Saturday, July 7, 2012

Istimewanya Ramadhan

Assalamualaikum wbt... 
Bismillahirahmanirahim..




Alhamdulillah, setelah sekian lama tidak mencoretkan kata-kata indah buat blog Cintaku Hanya UntukNya kerana kekangan masa yang ada... InsyaAllah akan meneruskan berkarya untuk peringatan buat diri juga para pembaca yang mengikuti blog ammar... :) 

InsyaAllah, Cintaku Hanya UntukNya, Rinduku buat Rasulullah saw... Kasihku buat semua.... 

8.7.2012 bersamaan dengan 18 Syaaban 1433H.. Tak lama lagi TETAMU AGUNG akan menjelma... dan akan berkesempatan kah diriku untuk bersua dengannya?? AllahuRabb.. Terasa berdebar di hati, tubuh sedikit mengigil akan kerisauan sekiranya tidak berkesempatan dengan tetamu agung yang membawa pelbagai kerahmatan, keampunan, dan keberkatan... 


Istimewanya Ramadhan :

“ (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.” Surah Al-Baqarah ayat 185. 

Daripada Abi Hurairah, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan, dan berkira-kira(bersungguh-sungguh memperhatikan amalnya) maka diampunkan untuknya segala dosanya yang telah lalu” Hadith riwayat Bukhari, Muslim, Nasaai, Tirmizi, Abu Dawud dan Ahmad.

Rasulullah SAW bersabda:
“Apabila masuk sahaja malam pertama dari bulan ramadhan, terikatlah syaitan dan terpenjaralah jin, dan tertutuplah segala pintu neraka, dan tidak terbuka daripadanya walau satu pintu, dan terbukalah pintu-pintu syurga, dan tidak tertutup daripadanya walau satu pintu, dan menyerulah penyeru: Wahai orang yang mencari kebaikan, carilah! Wahai orang yang mencari keburukan, cukup-cukuplah dan Allah menjauhkan kamu dari neraka. Begitulah setiap malam” Riwayat Tirmizi dan Ibn Majah, dinilai Sohih oleh Al-Albani.

Ya Allah...
Sampaikanlah diriku, ahli keluargaku, para sahabatku juga semua umat islam di dunia ini kepada Ramadhan.. Amin
Ayuh kita menjadikan bulan ini wasilah untuk kita menjadi hamba yang mulia di sisi ALLAH. Kita fokus kepada diri sendiri, menjadikan DIRI SENDIRI lebih baik di pandangan ALLAH



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...