Thursday, March 29, 2012

Cabaran Memiliki Suami Yang Baik.....

Assalamualaikum wbt.. 
Sedikit perkongsian.. :)



Ujian rumahtangga bukan saja mendatangi kita melalui pasangan yang TAK baik, tetapi juga melalui suami yang BAIK.


Coretan ini khusus untuk yang bujang, agar mencari jodoh berdasarkan realiti - bukan mimpi. Juga untuk saya dan kita yang telah bernikah, jika perasan diri ini baik - jom bantulah suami untuk terus baik dan lebih baik :D


Kalian mencari suami yang baik.. supaya rumahtangga berisi kebahagiaan dan ketenangan.


Namun realitinya, kehidupan di sisi seorang suami yang baik juga datang dengan pakej konflik dan cabaran. Jika tidak berhati hati melalui ujian ini, kita seorang isteri inilah yang akan menampakkan suami baik seolah olah macam tak baik. 


Jika suami TAK baik, kesabaran sangat dituntut. Sama saja, perlu bersabar dengan suami yang baik. Jika tak bersabar dengan kebaikan suami, fitnah dan perceraian adalah risiko yang akan menonjol ke hadapan.


Apakah contoh cabaran melalui kehidupan dengan suami baik?


"Saya pilih dia sebab dia seorang yang berwawasan, serious dengan kerjaya, dan seorang yang bercita-cita tinggi". Ujar si gadis.


Bagusnya lelaki itu, punya wawasan dalam kerjaya. Bisa menjamin masa depan isteri kan...?


Wahai isteri, jangan nangis ya - bila nanti suami yang serious dengan kerja ini rupanya punya perhatian yang sedikit pada anda. Dia workaholic, hingga anda tertanya tanya adakah anda masih penting untuknya?


Ya, anda penting. Sebab itu dia kerja keras, kerana anda isterinya lah yang membuatkan dia ingin menyediakan kekayaan serba serbi.


Dia familiy man. Dia rapat dengan ibu dan familinya. Perhatiannya besar untuk keluarga.


"Saya suka awak sebab awak bertanggungjawab pada mak ayah awak dan adik adik awak..." luah si gadis.


Maka, nanti jangan bergaduh pula bila raya, setiap tahun ibu mertua minta suami balik ke rumahnya. Maklumlah anak lelaki sulung kesayangan. Adik adik ipar pula asyik ajak abangnya bercuti bersama... Bila kita nak bercuti berdua dengan suami... ? :D


Dia aktif terlibat dengan program amal kebajikan. Hingga hati wanita anda tersentuh dengan sifat kemanusiaan dan penglibatannya dengan masalah ummah.


Maka jangan nanti, selepas berkahwin - kita kata suami yang bermasalah - kerana perhatian dan masa suami yang sedikit dengan kita. Suami asyik dengan pemuda pemudi, anak anak dan orang tua di luar sana.


Dia suka ilmu. Kita terkagum kagum dengan kefasihan ilmu dan bahasa arabnya. Hati sejuk mendengar hadis dan quran yang dilafaz. Namun nantinya selepas bernikah, kita berjauh hati pula suami sibuk belajar dan mengajar.


Dia ustaz yang aktif. Selalu keluar di kaca TV. Fikir sebahgaian wanita, Bagusnya kalau dia jadi suami kita... tapi jangan nanti tak sabar pula. Dia sibuk kerja. Dia sibuk dengan rakaman TV. Dia sibuk melayan peminat bila berjumpa di program atau di atas talian/online.


Dia aktif politik, baiknya dia, dekat dengan rakyat. Mendengar aduan dan keluhan rakyat. Jangan pula isteri tak sabar nanti - bila rumah jadi macam hotel pada suami, suami pulang untuk tukar baju saja.


Dia memilih poligami. Baiknya dia, dia memilih pernikahan yang halal - dari terlibat dengan perhubungan lawan jenis yang membawa bibit bibit perzinaan. Sanggupkah anda dengan kebaikan suami menikahi perempuan lain?


Dia matang. Baiknya dia, dia membawa kehidupan dengan serius dan penuh tanggungjawab. Maka keputusan dan tindakan yang suami buat kadangkala sukar difahami jiwa keanak-anakan anda. Hingga setelah tahun-tahun berlalu, baru anda menerima tindakan suami dua tahun dulu.


Ini hanyalah sebahagian episode rumahtangga yang kita dengar. Sesungguhnya jodoh itu datang dengan dengan pakej cabaran dan kebaikan. Kalau isteri mengharap sempurna, dan meletak harapan tinggi pada suami namun tidak meninggikan wawasan diri sendiri - habislah rumahtangga... Komunikasi yang juga tak berjalan baik, menyebabkan suami isteri yang pernah sangat cinta dan sangat suka - memilih untuk mencari kebahagiaan lain....


Suami pun mula tertanya tanya, hati terasa sedih dan pedih - kenapa wanita ini yang dulu memuji dan memujanya - kini menjadi isteri yang menjatuhkan semangat dan kekuatannya...?


