Thursday, April 26, 2012

Diri Perlu Lebih Tabah

Bissmilahirahmanirahim....

~Sebuah Kisah Wanita Purdah~

Hati wanita terusik dengan ujian yang Allah berikan kepadaku... diri harus lebih tabah daripada biasa kerana tarbiah Allah sangat kuat dirasa... Bukan menidakkan takdir, tapi hati kecil masih lagi mempersoalkan.. Allahu Rabb... Nurani meronta-ronta untuk melepaskan diri daripada genggaman derita yang seakan tidak mungkin reda.. Sakitnya terasa sehinggakan air mata sudah tidak mampu mengalir kerana terlalu banyak menemani diri ini semalaman....

Terlalu banyak persoalan yang berada di benak fikiran.. Namun diri sedia mengerti tiada yang mampu memberikan jawapan... Tiada yang mampu menghuraikan.. Ku akui diri ini tak sebaik mana.. jauh lagi daripada sempurna namun diri sudah berusaha mencuba untuk jadi pelengkap  dirinya.. Namun tiada hhujan, tiada ribut..tiba-tiba taufan datang tanpa sebarang tanda... Dia meminta untuk pergi dan dia tidak akan pernah kembali... Allah, dugaan apakah ini tika diri berusaha merangka sebuah kehidupan di masa hadapan.. Ketika harapan setinggi gunung.. ketika impian hampir terlaksana namun semuanya punah tiba-tiba... 

"Jangan ditanya sebab, jangan ditanya punca, tapi terimalah dengan hati terbuka bahawa ini bukan jodoh kita" 

Mudah dan ringkas kata-kata, tidak sukar untuk memahaminya... Dan semudah itu juga punah segala impian yang dibina, dan hati dirobek bagai daging yang tak bernyawa... Namun, aqal masih berada di tahap kewarasan sebenar.. keparahan hati yang tergores di taburi dengan titipan doa buat Yang Maha Esa kerana ku menyedari bahawa ku tak bersendirian disini.. Yakin bahawa ALLAH SWT sentiasa ada untukku... 

Dalam tangis diri ini redha, diri memanjatkan doa agar ujian yang menimpa ini bakal menghapus dosa-dosa diri yang mungkin alpa kerana kasih-sayang yang Dia pinjamkan selama ini... Ujian ini walau terasa sakit, walau terasa perit, walau terasa pedih.. Namun diri tetap juga menggagahkan diri untuk terus berdiri. perjuangan belum selesai... 

Walau terluka dan masih berdarah, diri tetap waras mengatur langkah. Dan diri tetap waras untuk menakluki kejadian itu. Pasti dia ada sebab tersendiri, diri tidak berhak menghukum dengan meletakkan hukuman dibahunya... Biarpun, persoalan belum terjawab.. diri ini merelakan kepergiannya dengan doa.. Semoga dia bahagia dan menemui apa yang dihajati olehnya.. Walau bukan diri ini yang berkongsi saat itu nanti... Doa sentiasa ada untuknya... 

Kita merancang dan Allah SWT yang menentukan. Pepatah yang cukup sinonim dengan kehidupan kita, cukup untuk mendidik kita menerima suratan takdir meskipun hakikatnya pahit... Lumrah manusia cepat melatah bila berdepan dengan tarbiah.. Apatah lagi sekiranya kejadian itu berlaku di luar dugaan sama sekali. Hati mula berkata bahawa semuanya tidak masuk akal, walhal kita yang lupa bahawa setiap sesuatu itu ada yang menguruskanya mengikut kasih sayangNya... 

"Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupanhya.. " ~Al-Baqarah :286~


1 comments:

Blossom Heart said...

menagih cinta dari Allah utk melindungi aku dr kekecewaan cinta manusia.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...