Thursday, February 9, 2012

Buat Kita NIQOBIS

Pesanan buat para sahabat muslimah BERNIQOB (Juga buat DIRIKU)

Yang DAH berniqob - Keep Istiqomah dalam berniqob
Yang nak MENGENAL NIQOB - Banyakkan bertanya dan merujuk kepada yang arif mengenai niqob..
Yang BARU berniqob - Fahami dan sentiasalah perbaharui niat dalam berniqob. 

**Dah berniat nak berniqob, kalau betol nak berniqob jangan biar apa yang anda nak tutup terdedah.. AURAT yang wajib jangan lupa..



Yang DAH BERNIQOB
Pesanan ini juga buat diriku.. Semoga apa yang ammar ingin sampaikan ini menjadi penguat kita untuk terus istiqomah.. InsyaAllah.. Kita sudah memilih pemakaian yang berbeza daripada yang kebiasaanya di negara kita dan pastinya cabaran yang kita hadapi bukan sedikit untuk terus istiqomah dalam berniqob. Namun, kita terus berusaha untuk menunjukkan pada masyarakat yang lain bahawa Niqob bukanlah satu penghalang kerjaya, penghalang segala-galanya melainkan ia adalah satu pakaian yang indah untuk hamba Allah yang bernama Muslimah. Alhamdulillah, para niqobis lebih memahami perkara ini... ^^


Yang nak MENGENAL NIQOB
Buat para sahabat yang ingin mengenal niqob, banyakkan lah bertanya kepada yang arif mengenai hukum dan segala persoalan yang bermain di minda akan terjawab insyaAllah. Bertanyalah kepada golongan niqobis yang telah lama berniqob. Yang lebih berpengalaman dan yang lebih faham akan kegunaan niqob, bukan sekadar mengikut apa yang dilihat tanpa sebarang persediaan yang cukup untuk memakainya.... Rujuklah pada kitab-kitab yang membincangkan tentang aurat, hijab, dan sebagainya sebagai panduan untuk kita. 

Seperti yang semua maklum,Jumhur ulama’ yang menyatakan menutup muka bukan wajib adalah diterima namun disana tidak memperkecilkan golongan yang mewajibkan memakai purdah. Namun ada beberapa perkara penting yang perlu diingat:Mendedahkan muka tidak semestinya seseorang wanita memenuhinya dengan make up atau berbedak-bedak sehingga tabarruj.Pendapat tidak wajib tidak semestinya purdah tidak harus. Sesiapa yang ingin berpurdah, tidak menjadi kesalahan bahkan digalakkan apabila ia adalah cantik dan boleh menimbulkan fitnah.Antara menutup dan harus melihat bukan seiringan. Pandangan pertama sahaja yang diharuskan sekali pintas. Tidak ada pandangan kedua dan seterusnya..



Yang BARU BERNIQOB 
Sebagai teguran, juga sebagai peringatan buat diri ammar... Jangan berhenti belajar, jangan berhenti fahami dan jangan berhenti perbaharui niat kita dalam berniqob Ingatlah bahawa, niqob itu bukan fesyen dan ingatlah juga bahawa kita telah berniqob dan kita telah membawa nama NIQOBIS (bukan anda seorang yang berniqob) dan yang paling penting adalah SUNNAH. Jangan kita merosakkan sunnah itu sehingga menjadi satu tanggapn buruk pada masyarakat lain.. Berniqoblah dengan ikhlas dan niat yang betol. InsyaAllah itulah yang lebih menjamin RedhaNYA buat kita... ^^ Jangan mengikut tanpa tahu keperluannya, jangan mengikut hanya kerana suka-suka, dan jang mengikut tanpa menetapkan niatnya. 

**Dah berniat nak berniqob, kalau betol nak berniqob jangan biar apa yang anda nak tutup terdedah.. AURAT yang wajib jangan lupa..
Perkara ini ditekankan, kerana ramai yang seakan lupa AURAT yang WAJIB ditutup dalam mereka memperjuangkan niqob... INgatlah para sahabatku.. Berniqoblah dengan cara yang betul.. (jangan pakai kain yang jarang, nipis, baju ketat, lengan tersingkap dan sewaktu denganya... ) Dalam menutup ada pula yang terdedah.. Na'uzubillah.. peliharalah kami Ya Allah... 

Sekian.. 

*** Jaga Diri, Hiasi Peribadi ^^ Love Niqob
~Sebarang teguran dialu-alukan... ^^




2 comments:

amy1906 said...

sangat banyak cabaran bila berniqob kan, hmm saya suka tengok orang berniqob tapi untuk diri sendiri,entahlah bila....

Ammar Wajidah said...

^_^ Niqob x wajib... Yang penting aurat wajib tutup.. ^^

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...