Saturday, June 9, 2012

Belajar daripada peristiwa :)

Assalamualaikum wbt...
Bismillahirahmanirahim...



Kisah 1

~ "Ummi..." Tiba-tiba seorang anak kecil memeluk kaki ammar dari belakang.. Menggenggam erat tak nak lepas.. Ammar terpana, "anak sape pula ni??" Hati berkata... Allahu Rabb.. Ada yang salah ummi ni... hihi 

Kisah 2


~"Mak.... hantu.. hantu... hantu.." seorang kanak-kanak yang melihat ammar semasa menunggu bus nak balik rumah selepas waktu kerja... Allahu Rabb... "Jadi hantu lah pulak hari ni" gelak dalam hati je.. (camne tu??)

Kisah 3 

~"Orang arab dah datang...., Ninja... Ninja King... " Begitulah kata-kata yang akan menyambut kedatangan ammar bila  sampai je ke jeti pulau tempat ammar mengajar... 

Pengajaran daripada setiap kisah... 

Ammar bercerita mengenai perkara yang menjadi kebiasaaan kepada para niqobi rasanya... :) Tapi apa kata kita melihat daripada pengajaran yang kita perolehi daripada setiap kisah baerlaku keatas diri kita pada hari ini.. Alhamdulillah, kita masih mampu memandang perkara positifnya.. Jangan pandang hanya pada negatifnya perkara tersebut.. :) 

Kisah 1


Anak kecil yang berumur sekitar 5-6 tahun rasanya... Dah terbiasa dengan orang berniqob bila melihat kepadanya... Dia memeluk ammar seoelah-olah ammar adalah umminya yang sebenar.. Lama dia menyedari bahawa ammar bukanlah umminya yang sebenar.. Hal ini kerana umminya juga berniqob.. Anak-anak, apalah yang terlihat dihadapannya selama ini disedut habis dan disimpan rapi diminda bahawa umminya adalah orang yang berniqob... Anak-anak yang terbiasa dengan pakaian sunnah, majlis ilmu, mereka tidak akan pernah merasa asing apabila bertemu dengan kita.. :) Sempat berkenalan dengan umminya... "Takpe kan ammar jadi ummi buat dia.. Heheh... :)" Ukhwah terbina lagi... Alhamdulillah... 

Kisah 2


Hantu??? Allahu Rabb, SABAR jelah dengar yer... Nak marah... bukan anak ammar nak marah... hihi.. Tapi.. ammar dapat melihat satu perkara, bahawa anak kecil berumur 8 tahun itu tidak pernah mengenali mereka yang ada sehelai kain di wajahnya... .. Persekitaran kehidupan dia agaknya yang menjadikan dia melihat kita sebagai hantu.. Lagipun dah menjadi suatu perkara biasa pada hari ini, menakut-nakutkan anak dengan HANTU dan bukan TUHAN yakni ALLAH SWT. Apatah lagi memperkenalkan mereka dengan sunnah, rasanya terlalu jauh bagi mereka.. Wallhua'lam.. Kita sebagai ibu-bapa harus bertanggungjawab atas kecelaruan mida anak-anak kita... Janganlah kita menakut-nakutkan mereka dengan perkara-perkara yang sedemikian.. Ajarkanlah mereka ajaran agama dengan baik dan betul... biasakan mereka dengan sunnah.. InsyaAllah. kitalah yang akan menjadi umat Rasulullah SAW yang sebenar kelak.. Yang dirinduinya dan dikasihinya... InsyaAllah... 

Kisah 3


Orang Arab... Ninja... Ninja king...  Perkara biasa rasanya bagi kita niqobis.. :) . Bila  kita hanya melihat niqob itu hanya untuk orang arab sahaja.. maka wujudlah perkara sedemikian.. Bila orang tak mengenal pakaian para sahabiah maka pakaian kita adalah pelik bagi mereka... :) Panggilan ninja... cukup bisa menyentap rasa.. Tapi jangan terus melatah.. Mereka dah terbiasa dengan pakaian ninja yang menjadi hiburan semat-mata tanpa sebarang faedah mahupun pahala daripada kisah ninja yang disajikan kepada mereka... Ninja pun ninjalah... Yang penting saya bahagia... :) 

Akhir kalam... Tak perlu terus menghukum. Belajarlah mengenal terlebih dahulu... Tak kenal maka tak cinta.. I love Niqob :) 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...