Saturday, January 28, 2012

Tanda-tanda orang taqwa ^^

Bismillahirahmanirahim.... 

Sabda Rasulullah SAW : 
"Bertaqwalah kepada Allah di mana sahaja kamu berada dan gantikanlah itu dengan kebaikan, tentu kebaikan itu akan menghapuskannya, dan pergaulilah sesama manusia dengan akhlak yang baik" ~HR. Tarmizi..~

LOve ALLAH ^^


Perkongsian buat para sahabat... 
Sesungguhnya di antara tanda-tanda orang yang bertaqwa itu adalah.. : 

~ Beriman kepada Allah
~ Beriman kepada para malaikat
~ Beriman kepada kitba-kitab Allah 
~ Beriman kepada Rasul
~ Beriman kepada hari akhirat
~ Beriman kepada takdir
~ Mendirikan solat
~ Menunaikan zakat
~ Memberikan harta yang dicintainya kepada kaum kerabatnya
~ Sabar dalam menghadapi kesempitan hidup
~ Menepati janji
~ Benar dalam keimannanya kepada Allah
~ Mengagungkan syiar agama Allah
~ Menginfakkan harta dalam keadaan senang dan dalam keadaan susah
~ Menahan rasa amarah
~ Memaafkan kesalahan orang lain
~ Beriman kepada perkara yang ghaib, sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Allah dan RasulNya... 

Sekiranya sifat-sifat ini telah berada di hati kita maka peliharalah ia, jangan biar ia hilang dari diri kita... Berusahalah selalu untuk memastikan ianya sentiasa ada di dalam diri kita... ^^ Sesungguhnya, beruntunglah kita kerana kita akan mendapat keberuntungan di dunia dan juga di akhirat.. InsyaAllah... 
Wallhua'lam...


*** Good Luck Ammar.... ^^

Thursday, January 26, 2012

Untukmu Wardah. ^^


Assalamualaikum wbt
Bismillahirahmanirahim.... 

Wardah…
Selembut bicaramu, sehalus sentuhanmu
Secantik wajahmu, seindah namamu..
Dirimu bisa melemahkan iman..
Seorang insan bernama Adam..
Hanya kerana dikau bergelar wanita. 


Wardah...
Dirimu terletak jauh di singgahsana suci 
Dipagari dengan tembok berduri..
Suci dari segala noda dan dosa..
Dibajai dengan wadah kasih-sayang..
Disirami dengan air mata keinsafan 
Hatta suci mewangi selamanya..
Semerbak harum wangian kasturi. 
Wardah...
Hiasilah dirimu dengan akhlak mahmudah
Basahkanlah bibirmu dengan lafaz zikrullah..
Serikanlah wajahmu dengan titisan wudhu’..
Jadikanlah malu itu mahkota hiasanmu
Jua perisai buat dirimu.. 


Wardah...
Bisakah Adam menagih secebis cintamu 
Meraih sentuhan kasih-sayangmu..
Andai dikau membisu seribu bahasa..
Dalam ketulusan cinta yang kau harapkan..
Pada KhaliqMu… Rabbul Izzati 
Bisakah wardah??


Wardah...
Jadilah dirimu bunga yang suci
Sebagai mawar inspirasi setiap mujahid
Menuju lorong-lorong kebenaran..
Kerana di sana..
Telah tercipta satu jalan untukmu
Menuju taman yang kekal abadi…
Dalam redha Ilahi

Sunday, January 22, 2012

Bersyukurlah.... Manfaatkanlah masa yang ada... ^^

Bismillahirahmanirahim...

"Bukanlah buta sesungguhnya hati 

 yang tidak mampu menangkap cahaya 
 namun yang buta itu adalah hati yang tidak mahu

 menerima nasihat yang berharga buat dirinya..... " 

Bersyukurlah anda.. ada lagi yang mahu mengingatkan..
Bersyukurlah anda... ada lagi yang ingin membantu membetulkan kesilapan..
Bersyukurlah anda.. bila ujian dihadirkan...
Bersyukurlan anda... masih mampu menikmati keindahan dunia..
Bersyukurlah anda... atas segala nikmat yang diberikan olehNya... 

Alhamdulillah... Terima Kasih Ya RABB

"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu : Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amaltlah keras... " ~ Ibrahim : 7~

Mampukah anda menidakkan segala yang anda nikmati pada hari ini bukan milikNya... ??
Mampukah anda melakukan perkara yang dilarang olehNya dalam senang lena anda berpijak dibumiNya??
Mampukah anda menolak kehadiran malaikat Izrail bagi melaksanakan tugasnya??
Tepuk dada.. Tanya diri.. 
Tebalkah Iman, banyakkah amalan... 
Sudahkah bertaubat... sesudah melakukan maksiat...
Wallahua'lam... 

"Adapun orang yang takutkan keadaan semasa dia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalannya)  serta dia menahan dirinya daripada menurut hawa nafsu; maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya.." ~ An-Nazi'at:40-41~


*** Memanfaatkan waktu yang ada sebaiknya.. InsyaAllah..

Isteri Solehah Tunjang Rumah Tangga

Assalamualaikum Wbt..
Bismillahirahmanirahim...

