Sunday, February 26, 2012

Kerana Niqob

Assalamualaikum wbt
Bismillahirahmanirahim

Bukan diriku

Ingin bercerita mengenai satu kisah 'wanita purdah' ^^ (bukan diriku) 

Beberapa hari yang lepas, kakak ammar yang sulung bertanya, lebih kurang begini :
Kakak : "adeq, ko tidak kena amaran kah oleh penyelia kamu?? " (baca dalam loghat sabah) Hehe..
Ammar : Amaran apa ya?? o0o pasal purdah kah?? (mentafsir dalam fikiran sendiri)
Kakak : Iya, Cikgu di sekolah tu sudah di bagi surat amaran ke tiga oleh guru besar suruh buka purdah. Banyak kali dah dia dibagi amaran tetap juga dia pakai.. 
Ammar : Hah... knp pulak mmacam tu??
Kakak : Iyalah, tiada dalam pekliling penjawat awam yang dibenarkan pakai purdah masa mengajar kan.. 
Ammar: Iyakah?? Apalah bah salahnya juga mau pakai... Masa mengajar di buka juga kan.. Bukan juga menyusahkan siapa-siapa pun.. 
Kakak : Tapi, sudah dia kena potong gaji sebab melanggar arahan majikan konon
Ammar : Melampau lah juga tu... Sampai potong gaji.. 
Kakak : Guru besar pernah panggil lagi suami cikgu tu, bagi amaran juga suruh isterinya buka purdah tu. Tapi suaminya jawab, "Kalau cikgu (guru besar) mau potong gaji saya dan isteri kerana isteri saya memakai purdah ke sekolah terpulanglah.. Saya tidak kisah, dan saya tidak akan biarkan dia buka purdah tu" 
Ammar : Alhamdulillah.. Baguslah begitu..  pentadbir tidak pandai mahu faham.. bukan juga menyusahkan dia. Hanya sehelai kain kecil di wajah.. tidak menjejaskan pun sesi pembelajaran. 
Kakak : Ndak tawlh macam mana sekarang ni.. mungkin ustaz dan cikgu tu akan dipindahkan.. 
Ammar : Andai itu yang lebih baik... alhamdulillah. kerana itu lebih membantu dia untuk istiqomah dalam niqobnya.. Duduk di dalam pentadbir yang tidak mahu bertolak ansur sangat menyedihkan.. Tertutup kah hati mereka?? wallhua'lam..

Beginilah situasi yang dihadapi oleh sebahagian niqobis yang memegang jawatan di dalam kerajaan.. (penjawat awam). Macam ammar sendiri, alhamdulillah pihak atasan boleh bertolak ansur memandangkan ammar seorang sahaja yang berniqob. Walau pun sekali sekala terpaksa membuka niqob bila harus bertemu dengan Ketua pengarah mahupun pengarah jabatan ataupun terlibat dengan pergerakan menteri... Bila keadaan itu berlaku.. sedih menyelubungi diriku... Terasa menjadi orang lain ketika itu.. Allahu Rabb.. Bukan mempermainkan kain kecil itu.. tapi situasi menjadikan diriku melakukan perkara itu... Bukan tidak istiqomah, tapi bila tersepit dengan keadaan.. hanya padaMu aku mampu mengadu.. Tiada yang lebih memahami  diri kita selain DIA yang Maha Mengetahui... dan lagi Maha Mengerti.. ^^ 

Namun di dalam keterpaksaan, terbit rasa syukur yang ammar diberi peluang dan mendapat pihak atasan yang mampu bertolak ansur dan memahami serba sedikit tentang kita... ^^ Dalam kita memikirkan kesedihan kita kerana teruji dengan sikap manusia... Namun ada lagi yang lebih teruji daripada kita... Alhamdulillah.. Allah menguji mengikut kemampuan hambaNya.. Itulah yang sebaiknya... :)

Akhir kalam.... 

