Wednesday, April 4, 2012

Terlenanya Diriku Dalam Sedar....

Bismillahirahmanirahim.... 


Alhamdulillah.. Subhanallah... Allahu Akhbar... Maha suci Allah, memulakan sebuah lembaran baru dengan penuh kesyukuran.. Hari-hari yang berlalu meninggalkan seribu sejarah yang mustahil untuk diubah.. Hari akan datang pula menyimpan sejuta misteri yang mustahil untuk di rungkai sebelum waktunya. Apa yang penting hari ini.. Apakah yang bakal dipotretkan oleh diri buat tatapan hati dan santapan iman yang harus ammar perkemaskan setiap waktu.. 

Teringin rasanya diri ini mencipta satu hari yang sangat mudah dan ringkas. Suatu perkara yang kerap di angankan setiap malam sebelum melelapkan mata. Mugkin kerana rutin harian yang terlalu padat dengan perancangan yang tidak teratur, dan adakalanya mengorbankan masa rehat yang ada untuk bersama keluarga.. Namun ringkas yang diinginkan biar bersulam barakah serta keredhaan Allah SWT ^^ :). 



Kata Imam Al-Ghazali,


"Yang Paling jauh dengan diri kita adalah 'masa lalu'. Bagaimanapun kita, apa pun kenderaan kita, kita tetap tidak akan mampu kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita haruslah menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran agama " 

Manjalani kehiidupan yang tiada siapa tahu penghujungnya membuatkan kita berkelahi dengan masa dan berebut dengan waktu.. seolah-olah tempoh yang diberikan oleh Allah SWT tidak pernah cukup. Walhal kita sendiri yang kalut tanpa sebab, lalu melahirkan generasi yangsingkat waktu dan akhirnya menjadikan masyarakat kita tumbang tak jatuh ke tanah, terbang tak tinggi ke awan. Semuanya ala kadar sahaja kesan daripada kesuntukan masa ciptaan diri sendiri. Kesibukan membawa kita kepada kelalaian yang tiada penghujuang lalu menjauhkan kita daripada allah SWT yang sentiasa dekat dan memerhati. Kenapa tidak bersegera dalam setiap satu perbuatan yang tidak perlu penagguhan agar kita merasai nikmat waktu itu... 

"... Maka Kami perkenankan doanya dan Kami anugerahkan kepadanya (Nabi Zakaria) Yahya dan Kami jadikan isterinya dapat mengandung. Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang selalu bersegera dalam (mengerjakan) perbuatan-perbuatan yang baik dan mereka berdoa kepada Kami dengan harap dan cemas. Dan mereka adalah orang-orang yang khusyuk kepada Kami." ~Al-Anbiya : 90~

Pesanan Luqmanul Hakim : "Wahai anakku, ketahuilah sesungguhnya  dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam didalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar tidak karam, isinya adalah iman dan layarnya adalah tawakkal kepada Allah SWT" 

Pergantungan sepenuh hati seharusnya dititipkan kepada anak sejak kecil lagi, agar dia mengerti bahawa sehingga ke akhir usia pun, dia tidak akan keseorangan dan segala usaha serta perjuangnnya menempuhi hidup haruslah tertumpu kepada satu jalan iaitu "MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT" sahaja. 

Sebagai insan yang tidak berdaya, jangan malas untuk berdoa kerana dengan doa berkalungkan tawakkal adalah harapan terakhir kita. Berubahlah kepada sesuatu yang lebih baik dan usahalah kearah perubahan itu sebaik mungkin.. sehabis kudrat yang ada.. Jangan ditunggu ia datang kerana sesungguhnya yang bulan tidak akan datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang.. 

".. Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergilir di muka dan di belakangnya, mereka manjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaumnya sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tidak ada yang dapat menolaknya dan sekali-kali tidak ada pelindung bagi mereka selain DIA," ~Ar-Rad : 11~

Bukan diriku

*****Deritaku.. kerana jiwa yang suka mencabar rasa....
          Kecewaku..lantaran hati yang tak pernah setia...
          Seksaku, ekoran lidah yang tidak bijak melontar kata.. 
          Lukaku, natijah akal yang kurang waras mentafsir deria.... 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...