seorang isteri berpuasa (sunat) sementara suaminya ada (tidak berpergian) kecuali atas keizinannya " (Hadis Riwayat Al-Bukhari no. 5195 dan Muslim no. 1026) 


6 Sifat Wanita Solehah 


~ Mentauhidkan Allah dengan mempersembahkan ibadah hanya kepadaNya tanpa menyekutukanNya dengan sesuatu pun.

~Tunduk kepada perintah Allah, terus menerus dalam ketaatan kepadaNya dengan banyak melakukan ibadah solat, puasa, bersedekah dan selainnya. Membenarkan segala perintah dan laranganNya.

~ Menjauhi segala perkara yang dilarang dan menjauhi sifat-sifat yang rendah.

~Selalu kembali kepada Allah dan bertaubat kepadaNya sehingga lisannya senantiasa dipenuhi dengan Istighfar dan zikir kepadaNya. SEbbaliknya ia jauh daripada perkara yang lagha, tidak bermanfaat dan sebagainya.

~Mentaati suami dalam perkara kebaikan bukan dalam bermaksiat kepada Allah dan melaksanakan hak-hak suami sebaik-baiknya.

~ Menjaga dirinya ketika suami tiada disisinya. Menjada kehormatannya dari tangan yang tidak menyentuh, mata yang hendak melihat, telinga yang hendak mendengar. Demkian juga dengan anak2, rumah dan harta suaminya. ^^

Demikian yang dapat di sebutkan dan dikongsikan untuk semua. Semoga Allah SWT memberi taufik dan hidayah kepada kita agar dapat menjadi wanita yang solehah... InsyaAllah amin. ^^


*** Rujukan : Majalah I :)


Thursday, September 6, 2012

Check List PUASA SUNAT 2012/2013


Assalamualaikum wbt... 
Bismillahirahmanirahim


Ramadhan dah lama berlalu.. Syawal menjelma dan kita masih lagi berada di bulan kemenangan... Namun ibadah puasa kita boleh diteruskan lagi... Banyak puasa sunat yang boleh kita lakukan sepanjang tahun sebelum kehadiran Ramadhan yang berikutnya... Semoga dengan ibadah puasa yang berterusan.. Kita akan lebih istiqomah dalam mendidik jiwa  dan diri kita daripada nafsu dan sebagainya... InsyaAllah.. :)

Ammar kongsikan check list yang ammar bace  dalam majalah Solusi Isu 47 ^_^ 
Jom kita buat sama2... Salam Mahabbah wa Istiqomah :) 

Check List PUASA SUNAT 2012/2013 



Puasa Sunat
Tarikh
√ / X
Puasa Enam
Puasa mana-mana enam hari syawal kecuali 1 syawal
20 Ogos -16 September 2012

Puasa 1-8 Zulhijjah
17-24 Oktober 2012

Puasa Hari Wukuf
Bagi mereka yang tidak menunaikan haji
25 Oktober 2012

Puasa 1-9 Muharram
15-3 November 2012

Puasa Hari Asyura
Pada 10 Muharram beserta sehari sebelumnya
23-24 November 2012

Puasa Isnin dan Khamis
Mana-mana hari Isnin dan Khamis kecuali :
Hari Tasyrik 13 Zulhijjah: 29 Oktober 2012 (Isnin)
Hari Syak 30 Syaaban: 7 Julai 2013 (isnin)

Puasa Hari Putih
Pada 13, 14 dan 15 hari bulan setiap Hijrah
Syawal : 31 Ogos – 2 Sept 2012
Zulkaedah : 29 Sept – 1 Okt 2012
Zulhijah : 29-31 Okt 2012
Muharam : 9-11 disember 2012
Safar : 8-10 Januari 2013
Rabiulawal : 6-8 Februari 2013
Jamadilawal : 5-7 April 2013
Jamadilakhir : 5-7 Mei 2013
Rejab : 3-5 Jun 2013
Syaaban : 3-5 Julai 2013

Puasa Sunat Rejab
10 Mei – 7 Jun 2013

Puasa sunat Syaaban
(kecuali hari syak, 30 syaaban)
8 Jun – 6 Julai 2013



***** Senarai puasa di atas adalah dalam tempoh 1 Syawal 1433H sehingga 30 Syaaban 1434H 

Saturday, September 1, 2012

September..... ^^


Assalamualaikum Wbt
Bismillahirahmanirahim. 






