Monday, August 6, 2012

Nuzul Al-Quran

Assalamualaikum wbt...
Bismillahirahmanirahim...

Alhamdulillah.. kita dah masuk ke suku Ramadhan... Terasa sekejap sangat kan bersama dengan Ramadhan. Dah nak berpisah dah.. Entah akan bertemu lagi atau tidak pada masa akan datang... :(( (InsyaAllah.. semoga bertemu dengan Ramadhan yang akan datang...) Doa sepanjang Ramadhan pada ketika ini.... 



17 Ramadhan 1433H. Umat islam memperingati ulang tahun yang ke 1401 malam nuzul quran (penurunan kitab al-quran) yang telah berlaku pada 610M. Bermula daripada kedatangan malaikat Jibrail menyampaikan wahyu yakni 5 ayat pertama surah Al-Alaq kepada baginda Rasulullah s.a.w di Gua Hirak pada 17 Ramadhan 610M. Al-Quran merupakan satu rahmat Allah yang paling besar kepada kita yang mengandungi peringatan, ilmu, pengajaran buat kita pada hari ini... Al-Quran adalah satu anugerah yang terindah buat kita dengan panduan, pemberitahuan dan segala ilmu yang mencakupi pelbagai bidang di dalamnya.. Terpulang kepada kita sahaja yang ingin mengakrbkan diri dengannya... Ingatlah bahawa sangat besar syafaatnya kepada kita di akhirat kelak.. InsyaAllah... 

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)
al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...