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi derajatnya, jika kamu orang-orang yang beriman” (Ali-Imran : 139)

*** Bantu diriku istiqomah ya Rabb

Kisah Ummu Sulaim


Bismillahirrahmanirrahim




WANITA mukminah harus ikut serta dalam memberi nasihat dan menyeru kepada agamanya menurut kemampuan dirinya. Di antara contoh yg layak ditiru adalah kisah mengenai sahabat wanita yang terhormat,iaitu Ummu Sulaim. Ummu Sulaim, ibu Anas bin Malik termasuk wanita muslimah dari kalangan Anshar pendahulu.Setelah suaminya meninggal,Abu Thalhah yang belum masuk Islam,melamarnya.Ummu Sulaim berkata kepadanya:
Wahai Abu Thalhah,tidakkah engkau tahu bahawa sesembahan yang kamu sembah tumbuh dari bumi?.

Abu Thalhah menjawab:"Benar".
"Apakah engkau tidak malu menyembah sebatang pokok? Apabila engkau masuk Islam,maka aku tidak mengkehendaki maskahwin selain ke'ISLAM'anmu itu.

"Baiklah,aku akan memikirkan urusanku ini."

Sesudah itu Abu Thalhah pergi.Tapi kemudian kembali lagi lalu berkata:
"Aku bersaksi bahawa TIADA Ilah selain ALLAH dan sesungguhnya Muhammad adalah rasul ALLAH.

Ummu Sulaim berkata:"Wahai Anas,kahwinlah Aba Thalhah ," Maka Anas pun mengahwinkannya.


Itulah gambaran maskahwin yg sangat mulia bagi wanita yg berdakwah demi untuk kepentingan agamanya.Ia menyeru orang lain kepada penyembahan Allah dan menyingkirkan kemusyrikan darinya.Akhirnya Allah membukakan hati Abu Thalhah dan ia pun beriman.Kita harus sedar,bahawa bani Israel menjadi porak-peranda kerana mereka meninggalkan tugas amar ma'ruf nahi mungkar.

Sepertimana Firman Allah yg maksudnya:
"Mereka satu sama lain selalu tidak melarang tindakan mungkar yang mereka perbuat.Sesungguhnya amat buruklah apa yang selalu mereka perbuat itu."~
{Surah Al-Maidah:79}

Wallahu a'lam

*** Indahnya Islam.. (andai sahaja diri ini yang membuat keputusan....)

Saturday, February 25, 2012

Kisah Jiwa



Bismillahirahmanirahim...


Belum pernah saya berurusan dengan sesuatu yang lebih sulit daripada jiwa saya sendiri, yang kadang-kadang membantu saya dan kadang-kadang menentang saya.”

- Imam Al-Ghazali- 

Itulah yang kita rasakan ketika ini.. Bila ianya berkaitan jiwa.. payah sungguh untuk menghadapinya. Alhamdulillah, menerima SMS daripada seorang sahabat yang memahami sedikit konflik jiwa sahabatnya ini.. Syukran Jiddan Ya Habibati... ^^
Setiap KESABARAN akan diganti dengan KEMENANGAN 

Setiap KEDUKAAN akan berganti dengan KEBAHAGIAAN 
Setiap PERPISAHAN pasti bermula dengan satu PERTEMUAN 
Setiap YANG BERAKHIR akan bertukar dengan suatu PERMULAAN 
Setiap KEJADIAN ALLAH pasti ada HIKMAHNYA..... 




Jiwa merintih, ada sedikit rasa kecewa.. 
Bibir berkata 'takpelah' tapi hati tidak sepenuhnya menerima
Aqal memujuk untuk redha akan segalanya... 
Kerana yakin akan ketentuanNya.. 
Namun, kita hanya manusia biasa..
tetap ada sahaja yang ingin dipersoalkan.. 

Wahai pemilik jiwa.
usah biarkan diriku
tersasar dari jalanMu

InsyaAllah... Wallhua'lam.. 


*** 

Wednesday, February 22, 2012

ALLAH menguji tanda Kasih

BIsmillahirahmanirahim


‎"Supaya kamu jangan putus asa atas sesuatu yang hilang dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang telah di berikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai orang yang sombong lagi membanggakan diri"~{Al-Hadid;23}


La haula wala Quwwata illa billah...
♥ Tiada daya dan upaya kami Ya Allah, kecuali kekuatan-Mu.♥


Dalam hidup ini, kita perlu ada KEKURANGAN supaya 'tahu' sesuatu yang sifatnya lebih. Dengan adanya kekurangan, seseorang boleh mengetahui KELEMAHANnya. Dan bila diperbaiki, maka keadaannya tentu menjadi lebih baik....insyaAllah