Apa kisah disebalik september... ???
Bukan untuk menunjuk diri sudah sempurna... 
Namun, semuanya bermula pada September... 

Mula ukhwah bersama mereka.. 
Usrah cinta di alam maya...
Kenal tanpa pernah bersua
Namun itulah takdir yang ditentukan Ilahi...

Setahun dah berlalu... 
Kasih menggamit rindu...

Ku kenal mereka ketika itu...
Bahagia....
Namun hanya bersama mereka..

September...
Kali ini semua berpisah...
Seorang ke utara..
Seorang ke Tanah Anbiya..
Ada yang masih di sana..
Ada yang hilang khabr berita..

Namun...
Kasih sentiasa ada..
Buat mereka..
yang pernah menjalin ukhwah bersama..
Kerana ALLAH SWT...

Rindu..
Dalam Doa..
Kasih 
Dalam jiwa..
Sayang
Dalam Resah..

Semoga ukhwah berkekalan hingga ke SYURGA.. InsyaAllah...

Tuesday, August 28, 2012

Buat SAHABAT ^^



Assalamualaikum wbt.. 
Bismillahirahamanirahim...



Astagfirullah, 
bila membelek-belek mesej yang pernah diterima daripada sahabat-sahabat, rindu menerjah ruang hati. Sambil -sambil memohon keampunan pada Allah. Apabila makin ramai orang yang kita kenali, makin banyak tanggungjawab yang kita ada. Tanggungjawab kita pada setiap orang itu berbeza-beza.

Astagfirullah...

Entah berapa banyak hak-hak ukhwah yang terabai.Mungkin tanpa diri ini sedari ataupun telah menyedari hakikat itu, tapi buat-buat tak sedar dek kerana masa yang cemburu mengejar perkara-perkara lain.

Astagfirullah....

Sahabat yang pernah hadir dalam hidup ini, semuanya orang-orang yang Allah cinta,Insya-Allah. Jadi rugilah diri ini tidak turut sama melahirkan rasa cinta pada orang-orang yang Allah cinta ini. Maafkan diri ini duhai sahabat.

Astagfirullah...

Ada sahabat sangat suka bertanya tentang Allah, tanda kebesaran Allah. Sehingga kini sangat merindukan soalan-soalan darinya.

Ada sahabat suka kongsi masalah-masalah kawan, sampai sekarang masih lagi cuba memberi jawapan yang terbaik buat dirinya.

Ada sahabat suka memberi semangat berpaksikan Allah, sampai sekarang, masih dahagakan nasihatnya.

Sahabat-sahabatku yang tercinta,

Bilamana ada hak-hak yang diri ini tidak tunaikan, segeralah beritahu agar sama-sama kita boleh baikinya ke arah yang lebih baik dan seterusnya melaksanakan hak-hak tersebut.

Buat sahabat-sahabat ammar... ^_^ <~~~ Bersedia menerima teguran..


Sahabat-sahabat SMKTS
Sahabat-sahabat UMS
Sahabat-sahabat SPAKK
Sahabat-sahabat FB, MFB, BLOG ^^♥

Sunday, August 19, 2012

Eid mubarak ^^


Assalamualaikum wbt

Bismillahirahmanirahim..


Eid mubarak ^^
Taqabbalallahu minna wa minkum.. :)

1 SYAWAL 1433H 
Alhamdulillah... Dah dua tahun dah... 
I Love being a niqabi... ^^

Syawal Tahun ni walaupun tak sama seperti pada tahun yang lepas2.. Namun sangat menenangkan diri ini... Dengan tarbiyah Ramadhan selama sebulan cukup mendewasakan... InsyaAllah... Lama menanti kehadiran Ramadhan untuk terus mentarbiyah diri bertahan dalam menghadapai setiap ujian.. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan... :)

Syawal tahun ini merupakan tahun kedua ammar berniqab (insyaAllah akan terus istiqomah). Walau banyak dugaan yang telah berlaku.. Diri tetap juga kuat menghadapai segalanya... Demi sebuah CINTA keatasNYA.. InsyaAllah...


