Sunday, February 26, 2012

Kerana Niqob

Assalamualaikum wbt
Bismillahirahmanirahim

Bukan diriku

Ingin bercerita mengenai satu kisah 'wanita purdah' ^^ (bukan diriku) 

Beberapa hari yang lepas, kakak ammar yang sulung bertanya, lebih kurang begini :
Kakak : "adeq, ko tidak kena amaran kah oleh penyelia kamu?? " (baca dalam loghat sabah) Hehe..
Ammar : Amaran apa ya?? o0o pasal purdah kah?? (mentafsir dalam fikiran sendiri)
Kakak : Iya, Cikgu di sekolah tu sudah di bagi surat amaran ke tiga oleh guru besar suruh buka purdah. Banyak kali dah dia dibagi amaran tetap juga dia pakai.. 
Ammar : Hah... knp pulak mmacam tu??
Kakak : Iyalah, tiada dalam pekliling penjawat awam yang dibenarkan pakai purdah masa mengajar kan.. 
Ammar: Iyakah?? Apalah bah salahnya juga mau pakai... Masa mengajar di buka juga kan.. Bukan juga menyusahkan siapa-siapa pun.. 
Kakak : Tapi, sudah dia kena potong gaji sebab melanggar arahan majikan konon
Ammar : Melampau lah juga tu... Sampai potong gaji.. 
Kakak : Guru besar pernah panggil lagi suami cikgu tu, bagi amaran juga suruh isterinya buka purdah tu. Tapi suaminya jawab, "Kalau cikgu (guru besar) mau potong gaji saya dan isteri kerana isteri saya memakai purdah ke sekolah terpulanglah.. Saya tidak kisah, dan saya tidak akan biarkan dia buka purdah tu" 
Ammar : Alhamdulillah.. Baguslah begitu..  pentadbir tidak pandai mahu faham.. bukan juga menyusahkan dia. Hanya sehelai kain kecil di wajah.. tidak menjejaskan pun sesi pembelajaran. 
Kakak : Ndak tawlh macam mana sekarang ni.. mungkin ustaz dan cikgu tu akan dipindahkan.. 
Ammar : Andai itu yang lebih baik... alhamdulillah. kerana itu lebih membantu dia untuk istiqomah dalam niqobnya.. Duduk di dalam pentadbir yang tidak mahu bertolak ansur sangat menyedihkan.. Tertutup kah hati mereka?? wallhua'lam..

Beginilah situasi yang dihadapi oleh sebahagian niqobis yang memegang jawatan di dalam kerajaan.. (penjawat awam). Macam ammar sendiri, alhamdulillah pihak atasan boleh bertolak ansur memandangkan ammar seorang sahaja yang berniqob. Walau pun sekali sekala terpaksa membuka niqob bila harus bertemu dengan Ketua pengarah mahupun pengarah jabatan ataupun terlibat dengan pergerakan menteri... Bila keadaan itu berlaku.. sedih menyelubungi diriku... Terasa menjadi orang lain ketika itu.. Allahu Rabb.. Bukan mempermainkan kain kecil itu.. tapi situasi menjadikan diriku melakukan perkara itu... Bukan tidak istiqomah, tapi bila tersepit dengan keadaan.. hanya padaMu aku mampu mengadu.. Tiada yang lebih memahami  diri kita selain DIA yang Maha Mengetahui... dan lagi Maha Mengerti.. ^^ 

Namun di dalam keterpaksaan, terbit rasa syukur yang ammar diberi peluang dan mendapat pihak atasan yang mampu bertolak ansur dan memahami serba sedikit tentang kita... ^^ Dalam kita memikirkan kesedihan kita kerana teruji dengan sikap manusia... Namun ada lagi yang lebih teruji daripada kita... Alhamdulillah.. Allah menguji mengikut kemampuan hambaNya.. Itulah yang sebaiknya... :)

Akhir kalam.... 

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi derajatnya, jika kamu orang-orang yang beriman” (Ali-Imran : 139)

*** Bantu diriku istiqomah ya Rabb

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...