Thursday, April 26, 2012

Diri Perlu Lebih Tabah

Bissmilahirahmanirahim....

~Sebuah Kisah Wanita Purdah~

Hati wanita terusik dengan ujian yang Allah berikan kepadaku... diri harus lebih tabah daripada biasa kerana tarbiah Allah sangat kuat dirasa... Bukan menidakkan takdir, tapi hati kecil masih lagi mempersoalkan.. Allahu Rabb... Nurani meronta-ronta untuk melepaskan diri daripada genggaman derita yang seakan tidak mungkin reda.. Sakitnya terasa sehinggakan air mata sudah tidak mampu mengalir kerana terlalu banyak menemani diri ini semalaman....

Terlalu banyak persoalan yang berada di benak fikiran.. Namun diri sedia mengerti tiada yang mampu memberikan jawapan... Tiada yang mampu menghuraikan.. Ku akui diri ini tak sebaik mana.. jauh lagi daripada sempurna namun diri sudah berusaha mencuba untuk jadi pelengkap  dirinya.. Namun tiada hhujan, tiada ribut..tiba-tiba taufan datang tanpa sebarang tanda... Dia meminta untuk pergi dan dia tidak akan pernah kembali... Allah, dugaan apakah ini tika diri berusaha merangka sebuah kehidupan di masa hadapan.. Ketika harapan setinggi gunung.. ketika impian hampir terlaksana namun semuanya punah tiba-tiba... 

"Jangan ditanya sebab, jangan ditanya punca, tapi terimalah dengan hati terbuka bahawa ini bukan jodoh kita" 

Mudah dan ringkas kata-kata, tidak sukar untuk memahaminya... Dan semudah itu juga punah segala impian yang dibina, dan hati dirobek bagai daging yang tak bernyawa... Namun, aqal masih berada di tahap kewarasan sebenar.. keparahan hati yang tergores di taburi dengan titipan doa buat Yang Maha Esa kerana ku menyedari bahawa ku tak bersendirian disini.. Yakin bahawa ALLAH SWT sentiasa ada untukku... 

Dalam tangis diri ini redha, diri memanjatkan doa agar ujian yang menimpa ini bakal menghapus dosa-dosa diri yang mungkin alpa kerana kasih-sayang yang Dia pinjamkan selama ini... Ujian ini walau terasa sakit, walau terasa perit, walau terasa pedih.. Namun diri tetap juga menggagahkan diri untuk terus berdiri. perjuangan belum selesai... 

Walau terluka dan masih berdarah, diri tetap waras mengatur langkah. Dan diri tetap waras untuk menakluki kejadian itu. Pasti dia ada sebab tersendiri, diri tidak berhak menghukum dengan meletakkan hukuman dibahunya... Biarpun, persoalan belum terjawab.. diri ini merelakan kepergiannya dengan doa.. Semoga dia bahagia dan menemui apa yang dihajati olehnya.. Walau bukan diri ini yang berkongsi saat itu nanti... Doa sentiasa ada untuknya... 

Kita merancang dan Allah SWT yang menentukan. Pepatah yang cukup sinonim dengan kehidupan kita, cukup untuk mendidik kita menerima suratan takdir meskipun hakikatnya pahit... Lumrah manusia cepat melatah bila berdepan dengan tarbiah.. Apatah lagi sekiranya kejadian itu berlaku di luar dugaan sama sekali. Hati mula berkata bahawa semuanya tidak masuk akal, walhal kita yang lupa bahawa setiap sesuatu itu ada yang menguruskanya mengikut kasih sayangNya... 

"Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupanhya.. " ~Al-Baqarah :286~


Sunday, April 22, 2012

Allah tahu lebih daripada kamu....


Assalamualaikum wbt... 
Bismillahirahamanirahim... 


Kita merancang, Allah juga merancang dan sesungguhnya perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan.  

One thing I always tell myself again and again, I have Allah and He knows the best. 