*** Keep Istiqomah... 





Monday, August 6, 2012

Nuzul Al-Quran

Assalamualaikum wbt...
Bismillahirahmanirahim...

Alhamdulillah.. kita dah masuk ke suku Ramadhan... Terasa sekejap sangat kan bersama dengan Ramadhan. Dah nak berpisah dah.. Entah akan bertemu lagi atau tidak pada masa akan datang... :(( (InsyaAllah.. semoga bertemu dengan Ramadhan yang akan datang...) Doa sepanjang Ramadhan pada ketika ini.... 



17 Ramadhan 1433H. Umat islam memperingati ulang tahun yang ke 1401 malam nuzul quran (penurunan kitab al-quran) yang telah berlaku pada 610M. Bermula daripada kedatangan malaikat Jibrail menyampaikan wahyu yakni 5 ayat pertama surah Al-Alaq kepada baginda Rasulullah s.a.w di Gua Hirak pada 17 Ramadhan 610M. Al-Quran merupakan satu rahmat Allah yang paling besar kepada kita yang mengandungi peringatan, ilmu, pengajaran buat kita pada hari ini... Al-Quran adalah satu anugerah yang terindah buat kita dengan panduan, pemberitahuan dan segala ilmu yang mencakupi pelbagai bidang di dalamnya.. Terpulang kepada kita sahaja yang ingin mengakrbkan diri dengannya... Ingatlah bahawa sangat besar syafaatnya kepada kita di akhirat kelak.. InsyaAllah... 

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)
al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)


Friday, August 3, 2012

Nikmat Redha


Assalamualaikum wbt.... 




Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Lama rasanya tak meluah rasa kat blog tercinta ini... Bukan sekali dua membuka blog untuk berkarya.. Namun cetusan idea seolah-olah hilang begitu sahaja...

Sedikit perkongsian daripada seorang sahabat yang tersayang... :)

"Sayangi mereka yang menyayangimu, tapi jangan sakiti mereka yang sakitimu..."

Seseorang yang ada dalam hidup kita hanya milik Allah.
kita cuma pinjam.
Tapi hakikatnya segalanya Allah yang punya.

Jadi bila semua ini Allah yang punya, maka DIA berhak keatas segala sesuatu.
DIA berhak beri cinta & kasih sayang.
DIA juga berhak tarik balik semua itu.
Selalu juga ingat bahawa apa yang kita rasa terbaik itu belum pasti menjanjikan yang terbaik untuk kita.
Dan apa yg dirasa aib & menyakitkan itu tidak semestinya pahit di hujungnya.
Selalu ingat bahawa apa yg Allah buat untuk kita, adalah
yg terbaik untuk kita.
Dari situ kita akan mula belajar erti redha.... "

Kita sememangnya tidak mampu mengawal arah tiupan angin,
tetapi kita hanya mampu mengawal kemudi pelayaran kita... InsyaAllah :)


Benarlah.. Kita tidak mampu mengawal arah tiupan angin.. Tetapi kita mampu mengawal kemudi pelayaran kita... Diri ini pernah melalui perkara yg sedemikian... dan akhirnya saya menemui nikmat REDHA itu... Redha akan sebuah kehilangan... redha akan sebuah penipuan.. Redha dengan ujian yang Allah berikan... Dan semua itu menjadikan diri ini lebih tabah menghadapi kenyataan pada masa akan datang.... ^^

Bukan mudah untuk melupa... namun kita mampu untuk membina semua diri kita dengan yakin bahawa ALLAH ada buat kita... Cintaku Hanya UntukNya... InsyaAllah...


Saturday, July 7, 2012

Istimewanya Ramadhan

Assalamualaikum wbt... 
Bismillahirahmanirahim..




Alhamdulillah, setelah sekian lama tidak mencoretkan kata-kata indah buat blog Cintaku Hanya UntukNya kerana kekangan masa yang ada... InsyaAllah akan meneruskan berkarya untuk peringatan buat diri juga para pembaca yang mengikuti blog ammar... :) 

InsyaAllah, Cintaku Hanya UntukNya, Rinduku buat Rasulullah saw... Kasihku buat semua.... 