‎"Barangsiapa diuji lalu bersabar, diberi lalu bersyukur, dizalimi lalu memaafkan dan menzalimi lalu beristighfar maka bagi mereka keselamatan dan mereka tergolong orang-orang yang memperoleh hidayah."
~{HR. Al-Baihaqi}

Ayat-ayat cinta penguat jiwa
semoga diri tabah menghadapi segalanya
Allah menguji tanda cintaNya buat kita
menguji keutuhan cinta kita keranaNya

Ammar...
Tersenyum dalam kedukaan
bertahan dalam kesukaran
untuk meneruskan perjuangan
ganjaran Syurga dihadapan

InsyaAllah.. Wallhua'lam. 

Saturday, February 18, 2012

Sepi


Bismillahirahmanirahim



Kadang -kala kita perlu menyepi
Untuk mencari kekuatan diri..
Walau ada yang tidak mengerti..
Namun sepi bukan bererti sunyi...

Adakalanya kita perlu menyepi 
Untuk mencari ketenangan hati
Untuk kebaikan diri sendiri
Menjadikan hidup lebih bererti


Sepi itu lebih indah
Jika disertai dengan mujahadah
Tidak sia-sia masa yang ada
Kerana diri bermuhasabah


Sepuluh Kesalahan Suami Terhadap Isteri

Bismillahirrahmanirrahim 




Keutuhan sesebuah rumahtangga sangat di pengaruhi oleh baiknya kepemimpinan seorang suami (sebagai ketua keluarga) dalam membina keluarganya. Lebih2 lagi adalah SIKAP & perilakunya dalam bergaul dengan isterinya. Suami isteri sebagai tunjang UTAMA dlm sesebuah rumahtangga, bila mengalami kerosakan maka bangunan rumah tangga ...akan runtuh.Disebabkan hubungan ini seharusnya sentiasa di jaga dgn memperhatikan HAK & KEWAJIPAN msg2. Bagi suami/isteri harus saling menunaikan kewajipanya setelah itu baru blh mendapatkan apa yang menjadi haknya.

Jika kita melihat kenyataan dalam masyarakat, 2 sikap suami yg saling bertentangan dlm melayani isteri mereka, sikap inilah yg perlu di ambil perhatian kalau2 tidak mahupun sama- sama menimbulkan masalah jg kerosakan yg berhujung dengan sebuah perceraian.
Pertama, suami yg meremehkan isterinya, yang menyia2kan hak- haknya &melakukan pelbagai kesalahan berkaitan dgn hak isterinya. 

Kedua, suami melepaskan kendalinya terhadap isteri & membebaskannya begitu sahaja (dlm ertikata. LEPAS TANGAN)

Allah berfirman dlm Q.S An Nisa :34 yang bermaksud:
“ Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki atas sebahagian yang lain (wanita) & mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka. Sebab itu, maka wanita yg soleh, ialah yang taat Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh kerana Allah telah memelihara (mereka). Wanita- wanita yg kamu khuatirkan nusyuznya, maka nasihatilah mereka & pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka & pukullah mereka. Kemudian jika mereka menaatimu, maka janganlah kamu mencari – cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar”~

Betikut ini adalah 10 (sepuluh) KESALAHAN-KESALAHAN suami yang banyak dilakukan, yang kesemuanya terbahagi kpd d dua sikap keliru diatas.:

1. Tidak mengajarkan AGAMA dan HUKUM syariat kepada isteri

*Banyak kita dapati para isteri tidak mengetahui bagaimana cara solat yang betul, hukum haid & nifas, bertingkahlaku/berperilaku terhadap suami secara tidak syar’i & tidak mendidik anak2 secara Islam. Bahkan ada yang terjerumus ke dalam pelbagai jenis kesyirikan. Yang menjadi perhatian seorang isteri hanyalah bagaimana cara memasak & menghidangkan makanan tertentu, cara berdandan yang cantik dsb. Tidak lain semua kerana tuntutan suami, sedangkan masalah AGAMA, terutama ibadahnya tidak pernah ditanyakan oleh suami.

