Sunday, January 22, 2012

Isteri Solehah Tunjang Rumah Tangga

Assalamualaikum Wbt..
Bismillahirahmanirahim...

"Bagi seorang Mukmin, setelah bertakwa kepada Allah SWT tidak ada sesuatu yang terbaik , selain isteri yang solehah, iaitu isteri apabila disuruh, dia mentaatinya, apabila dipandang mengembirakannya, apabila diberi janji diterimanya dan apabila ditinggalkan pergi dirinya dijaga dengan baik begitu juga harta suaminya... " 
~Hadis Riwayat Ibn Majah~




Berdasarkan hadis di atas, jelas bahawa seorang wanita solehah semestinya adalah amanah dan berkeupayaan menjaga maruah diri. Dalam kehidupan berkeluarga, isteri adalah nakhoda dalam rumah. Isteri merupakan penenang jiwa, tempat bermanja suami, tempat luahan segala yang tersemat di dalam hati lelaki yang bernama suami.. Cukup untuk menghilangkan rasa penat seharian biarpun hanya dengan menjenguk leher beberapa minit. Isteri adalah pasangan hidup, pengatur rumah tangga, ibu daripada anak-anak yang dilahirkan dan tempat mereka mengadu nasib.

Suami adalah CEO dalam rumahtangga, isteri adalah pembantu peribadi (PA) kepada suami.. ^^  Oleh itu.. seorang isteri haruslah menjaga adab, tata tertib dan kemuliaan sebagai isteri. Perilaku yang tidak manis akan menyebabkan fungsi seorang ibu yang menjadi tunjang kebahagian sesebuah rumahtangga akan goyang. ^^ Namun yang sedemkian, suami haruslah mendidik isteri untuk menjadi isteri solehah di matanya dan di mata penciptaNya. Mendamba redha Ilahi bersama.. Usaha haruslah selari bersama... ^^ 


*** ^_^ InsyaAllah.. Usaha tangga kejayaan Ammar... 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...