He knows what’s good or bad for you, He knows better than yourself.

Ya Allah, give me strength. Grant me with patience, with passion, and with perseverance... ♥♥♥

Wednesday, April 11, 2012

Hanya Sebuah Rasa

Assalamualaikum wbt..
Bismillahirahmanirahim...



Jika sedang marah, pergilah berwudhu, jika marah dalam keadaan berdiri.. duduklah, jika tidak mampu meredakan kemarahan, berbaring ataupun mengalih kedudukan untuk menghilanhkan kemarahan tersebut.. Istighfarlah sebanyak mungkin agar tidak dikuasi oleh marah yang datangnya daripada syaitan.. Bersujudlah kepada Allah SWT, berbicaralah denganNya sepenuh hati dan jika ingin menangis, menangislah semahu-mahunya diatas sejadah cinta.. kerana selepas itu jiwa pasti akan kembali tenang.. InsyaAllah (tiada yang mustahil bagiNYA). Bukan kah ini cara yang dianjurkan oleh Rasulullah saw. 

Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Marah itu bara api maka siapa yang merasakan demikian, jika ia sedang berdiri maka hendaklah duduk, dan bila sedang duduk hendaklah bersandar atau berbaring". 

Dari Abu Umamah Albahili berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Siapa yang dapat menahan marah padahal dia dapat untuk memuaskan kemarahannya, namun ia tidak menurutinya bahkan ia bersabar maka Allah SWT mengisi hatinya dengan keredhaan di hari kiamat".

Antara lain cara meredakan kemarahan adalah dengan membasahkan diri, pergilah ke bilik air untuk mandi.. basahkan diri di bawah pancuran air dan biarkan tubuh dibasahi oleh air yang mengalir. InsyaAllah kemarahan akan hilang dan reda bersama kesejukan air yang mengalir. Cara yang diberikan oleh seorang sahabat buat ammar.. Cubalah, insyaAllah berkesan. ^^ 

Jika diri sedang di dalam dilema, bagunlah disepertiga malam, ketika yang lain diulit lena disaluti mimpi yang indah. Bangunlah dan bersujudlah kepadaNya memohon petunjuk Allah. Bersujudlah dengan hati yang tenang dan kosong, pasti Allah akan menghulurkan bantuan.. :) Dan jika merasa sebal atau geram terhadap sesuatu perkara dan menyalahkan orang lain kerana berlakunya perkara tersebut. Cubalh bersendirian di bilik sambil mendengar alunan nasyid ataupan ayat-ayat suci kalam Allah.. Berzikirlah sebanyak2nya... Bertafakurlah sejenak, selidik semula perkara yang telah berlaku, muhasabahkan diri. Apakah tiada kesalahan kita disana?? Apabila kita berfikir dengan tenang tanpa emosi, pasti kita dapat jawapan yang kita pun tak sesempurna mana untuk menyalahkan orang lain, EGO itu yang membesarkan amarah itu... 

Apapun yang berlaku dalam hidup kita, apapun yang kita lakukan, kita tidak akan terlepas daripada sebarang ujian, kecil mahupun besar. Namun Allah memberikan kita pelbagai cara untuk menyelesaikannya Apapun cara kita pilih, selagi tidak melanggar hukum Allah, lakukanlah... Apa yang penting jangan sesekali biarkan ia kusut didialam hati atau fikiran tanpa apa-apa rawatan. Membiarkan ia busuk di hati dan fikiran akan mendatangkan penyakit yang serius di kemudian hari.... ^^

*** Hanya sebuah rasa yang untuk  diluah.... :)

Wednesday, April 4, 2012

Terlenanya Diriku Dalam Sedar....

Bismillahirahmanirahim.... 