Padahal Allah berfirman yang bermaksud:

“ Hai orang – orang yang beriman, peliharalah dirimu & keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia & batu, penjaganya malaikat – malaikat yang kasar, keras & tidak mendurhakai Allah terhadap apa yg di perintahkan-Nya kpd mereka & selalu mengerjakan apa yang diperintakan “~{Q.S At Tahrim:6}

Maka para suami diminta untuk tidak sesekali mengABAIkan hal ini, krn semuanya akan diminta dipertanggungjawapkan keatasnya. Hendaklah benar2 mengajarkan agama kepada isterinya, baik dilakukan sendiri atau melalui perantara. Antara lain yg dpt dilakukan ; menghadiahkan buku- buku tentang Islam & hukum-hukumnya serta berbincang bersama2 , kaset/cd2 ceramah, mengajak isterinya menghadiri ke majlis2 ILMU yg disampaikan oleh orang2 yg berilmu dsb..((yang paling praktikal..ajaklah solat berjemaah di rmh atau disurau/masjid misalnya))

2. Suka Mencari kekurangan & kesalahan isteri

Dlm suatu hadis riwayat Bukhari & Muslim, Rasulullah SAW melarang lelaki yg berpergian dlm waktu yg lama, pulang menemui keluarganya di waktu malam , kerana dikhuatirkan akan mendapati berbagai kekurangan isteri & cela isterinya. Bahkan suami di minta bersabar & menahan diri dari kekurangan yg ada paad isterinya, jg ketika isteri tidak melaksanakan kewajipannya. Kerana suami juga mempunyai kekurangan & celaan seperti sabda Rasulullah :

“ Janganlah seorang suami yg beriman membenci isterinya yg beriman. Jika dia tidak menyukai satu akhlak darinya, dia pasti meredhai akhlak lain darinya”~ {HR. Muslim}

3. Memberi hukuman yang tidak sesuai dengan kesalahan isteri

Ini termasuk bentuk kezaliman terhadap isteri, antara lain iaitu :~

(a) Menggunakan pukulan di tahap awal pemberitahuan hukuman {sila rujuk dlm Q.S An Nisa: 34}

(b) mengusir isteri dari rumahnya tanpa ada kebenaran secara syar’i {Q.S Ath Thalaq:1}

(c) memukul wajah, mencela dan menghina

Dlm as-Sunan dan al-Musnan dari Mu’awiyah bin Haidah al-Qusyairi bahawa ia berkata : “Ya Rasulullah, apakah HAK isteri atas suaminya? Nabi SAW menjawab

"Hendaklah engkau memberinya makan jika engkau makan, memberinya pakaian jika engkau berpakaian, tidak memukul wajah, tidak menjelek2kan & tidak menghajar(boikot) kecuali di dalam rumah” ~{HR. Ibnu Majah disahihkan oleh Syaikh Albani}

4. Culas dalam memberi nafkah kpd isteri

“ Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama 2 tahun penuh, iaitu bagi yg ingin menyempurnakan penyusuannya.Dan kewajipan ayah memberi makan dan pakaian kpd para ibu dgn cara yg ma’ruf.Seseorang tidak di bebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan kerana anaknya & seorang ayah kerana anaknya & warispun berkewajipan demikian. Apabila keduanya ingin menyapih (sebelum 2thn) dgn kerelaan keduanya & permusyawaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya.Dan jika kamu ingin anakmu disusukan oleh org lain, maak tidak ada dosa bagimu apabila kamu memberikan pembayaran menurut yang patut. Bertaqwalah kamu kpd Allah & ketahuilah bahawa Allah Maha Melihat apa yg kamu kerjakan “~{Q.S Al Baqarah:233}

Isteri BERHAK mendapatkan nafkah, kerana dia telah membolehkan suaminya bersenang –senang kepadanya, dia telah menaati suaminya, tinggal di rumahnya, mengasuh & mendidik anak-anaknya. Dan jika isteri mendapati suaminya culas dlm memberi nafkah, bakhil, tidak memberikan nafkah kpdnya tanpa ada pembenaran syar’i, maka dia boleh mengambil harta suami utk mencukupi keperluannya secara ma’ruf (tidak berlebihan) meski tanpa sepengetahuan suaminya.

“ Jika seorang muslim mengeluarkan nafkah utk keluarganya sdgkan dia mengharapkan pahalanya, maka nafkah itu adalah sedekah baginya “~{H.R Muttafaq ‘alaih}

5. Sikap keras, kasar, tidak lembut terhadap isteri

Rasulullah SAW Bersabda: “Mukmin yang paling sempurna adalah yang paling baik akhlaknya. Dan sebaik – baik kalian adalah yg paling baik tehadap isteri- isterinya” ~{HR. at-Tirmidzi, disahihkan oleh Syaikh Albani}

Maka suami hendaklah berakhlak baik terhadap isterinya dgn bersikap lembut & menjauhi sikap kasar.