8.7.2012 bersamaan dengan 18 Syaaban 1433H.. Tak lama lagi TETAMU AGUNG akan menjelma... dan akan berkesempatan kah diriku untuk bersua dengannya?? AllahuRabb.. Terasa berdebar di hati, tubuh sedikit mengigil akan kerisauan sekiranya tidak berkesempatan dengan tetamu agung yang membawa pelbagai kerahmatan, keampunan, dan keberkatan... 


Istimewanya Ramadhan :

“ (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.” Surah Al-Baqarah ayat 185. 

Daripada Abi Hurairah, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan, dan berkira-kira(bersungguh-sungguh memperhatikan amalnya) maka diampunkan untuknya segala dosanya yang telah lalu” Hadith riwayat Bukhari, Muslim, Nasaai, Tirmizi, Abu Dawud dan Ahmad.

Rasulullah SAW bersabda:
“Apabila masuk sahaja malam pertama dari bulan ramadhan, terikatlah syaitan dan terpenjaralah jin, dan tertutuplah segala pintu neraka, dan tidak terbuka daripadanya walau satu pintu, dan terbukalah pintu-pintu syurga, dan tidak tertutup daripadanya walau satu pintu, dan menyerulah penyeru: Wahai orang yang mencari kebaikan, carilah! Wahai orang yang mencari keburukan, cukup-cukuplah dan Allah menjauhkan kamu dari neraka. Begitulah setiap malam” Riwayat Tirmizi dan Ibn Majah, dinilai Sohih oleh Al-Albani.

Ya Allah...
Sampaikanlah diriku, ahli keluargaku, para sahabatku juga semua umat islam di dunia ini kepada Ramadhan.. Amin
Ayuh kita menjadikan bulan ini wasilah untuk kita menjadi hamba yang mulia di sisi ALLAH. Kita fokus kepada diri sendiri, menjadikan DIRI SENDIRI lebih baik di pandangan ALLAH



Tuesday, June 19, 2012

Bersabarlah..... ^^




Bismillahirahmanirahim....

Bersabarlah....
Walau ia sangat melukakan hatimu..
Walau ia sangat melemahkan dirimu..
Walau kaki rasa kaku untuk berlari..
Bersabarlah kerana Allah...

Bila ada perkara yang meruntuhkan jiwamu
Adukanlah kepadaNya tanpa segan silu..
Bila ada perkara yang engkau rasa tidak mampu..
mohonlah kekuatan dariNya agar engkau tahu
DIA tidak pernah tidak tahu

Saturday, June 9, 2012

Belajar daripada peristiwa :)

Assalamualaikum wbt...
Bismillahirahmanirahim...



Kisah 1

~ "Ummi..." Tiba-tiba seorang anak kecil memeluk kaki ammar dari belakang.. Menggenggam erat tak nak lepas.. Ammar terpana, "anak sape pula ni??" Hati berkata... Allahu Rabb.. Ada yang salah ummi ni... hihi 

Kisah 2


~"Mak.... hantu.. hantu... hantu.." seorang kanak-kanak yang melihat ammar semasa menunggu bus nak balik rumah selepas waktu kerja... Allahu Rabb... "Jadi hantu lah pulak hari ni" gelak dalam hati je.. (camne tu??)

Kisah 3 

~"Orang arab dah datang...., Ninja... Ninja King... " Begitulah kata-kata yang akan menyambut kedatangan ammar bila  sampai je ke jeti pulau tempat ammar mengajar... 

Pengajaran daripada setiap kisah... 

Ammar bercerita mengenai perkara yang menjadi kebiasaaan kepada para niqobi rasanya... :) Tapi apa kata kita melihat daripada pengajaran yang kita perolehi daripada setiap kisah baerlaku keatas diri kita pada hari ini.. Alhamdulillah, kita masih mampu memandang perkara positifnya.. Jangan pandang hanya pada negatifnya perkara tersebut.. :) 

Kisah 1


Anak kecil yang berumur sekitar 5-6 tahun rasanya... Dah terbiasa dengan orang berniqob bila melihat kepadanya... Dia memeluk ammar seoelah-olah ammar adalah umminya yang sebenar.. Lama dia menyedari bahawa ammar bukanlah umminya yang sebenar.. Hal ini kerana umminya juga berniqob.. Anak-anak, apalah yang terlihat dihadapannya selama ini disedut habis dan disimpan rapi diminda bahawa umminya adalah orang yang berniqob... Anak-anak yang terbiasa dengan pakaian sunnah, majlis ilmu, mereka tidak akan pernah merasa asing apabila bertemu dengan kita.. :) Sempat berkenalan dengan umminya... "Takpe kan ammar jadi ummi buat dia.. Heheh... :)" Ukhwah terbina lagi... Alhamdulillah... 

