Sunday, February 26, 2012

Kisah Ummu Sulaim


Bismillahirrahmanirrahim




WANITA mukminah harus ikut serta dalam memberi nasihat dan menyeru kepada agamanya menurut kemampuan dirinya. Di antara contoh yg layak ditiru adalah kisah mengenai sahabat wanita yang terhormat,iaitu Ummu Sulaim. Ummu Sulaim, ibu Anas bin Malik termasuk wanita muslimah dari kalangan Anshar pendahulu.Setelah suaminya meninggal,Abu Thalhah yang belum masuk Islam,melamarnya.Ummu Sulaim berkata kepadanya:
Wahai Abu Thalhah,tidakkah engkau tahu bahawa sesembahan yang kamu sembah tumbuh dari bumi?.

Abu Thalhah menjawab:"Benar".
"Apakah engkau tidak malu menyembah sebatang pokok? Apabila engkau masuk Islam,maka aku tidak mengkehendaki maskahwin selain ke'ISLAM'anmu itu.

"Baiklah,aku akan memikirkan urusanku ini."

Sesudah itu Abu Thalhah pergi.Tapi kemudian kembali lagi lalu berkata:
"Aku bersaksi bahawa TIADA Ilah selain ALLAH dan sesungguhnya Muhammad adalah rasul ALLAH.

Ummu Sulaim berkata:"Wahai Anas,kahwinlah Aba Thalhah ," Maka Anas pun mengahwinkannya.


Itulah gambaran maskahwin yg sangat mulia bagi wanita yg berdakwah demi untuk kepentingan agamanya.Ia menyeru orang lain kepada penyembahan Allah dan menyingkirkan kemusyrikan darinya.Akhirnya Allah membukakan hati Abu Thalhah dan ia pun beriman.Kita harus sedar,bahawa bani Israel menjadi porak-peranda kerana mereka meninggalkan tugas amar ma'ruf nahi mungkar.

Sepertimana Firman Allah yg maksudnya:
"Mereka satu sama lain selalu tidak melarang tindakan mungkar yang mereka perbuat.Sesungguhnya amat buruklah apa yang selalu mereka perbuat itu."~
{Surah Al-Maidah:79}

Wallahu a'lam

*** Indahnya Islam.. (andai sahaja diri ini yang membuat keputusan....)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...