6. Kesombongan suami membantu isteri dalam urusan rumahtangga

Ini kesalahan yg paling banyak MENJANGKITI para suami. Padahal lelaki yang paling UTAMA yakni Rasulullah SAW tidak segan silu membantu pekerjaan isterinya.

Ketika Aisyah ra ditanya tentang apa yg dilakukan Rasulullah SAW di rumahnya, beliau menjawab:

“ Beliau membantu pekerjaan isterinya & jika datang waktu solat, maka Beliaupun keluar untuk solat” ~{HR. Bukhari}

7. Menyebarkan rahsia dan aib isterinya

“Sesungguhnya di antara org yg paling buruk kedudukannya di sisi Allah pada hari kiamat adalah seseorang yg menggauli isterinya & isterinya menggaulinya kemudian dia menyebarkan rahsia- rahsia isterinya “~ {HR. Muslim}

Dlm hadis ini diHARAMkan seorang suami menyebarkan apa yg terjadi antara dia dgn isterinya terutamanya di tempat tidur. Jg diharamkan menyebutkan perinciannya, serta apa yg terjadi pd isterinya baik berupa perkataan mahupun perbuatan lainnya.

8. Sikap terburu-buru dalam menceraikan isteri

Wahai suami yg mulia, 
Sesungguhnya hubungan antara engkau & isterimu adalah hubungan yg kuat lagi suci {Q.S An Nisa 21} oleh keranyalah Islam menganggap penceraian adalah perkara besar yg tidak boleh diremehkan kerana penceraian akan menyeret kpd kerosakan, kacau bilaunya pendidikan anak dsb. Dan hendaknya perkataan cerai/talak itu tidak digunakan sebagai bahan gurauan/mainan. Krn Rasulullah SAW teleh bersabda:

“ Ada 3 hal yg kesungguhannya dan gurauannya sama-sama dianggap sungguh-sungguh iaitu : NIKAH, TALAK (cerai) dan RUJUK “~{HR. Abu Daud, at-Tirmidzi dan Ibnu Majah, dinilai "hasan" oleh asy-Syaikh Albani}

Memang perselisihan antara suami isteri sering terjadi kadang sampai mengarah kepada penceraian. Akan tetapi penceraian ini tidak boleh dijadikan sebagai langkah pertama dlm penyelesaian perselisihan ini. Bahkan harus di usahakan berbagai cara untuk menyelesaikannya, krn kemungkinan besar akan banyak rasa penyesalan yg ditimbulkan dikemudian hari kelak..

9. Berpoligami tanpa memperhatikan ketentuan syari’at

Menikah untuk kedua kali, ketiga dan keempat kali merupakan salah satu perkara yg Allah syariatkan. Akan tetapi yg menjadi catatan disini bahawa sebahagian org yg ingin menerapkan syariat ini/ telah menerapkannya tidak memperhatikan sikapnya yg tidak memenuhi kewajipan serta tanggungjawab terhadap isteri. Terutama isteri pertama & anak-anaknya.

“Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kahwinlah) seorang sahaja” ~{Q.S An Nisa:3}

Sikap ini merupakan KEADILAN yg diperintahkan Allah SWT. Memang benar berpoligami merupakan syariat Islam, tetapi jika seseorang tidak mampu melaksanakannya dengan baik & tidak memenuhi syarat- syaratnya atau tidak blh memikul tanggung jawabnya, hal ini blh menjuruskan kerosakan sesebuah rumah tangga, menghancurkan anak-anak & menambah permasalahan keluarga & juga kpd masyarakat. Maka fikirkanlah akibatnya & perhatikanlah dgn saksama perkaranya sebelum masuk ke'dalam'nya.

