Thursday, January 26, 2012

Untukmu Wardah. ^^


Assalamualaikum wbt
Bismillahirahmanirahim.... 

Wardah…
Selembut bicaramu, sehalus sentuhanmu
Secantik wajahmu, seindah namamu..
Dirimu bisa melemahkan iman..
Seorang insan bernama Adam..
Hanya kerana dikau bergelar wanita. 


Wardah...
Dirimu terletak jauh di singgahsana suci 
Dipagari dengan tembok berduri..
Suci dari segala noda dan dosa..
Dibajai dengan wadah kasih-sayang..
Disirami dengan air mata keinsafan 
Hatta suci mewangi selamanya..
Semerbak harum wangian kasturi. 
Wardah...
Hiasilah dirimu dengan akhlak mahmudah
Basahkanlah bibirmu dengan lafaz zikrullah..
Serikanlah wajahmu dengan titisan wudhu’..
Jadikanlah malu itu mahkota hiasanmu
Jua perisai buat dirimu.. 


Wardah...
Bisakah Adam menagih secebis cintamu 
Meraih sentuhan kasih-sayangmu..
Andai dikau membisu seribu bahasa..
Dalam ketulusan cinta yang kau harapkan..
Pada KhaliqMu… Rabbul Izzati 
Bisakah wardah??


Wardah...
Jadilah dirimu bunga yang suci
Sebagai mawar inspirasi setiap mujahid
Menuju lorong-lorong kebenaran..
Kerana di sana..
Telah tercipta satu jalan untukmu
Menuju taman yang kekal abadi…
Dalam redha Ilahi

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...