Friday, August 3, 2012

Nikmat Redha


Assalamualaikum wbt.... 




Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Lama rasanya tak meluah rasa kat blog tercinta ini... Bukan sekali dua membuka blog untuk berkarya.. Namun cetusan idea seolah-olah hilang begitu sahaja...

Sedikit perkongsian daripada seorang sahabat yang tersayang... :)

"Sayangi mereka yang menyayangimu, tapi jangan sakiti mereka yang sakitimu..."

Seseorang yang ada dalam hidup kita hanya milik Allah.
kita cuma pinjam.
Tapi hakikatnya segalanya Allah yang punya.

Jadi bila semua ini Allah yang punya, maka DIA berhak keatas segala sesuatu.
DIA berhak beri cinta & kasih sayang.
DIA juga berhak tarik balik semua itu.
Selalu juga ingat bahawa apa yang kita rasa terbaik itu belum pasti menjanjikan yang terbaik untuk kita.
Dan apa yg dirasa aib & menyakitkan itu tidak semestinya pahit di hujungnya.
Selalu ingat bahawa apa yg Allah buat untuk kita, adalah
yg terbaik untuk kita.
Dari situ kita akan mula belajar erti redha.... "

Kita sememangnya tidak mampu mengawal arah tiupan angin,
tetapi kita hanya mampu mengawal kemudi pelayaran kita... InsyaAllah :)


Benarlah.. Kita tidak mampu mengawal arah tiupan angin.. Tetapi kita mampu mengawal kemudi pelayaran kita... Diri ini pernah melalui perkara yg sedemikian... dan akhirnya saya menemui nikmat REDHA itu... Redha akan sebuah kehilangan... redha akan sebuah penipuan.. Redha dengan ujian yang Allah berikan... Dan semua itu menjadikan diri ini lebih tabah menghadapi kenyataan pada masa akan datang.... ^^

Bukan mudah untuk melupa... namun kita mampu untuk membina semua diri kita dengan yakin bahawa ALLAH ada buat kita... Cintaku Hanya UntukNya... InsyaAllah...


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...