Saturday, January 21, 2012

Puisi Hati ^^


Assalamualaikum wbt..


Sabda Rasulullah s.a.w
“Perbanyakkanlah membaca "La Haula Wala Quwwata Illa Billah" kerana sesungguhnya bacaan ini adalah UBAT bagi 99 penyakit, yang mana penyakit paling ringan adalah kebimbangan”
{Riwayat Al-Uqaili melalui jabir r.a.} 

Wallahua'lam

~Hasbunallahu wa ni’mal wakiil ni’mal maula mani’man nashir~

Ya Rabb…
Semua datangnya dari Engkau dan 
semua akan kembali kepada Engkau, 
maka aku serahkan semua rasa ini kepada-Mu Ya Rabb… 
Kuatkanlah aku menghadapi setiap ujian yang Engkau berikan, 
Ikhlaskanlah hati aku untuk menerima 
setiap takdir yang Engkau tuliskan kepada aku.
Hanya Engkau Ya Rabb yang mengetahui 
dengan benar dalamnya hati aku 
maka aku memohon tuntunlah diri ini 
untuk tetap berada dalam kebenaran-Mu 


Diriku... 
Jangan pernah lelah dalam berdoa..
Yakinlah pada janji-janjiNya...
Setiap yang engkau inginkah adalah mudah untuk diperkenankan olehNya..
Namun... sungguh DIA lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya.. 
Ku serahkan segalanya padaMu Ya Rabb..
selangkah diri ini kepadaMu...
seribu langkah Engkau datang kepadaku..


Aamiin Allahumma Aamiin insyaALLAH...


**** Tersenyum indah kerana KasihNya...
         Hati riang bertasbih menyebut NamaNya..

4 comments:

amy1906 said...

andai hati aku setabah kamu ammar.....

Ammar Wajidah said...

berusahalah mendidik hati untuk terus bertabah... ^^
InsyaAllah.. DIA akan sentiasa membantu dirimu untuk mengemudi hati mu.. Ya penting, Teruslah berdoa kepadaNYA... :)
Semoga Ukhti akan diberikan kekuatan hati untuk terus berdiri menempuh dugaan yang direncana olehNya untukmu... :)

Blossom Heart said...

share entry awk leh..sgt bermakna buat sy...

Ammar Wajidah said...

Boleh je... :)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...