Kisah 2


Hantu??? Allahu Rabb, SABAR jelah dengar yer... Nak marah... bukan anak ammar nak marah... hihi.. Tapi.. ammar dapat melihat satu perkara, bahawa anak kecil berumur 8 tahun itu tidak pernah mengenali mereka yang ada sehelai kain di wajahnya... .. Persekitaran kehidupan dia agaknya yang menjadikan dia melihat kita sebagai hantu.. Lagipun dah menjadi suatu perkara biasa pada hari ini, menakut-nakutkan anak dengan HANTU dan bukan TUHAN yakni ALLAH SWT. Apatah lagi memperkenalkan mereka dengan sunnah, rasanya terlalu jauh bagi mereka.. Wallhua'lam.. Kita sebagai ibu-bapa harus bertanggungjawab atas kecelaruan mida anak-anak kita... Janganlah kita menakut-nakutkan mereka dengan perkara-perkara yang sedemikian.. Ajarkanlah mereka ajaran agama dengan baik dan betul... biasakan mereka dengan sunnah.. InsyaAllah. kitalah yang akan menjadi umat Rasulullah SAW yang sebenar kelak.. Yang dirinduinya dan dikasihinya... InsyaAllah... 

Kisah 3


Orang Arab... Ninja... Ninja king...  Perkara biasa rasanya bagi kita niqobis.. :) . Bila  kita hanya melihat niqob itu hanya untuk orang arab sahaja.. maka wujudlah perkara sedemikian.. Bila orang tak mengenal pakaian para sahabiah maka pakaian kita adalah pelik bagi mereka... :) Panggilan ninja... cukup bisa menyentap rasa.. Tapi jangan terus melatah.. Mereka dah terbiasa dengan pakaian ninja yang menjadi hiburan semat-mata tanpa sebarang faedah mahupun pahala daripada kisah ninja yang disajikan kepada mereka... Ninja pun ninjalah... Yang penting saya bahagia... :) 

Akhir kalam... Tak perlu terus menghukum. Belajarlah mengenal terlebih dahulu... Tak kenal maka tak cinta.. I love Niqob :) 

Wednesday, June 6, 2012

Ilmu Rumahtangga :)




Bismillahirahmanirahim... 

Sedikit perkongsian daripada sahabat di laman 'muka buku' tentang didikan kepada anak-anak.. Semoga bermanfaat.. Perkara yang perlu kita lakukan apabila bergelak ummi dan abi kelak.. InsyaAllah.. Sedikit penambahan hadis daripada pembacaan ammar dalam buku " Jalan Wanita Menuju Ke Syurga" :). 

AYAH/IBU/ABI/UMMI

Jangan AJAR anak-anakmu menari, ajarkan mereka tunaikan SOLAT..

Sabda Rasulullah SAW: "Suruhlah anak-anakmu menjalankan ibadah solat jika mereka sudah berusia tujuh tahun. Dan jika mereka sudah berusia sepuluh tahun, maka pukullah mereka jika mereka tidak mahu melaksanakan solat dan pisahkanlah tempat tidur mereka.. " (riwayat Abu Daud)

Jangan AJAR anak-anakmu menyanyi, ajarkan mereka baca QURAN..

Sabda Rasulullah SAW : "Didiklah anak-anak kamu tiga perkara: Mencintai NABI kamu. mencintai Ahli BAITnya dan membaca Al- QURAN. SEbab orang-orang yang memelihara Al-Quran itu berada dalam lindungan singgahsana Allah pada hari yang tiada perlindungan selain daripada perlindunganNya berserta pada Nabi-Nya dan orang-orang yang suci. " (riwayat Ath Thabrani) 

Jangan AJAR anak perempuanmu berdandan dan berhias dengan 'makeup' serta fesyen terkini, ajarkan mereka memakai HIJAB dan tutup AURAT..