Nah, bukan salah sesiapa. Ayuh muhasabah bersama. Tanya pada diri sendiri, apakah sumbangan ku pada suami agar dia terus ikhlas dan bermotivasi dengan kebaikan yang dulu ku kagumi?


Dunia bukanlah tempat untuk kita meraih hubungan sempurna, rumahtangga sempurna namun untuk kita bersama yang tercinta mencari redhaNya.


Jika dia baik, moga kita menjadi isteri yang makin bersyukur dan berusaha untuk lebih mentaati Tuhan.


Jika dia tak baik, bukankah Allah ingin kita berusaha keras menjadi isteri dan hamba Allah yang lebih baik - hingga kita mampu menyentuh hati suami untuk kembali mendekati tuhan?


Bace kat SINI


*** Bacelah untuk ilmu bersama... :)

Sunday, March 25, 2012

Ya Aziz

Assalamualaikum wbt... 



Ya Aziz...
Jika Cinta adalah ketertawanan...
Tawanlah diriku dengan Cinta kepadaMu..
Agar tidak ada lagi yang dapat menawanku selain Engkau..
Maha Pengasih....
Suburkan cintaku padaMu..
Setiap masa sehingga ku 'tutup' mata ini...
RedhaMu untukku..
atas segala kurniaMu..

Saturday, March 24, 2012

Suri Rumah Sepenuh Masa

Assalamualaikum wbt...



Apa khabar iman?? Semakin mantapkah ??? Apa khabar hati?? Apakah hati masih secerah mentari?? Apa khabar nuranimu? Apakah semakin teguh berdiri syariatNya? Apa khabar ilmu? Apakah semakin mendekatiNya? Moga kita istiqomah dalam perjuangan kita sebagai khalifah di muka bumi ini.. InsyaAllah..

Suka untuk bercerita mengenai cita-cita.. Allah, sungguh cita-cita yang mungkin bukan hanya ammar seorang yang ingin menyandangnya.. Semua muslimah ingin menyandang jawatan ini iaitu "Isteri SOLEHA" Penyejuk mata, penawar hati dan penajam fikiran buat sang Zauj yang  telah dipilih olehNya untuk kita... ^^

Suri rumah sepenuh masa??? Releven kah lagi pada zaman ini?? di abad yang penuh dengan persaingan antara lelaki dan perempuan dalam alam kerjaya.. Pasti ada yang bersetuju dan pasti ada juga yang tak bersetuju dengan pernyataan ini.. :) Tapi ammar secara peribadinya.. bersetuju dengan pernyataan ini.. Suri Rumah sepnuh masa masih lagi releven di zaman ini. Mungkin bagi mereka yang tak bersetuju.. akan berpendapat saya ni pentingkan diri sendiri.. Paling tidak pun ada yang akan berkata mcm ni " Dah belajar tinggi2 sampai masuk U jadi suri rumah je?? Duduk dapur je... " Lau tak pun.. ada juga yang akan kata mcm ni " Sia-sia je belajar tinggi, akhirnya duk ceruk dapur juga.. "


Tak kisahlah nak kata apa.. Ammar tetap kata nk jadi surirumah je.. hihi.. Tapi, ada lagi ke lelaki yang nak isteri dia duk umah je tanpa kerjaya apa-apa?? Lagi-lagi tahu dia ada kelulusan yang baik.. boleh dapat keje yang baik... (Ada je kot... Cuma kite je yang tak jumpa... ) JIka berjumpa sekali pun.. Mugkin fmly dia pulak yang akan pertikaikan.. Kenapa tak keje?? Takkn duduk umah je.. 

Biasalah manusia.. ada macam2 pendapat.. dan kita pun tak boleh lah nk kata mereka semua salah.. hanya kerana kita berpendapat yang berbeza daripada mereka... :) 

Kenapa ammar anak jadi Surirumah je?? Kerana :



* Tak nak zauj makan kat luar even sarapan dia sampai dinner.. :) 
* Tak nak ada pembantu rumah. 
* Tak nak anak-anak membesar dalam dakapan orang lain.. 


* Nak jadi super ummi buat anak-anakku..Super wife buat suamiku...  InsyaAllah.. 
* Mendidik anak-anakku menjadi umat Rasulullah saw yang sebenar...

Buat dia yang diciptakan Allah untukku...  ^^ 
Maaflah diri ini tidak sempurna untukmu.. namun akan berusaha memperbaiki diri untuk melengkapkan kekuranganmu.. InsyaAllah.. Dan semoga kekurangan diri ini juga dapat ditutupi olehmu.. :) 



*** Contengan luahan rasa... T_T

Tuesday, March 20, 2012

Aku Tidak Malu

Assalamualaikum wbt

AKU TIDAK MALU

Jika engkau bertanya
Sepedih apa hidupku
Cukup tatap mata ini
Dan kau rasakan, dan kau rasakan

Ku ikhlaskan apa adanya aku
Tanpa harus aku mengeluh
Kerana ku yakin Tuhan lebih tahu
Ini terbaik untukku

Tak perlu lagi ada air mata
Hidupku belum habis semua
Kerana ku yakin Tuhan masih ada
Dan akan selalu ada

Aku malu padamu tahu kekuranganku
Tapi aku lebih malu
Bila Tuhan tahu
Ku tak terima hidupku

Ku ikhlaskan apa adanya aku
Tanpa harus aku mengeluh
Kerana ku yakin Tuhan lebih tahu
Ini terbaik untukku

^_^



Allahumma inni as'aluka ridhaaka wal jannah wa 'audzubika min sakhaathika wannaar.

