Wednesday, June 6, 2012

Ilmu Rumahtangga :)




Bismillahirahmanirahim... 

Sedikit perkongsian daripada sahabat di laman 'muka buku' tentang didikan kepada anak-anak.. Semoga bermanfaat.. Perkara yang perlu kita lakukan apabila bergelak ummi dan abi kelak.. InsyaAllah.. Sedikit penambahan hadis daripada pembacaan ammar dalam buku " Jalan Wanita Menuju Ke Syurga" :). 

AYAH/IBU/ABI/UMMI

Jangan AJAR anak-anakmu menari, ajarkan mereka tunaikan SOLAT..

Sabda Rasulullah SAW: "Suruhlah anak-anakmu menjalankan ibadah solat jika mereka sudah berusia tujuh tahun. Dan jika mereka sudah berusia sepuluh tahun, maka pukullah mereka jika mereka tidak mahu melaksanakan solat dan pisahkanlah tempat tidur mereka.. " (riwayat Abu Daud)

Jangan AJAR anak-anakmu menyanyi, ajarkan mereka baca QURAN..

Sabda Rasulullah SAW : "Didiklah anak-anak kamu tiga perkara: Mencintai NABI kamu. mencintai Ahli BAITnya dan membaca Al- QURAN. SEbab orang-orang yang memelihara Al-Quran itu berada dalam lindungan singgahsana Allah pada hari yang tiada perlindungan selain daripada perlindunganNya berserta pada Nabi-Nya dan orang-orang yang suci. " (riwayat Ath Thabrani) 

Jangan AJAR anak perempuanmu berdandan dan berhias dengan 'makeup' serta fesyen terkini, ajarkan mereka memakai HIJAB dan tutup AURAT..

Firman Allah SWT yang bermaksud : "Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka manahan pandangannya dan memlihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak daripadanya. ~An Nur : 31~

Jangan AJAR anak-anakmu menjadikan idola artis dan penyanyi, ajarkan mereka bahawa para SAHABAH dan SAHABIAH merupakan CONTOH TERBAIK...

Dirimu akan ditanya tentang apa yang dikau ajarkan ahli keluargamu di Hari Pengadilan kelak,
hari di mana setiap manusia tidak akan kenal saudara malah ibu dan ayahnya sendiri.
Maka bersedialah agar timbangan amalmu tidak dibebani dengan dosa-dosa yang disebabkan oleh mereka di bawah tanggunganmu tidak mematuhi perintah ALLah SWT..

Bila setiap kali terpaksa diulang-ulang menyuruh anak-anak solat atau menegur mereka agar berbuat baik dan tidak berbuat nakal dsbnya, memang seolah-olah kita membebel pada mereka. Kekadang terasa beban didada dan sesak dibuatnya. Dan ingatlah sabda Rasulullah SAW: " Setiap anak yang dilahirkan itu telah membawa fitrah beragam (perasaan percaya kepada Allah). Maka kedua orang tuanyalah yang menjadikan anak tersebut beragama Yahudi atau Majusi. " (Riwayat Al Bukhari)

Menurut Ustazah Norhafizah Musa, anggaplah setiap teguran dan suruhan yang diulang2 itu sebagai dakwah. Bila niat mendidik, InsyaAllah akan mendapat pahala.Kalau seorang anak diulang berpuluh kali supaya solat, bila perlu diulang2 pada 3 orang anak contohnya, bayangkan betapa banyaknya pahala ibu & ayah yang menegur dan memantau pendidikan akhlak dan amalan agama mereka! Subhanallah...
Pada masa yang sama, UTAMAkan memuji kelebihan mereka. Ulang-ulangkan disebut kebaikan mereka dihadapan adik-beradik agar mereka rasakan diri mereka sentiasa dihargai...

insyaALLAH Wallahu a'lam  :) 




0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...