Firman Allah SWT yang bermaksud : "Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka manahan pandangannya dan memlihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak daripadanya. ~An Nur : 31~

Jangan AJAR anak-anakmu menjadikan idola artis dan penyanyi, ajarkan mereka bahawa para SAHABAH dan SAHABIAH merupakan CONTOH TERBAIK...

Dirimu akan ditanya tentang apa yang dikau ajarkan ahli keluargamu di Hari Pengadilan kelak,
hari di mana setiap manusia tidak akan kenal saudara malah ibu dan ayahnya sendiri.
Maka bersedialah agar timbangan amalmu tidak dibebani dengan dosa-dosa yang disebabkan oleh mereka di bawah tanggunganmu tidak mematuhi perintah ALLah SWT..

Bila setiap kali terpaksa diulang-ulang menyuruh anak-anak solat atau menegur mereka agar berbuat baik dan tidak berbuat nakal dsbnya, memang seolah-olah kita membebel pada mereka. Kekadang terasa beban didada dan sesak dibuatnya. Dan ingatlah sabda Rasulullah SAW: " Setiap anak yang dilahirkan itu telah membawa fitrah beragam (perasaan percaya kepada Allah). Maka kedua orang tuanyalah yang menjadikan anak tersebut beragama Yahudi atau Majusi. " (Riwayat Al Bukhari)

Menurut Ustazah Norhafizah Musa, anggaplah setiap teguran dan suruhan yang diulang2 itu sebagai dakwah. Bila niat mendidik, InsyaAllah akan mendapat pahala.Kalau seorang anak diulang berpuluh kali supaya solat, bila perlu diulang2 pada 3 orang anak contohnya, bayangkan betapa banyaknya pahala ibu & ayah yang menegur dan memantau pendidikan akhlak dan amalan agama mereka! Subhanallah...
Pada masa yang sama, UTAMAkan memuji kelebihan mereka. Ulang-ulangkan disebut kebaikan mereka dihadapan adik-beradik agar mereka rasakan diri mereka sentiasa dihargai...

insyaALLAH Wallahu a'lam  :) 




Inikah Cinta



Assalamualaikum wbt.. 



Sebuah Perkongsian... :) 

Bismillahirahmanirahim....

Kerana cinta dalam PERNIKAHAN sesungguhnya merupakan 


Sebuah KEPUTUSAN.....
Dan bukan cuma PERASAAN...

Jika ia sebuah cinta.....
Ia tidak mendengar...
Namun senantiasa BERGETAR...

Jika ia sebuah cinta
Ia tidak buta..
namun senantiasa MELIHAT & MERASA....

Jika ia sebuah cinta
Ia tidak menyiksa..
namun senantiasa MENGUJI...

Jika ia sebuah cinta
Ia tidak memaksa..
namun senantiasa BERUSAHA....

Jika ia sebuah cinta
Ia tidak canteq..
namun senantiasa MENARIK...

Jika ia sebuah cinta
Ia tidak datang dengan kata-kata..
namun senantiasa menghampiri dengan HATI....

Jika ia sebuah cinta
Ia tidak terucap dengan kata..
namun senantiasa HADIR dengan sinar mata..

Jika ia sebuah cinta
Ia tidak hanya berjanji..
namun senantiasa mencuba MEMENANGI......

Jika ia sebuah cinta
Ia mungkin tidak suci..
namun senantiasa TULUS & SUCI

Jika ia sebuah cinta
Ia tidak hadir kerana permintaan..
namun hadir kerana KETENTUAN......

Jika ia sebuah cinta
Ia tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan...
namun hadir kerana PENGORBANAN & KESETIAAN.......

CINTAIlah pasanganmu, seperti dikau ingin diCINTAI olehnya... Setialah pada pasanganmu seperti dikau ingin menDAPATkan kesetiaannya...CInta sentiasa untuk MEMILIKI & DIMILIKI...Tetapi CINTA itu akan segar mewangi kiranya CINTA kpd ALLAH yang telah diraih terlebih dahulu.....


Cinta yang SEJATI mengandungi kasih sayang,keharmonian,penghargaan & kerinduan di samping bersedia menempuh kehidupan susah dan senang,suka dan duka bersama-sama. Itulah maknanya PERNIKAHAN..



***** Amik dari note Kak IZA.... :)

Thursday, May 31, 2012

Al- Fatihah buat Ayah








Bismillahiramanirahim...

