Monday, February 6, 2012

Inikah Cintaku???


Bismillahirahmanirahim... 




Ku menyatakan ku mencintainya...
Namun apa yang ku lakukan seakan tidak mengambarkannya..
Malunya diri kerana mengaku mencinta...
Walhal perbuatan tidak seperti yang dikata

Bimbang..
hadirnya bukan dari hati... 
Bimbang...
adakah mencintainya sekadar mengikut dari yang sebelumnya..
bimbang...
rindu yang ada ini menjadi rindu yang bernokhtah..
bimbang...
cinta ini menjadi cinta yang bermusim...

Benarkan ini cinta??
Benarkan ini Rindu??
bertanya pada diri..
hati seakan tidak mampu mengakui..
Allah.. peliharalh hatiku...

Dalam takut.. dalam samar..
Diri cuba mencari sebuah keikhlasan...
Namun, masih tersasar dalam pencarian..

Di sudut hati yang lain...
hati terasa bahagia bila dicintai..
Bila diri disayangi..oleh seseorang..
yang meletakkan Allah SWT sebagai matlamatnya..
yang sentiasa mengingatkan kita tentang tuhannya..
yang thabat di jalan dakwah
yang tanpanya... tidak dikenali agama ini di dunia yang fana ini...

Namun..
diri gelisah...
diri takut dan bimbang..
mampukah ku membalas cintanya...
sedang cintanya melebihi cinta untuk dirinya sendiri

ditanya pada diri
tangisnya kerana menangisi ku
dan tangisku?
~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ 
Hati tersentak..
Jiwa mendesak..
Mutiara gugur..
Kerana malu pada cintanya....

Ya Allah...
tanamkan dalam hatiku cinta kepada baginda sebagaimana baginda mencintaiku..

Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu sebaik-baik teladan bagi kamu (untuk diikuti) iaitu bagi orang yang mengharapkan (keredaan) Allah dan (kemuliaan hidup) di akhirat dan orang yang banyak mengingati Allah.” (Surah al-Ahzab, ayat 21). 


‎"Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." 
(Surah Ali-Imran: ayat 31)


***** Cintaku hanya UntukNya dan Rasulullah SAW...
            InsyaAllah... ^^


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...