Tuesday, August 28, 2012

Buat SAHABAT ^^



Assalamualaikum wbt.. 
Bismillahirahamanirahim...



Astagfirullah, 
bila membelek-belek mesej yang pernah diterima daripada sahabat-sahabat, rindu menerjah ruang hati. Sambil -sambil memohon keampunan pada Allah. Apabila makin ramai orang yang kita kenali, makin banyak tanggungjawab yang kita ada. Tanggungjawab kita pada setiap orang itu berbeza-beza.

Astagfirullah...

Entah berapa banyak hak-hak ukhwah yang terabai.Mungkin tanpa diri ini sedari ataupun telah menyedari hakikat itu, tapi buat-buat tak sedar dek kerana masa yang cemburu mengejar perkara-perkara lain.

Astagfirullah....

Sahabat yang pernah hadir dalam hidup ini, semuanya orang-orang yang Allah cinta,Insya-Allah. Jadi rugilah diri ini tidak turut sama melahirkan rasa cinta pada orang-orang yang Allah cinta ini. Maafkan diri ini duhai sahabat.

Astagfirullah...

Ada sahabat sangat suka bertanya tentang Allah, tanda kebesaran Allah. Sehingga kini sangat merindukan soalan-soalan darinya.

Ada sahabat suka kongsi masalah-masalah kawan, sampai sekarang masih lagi cuba memberi jawapan yang terbaik buat dirinya.

Ada sahabat suka memberi semangat berpaksikan Allah, sampai sekarang, masih dahagakan nasihatnya.

Sahabat-sahabatku yang tercinta,

Bilamana ada hak-hak yang diri ini tidak tunaikan, segeralah beritahu agar sama-sama kita boleh baikinya ke arah yang lebih baik dan seterusnya melaksanakan hak-hak tersebut.

Buat sahabat-sahabat ammar... ^_^ <~~~ Bersedia menerima teguran..


Sahabat-sahabat SMKTS
Sahabat-sahabat UMS
Sahabat-sahabat SPAKK
Sahabat-sahabat FB, MFB, BLOG ^^♥

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...