1 JUN 2012 
Dah 5 tahun kepergian Ayah.. Al-Fatihah. 
Dalam 5 tahun ni.. ada banyak perkara yang telah berlaku kepada anak bongsunya ni... 
Dia dah membesar menjadi orang yang lebih dewasa... 
Dia dah berkelulusan Ijazah Sarjana Muda 
Sekarang dia dah menjadi seorang cikgu tadika.. 
Hanya satu sahaja lagi... InsyaAllah... :)

Dahulu...
Dia kecik je pada ayah..
Setiap perkara, semuanya merujuk pada ayah
Ibu, tak semua perkara..
Membesar dengan kemanjaan pada ayah...

Dalam 5 tahun kepergian ayah..
Allah menguji dia dengan hilangnya ayah..
Allah mengubat dengan kejayaan yang didamba ayah..
Allah memberi lagi suatu perkara..
Yang tidak semua mampu terima..
Diri terasa teruji.. Terdetik pada hati... 
"Andai ayah ada.. semua takkan jadi macam ni.."
Allahu Rabb... Terleka dengan rasa rindu... 
Bila diri teruji.. itu tanda DIA kasih... :)

Alhamdulillah...
Semoga ayah berbanggan nanti..
Hasil didikan ayah.. 
Diri ini menjadi seperti kini..
Ayah... 
Semoga ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. 
Nantikan kehadiran anakmu di sana nanti... InsyaAllah...



*** Perkara yang paling dikesalkan.. Tiada satu gambar pun yang ammar pernah amik bersama arwah ayah... :( 


Berani BERUBAH

Assalamualaikum wbt
Bismillahirahmanirahim...

Semalam tengah on9 Fb, terima msg daripada seorang sahabat lama yang meminta kata-kata semangat untuk dia menghadapi ujian yang dia hadapi ketika ini.. Dia sangat-sangat memerlukan seseorang ketika ini yang mampu untuk memandu arah tujunya... Dan seterusnya membantu dia untuk berubah menjadi yang lebih baik...

Berubah bagi mereka tak mudah... Namun tiada yang sukar sekiranya kita berusaha.. ^^ (Man Jadda Wajada barang siapa yang bersungguh-sungguh akan berhasil... ) Dan hanya Allah SWT sebaik-baik penilai usaha kita...


BERANI BERUBAH

Langkah untuk berubah adalah daripada diri kita sendiri.. NIAT yang paling diutamakan.. Pasang NIAT untuk berubah dari yang kurang baik kepada baik.. Baik kepada yang lebih baik.. dan Lebih baik kepada yang Terbaik... Tiada yang mustahil sekiranya kita melakukannya dengan penuh keazaman dan kesungguhan. Niat kan segalan perbuatan kita adalah LILLAHITAALA.. (kerana Allah Taala..) InsyaAllah akan dipermudahkan segalanya... Ingatlah bahawa matlamat hidup kita adalah untuk mendapatkan Redha Allah SWT.. ^^ 

Solat sunnat TAUBAT.. Inilah yang harus kerap kita lakukan.. Mohon bersungguh-sungguh kepada Allah akan keampunanNya.. Semoga dosa kita akan terhapus atas rasa kasihNya juga atas permohonan TAUBAT daripada diri kita.. InsyaAllah Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.. :)

Seterusnya, rajinkan diri menghadirkan majlis ilmu di mana sahaja yang kita berkesempatan untuk menghadirinya.. Dengar ceramah-ceramah untuk menambahkan ilmu pada diri sama-ada secara langsung mahupun tidak langsung melalui media sedia ada pada hari ini. Mudah untuk kita mendapatkannya pada hari ini.  Melalui perkara ini, kita akan bertemu dengan sahabat-sahabat yang mencintai ilmu dan kita dapat bergaul dengan sahabt-sahabt yang baik.. InsyaAllah. Dan mereka akan memandu kita ke arah yang lebih baik.. 