10. Lemahnya kecemburuan

Para suami memBIARkan keelokan, keindahan & kecantikan isterinya DINIKMATI & DIPERTONTONkan oleh ramai orang. Dia memBIARkan isterinya menampakkan auratnya ketika keluar rumah, membiarkan berkumpul dgn lelaki2 lain. Bahkan sebahagian ada yg BANGGA krn telah memiliki isteri yg cantik yg blh dinikmati 'pandangan' kebanyakan orang. Padahal wanita di mata Islam adalah makhluk yg SANGAT mulia, sehingga keindahan & keelokannya hanya diperuntukkan atau DIKHUSUSkan buat suaminya sahaja tidak sesekali di'jaja' kemana-manapun..

Seorang suami yg memiliki kecemburuan terhadap istrinya tidak akan membiarkan isterinya berjabat tangan dengan lelaki lain yg BUKAN mahram.

“ Ditusukkan kepala seorang lelaki dengan jarum dari besi lebih baik daripada dia menyentuh seorang wanita yg tidak halal baginya “ ~{lihat dalam ash-Shahihah: 226}

Seorang suami yg memiliki kecemburuan terhadap isterinya, dia akan memperhatikan sabda Rasulullah SAW:

“Janganlah kalian masuk menemui para wanita” lalu seorang Anshar berkata, “wahai Rasulullah, bagaimana dengan al-hamw (kerabat suami)?” Beliau mengatakan , “Al- hamwu adalah kematian” ~{HR. Muttafaq’alaih}

Perhatikan juga ancaman Rasulullah SAW terhadap lelaki yg tidak memiliki kecemburuan terhadap keluarga(isteri) :

“Tiga golongan yang Allah SWT tidak akan melihat mereka pada hari kiamat iaitu seseorang yg durhaka kepada kedua orang tuanya, wanita yang menyerupai lelaki dan ad-dayyuts “ ~{HR. An- Nasa’i dinilai 'hasan' oleh syaikh Albani, lihat ash-Shahihah: 674}

Dan ad-dayyuts(dayus) adalah LELAKI yg tidak memiliki kecemburuan terhadap keluarganya.

Semoga bermanfaat buat kita semua..insyaAllah 

Wallahu a’lam bishaawwab


*** Nota Kak Iza ^^ 

Thursday, February 9, 2012

Buat Kita NIQOBIS

Pesanan buat para sahabat muslimah BERNIQOB (Juga buat DIRIKU)

Yang DAH berniqob - Keep Istiqomah dalam berniqob
Yang nak MENGENAL NIQOB - Banyakkan bertanya dan merujuk kepada yang arif mengenai niqob..
Yang BARU berniqob - Fahami dan sentiasalah perbaharui niat dalam berniqob. 

**Dah berniat nak berniqob, kalau betol nak berniqob jangan biar apa yang anda nak tutup terdedah.. AURAT yang wajib jangan lupa..



Yang DAH BERNIQOB
Pesanan ini juga buat diriku.. Semoga apa yang ammar ingin sampaikan ini menjadi penguat kita untuk terus istiqomah.. InsyaAllah.. Kita sudah memilih pemakaian yang berbeza daripada yang kebiasaanya di negara kita dan pastinya cabaran yang kita hadapi bukan sedikit untuk terus istiqomah dalam berniqob. Namun, kita terus berusaha untuk menunjukkan pada masyarakat yang lain bahawa Niqob bukanlah satu penghalang kerjaya, penghalang segala-galanya melainkan ia adalah satu pakaian yang indah untuk hamba Allah yang bernama Muslimah. Alhamdulillah, para niqobis lebih memahami perkara ini... ^^


Yang nak MENGENAL NIQOB
Buat para sahabat yang ingin mengenal niqob, banyakkan lah bertanya kepada yang arif mengenai hukum dan segala persoalan yang bermain di minda akan terjawab insyaAllah. Bertanyalah kepada golongan niqobis yang telah lama berniqob. Yang lebih berpengalaman dan yang lebih faham akan kegunaan niqob, bukan sekadar mengikut apa yang dilihat tanpa sebarang persediaan yang cukup untuk memakainya.... Rujuklah pada kitab-kitab yang membincangkan tentang aurat, hijab, dan sebagainya sebagai panduan untuk kita. 