"Bagi seorang Mukmin, setelah bertakwa kepada Allah SWT tidak ada sesuatu yang terbaik , selain isteri yang solehah, iaitu isteri apabila disuruh, dia mentaatinya, apabila dipandang mengembirakannya, apabila diberi janji diterimanya dan apabila ditinggalkan pergi dirinya dijaga dengan baik begitu juga harta suaminya... " 
~Hadis Riwayat Ibn Majah~




Berdasarkan hadis di atas, jelas bahawa seorang wanita solehah semestinya adalah amanah dan berkeupayaan menjaga maruah diri. Dalam kehidupan berkeluarga, isteri adalah nakhoda dalam rumah. Isteri merupakan penenang jiwa, tempat bermanja suami, tempat luahan segala yang tersemat di dalam hati lelaki yang bernama suami.. Cukup untuk menghilangkan rasa penat seharian biarpun hanya dengan menjenguk leher beberapa minit. Isteri adalah pasangan hidup, pengatur rumah tangga, ibu daripada anak-anak yang dilahirkan dan tempat mereka mengadu nasib.

Suami adalah CEO dalam rumahtangga, isteri adalah pembantu peribadi (PA) kepada suami.. ^^  Oleh itu.. seorang isteri haruslah menjaga adab, tata tertib dan kemuliaan sebagai isteri. Perilaku yang tidak manis akan menyebabkan fungsi seorang ibu yang menjadi tunjang kebahagian sesebuah rumahtangga akan goyang. ^^ Namun yang sedemkian, suami haruslah mendidik isteri untuk menjadi isteri solehah di matanya dan di mata penciptaNya. Mendamba redha Ilahi bersama.. Usaha haruslah selari bersama... ^^ 


*** ^_^ InsyaAllah.. Usaha tangga kejayaan Ammar... 

Saturday, January 21, 2012

Puisi Hati ^^


Assalamualaikum wbt..


Sabda Rasulullah s.a.w
“Perbanyakkanlah membaca "La Haula Wala Quwwata Illa Billah" kerana sesungguhnya bacaan ini adalah UBAT bagi 99 penyakit, yang mana penyakit paling ringan adalah kebimbangan”
{Riwayat Al-Uqaili melalui jabir r.a.} 

Wallahua'lam

~Hasbunallahu wa ni’mal wakiil ni’mal maula mani’man nashir~

Ya Rabb…
Semua datangnya dari Engkau dan 
semua akan kembali kepada Engkau, 
maka aku serahkan semua rasa ini kepada-Mu Ya Rabb… 
Kuatkanlah aku menghadapi setiap ujian yang Engkau berikan, 
Ikhlaskanlah hati aku untuk menerima 
setiap takdir yang Engkau tuliskan kepada aku.
Hanya Engkau Ya Rabb yang mengetahui 
dengan benar dalamnya hati aku 
maka aku memohon tuntunlah diri ini 
untuk tetap berada dalam kebenaran-Mu 


Diriku... 
Jangan pernah lelah dalam berdoa..
Yakinlah pada janji-janjiNya...
Setiap yang engkau inginkah adalah mudah untuk diperkenankan olehNya..
Namun... sungguh DIA lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya.. 
Ku serahkan segalanya padaMu Ya Rabb..
selangkah diri ini kepadaMu...
seribu langkah Engkau datang kepadaku..


Aamiin Allahumma Aamiin insyaALLAH...


**** Tersenyum indah kerana KasihNya...
         Hati riang bertasbih menyebut NamaNya..

Tuesday, January 17, 2012

Dariku untuk diriku.. ^^

Assalamualaikum wbt..
Bismillahirahmanirahim..

Sekian lama tak melakar kata di laman Cinta... Baru sahaja berkesempatan untuk berbicara 
di ruang yang sedia  ada pada waktu yang sedikit.... ^^ 
Catatan pertama di tahun 2012... ^^ Takde apa yang ingin diperkatakan.. cuma permulaan tahun yang sangat mencabar.. dengan kesihatan yang tak seberapa terjaga.. Sungguh diri ini diuji dengan dikurangkan nikmat sihat... untuk menghargai nikmat sakit... ^^ Alhamdulillah, akan lebih menghargai kesihatan diri.. 

Alhamdulillah, tahun ini permulaan tahun kerjaya buat diri ini sebagai pendidik.. walaupun keluar dari bidang yang dipelajari selama 3 tahun sebelum ini.. InsyaAllah akan digalas dengan sebaiknya.. Ameen... 
(Doakan diriku.. ) 



Buat diriku.... 

‎Kadang2 manusia mudah putus asa akan rahmat ALLAH sebelum melakukan sesuatu, 
kadang2 manusia terlalu mahukan yang terbaik tanpa berusaha yang terbaik, 
kadang2 manusia jahil dalam ilmunya tanpa berusaha memperbaikinya, Ingatlah....Keberkatan dalam hidup ini perlukan hijrah ke arah yang makruf.
Segala hijrah yang kita lakukan ke arah yang baik pasti ALLAH berkati. 

Rasulullah S.A.W pernah bersabda, 'Sebaik-baik manusia itu adalah yang bermanfaat'. 

Dan untuk menjadi orang yang bermanfaat, tidak semestinya kita perlu jadi orang yang berjaya, bekerjaya dan berpengaruh tetapi bermanfaat untuk segala kebaikan atas dunia ini. 

Dan.. jadilah orang yang bermanfaat untuk orang lain ea Ammar... ^^ 

*** No idea nk update pape...
       Masa tak banyak nak melakar kisah cintaku untukNya disini..
       Cintaku mekar untukMU selalu.. InsyaAllah.. ^^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...