Alhamdulillah.. Subhanallah... Allahu Akhbar... Maha suci Allah, memulakan sebuah lembaran baru dengan penuh kesyukuran.. Hari-hari yang berlalu meninggalkan seribu sejarah yang mustahil untuk diubah.. Hari akan datang pula menyimpan sejuta misteri yang mustahil untuk di rungkai sebelum waktunya. Apa yang penting hari ini.. Apakah yang bakal dipotretkan oleh diri buat tatapan hati dan santapan iman yang harus ammar perkemaskan setiap waktu.. 

Teringin rasanya diri ini mencipta satu hari yang sangat mudah dan ringkas. Suatu perkara yang kerap di angankan setiap malam sebelum melelapkan mata. Mugkin kerana rutin harian yang terlalu padat dengan perancangan yang tidak teratur, dan adakalanya mengorbankan masa rehat yang ada untuk bersama keluarga.. Namun ringkas yang diinginkan biar bersulam barakah serta keredhaan Allah SWT ^^ :). 



Kata Imam Al-Ghazali,


"Yang Paling jauh dengan diri kita adalah 'masa lalu'. Bagaimanapun kita, apa pun kenderaan kita, kita tetap tidak akan mampu kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita haruslah menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran agama " 

Manjalani kehiidupan yang tiada siapa tahu penghujungnya membuatkan kita berkelahi dengan masa dan berebut dengan waktu.. seolah-olah tempoh yang diberikan oleh Allah SWT tidak pernah cukup. Walhal kita sendiri yang kalut tanpa sebab, lalu melahirkan generasi yangsingkat waktu dan akhirnya menjadikan masyarakat kita tumbang tak jatuh ke tanah, terbang tak tinggi ke awan. Semuanya ala kadar sahaja kesan daripada kesuntukan masa ciptaan diri sendiri. Kesibukan membawa kita kepada kelalaian yang tiada penghujuang lalu menjauhkan kita daripada allah SWT yang sentiasa dekat dan memerhati. Kenapa tidak bersegera dalam setiap satu perbuatan yang tidak perlu penagguhan agar kita merasai nikmat waktu itu... 

"... Maka Kami perkenankan doanya dan Kami anugerahkan kepadanya (Nabi Zakaria) Yahya dan Kami jadikan isterinya dapat mengandung. Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang selalu bersegera dalam (mengerjakan) perbuatan-perbuatan yang baik dan mereka berdoa kepada Kami dengan harap dan cemas. Dan mereka adalah orang-orang yang khusyuk kepada Kami." ~Al-Anbiya : 90~

Pesanan Luqmanul Hakim : "Wahai anakku, ketahuilah sesungguhnya  dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam didalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar tidak karam, isinya adalah iman dan layarnya adalah tawakkal kepada Allah SWT" 

Pergantungan sepenuh hati seharusnya dititipkan kepada anak sejak kecil lagi, agar dia mengerti bahawa sehingga ke akhir usia pun, dia tidak akan keseorangan dan segala usaha serta perjuangnnya menempuhi hidup haruslah tertumpu kepada satu jalan iaitu "MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT" sahaja. 

Sebagai insan yang tidak berdaya, jangan malas untuk berdoa kerana dengan doa berkalungkan tawakkal adalah harapan terakhir kita. Berubahlah kepada sesuatu yang lebih baik dan usahalah kearah perubahan itu sebaik mungkin.. sehabis kudrat yang ada.. Jangan ditunggu ia datang kerana sesungguhnya yang bulan tidak akan datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang.. 

".. Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergilir di muka dan di belakangnya, mereka manjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaumnya sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tidak ada yang dapat menolaknya dan sekali-kali tidak ada pelindung bagi mereka selain DIA," ~Ar-Rad : 11~

Bukan diriku

*****Deritaku.. kerana jiwa yang suka mencabar rasa....
          Kecewaku..lantaran hati yang tak pernah setia...
          Seksaku, ekoran lidah yang tidak bijak melontar kata.. 
          Lukaku, natijah akal yang kurang waras mentafsir deria.... 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...