Saturday, May 12, 2012

Santapan Minda


Assalamualaikum wbt
Bismillahirahmanirahim... 


Sedikit santapan minda untuk kita bersama.. :) Semoga ada hikmah yang akan terpancar untuk renungan kita bersama.. InsyaAllah.. :)

Kita mugkin berfikir, bahawa Allah punya ramai hamba untuk diuruskan dan mugkin terlepas pandang akan permintaan kita yang tak kunjung makbulnya... Namun ketahuilah sahabatku.. ketahuilah diriku bahawa Allah sentiasa melakukan semua perkara dengan betul.... 

Cara Allah sentiasa terbaik walaupun kelihatan semuanya salah... Ingatlah firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 216.. :)

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216 

Jika kita memohon sesuatu dan dikurniakan yang lain daripada yang dipinta PERCAYALAH pastinya Allah mengurniakan apa yang kita inginkan di suatu ketika yang lebih sesuai.. apa yang kita pinta tidak semestinya apa yang kita perlu.. dan ALLAH SWT tidak akan gagal memenuhi permintaan hambaNya..

Teruslah berdoa tanpa ragu dan mengeluh, duri hari ini mungkin bunga untuk hari esok....
Allah mengurniakan pilihan terbaik kepada mereka yang mnyerahkan ketentuan kepadaNya..
Sungguh Allah sayang pada kita kerana kita adalah pejuang agamaNya... :) 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...