"Ya Allah aku memohon kepada-Mu, ridha-Mu dan syurga; dan aku berlindung kepada-Mu
dari murka-Mu dan api neraka". Amin ya rabb


**** Sabarlah serikandi, kuatkan diri, tabahkan dirimu dan jagalah iman dan etikamu... ^^ (Pesanan yang takkn hilang dari ingatan...)

Saturday, March 3, 2012

Jawapan untuk MEREKA

Assalamualaikum wbt...
Bismillahirahmanirahim..

Apa yang di kisahkan di lama blog ini pada hari ini ya?? Heemmm...

Soalan pertama  : Bila nak nikah??
Soalan kedua : Dah bersedia ke??

Jawapan pertama : InsyaAllah tahun ni juga... Ameen..
Jawapan kedua : InsyaAllah.. akan dipermudahkan olehNya

Dah sering mendapat soalan yang sama... Maka suka untuk saya memberikan jawapan yang mudah untuk mendiamkan anda.. :) Apa yang penting doakan lah ammar selalu yer... Syukran ^^

Takpe hujan... kerana yakin akan ada pelangi yang indah...
takpe panas.. kerana akan ada hujan turun dengan penuh rahmatNya
takpe disakiti... kerana Allah lebih mengerti... ^^^♥

Takpe lambat... Jodoh rahsia Allah 
Hanya DIA yang tahu.. 
Menanti cinta itu indah... Jodohku ada di mana?? :p


Meh dengar lagu best ni....





**** Contengan tak berhala ni... adoyai..



Sebuah Perkongsian

Bismillahiramairahim
Assalamualaikum wbt..

Beberapa bulan yang lepas semasa berkursus  di bumi semenanjung.. Ammar telah berjumpa dengan ramai sahabat yang baik. Perkenalan pertama di hari pendaftaran dan ianya terjalin sehingga ke hari ini.. Alhamdulillah, sepanjang berada di sana juga berkesempatan bertemu dengan sahabat-sahabat yang dikenali melalui laman 'muka buku' . Terasa bahagia apabila jalinan persahabatan di alam maya itu dimaknakan lagi dengan sebuah pertemuan.. walaupun kelihatannya hanya seketika pertemuan itu  namun satu kenangan yang terindah sepanjang perjalanan hidup hamba Allah yang bernama Ammar Wajidah Halimah. 

Ya Rabb.. 
Hamba sangat bersyukur atas segalanya... 

Dalam perjalanan itu.. ammar tersadung beberapa kali dengan ujian yang Allah berikan.. Diri ini hanya mengadu kepadaNya.. kerana hanya DIA yang lebih mengerti.. sehingga berlakunya sebuah perkongsian dengan sahabat yang baru sahaja dikenali tidak sampai sebulan.. Saling berkongsi rasa hati bersama dengan rasa saling percaya.. 

"Akak.. ada masalah ke?? " 
"Ermm.. adalah sikit.. Takpe je.. :) "
"Akak.. lau rasa nk pendapat pape ke.. bgtaw lah.. InsyaAllah semampunya saya bantu... "
"InsyaAllah... Terima kasih yer... " 
"Hemm.. akak, nak citer something boleh tak ngan akak.. ??" 
"Boleh je... citerlah.. InsyaAllah akak sedia telinga mendengarnya... hihi.  "
"Ma kasih akak... " 

Dan bermulah pengkisahan sebuah perkongsian... Takdir Allah menentukan bahawa kami diuji oleh perkara yang sama... Alhamdulillah.. mudah untuk kita berkongsi rasa dan belajar dari pengalaman masing-masing. 

Dari sebuah perkongsian.. terbit rasa kagum akan setiap ujian yang Allah berikan buat kita... 
Allah menguji dalam perkara yang sama tapi melalui cara yang berbeza... 
Ujian itu mudah pada kita tapi tidak pada dia.. dan begitulah sebaliknya... 

" Saya ingatkan.. sayalah yang paling berat ujianya kak... Tapi dalam tak sedar, sebenarnya ada yang lebih berat ujiannya daripada saya... "
" Samalh akak.. akak tahu akak diuji mengukit kemampuan diri akak.. dan begitu juga dengan adik...  Percaya akan janjiNya... " 

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." 
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." 
-Surah Al-Baqarah ayat 286

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara- perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." 
-Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" 
-Surah Al-Baqarah ayat 45

"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..
Surah At-Taubah ayat 111

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." 
-Surah At-Taubah ayat 129

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139



Jangan risau bila diri anda diuji.. Itu adalah tanda Allah kasih akan kita... ^^ 
Salam sayang buat sahabatku... semoga akan ada pertemuan lagi di antara kita.. sekiranya tiada di dunia.. InsyaAllah di akhirat kelak.. Amin.. ^^




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...