Thursday, May 31, 2012

Berani BERUBAH

Assalamualaikum wbt
Bismillahirahmanirahim...

Semalam tengah on9 Fb, terima msg daripada seorang sahabat lama yang meminta kata-kata semangat untuk dia menghadapi ujian yang dia hadapi ketika ini.. Dia sangat-sangat memerlukan seseorang ketika ini yang mampu untuk memandu arah tujunya... Dan seterusnya membantu dia untuk berubah menjadi yang lebih baik...

Berubah bagi mereka tak mudah... Namun tiada yang sukar sekiranya kita berusaha.. ^^ (Man Jadda Wajada barang siapa yang bersungguh-sungguh akan berhasil... ) Dan hanya Allah SWT sebaik-baik penilai usaha kita...


BERANI BERUBAH

Langkah untuk berubah adalah daripada diri kita sendiri.. NIAT yang paling diutamakan.. Pasang NIAT untuk berubah dari yang kurang baik kepada baik.. Baik kepada yang lebih baik.. dan Lebih baik kepada yang Terbaik... Tiada yang mustahil sekiranya kita melakukannya dengan penuh keazaman dan kesungguhan. Niat kan segalan perbuatan kita adalah LILLAHITAALA.. (kerana Allah Taala..) InsyaAllah akan dipermudahkan segalanya... Ingatlah bahawa matlamat hidup kita adalah untuk mendapatkan Redha Allah SWT.. ^^ 

Solat sunnat TAUBAT.. Inilah yang harus kerap kita lakukan.. Mohon bersungguh-sungguh kepada Allah akan keampunanNya.. Semoga dosa kita akan terhapus atas rasa kasihNya juga atas permohonan TAUBAT daripada diri kita.. InsyaAllah Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.. :)

Seterusnya, rajinkan diri menghadirkan majlis ilmu di mana sahaja yang kita berkesempatan untuk menghadirinya.. Dengar ceramah-ceramah untuk menambahkan ilmu pada diri sama-ada secara langsung mahupun tidak langsung melalui media sedia ada pada hari ini. Mudah untuk kita mendapatkannya pada hari ini.  Melalui perkara ini, kita akan bertemu dengan sahabat-sahabat yang mencintai ilmu dan kita dapat bergaul dengan sahabt-sahabt yang baik.. InsyaAllah. Dan mereka akan memandu kita ke arah yang lebih baik.. 

Akrabkan diri dengan Al-Quran, jadikan lah Al-quran itu sahabat baik.. Baca dan fahami setiap apa yang terkandung di dalamnya.. Ia adalah anugerah yang paling besar buat kita.. Amat rugilah bagi mereka yang tidak menjadikan ia sebagai sahabt baik mereka... Ibadah khusus kita perhebatkan lagi, Solat FARDHU hendaklah kita jaga... Jika sebelum ini kita kerap solat dihujung-hujung waktu, janganlah kita melakukan perkara yang sama lagi.. Ibadah sunnat pun kita perbanyakkan, kerana itu yang membantu kita untuk terus dekat padaNya... 

Yakinlah pada ALLAH SWT.. Hidayah itu perlu dicari.. Dan beruntunglah mereka yang diberikan hidayah olehNya... :) Allah menghadirkan hidayahNya dalam pelbagai bentuk dan cara.. Namun semuanya adalah asbab atas ketentuanNya... :) 

Berani berubah, tiada yang susah.. Jangan risau anda berseorangan kerana Allah sentiasa ada buat kita.. Asing bukan penghalang jiwa untuk tenteram.. Allah adalah sebaik-baik tempat pengaduan.. Berubahlah demi REDHANYA.... Usah kita membiarkan lagi diri kita dibelnggu dosa dan nafsu semata... 

Buat Sahabatku... Ujian yang Allah berikan itu adalah suatu teguran kepada kita... Lihatlah ujian itu sebagai suatu hidayah daripada Allah SWT untuk kita memulakan perubahan menjadi hambaNya yang lebih baik... 

Wahai orang-orang yang beriman! bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya) dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). dan (sekali lagi diingatkan) bertaqwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah amat meliputi pengetahuannya akan segala yang kamu kerjakan (Surah al-hasyr 59:18).

Renungkan ayat ini ke dalam diri kita... Berimankah kita?? Apakah bekalan kita sudah mencukupi?? 
Semoga Hidayah Milik Kita... InsyaAllah.... 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...