Sunday, May 6, 2012

JADILAH ISTERI IDAMAN SUAMI

Assalamualaikum WBT
BIsmillahirahamanirahim..

Sedikit ilmu yang di kutip untuk dikongsikan untuk menjadi panduan diri... Semoga bermanfaat... InsyaAllah.. 



~BIJAKSANA wanita bukan kepakarannya dalam apa jua bidang tetapi kepandaiannya menyesuaikan tingkahlaku dan kata-kata dalam berbagai suasana bersama suami terutamanya

~NAFSU mengatakan wanita cantik pada rupanya, AKAL mengatakan wanita cantik pada ilmu dan kepandaiannya, HATI mengatakan wanita itu cantik pada akhlaknya

~MANJA dan MEMANJAKAN bagi wanita ialah untuk menambat hati suami yang sukakan keindahan keanak2an pada isteri yang memerlukan perlindungannya serta bersifat keibuan yang boleh memujuk suami yang tertekan atau bermasalah

~AKHLAK mulia wanita ialah ketegasannya di luar tetapi lemah-lembut penuh kasih sayang terhadap suaminya

 ~AMBIL BERAT tanpa CEMBURU melulu sehingga merimaskan suami

~ILMU dan AMALAN AGAMA menjadi pegangan dan panduannya

~BERPAKAIAN SOPAN di luar tetapi MENYEKSI dan bersifat MENGGODA hanya dengan suami

~PEMAAF bila disalahkan dan mudah MEMINTA MAAF menjadikan dirinya mudah disayangi

SEMOGA KITA SEMUA(Wanita muslimah)AKAN/ MENJADI ISTERI YANG MEMBAHAGIAKAN SUAMI AGAR DIRI SENTIASA BAHAGIA...

InsyaALLAH Wallahu a'lam ^_^


*** Nota Buat Diri : Isteri Soleha dambaan Jiwa... :)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...