Seperti yang semua maklum,Jumhur ulama’ yang menyatakan menutup muka bukan wajib adalah diterima namun disana tidak memperkecilkan golongan yang mewajibkan memakai purdah. Namun ada beberapa perkara penting yang perlu diingat:Mendedahkan muka tidak semestinya seseorang wanita memenuhinya dengan make up atau berbedak-bedak sehingga tabarruj.Pendapat tidak wajib tidak semestinya purdah tidak harus. Sesiapa yang ingin berpurdah, tidak menjadi kesalahan bahkan digalakkan apabila ia adalah cantik dan boleh menimbulkan fitnah.Antara menutup dan harus melihat bukan seiringan. Pandangan pertama sahaja yang diharuskan sekali pintas. Tidak ada pandangan kedua dan seterusnya..



Yang BARU BERNIQOB 
Sebagai teguran, juga sebagai peringatan buat diri ammar... Jangan berhenti belajar, jangan berhenti fahami dan jangan berhenti perbaharui niat kita dalam berniqob Ingatlah bahawa, niqob itu bukan fesyen dan ingatlah juga bahawa kita telah berniqob dan kita telah membawa nama NIQOBIS (bukan anda seorang yang berniqob) dan yang paling penting adalah SUNNAH. Jangan kita merosakkan sunnah itu sehingga menjadi satu tanggapn buruk pada masyarakat lain.. Berniqoblah dengan ikhlas dan niat yang betol. InsyaAllah itulah yang lebih menjamin RedhaNYA buat kita... ^^ Jangan mengikut tanpa tahu keperluannya, jangan mengikut hanya kerana suka-suka, dan jang mengikut tanpa menetapkan niatnya. 

**Dah berniat nak berniqob, kalau betol nak berniqob jangan biar apa yang anda nak tutup terdedah.. AURAT yang wajib jangan lupa..
Perkara ini ditekankan, kerana ramai yang seakan lupa AURAT yang WAJIB ditutup dalam mereka memperjuangkan niqob... INgatlah para sahabatku.. Berniqoblah dengan cara yang betul.. (jangan pakai kain yang jarang, nipis, baju ketat, lengan tersingkap dan sewaktu denganya... ) Dalam menutup ada pula yang terdedah.. Na'uzubillah.. peliharalah kami Ya Allah... 

Sekian.. 

*** Jaga Diri, Hiasi Peribadi ^^ Love Niqob
~Sebarang teguran dialu-alukan... ^^




Monday, February 6, 2012

Inikah Cintaku???


Bismillahirahmanirahim... 




Ku menyatakan ku mencintainya...
Namun apa yang ku lakukan seakan tidak mengambarkannya..
Malunya diri kerana mengaku mencinta...
Walhal perbuatan tidak seperti yang dikata

Bimbang..
hadirnya bukan dari hati... 
Bimbang...
adakah mencintainya sekadar mengikut dari yang sebelumnya..
bimbang...
rindu yang ada ini menjadi rindu yang bernokhtah..
bimbang...
cinta ini menjadi cinta yang bermusim...

Benarkan ini cinta??
Benarkan ini Rindu??
bertanya pada diri..
hati seakan tidak mampu mengakui..
Allah.. peliharalh hatiku...

Dalam takut.. dalam samar..
Diri cuba mencari sebuah keikhlasan...
Namun, masih tersasar dalam pencarian..

Di sudut hati yang lain...
hati terasa bahagia bila dicintai..
Bila diri disayangi..oleh seseorang..
yang meletakkan Allah SWT sebagai matlamatnya..
yang sentiasa mengingatkan kita tentang tuhannya..
yang thabat di jalan dakwah
yang tanpanya... tidak dikenali agama ini di dunia yang fana ini...

Namun..
diri gelisah...
diri takut dan bimbang..
mampukah ku membalas cintanya...
sedang cintanya melebihi cinta untuk dirinya sendiri

ditanya pada diri
tangisnya kerana menangisi ku
dan tangisku?
~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ 
Hati tersentak..
Jiwa mendesak..
Mutiara gugur..
Kerana malu pada cintanya....

Ya Allah...
tanamkan dalam hatiku cinta kepada baginda sebagaimana baginda mencintaiku..

Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu sebaik-baik teladan bagi kamu (untuk diikuti) iaitu bagi orang yang mengharapkan (keredaan) Allah dan (kemuliaan hidup) di akhirat dan orang yang banyak mengingati Allah.” (Surah al-Ahzab, ayat 21). 


‎"Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." 
(Surah Ali-Imran: ayat 31)


***** Cintaku hanya UntukNya dan Rasulullah SAW...
            InsyaAllah... ^^


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...