Saturday, May 26, 2012

Salam Sayang



Assalamualikum wbt
Bismillahirahmanirahim....

Salam Kerinduan buat sahabat2ku... Semoga persahabatan ini akan berkekalan hingga ke Syurga.. InsyaAllah.. ^^<3

Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Apabila seseorang dari kamu sayangkan saudaranya pada jalan Allah, maka hendaklah ia memberitahunya, sesungguhnya perbuatan memberitahu itu dapat lebih mengekalkan kemesraan dan menguatkan lagi kasih sayang."~
{Diriwayatkan oleh Ibn Abi ad-Dunya,Imam Ahmad dan al-Bukhari dan perawi yang lain dari mereka} 



Apabila terjalin PERSAHABATAN maka ada beberapa HAK KEWAJIPAN yang mesti diJAGA dan diSEMPURNAkan.Antaranya ialah seperti berikut: 

1) Hendaklah ia MENCINTAI sahabatnya seperti ia mencintai dirinya sendiri dan tidak melebihkan dirinya sendiri dari sahabatnya itu.

2) Hendaklah ia memberi SALAM, BERJABAT tangan*(lelaki dgn lelaki & perempuan dgn perempuan bkn sebaliknya),bercakap dengan lemah lembut bila bertemu sahabatnya itu.
Nabi SAW bersabda yang ertinya:
"Apabila dua orang Islam berjabat tangan, belumpun sempat kedua-dua tapak tangan kedua-dua orang itu berpisah, Allah telah mengampunkan dosa kedua-dua orang itu."~
{Riwayat at-Tabrani}

3) Hendaklah ia bercampur gaul dengan para sahabatnya itu dengan AKHLAK yang baik iaitu ia bermuamalah dengan mereka itu penuh KASIH SAYANG dan BELAS KASIHAN sebagaimana yang ia sukai sahabat2nya itu melayannya.



Allah berfirman memuji Nabi SAW yang bermaksud:
"Dan sesungguhnya engkau (Muhammad) berakhlak dengan akhlak yang agung."~{Surah al-Qalam, ayat 4} 

Nabi SAW bersabda:
"orang mukmin yang paling sempurna iman ialah mereka yang paling baik akhlaknya."~{Riwayat at-Tirmidzi}

4) Hendaklah ia bersifat tawadhuk atau merendah diri terhadap para saudaranya, kerana Allah berfirman:
"Dan hendaklah engkau merendahkan diri terhadap orang-orang yang beriman."~{Surah al-Hijr, ayat 88}

**** Sayang semua <3

1 comments:

nahwanz said...

assalamualaikum.

anda berniqob, ianya sunnah yang sunat.

tapi anda bergambar terlalu byk di blog. cuba cek apa hukum bergambar begitu.

telitikanlah.

islam bukan hanya terletak pada niqob.

tambahkan ilmu. jalan dakwah ini luas.

jaga akhlak.

yang baik itu tertutup.

akhlak juga begitu.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...