Akrabkan diri dengan Al-Quran, jadikan lah Al-quran itu sahabat baik.. Baca dan fahami setiap apa yang terkandung di dalamnya.. Ia adalah anugerah yang paling besar buat kita.. Amat rugilah bagi mereka yang tidak menjadikan ia sebagai sahabt baik mereka... Ibadah khusus kita perhebatkan lagi, Solat FARDHU hendaklah kita jaga... Jika sebelum ini kita kerap solat dihujung-hujung waktu, janganlah kita melakukan perkara yang sama lagi.. Ibadah sunnat pun kita perbanyakkan, kerana itu yang membantu kita untuk terus dekat padaNya... 

Yakinlah pada ALLAH SWT.. Hidayah itu perlu dicari.. Dan beruntunglah mereka yang diberikan hidayah olehNya... :) Allah menghadirkan hidayahNya dalam pelbagai bentuk dan cara.. Namun semuanya adalah asbab atas ketentuanNya... :) 

Berani berubah, tiada yang susah.. Jangan risau anda berseorangan kerana Allah sentiasa ada buat kita.. Asing bukan penghalang jiwa untuk tenteram.. Allah adalah sebaik-baik tempat pengaduan.. Berubahlah demi REDHANYA.... Usah kita membiarkan lagi diri kita dibelnggu dosa dan nafsu semata... 

Buat Sahabatku... Ujian yang Allah berikan itu adalah suatu teguran kepada kita... Lihatlah ujian itu sebagai suatu hidayah daripada Allah SWT untuk kita memulakan perubahan menjadi hambaNya yang lebih baik... 

Wahai orang-orang yang beriman! bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya) dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). dan (sekali lagi diingatkan) bertaqwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah amat meliputi pengetahuannya akan segala yang kamu kerjakan (Surah al-hasyr 59:18).

Renungkan ayat ini ke dalam diri kita... Berimankah kita?? Apakah bekalan kita sudah mencukupi?? 
Semoga Hidayah Milik Kita... InsyaAllah.... 

Saturday, May 26, 2012

Salam Sayang



Assalamualikum wbt
Bismillahirahmanirahim....

Salam Kerinduan buat sahabat2ku... Semoga persahabatan ini akan berkekalan hingga ke Syurga.. InsyaAllah.. ^^<3

Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Apabila seseorang dari kamu sayangkan saudaranya pada jalan Allah, maka hendaklah ia memberitahunya, sesungguhnya perbuatan memberitahu itu dapat lebih mengekalkan kemesraan dan menguatkan lagi kasih sayang."~
{Diriwayatkan oleh Ibn Abi ad-Dunya,Imam Ahmad dan al-Bukhari dan perawi yang lain dari mereka} 



Apabila terjalin PERSAHABATAN maka ada beberapa HAK KEWAJIPAN yang mesti diJAGA dan diSEMPURNAkan.Antaranya ialah seperti berikut: 

1) Hendaklah ia MENCINTAI sahabatnya seperti ia mencintai dirinya sendiri dan tidak melebihkan dirinya sendiri dari sahabatnya itu.

2) Hendaklah ia memberi SALAM, BERJABAT tangan*(lelaki dgn lelaki & perempuan dgn perempuan bkn sebaliknya),bercakap dengan lemah lembut bila bertemu sahabatnya itu.
Nabi SAW bersabda yang ertinya:
"Apabila dua orang Islam berjabat tangan, belumpun sempat kedua-dua tapak tangan kedua-dua orang itu berpisah, Allah telah mengampunkan dosa kedua-dua orang itu."~
{Riwayat at-Tabrani}

3) Hendaklah ia bercampur gaul dengan para sahabatnya itu dengan AKHLAK yang baik iaitu ia bermuamalah dengan mereka itu penuh KASIH SAYANG dan BELAS KASIHAN sebagaimana yang ia sukai sahabat2nya itu melayannya.



Allah berfirman memuji Nabi SAW yang bermaksud:
"Dan sesungguhnya engkau (Muhammad) berakhlak dengan akhlak yang agung."~{Surah al-Qalam, ayat 4} 

Nabi SAW bersabda:
"orang mukmin yang paling sempurna iman ialah mereka yang paling baik akhlaknya."~{Riwayat at-Tirmidzi}

4) Hendaklah ia bersifat tawadhuk atau merendah diri terhadap para saudaranya, kerana Allah berfirman:
"Dan hendaklah engkau merendahkan diri terhadap orang-orang yang beriman."~{Surah al-Hijr, ayat 88}

**** Sayang semua <3
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...